Bosnia dan penindasan..

nasib apakah yang menimpa
umat Islam di seluruh dunia
sentiasa diburu sentiasa dihina
tiada siapa yang dapat membela

apa yang berlaku di negera Bosnia
adalah lambang kedengkian dunia
bukan memberi kebebasan agama
kerana Islam musuh mereka

mereka ditembak dan disembelih
mereka dihancur dan dileburkan
mereka dibelah dan dibekukan
mereka dimusnah dan diletupkan

hancur luluh berkecai tubuh mereka
kelihatan tulang dan juga isinya
anak menjadi yatim tiada berbapa
si isteri pula menjadi janda

titisan darah-darah itu
perlu dibayar dengan setimpalnya
secebis daging yang jatuh dan hancur
secubit kesakitan yang ditanggung

duhai umat Islam bangunlah segera
bebaskan rakanmu juga saudara
sedang musuh-musuhmu berpesta di sana
bermaharajalela membunuh dunia

kepada syuhada’ di negara Bosnia
kepada syuhada’ di seluruh dunia
bidadari syurga rindu menjemputmu
kedatangan syahid yang amat dirindu

Advertisements
4 comments
  1. nia said:

    salam,
    nk tanya, lagu Bosnia dan Penindasan ni kumpulan nasyid mana yang nyanyi?
    saya cari mp3 lagu ni, x jumpa agi…
    harap dapat beritahu penyanyi lagu ni..
    terima kasih.

    • Anonymous said:

      as-saff.

      • lasiaf87 said:

        terima kasih kerana tolong jawabnya..

        kesibukan menyebabkan dah jarang update blog..

    • lasiaf87 said:

      wa’alaikumussalam..

      lagu ni nyanyian as-shoff..

      saya ada letakkan mp3nya dalam widget box.net yang warna biru dekat sebelah kanan.. bawah2 sikit..

      atau direct linknya di sini..

      http://www.box.net/shared/jhilzc7kdp

      semoga bermanfaat..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: