Pujukan buat diri yang tersembam..

kadang aku tertanya-tanya..
apakah air mata ini hanya topeng sahaja..
adakah ia mengalir dalam keadaan pura-pura..
sekadar memenuhi syarat penyesalan sementara..

atau ia lahir ikhlas dari hati nurani..
terbit dari jiwa yang ingin menyucikan diri..
datang dari dalam lubuk hati..
yang tunduk merendahkan diri..
akur akan kebesaran Ilahi..

kadang terbayang jua..
Handzalah hanya bermesra dengan keluarga..
terasa nifaq dalam dirinya..
sedangkan aku ini pula..
bukan setakat bergurau senda..
malah lalai dan leka..
jauh sekali dari Handzalah yang mulia..
syahid yang malaikat memandikannya..
pengantin yang syurga sebagai maharnya..

apakah air mata ini benar hadir dari dalam jiwa?..
aku takut air mata ini hanya topeng semata-mata..
aku bimbang bila diriku dihisab di sana..
aku khuatir air mata ini tidak diambil kira..
malah menjadi pemberat timbangan kiri pula..

na’uzubillahi min zalik..

kalau benar ia dari hati yang mencari redhaNya..
kenapa masih bermaksiat padaNya?..
apakah beriman itu ada waktu-waktunya?..

“namun aku tak upaya..”
itu lagi alasannya..
pernah kau mencuba?..
pernah kau berusaha?..
kenalkah kau erti mujahadah dengan jiwa?..

perbaharui semangatmu..
jangan luntur hanya kerna peristiwa lalu..
kelak di depan mu masih banyak yang akan berlaku..
kalau ini destinasi pilihanmu..
aku khuatir tiada bidadari merindukanmu..
aku bimbang tiada istana tersergam buatmu..
aku risau susu dan madu bukan minumanmu..
aku takut segala keindahan di sana bukan milikmu..

sedangkan di sini..
itu semua harapanmu..

Advertisements

4 thoughts on “Pujukan buat diri yang tersembam..

  1. moga Allah memberikan kesembuhan pada jiwa kental yang kadangkala sirna dek nafsu yang melalaikan.. syafakallah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s