Satu lagi surat untuk kita..

– diambil dari laman web Palestinkini.info dalam artikel bertajuk Selamatkan Rakyat Gaza!

Berikut adalah surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia. Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia. Saya telah diminta untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin. Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia. Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang lain demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim Zionis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat.

“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman”

(Surah ali-‘Imran [3]:139)

Seruan daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan tidak sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.

Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza….

Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:

1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.

Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya.

2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.

3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.

4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)

5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.

6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.

7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.

8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.

Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, YM dan lain-lain lagi.

9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-

a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.

b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.

c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.

d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.


Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.

e. Para Wartawan : Gunakan kedudukan anda untuk membentuk pendapat umum rakyat samada melalui media bercetak mahupun media audio visual. Sebarkan kesedaran mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang masih bersikap alpa dan leka, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lalai.

Gerakerja secara kolektif

Ikhwan Muslimin, seluruh parti politik dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara kolektif menuntut supaya pintu masuk di setiap sempadan di Palestin untuk dibuka. Dengan izin Allah, semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada bangsa Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.

“Dan katakanlah, “ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin..”

(Surah at-Taubah [9]:105)

Note:
Dr. Mahmoud Ezzat,
Setiausaha Agung,
Jamaah Ikhwan Muslimin.
Terjemahan : Maszlee Malik

– diambil dari laman web Palestinkini.info dalam artikel bertajuk Selamatkan Rakyat Gaza!

Advertisements
8 comments
  1. asyikin said:

    salam faisal…qunut nazilah tu ape?

  2. Ummi said:

    Salam buat asyikin dan pembaca setia CSP,

    Selepas terima komen dari posting Muslimah dan Gambar dulu Ummi beritau Faisal Ummi mungkin akan kekal sebagai pembaca setia sahaja. Namun mengenangkan Faisal baru pindah dan belum masukkan sambungan Internet, setelah berpk2 terpanggil juga Ummi untuk jawab pertanyaan Syikin bagi pihak Faisal.

    Bacaan Qunut Nazilah yang Syikin tanya tu beserta terjemahan dan penerangan ada di blog http://greenboc.blogspot.com/ posting pada 2 March 2008. Mungkin ada yang sensitif sikit dengan blog itu tetapi hakikatnya ada maklumat yang dikehendaki di situ. Sensitif atau tidak biarlah neraca Allah menuntun minda dan fikiran kita.

  3. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam.. rasanya telah terjawab persoalan tersebut seperti mana yang dijawabkan oleh ummi.. qunut nazilah bukanlah terhad kepada bacaan tertentu.. namun ulama’ terdahulu yang sangat jauh lebih hebat ilmu dan bahasa mereka telah menukilkan beberapa doa yang boleh dijadikan qunut nazilah.. dan kita yang daif lagi lemah penguasaan bahasa arab ini bolehlah menghafal dan menggunakan keindahan bahasa dan nukilan ulama’ ini di dalam qunut nazilah.. antara lafaz yang selalu kita dengari seperti mana dalam laman web yang ummi sertakan.. iaitu..

    اللهمﺇنانجعلك في نحورأعدائنا
    ونعوذبك من شرورهم
    اللهم بدد شملهم
    وفرق جمعهم
    وستت كلمتهم
    وزلزل أقدامهم
    وسلط عليهم كلبا من كلاب
    ك يا قهار يا جبار يا منتقم
    ياالله ياالله ياالله
    اللهم يا منزل الكتاب
    ويا مجري السحاب
    ويا هازم الاحزاب
    ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهوانصرنا عليهم

    Allahumma inna naj’aluka fii nuhuri a’ada ina
    wa nauzubilLahi min syuruurihim,
    Allahumma baddad syamlahum, wa farriq jam’ahum,
    wa syattit kalimatahum,
    wa zalzil aqdaamahum,
    wa sallidt ‘alaihim kalban min kilabik
    Ya Qahaar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim,
    Ya Allah ,Ya Allah, Ya Allah.
    Allahumma ya munzilal kitab,
    wa Ya mujriassahaab,
    wa Ya hazimal Ahzab
    ihzimhum, ihzimhum, ihzinmhum
    wansurna ‘alaihim

    Ya Allah,
    Sesungguhnya kami meletakkan leher musuh -musuh kami kepada Engkau
    Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
    Ya Allah,
    Leburkanlah kumpulan mereka
    Pecah belahkan dan kacau bilaukan pertubuhan mereka
    Goncangkan pendirian mereka
    Dan hantarkanlah anjing-anjing Engkau kepada mereka
    Wahai Tuhan yang gagah perkasa
    Wahai Tuhan yang Maha Kuat
    Wahai Tuhan yang ada bersifat murka
    Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
    Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
    Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
    Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
    Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka
    Dan menangkan kami ke atas mereka.

    selain dari itu.. ada juga qunut yang lebih panjang.. yang dibaca dengan perasaan yang mampu menitiskan air mata.. seperti mana bacaan qunut yang mashyur oleh Sheikh Mishary Rashid al-Efasy.. insyaAllah akan dikongsikan qunut yang dibacakan oleh beliau dalam entri akan datang..

    harap membantu..

  4. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam ummi.. jazakillahu khairan kathira ummi.. terima kasih banyak yang tidak terhingga atas bantuan dan keprihatinan ummi terhadap blog ini selama mana blog ini tidak ada yang menjaganya.. terima kasih yang tidak terhingga.. moga pengalaman lepas tidak melunturkan semangat ummi untuk terus berjuang dan mengislah.. amin.. moga semua perngorbanan ummi dibeli dengan bayaran syurgaNya di sana kelak.. amin.. amin ya Rabbal ‘alamin..

  5. Rosseni said:

    amin ya rabbal alamin. jzzk.

  6. FaisaL said:

    amin.. amin.. amin ya Allah.. waiyyaki khairan jazak..

  7. man said:

    amiin ya rabbal aalamiin

    • lasiaf87 said:

      amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: