Kesenangan telah melupakanku pada saudaraku..

 -dipetik dari laman web Aman Palestin dari artikel bertajuk Isu Palestin: Bukan Sekadar Isu Kemanusian

Isu Palestin: Bukan Sekadar Isu Kemanusian 

Palestin merupakan suatu nama yang digunakan untuk wilayah barat-daya negara Syam. Ia bersempadan dengan Laut Mediterranian dan terletak di barat benua Asia. Palestin dianggap titik pertemuan di antara Asia dan Afrika. Bahagian utara Palestin bersempadan dengan Lubnan, manakala Syria di timur laut, Jordan di timur dan Mesir di selatan.

Palestin telah melalui sejarah yang panjang dalam peradaban tamadun manusia. Namun ia mempunyai kedudukan yang istimewa dalam hati setiap individu muslim sejak zaman-berzaman. Keistimewaan Palestin menurut Al-Quran dan Sunnah kepada ummat islam adalah seperti berikut :-

– Qiblat pertama muslimin.
– Masjid kedua tertua di muka bumi selepas Masjidil Haram.
– Masjid ketiga paling suci selepas Masdijil Haram & Masjid Nabawi.
– Tempat berlakunya Isra’ & Mi’raj.
– Bumi para nabi & rasul. Terdapat 50 anbiya’ yang memulakan serta meneruskan risalah Tauhid di sini.
– Negeri perjuangan.
– Harta wakaf umat Islam sehingga Hari Kiamat.

Bukan sekadar isu kemanusiaan

Segelintir daripada kita mungkin akan mempersoalkan mengapa harus kita menfokuskan kepada isu Palestin sedangkan banyak lagi negara dunia ketiga yang berada dalam kesengsaraan. Namun isu Palestin bukanlah permasalahan biasa. Ia bukan sahaja melibatkan soal keprihatinan kita sebagai Muslim, malahan aqidah yang tersemat di dada kita. Jadi inilah ISUNYA !!!..

Telah nyata kezaliman Yahudi beserta sekutu-sekutunya terhadap rakyat Palestin. Mereka berterusan melakukan pembunuhan ke atas orang awam Palestin, memusnahkan rumah-rumah dan menghalau mereka keluar dari negara yang tercinta. Statistik terkini menunjukkan bahawa terdapat lebih daripada 80% penduduk asal Palestin kini menjadi pelarian. Pelarian seperti Lubnan dinafikan hak untuk memohon kerakyatan dan seterusnya menutup peluang pekerjaan.

Ini mengakibatkan mereka tidak mendapat kemudahan asasi yang secukupnya seperti bekalan air bersih da juga ubat-ubatan. Dapatkah kita bayangkan keadaan saudara kita yang dilayan sedemikian rupa?

Bumi Palestin juga dianggap sebagai penempatan tertua di dunia. Bandar tertua di dunia, Jericho telah dibina di Palestin sejak 8000 SM. Sehingga kini Palestin masih dianggap sebagai sebuah bandar yang dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gemilang.

Akan tetapi isu ini tidak sekadar terhenti di situ sahaja. Tidakkah kita menyedari peristiwa Isra’ & Mi’raj yang kita sambut saban tahun dengan majlis yang tidak kurang hebatnya berlaku di negeri Al-Quds. Tambahan lagi Yahudi sedang merencana meruntuhkan Al-Aqsa bagi menggantikannya dengan Haikal Sulaiman ( Solomon Temple ). Semua ini dilakukan atas nama kajian arkeologi. Betapa tidak sensitifnya kita terhadap permasalahan umat dewasa ini.

 -dipetik dari laman web Aman Palestin dari artikel bertajuk Isu Palestin: Bukan Sekadar Isu Kemanusian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: