Tiada yang sempurna..

– diambil daripada laman web ALKIS (Alumni Koleh Islam) dalam ruangan Renungan Isnin – 

Adalah tidak wajar menjauhi saudara atau rakan hanya kerana satu atau dua kebiasaan buruk yang dilakukan sedangkan selebihnya adalah baik.

Pujangga ada bermadah: “Adanya tuntutan kepada keadilan ialah kerana susahnya untuk mendapat keadilan”. Oleh itu, perlu berlaku adil ketika menilai rakan dan saudara kita.

Jika kita sendiri boleh menerima kelemahan diri kita, kenapa kita tidak boleh menerima kelemahan orang lain?

Janganlah hanya kerana satu aib yang tersembunyi atau dosa kecil yang boleh ditutupi dengan kebaikan yang banyak, anda menjauhkan diri dari seorang yang pernah anda puji latarbelakangnya, anda terima cara hidupnya, anda ketahui kemuliaannya, dan anda ketahui kemampuan berfikirnya. Kerana anda tidak akan menjumpai seorang pun yang sempurna tanpa satu aib atau dosa. Cubalah letakkan diri anda pada tempatnya, tidakkah anda terpaksa melihatnya (kelemahan diri) dengan redha dan tidak menilainya dengan pandangan hawa nafsu.

Seterusnya sang pujangga bermadah lagi: “Orang yang boleh engkau terima semua sikapnya… Cukuplah orang itu dikatakan mulia apabila aibnya boleh dihitung.”

An-Nabigha az-Zubyani pernah bertanya: “Benarkah ada orang yang bersopan santun dengan sempurna?”

Sekian, adaptasi dan olahan semula dari “Jangan Bersedih”.

wassalam
ahmad

– diambil daripada laman web ALKIS (Alumni Koleh Islam) dalam ruangan Renungan Isnin 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s