Mengisi kekosongan jiwa..

– dipetik daripada blog saudara yang banyak mendidik dan mengajar diri yang dhaif ini, yakni saudara Rozanizam Zakaria dalam entrinya yang bertajuk Fitna yang fitnah

Kalaupun kurang dari 15 min, Geert dengan karyanya Fitna sudah cukup menghiris mana-mana jiwa manusia yang melihatnya. Saya sendiri menutup window link youtube yang diforward sahabat dalam YM. Tak sanggup.

Tiba-tiba terkenang satu ayat. Yang dulu selalu ditatap buat penyejuk hati sendiri.

“Sesungguhnya Kami mengetahui Bahawa apa Yang mereka katakan itu akan menyebabkan Engkau (Wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah Engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang Yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata).”

(Surah al-An’am [6]:33)

Sedih, pedih, marah dan kesal. Cukup sadis bila dikenang. Tapi hati ini sangsi, apakah perasaan marah, kecewa dan terkilan yang kita rasa ini mampu setanding dengan apa yang dirasa oleh Kekasih Allah yang membawa risalah ini 1400 tahun dahulu.

Abu jahal dan Abu lahab mungkin tak pernah membuat movie menghentam Islam. Syair-syair Nadir bin Harith juga mungkin tak seluas sebaran seluas karikatur dari bumi sejuk Denmark. Tapi pedihnya. Mungkin lebih jauh.

Bila ditanya A’isyah, ummul mukminin kekasih hatinya tentang apakah peristiwa yang paling pahit dalam kehidupan baginda. Jawabnya bukan getir uhud yang melukakan pipi dan mematahkan gigi baginda. Bukan dasyat uhud yang mengorbankan jiwa punghulu syuhada’. Bukan juga sadis uhud yang memutus jari jemari si Syahid Yang Berjalan. Tetapi yang paling peristiwa yang paling pedih bagi Baginda ialah bilamana baginda berdakwah kepada suatu kaum tetapi kaum itu menolak dakwah baginda sedangkan baginda tahu kesudahan kaum itu ialah kemurkaan Allah.

Maka disitulah timbangan neraca pedih atau tidaknya sesuatu peristiwa bagi baginda. Jelas, bukan apa-apa yang menggugat batang tubuh baginda yang meresahkan baginda. Tetapi apa-apa yang menggugat hidayah dan risalah Allah ini yang meresahkan. Yang memedihkan dan menggetarkan hati.

Maka kita timbangkan semula kemarahan dan kebencian kita. Marah dan kesal kita biar benar pada tempatnya. Jika kita marah kerana mereka mempermainkan al quran. Fikirkan semula. Apakah hanya mereka yang mempermainkan Al Quran? apakah jiwa-jiwa islam yang ada hari ini cukup meninggikan Al Quran atau turut lupa, lalai dan mengabaikan Al Quran? pelik apanya mereka menghina Al Quran. tapi yang peliknya apabila jiwa-jiwa Muslim yang bersyahadah yang meninggalkan Al Quran. mereka menggunakan dalam Fitna ayat-ayat al quran Al Anfal:60, An Nisa:56, Muhammad:4, An Nisa’:89, Al Anfal:39. kerana orang-orang Islam mengabaikan ayat-ayat Al Quran yang lainnya…

Daripada kita menghentam mereka dengan kemarahan. Ada gunanya kita gunakan semangat dan perasaan itu untuk memuliakan semula jiwa-jiwa muslim yang makin kosong ini.

Mari kita hayati bersama saranan Prof Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi berhubung isu ini.

* Hujah-hujah ilmiah dan akademik perlu disebarkan untuk menyangkal tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap Islam, dan hujah-hujah ini perlu diterbitkan dalam pelbagai bahasa agar masyarakat seluruh dunia dapat memahami Islam dengan sebenarnya.

* Masyarakat perlu meminta dan mendesak pihak kerajaan di negara masing-masing agar membuat pendirian tegas dan menyatakan bantahan secara rasmi bagi membuktikan bahawa dunia Islam tidak redha dengan sebarang tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan.

* Respons dalam bentuk kesenian dan sebaran media perlu dilakukan kerana filem-filem dan rancangan televisyen boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam menjelaskan sifat dan imej sebenar Islam.

* Umat Islam juga perlu memboikot produk-produk yang dihasilkan oleh negara-negara yang membenarkan rakyatnya menghina dan memfitnah Islam secara terang-terangan.

* Umat Islam sendiri perlu mendalami ilmu agama dan mengamalkan akhlak mulia sepertimana diajar Islam dan ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. agar tidak membentuk persepsi yang salah terhadap Islam.

“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim.”

(Surah al-Baqarah [2]:193)

– dipetik daripada blog saudara yang banyak mendidik dan mengajar diri yang dhaif ini, yakni saudara Rozanizam Zakaria dalam entrinya yang bertajuk Fitna yang fitnah

3 comments
  1. sue said:

    dah tengok gak filem pendek ni… sedihhhhh sangat2… napa agama kita dihina sebegitu??? sedangkan penindasan org2 kafir ni lagi zalim… tgok je dkt indonesia di ambon… betapa kejam dan zalim org2 kafir ni… org2 islam dibunuh kejam dan masjid2 dibakar…. dekat palestin lagi sedih, penindasan demi penindasan tanpa henti….

    terfikir juga… mcmna org kafir ni boleh menyelidik surah2 dalam Quran kitab suci kita… dan dijadikan sebagai latarbelakang filem singkat tuh. sedangkan org islam sendiri yang bergelar muslim tidak menjadikan quran sebagai panduan hidup juga amalan harian…. nak baca quran pun liat dan beralasan ‘sibuk’ dengan kerja… nak sentuh quran dalam sehari pun susah… alangkah baiknya jika kita yang bergelar islam ni sayangi quran tebal dalam hati kita sbb itulah peninggalan JALAN YANG LURUS buat kita ummat akhir zaman ni…

    “Ya Allah pimpinlah kami agar sentiasa teguh diatas agamaMU…
    selamatkanlah agama kita dari dihina dan ditindas oleh musuh2MU…

  2. ??? said:

    btol tu…
    kalo nk d kire x ckup jari tgn + jari kaki ape yg diorg da wat kt kite
    kekejaman ke ats org islam lg bersepah ruah d merata tmpat b’banding keganasn islam yg konon2 nye tu (itu yg diorg ckp la)
    sesetengah org islam yg wat keganasan tu pn sbb diorg gak..diorg yg setat dlu, so lumrah alam semulajadi la tu.. u will get back wat u giv..
    berani buat berani tanggung
    so… kesimpulan awal yg blh kite lakukan… boikot brgn belanda… boikot habis-hbisan.. kalo sume umat islam mmpu b’satu padu b’ganding bahu dan b’tungkus lumus melakukan sesi boikot mmboikot ni.. baru diorg tau garam tu rasenye masin, gule itu manis. hehehe.
    tp kalo da t’ad brgn diorg yg dlu nye cmne erk?? continue use it or buang je.. sbb da x lalu nk gune. bukn setakat nk gune nk jeling pn x sggup.

  3. ??? said:

    eh… tp td bru t’baca dr blog seseorg.. x kn kite nak rosakkn susu dlm 1 beks krn nila yg 1 titis yg x b’harga itu. x fair la pulk.. sian kat org2 yg x b’salah (rakyat blnda yg lain). mereka bukn shja x b’slh malah x tau menahu pn akn hal ini. mereka mangsa keadaan p’sekitaran yg dihiasi ngan keganasan. tidakkah ??
    mak penah beri ceramah bebas kpd ku.. kalo org marah kat kite jgn di bls ngan kemarahan. begitu gak ngan org yg wat jahat kat kite. bls la ngan kebaikn. biar kejahatan itu berkadar secara terus ngan kebaikn. smakin jht kejahatan itu, smakin baik kebaikn yg ptut d berikn. ikut sekadar kemmpuan.
    p’soalan yg agak sukar dn payah jugak utk d jwb.. wajarkah, patutkah, dn perlukah kite boikot belnda ?? nnti kesan akibat itu kena pada rkyat jelata gak.. pesalah utama tu.. duk relaks goyang kaki..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: