Munajat..

Tuhan
Ku bisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Ku sembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikanku untuk-Mu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Ku rindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku

Ujian kepahitan
Di dalam perjuangan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Padanya syurga idaman

Advertisements

4 thoughts on “Munajat..

  1. wa’alaikumussalam.. sudah berada di adelaide.. maaf lambat memberitahu.. banyak perkara menghalang penulisan di blog ini.. terima kasih atas keprihatinan.. moga pulangnya kita dengan semangat yang lebih hebat dan lebih baik.. amin..

  2. lagu ini menyentuh hati andai kata kita mahu mendegarnya dengan hati.. yakni menghayati apa yang ingin disampaikan melalui isinya.. olahan muzik mampu membantu penghayatan.. syabas kepada kumpulan yang menasyidkan lagu ini.. iaitu rabbani.. moga apa yang disampaikan dalam lagu ini dapat dihayati bersama.. amin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s