Persoalan lama..

aku sendiri kebingungan..
apakah ini ketenangan?..
atau dulu itu kesenangan?..
sebelum lena ku termenung sendirian..
sungguh.. inilah ketenangan..
walaupun dahulunya kesenangan..
biarpun kini aku kesusahan..
namun di hati ku ada ketenangan..
bila ku sedar hakikat kebenaran..
rupanya inilah kebahagian..
inilah kedamaian..
yang ku cari selama ini hanyalah mainan..
benar ianya kesenangan..
tapi hanyalah satu permainan..
zahirnya berada dalam kemewahan..
tapi batinnya hidup tidak ada arah tujuan..
setelah mengenal erti kehidupan..
tersentak aku tentang hakikat kehidupan..
betapa jauh aku telah dipesongkan..
hidup bertahun-tahun dalam kelalaian..
tidak cukup lafaz syukur yang mampu ku ucapkan..
kerana ni’mat kefahaman..
bukan untuk semua insan..
hanya yang terpilih telah dianugerahkan..
moga aku terus dikekalkan..
dalam ketenangan..
dalam kebahagian..
dalam perjuangan..
ke arah kejayaan..
ke arah kemenangan..
menuju syurga idaman..

amin..

4 thoughts on “Persoalan lama..

  1. sudah kembali.. namun dengan kekotoran yang perlu dibersihkan.. harap akhi mampu membantu.. kerna diri ini tahu di mana letaknya kedudukan antara akhi dan diri ini.. moga terus kekal membantu.. amin..

Tinggalkan Jawapan kepada FaisaL Batal balasan