Apa jawapanku?..

andai aku menulis..
tulisan ku untuk siapa?..

andai aku berkata-kata..
kata-kata ku untuk siapa?..

andai aku memberi..
pemberian ku untuk siapa?..

kalau dituliskan rasa hatiku di sini..
bukan ada yang tahu isi hati ini..
tidak ada pun yang mengerti..
dan akhirnya tetap padaMu aku kembali..
walaupun aku tahu ini bukan kedua kali..
namun aku hanyalah pengemis redhaMu, ya Rabbi..

aku sedar bukan sekali dua aku datang kepadaMu..
kerna aku tahu hanya Kau yang mampu membantu..
siapa lagi yang mampu menenangkan resah gelisah hatiku..
tanpa diriMu meranalah aku..

Kau yang memegang hatiku..
Kau juga yang mengetahui isi hatiku..
bukanlah aku meminta dari makhlukMu..
kerana mereka juga sepertiku..

hanya padaMu aku mengadu..
tetapkan aku pada jalanMu..
bukanlah pujian manusia yang ku buru..
bukan juga imbalan harta yang ku tunggu..
dan bukan juga kedudukan yang ku rindu..

tetapi..
ingatkan semula pada ku..
redha Siapa yang ku buru?..
seksa Siapa yang ku gerun?..
ni’mat Siapa yang ku pinjam?..
pertolongan Siapa yang ku harap?..
bekal apa yang ku bawa?..

sungguh, aku hanya seorang insan dhaif..
yang kadang kala terlalai dan leka..
janganlah kalian menukarkanku..
tiada yang sempurna dari diriku..
aku tidak sudi ditopengkan..
aku tidak mahu dipakaikan..
aku tidak berhajat kepada lain-lain kedudukan..
biarlah aku sebagai aku..

aku bukan yang paling berilmu..
tetapi aku terbeban sepertimu..
kelak bila aku disoal tentang tugasku..
apa jawapanku?..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: