Respon terhadap artikel Muslimah dan gambar..

– rasa terpanggil untuk meluahkan perasaan terhadap artikel Muslimah dan gambar.. oleh kerana banyak respon yang diberi.. saya muatkan dalam satu komen yang panjang.. oleh kerana terlalu panjang.. saya rasa ada baiknya dikongsikan sebagai satu entri baru.. moga bermanfaat.. amin.. –

assalamu’alaikum semuanya..

sekadar luahan rasa hati..

pertama sekali ingin memohon jutaan kemaafan kerana blog ini tidak dapat diberi perhatian yang banyak seperti dahulunya kerana sedang bercuti di malaysia.. yang mana seperti semua sedia maklum, cutinya hanya untuk satu jangka masa yang singkat yakni 2 bulan lebih.. makanya, ingin dihabiskan masa tersebut bersama keluarga tercinta dan kerja-kerja yang lebih utama untuk diselesaikan.. disebabkan itu, blog ini terkebelakang kedudukannya dalam prioriti kerja-kerja sewaktu cuti.. jutaan kemaafan dipohon.. moga sedikit yang dikongsi dapat dimanfaatkan.. walaupun bukan hasil penulisan diri sendiri.. cuma beberapa artikel dari laman web atau blog-blog lain.. tetapi masih terdapat banyak manfaat yang dapat kita ambil.. insyaAllah..

mengenai isu muslimah dan gambar ini.. tidak perlulah berbalah dan menggunakan bahasa yang agak keras dalam membincangkannya.. kita buka minda dan hati.. berbincang secara elok.. malahan saya yakin, artikel ini ditulis bukan bertujuan merendahkan atau menyekat kebebasan mana-mana muslimah.. ia sekadar peringatan dan perkongsian bagi sesiapa yang mahu menerimanya setelah difikirkan dengan ilmu masing-masing.. masing-masing punya pendapat masing-masing.. tidak perlu kita bertengkar.. kita diberikan kebebasan untuk berfikir dalam memberikan alasan kepada sesuatu masalah.. kerana imam syafi’e pernah berkata kepada murid-muridnya..

“Jika aku menyebutkan argumentasi pada kamu sementara akal kamu tidak menerima terhadap argumentasi yang aku sampaikan, maka jangan diterima argumentasi itu. Kerana akal itu pasti menerima kebenaran.”

(dipetik dari buku Kisah-Kisah Para Imam Madzhab oleh Prof. Dr. Ali. Fikri)

jadi.. kita.. dalam membincangkan sesuatu perkara haruslah membuka minda dan hati untuk mendengar dan menerima.. sesudah didengar atau dalam situasi ini, dibaca.. kita nilai dengan akal kita.. dalam quran sendiri banyak kali Allah berfirman “…apakah kamu tidak berfikir…”

cuma dalam hal-hal tertentu.. terdapat batasan-batasan yang mana akal tidak lagi mampu memikirkannya.. lalu kita pulangkan segalanya kepada Allah jua.. kerana Dialah Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana..

mungkin sedikit pandangan dari saya.. seorang yang terlampau cetek ilmunya.. seorang yang hanya ingin berkongsi dengan yang lain.. di sini sahaja sudah ramai para ‘ilmuwan.. malahan yang sedang belajar di al-azhar turut memberi pandangan.. subhanAllah.. satu penghargaan yang tinggi bagi saya.. mungkin tidak bagi orang lain, tapi bagi diri saya yang menghormati graduan al-azhar.. ini satu penghargaan..

berbalik kepada pandangan saya.. saya kira.. wanita itu sifatnya “verbalize”.. dan lelaki itu sifatnya “visualize”.. apa yang dimaksudkan dengan pandangan saya ini ialah.. wanita itu, dia lebih terkesan dengan kata-kata.. lihat sahaja bagaimana kata-kata manis mampu merubah hati seorang wanita.. atau lihat sahaja bagaimana kadang kala gurauan mampu mengguris hati wanita.. boleh kita lihat juga bagaimana suami mampu membahagiakan isteri ketika pulangnya dari tempat kerja hanya dengan senyuman dan beberapa kata-kata yang membahagiakannya.. mereka lebih kepada emosi dalam bertindak atau membuat keputusan.. tidak seperti lelaki yang lebih kepada rasional dalam menentukan sesuatu.. sebab itu kadang kala kita lihat lelaki punya keputusan yang berbeza dengan perempuan.. kerana cara berfikirnya yang berbeza.. malah banyak kajian pernah dilakukan.. memang terdapat perbezaan.. bukan setakat kajian, malah banyak buku telah dikarang untuk menjelaskan perbezaan ini..

tetapi lelaki pula berbeza.. saya kategorkan lelaki sebagai “visualize” kerana lelaki lebih cenderung untuk berubah apabila melihat sesuatu.. terutamanya wanita kerana telah dijadikan indah pada pandangan manusia akan wanita itu.. seperti mana firmanNya..

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”

(Surah ali-‘Imran [3]:14)

tidak 100% menyalahkan wanita dalam hal ini.. kerana benar seperti mana yang diutarakan oleh bujang dan disokong oleh bujang 2 di dalam komen mereka.. muslimin juga punya tanggungjawab mereka kerana mereka disuruh menundukkan pandangan.. benar.. harus difikirkan juga.. adakah lelaki telah melaksanakan tanggungjawab mereka yang ini?..

selain itu.. terdapat satu lagi faktor yang menjadikan isu ini hangat diperkatakan.. ini kerana kita hidup pada zaman yang mana.. bukan setakat wanita tidak bertudung mudah didapati di mana-mana.. malahan wanita yang tidak berpakaian dan melakukan perkara tidak senonoh terlampau mudah untuk didapati.. sehingga menimbulkan permasalahan yang besar terutamanya kepada remaja.. yakni muda-mudi zaman yang serba canggih ini..

saya rasa… penulis asal artikel ini bertujuan sangat ikhlas dan mulia.. hatinya tidak sudi melihat muslimah-muslimahnya.. yakni saudara agamanya yang wanita dijadikan bahan pemuas hawa nafsu lelaki.. menjawab persoalan give us a break.. bukan wanita yang dituding jari untuk menyelesaikan perkara ini berseorangan.. tidak.. malah yang diutarakan adalah salah satu cara yang mungkin mampu membantu situasi yang kian melarat.. lelaki memang mempunyai hawa nafsu yang mungkin pelik pada pandangan wanita.. boleh baca satu artikel dalam website ustaz zahruddin yang bertajuk Bahaya Nafsu Lelaki.. mungkin wanita akan kata gila!.. atau macam-macam lagi.. tapi itulah realiti hari ini.. disebabkan dunia sekular telah memisahkan agama dari kehidupan.. maka manusia hilang pedoman.. hidup bukan lagi seperti binatang.. malahan lebih teruk.. binatang sendiri tidak akan mengawan bangkai binatang lain.. tetapi manusia.. bukan sahaja dibunuh, malah dirogolnya mayat-mayat wanita.. bukan itu sahaja.. situasi hari ini, jenayah tidak lagi mengenal usia.. jenayah itu buta.. bukan hanya cinta yang buta.. jenayah juga buta.. hatta kanak-kanak kecil berusia 2 tahun menjadi mangsa sehingga terburai usus dan organ dalamannya.. apalah sangat yang diketahui oleh kanak-kanak ini.. malahan nenek tua yang berusia lebih 60 tahun juga mampu membangkitkan syahwat mereka.. inikan lagi wanita-wanita yang muda.. muslimah-muslimah yang saya anggap saudara.. pasti lebih menjadi sasaran binatang-binatang buas ini.. sedih memikirkan keadaan ummat sekarang.. atas dasar ingin menyelamatkan muslimah-muslimah inilah, saya rasa wajar diketengahkan artikel sebegini..

mungkin ada yang kurang bersetuju.. mungkin ada yang menerima.. mungkin ada yang rasa terlalu berat untuk mereka.. mungkin ada yang rasa inilah tuntutan yang sepatutnya.. mungkin juga ada yang merasakan inilah jalan yang insyaAllah mampu menyelamatkan wanita.. mungkin juga ada yang berpendapat ini sekadar satu lagi penindasan terhadap wanita.. semuanya dibenarkan mempunyai pendapat masing-masing.. cuma lihatlah kembali kepada sumber kita.. yakni quran dan sunnah.. setelah dinilai dengan sumber kita yang utama ini.. maka buatlah keputusan..

dalam islam terdapat satu akhlaq yang mulia.. yakni.. al-haya’.. iaitulah malu.. malu bukan setakat kepada manusia.. malahan malu kepada Allah.. Rabbul ‘alamin.. Yang Maha Melihat akan segala sesuatu.. andai kata malu ini bertakhta di hati setiap muslim.. tidak kira lelaki atau wanita.. pasti dunia ini tidak seperti yang kita lihat hari ini.. kerana bila ada rasa malu dalam diri, mereka tidak sewenang-wenangnya memperlihatkan segala sesuatu.. menjual maruah diri dengan harga yang murah.. memperdagangkan diri dan dipertontonkan kepada orang ramai.. kerana mereka punya rasa malu.. mereka juga tidak akan melakukan maksiat kerana malu kepada Allah..

muslimah itu ibarat barang yang sangat sangat sangat berharga.. pernahkah ada barang berharga yang dibiarkan begitu sahaja?.. tidak dijaga?.. tidak disimpan dengan baik?.. tentunya tidak.. andai kata ianya berharga.. pasti dijaga dengan baik.. dengan rapi.. dengan teliti.. dengan berhati-hati.. belian dan permata tidak akan ditayang seperti gelas-gelas kaca.. emas dan perak tidak akan dibiarkan tidak berjaga.. duit yang banyak tidak akan dibiarkan di rumah sahaja.. kereta yang mahal tidak akan terbiar tidak berjaga.. semuanya begitu.. semuanya akan ditutup.. disimpan.. diletakkan di dalam bekas.. dijaga.. malahan setiap masa diawasi.. kalau begitu, kenapa tidak muslimah kita?..

saya cukup terkesan dengan bahasa yang digunakan oleh give us a break.. shut up about the watermark and peratusan blur.. satunya, yang mengutarakan mengenai watermark dan peratusan blur itu adalah ummi.. sebagai seorang anak kepada seorang ibu yang sangat mulia lagi tabah.. tidak pernah tidak terlintas di hati untuk berdiam diri apabila ibunya sendiri ditegur sebegitu.. namun saya pasti give us a break ada sebab-sebab tertentu untuk menggunakan bahasa yang begitu.. mungkin baginya itu tidaklah kasar atau seumpamanya.. saya terima dan bersangka baik.. dan saya pasti ummi juga turut memaafkan.. insyaAllah..

tetapi.. inginlah saya memperingatkan diri saya terlebih dahulu sebelum memperingati orang lain.. kerana saya yang menulis komen ini, maka sayalah yang pertama membacanya.. sayalah yang pertama menerima nasihat ini.. sayalah pertama yang patut ditanya adakah saya melakukannya.. peringatan itulah adalah supaya kita semua berbincang dan berbahas dengan budi bahasa dan bahasa yang baik.. tidak kasar dan tidak dengan emosi yang berlebihan.. emosi tidak salah… kerana kadang kala itu yang menyebabkan kita berfikir ke satu tahap yang lain.. tapi setelah berfikir itu.. tapislah dan nilai semula.. kemudian lontarkanlah pandangan dalam suasana yang mampu diterima ramai.. saya pasti semua yang lain menerima dengan baik.. insyaAllah..

dan untuk menjawab persoalan you know how ridiculous this article would sound if translated into english?and read by many others?.. saya perlu katakan saya tidak tahu.. kerana ilmu bahasa inggeris saya sangat lemah.. malahan setiap bahasa mempunyai gaya bahasanya tersendiri.. kadang kala apabila diterjemah satu persatu, tidak sama maksudnya dengan teks yang asal.. kerana gaya bahasa yang berbeza.. inilah juga kelemahan kita yang tidak pandai berbahasa arab terutamanya saya.. kerana al-Quran itu turunnya di dalam bahasa arab.. maka sangat beruntunglah mereka yang menguasai sepenuhnya bahasa arab.. kerana kefamahan mereka terhadap al-Quran sangat berbeza dari saya yang tidak mahir berbahasa arab.. malahan jauh berbeza.. saya terasa amat rugi dalam hal ini kerana.. setiap hari kita sekurang-kurangnya 17 kali meminta petunjuk dari Allah dengan membaca surah al-Fatihah di dalam solat..

“Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”

(Surah al-Fatihah [1]:6-7)

dan telah pun Allah jawab dalam surah seterusnya dalam ayat yang mula-mula lagi.. iaitu..

“Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.”

(Surah al-Baqarah [2]:1-5)

telah Allah beritahu.. bahawa al-Quran itu sebagai petunjuk.. tetapi sayangnya.. kerana lemahnya penguasaan bahasa arab.. kita kurang memahami isu kandungannya.. rugi rasanya.. seperti seorang kekasih menyampaikan surat cinta kepada kita dalam bahasa yang berbeza.. tetapi kita tidak mampu memahaminya.. lebih malang lagi kita tidak berusaha untuk memahaminya.. sedangkan ini surat dari kekasih.. bukan orang sebarangan.. bukan dari kawan kita.. bukan dari kawan baik kita.. bukan dari guru kita.. tetapi dari kekasih.. andai kata, kata-kata dari kekasih sudah tidak dihiraukan, apakah masih kekasih namanya?.. peliklah andai kata ini adalah benar..

mengenai wanita dilihat sebagai ditindas.. saya rasa bagi mereka yang benar-benar berpegang kepada apa yang mereka percaya, pasti menolak sekuat-kuatnya kenyataan ini.. kerana setiap yang disuruh di dalam islam itu ada hikmahnya.. segalanya adalah untuk kita.. Allah tidak pernah berkurang sedikit pun kemulian atau kekayaannya andai kata kita tidak mahu menurutinya..

dan ketahuilah.. musuh-musuh islam senantiasa merancang agar kita ditukarkan neraca kehidupan.. hari ini kita melihat hiburan dari sudut berbeza.. kecantikan dari sudut berbeza.. pendidikan dari sudut berbeza.. kemulian dari sudut berbeza.. semuanya hasil perancangan rapi musuh-musuh islam dari dahulu lagi.. dari sekalian lama telah dirancang rapi.. sirah-sirah mulia islam dipadamkan.. dinding-dinding tinggi dibina dalam hati-hati muslim.. al-quran dipisahkan dari dada-dada muslim.. neraca kehidupan ditukar.. suasana diubah.. segala-galanya dihilangkan.. sehingga terjadilah seperti mana hari ini.. ibu bapa berbangga dengan anak-anak mereka yang bercita-cita menjadi penyanyi.. akdemi fantasia dan hiburan lain diagung-agungkan.. nilaian atau ukuran kejayaan hanyalah pada bilangan A yang dicapai.. fesyen-fesyen pakaian berubah senantiasa menguntungkan pemula fesyennya iaitu orang barat.. kapitalisme menindas setiap manusia yang kurang bernasib baik.. yang kaya terus kaya.. yang miskin semakin miskin.. tiada lagi ihsan di dalam dunia.. inilah yang kita banggakan.. inilah dunia ini.. inilah dunia kita.. inilah tempat kita.. manusia seperti robot-robot kosong.. hidupnya telah ditetapkan.. hati dan rohaninya kosong.. jiwanya sengsara.. meronta tiap masa.. “di manakah ketenangan untukku?!” teriak mereka.. semuanya telah ditetapkan untuk mereka.. lahir saja.. semuanya telah diatur.. ibarat robot yang ditakdirkan kerja dikilang.. walhal kita sebenarnya mulia.. dijadikan sebagai khalifah di dunia.. tapi inilah hakikat dunia sekarang.. khalifah yang sepatutnya mulia ini, berperangai seperti binatang.. malah lebih teruk.. rempit sana sini.. ragut.. bohsia bojan.. pelacuran.. rogol.. buang anak.. tanyalah mereka semua ini.. pernahkah mereka merasa puas mengikut hawa nafsu?.. pernahkah hawa nafsu meletakkan satu titik henti bagi mereka?.. tidak!.. hawa nafsu dorongannya adalah lagi dan lagi dan lagi dan lagi.. tidak ada garisan penamat bagi mereka.. itulah hakikat nafsu.. itulah hakiat musuh kita, syaitan..

maaf terlampau panjang.. hanya luahan rasa hati yang beremosi.. tetapi cuba disampaikan dengan baik, insyaAllah..

berbalik kepada perkara asal.. setiap manusia itu ada tahap keimanannya.. tidaklah artikel ini, saya percaya, tujuannya adalah menyuruh.. tetapi lebih kepada peringatan dan menyampaikan.. yakni, inilah jalan penyelasaiannya.. maka, sekiranya ada yang mampu, turutilah.. andai kata ada yang tidak setuju, atau tidak punya kekuatan untuk melakukan yang sedemikian.. seperti mana kata give us a break dalam komennya.. you seriously think woman does not like attention?.. maka, beransur-ansurlah.. tapi ingin diingatkan sekali lagi.. inilah pendapat dan pandangan saya.. saya bersetuju dengna arkitel yang dituliskan.. andai kata, tidak mampu, jangan sekali-kali tidak terdetik langsung dalam hati untuk tidak berubah.. na’uzubillahi min zalik.. seperti mana komen give us a break, namanya telah memberi maksud berilah mereka ruang untuk berubah secara beransur-ansur.. benar.. ini hanyalah persinggahan.. perjalanan masih jauh.. suatu hari pasti tetap akan berubah kearah kebaikan.. amin..

cuma nak diingatkan.. kematian tidak mengenal usia.. dan kita di dunia hanya sementara.. dan pasti ada yang berkata, saat remaja itulah yang paling mencabar.. segala-galanya kita mahukan.. rasa rugi tertinggal pada usia remaja.. tetapi.. ingatlah kebahagian dan keseronokan yang sebenar bukan di dunia.. kita hidup dalam keadaan kita sekarang adalah satu ni’mat yang besar.. fikirkanlah mereka yang di Afrika.. di Palestin.. di Afghanistan.. di Chechnya.. di Iraq.. di Pakistan.. di selatan Thai.. di Khasmir.. di seluruh pelusuk dunia yang kita mampu mengambil pengajaran dari mereka.. pernahkah mereka sesenang mereka.. tidak perlu jauh.. saudara kita di Malaysia sahaja sudah banyak yang tidak bernasib baik.. lihat saja rancangan Bersamamu di TV3 itu.. itu hanyalah yang sempat dirakamkan.. puluhan, ratusan, ribuan malah boleh jadi jutaan manusia lebih teruk hidupnya dari kita.. oleh itu, kalaulah sekadar mengorban sedikit kesenangan dunia, bagi mereka yang tidak bernasib baik itu, tidaklah bererti.. kerana kehidupan mereka jauh lebih susah.. tapi ingat.. kita tidak korbankan kesenangan dunia yang menipu ini tanpa bayaran.. Allah sangat pemurah, diciptakan kita secara percuma, lalu dikatakan olehNya, Dia membeli kita.. subhanAllah.. dimanakah hendak kita katakan kekuranganNya?.. Dia yang menciptakan kita, lalu dikatakanNya kita telah dibeli.. subhanAllah.. walhal menjadi milik seseorang itu apa yang diciptakannya.. tetapi bagi Allah tidak.. Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mulia.. Dia yang menciptakan kita.. kemudian kita dibeli olehnya.. kita yang sepatutnya tidak mendapat apa-apa.. kita yang sepatutnya hambaNya semata-mata.. diangkat dan dimuliakan oleh Allah dengan pembelian ini.. firmanNya..

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.”

(Surah as-Saff [61]:10-13)

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.”

(Surah at-Taubah [9]:111)

rasanya sudah terlalu panjang.. ada baiknya untuk disimpulkan setakat ini dahulu.. kesimpulannya.. bagi saya.. andai kata kita benar-benar ingin jadi orang yang beriman.. juallah diri kita dan harta kita.. bermujahadahlah.. apabila sesuatu itu dijualkan.. maka kita tidak ada hak ke atas apa yang dijualkan lagi.. dan andai kata kita telah menjualkan diri kita.. apakah masih ada hak untuk kita mengatakan “aku nak buat ini, aku nak buat itu” sedangkan Pembeli kita telah katakan sebaliknya.. selamilah perdagangan ini.. hayatilah jual beli ini.. renungilah perniagan ini.. satu perniagan yang unik.. perniagaan yang tidak akan rugi.. janji ini bukan daripada saya yang juga mengemis dan menjaja diri untuk dibeli.. tetapi inilah janji Rabb.. Khaliq.. Tuhan.. Pencipta.. Tuhan saya.. dan Tuhan kamu.. Rabbi wa Rabbuk..

maaf sekiranya ada terkasar bahasa.. kerana mungkin terlebih beremosi yang gagal ditapis dengan kewarasan minda dan rasional pemikiran.. jutaan kemaafan dipohon terlebih dahulu..

dan andai kata ada yang tersalah, saya harap saya ditegur.. kerana saya tidak mahu terus berada dalam kesesatan.. malah lebih teruk menyesatkan orang lain.. na’uzubillahi min zalik..

sama-samalah kita mohon agar diberi petunjuk dalam setiap keputusan kita.. kerana hidup di dunia ini semuanya mengenai keputusan.. setiap sesuatu harus kita fikirkan keputusan untuk tindakan atau respon seterusnya.. moga Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada kita dalam setiap keputusan kita.. amin..

Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan daku walau sekelip mata sekali pun.. pimpinlah daku yang mengais rahmat dan kasihMu.. amin..

moga bermanfaat..

setiap perkataan atau kata-kata itu berhak ditolak melainkan kata-kata Rasulullahi salAllahu ‘alaihi wassalam.. maka, sekiranya kata-kata saya ini tidak dapat diterima, anda berhak menolaknya.. ini adalah sekadar pandangan.. tetapi saranan saya sebelum menolaknya.. nilailah dengan neraca sebenar.. neraca islam.. neraca Allah.. kerana dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.. dariNya kita dicipta, keranaNya kita hidup, redhaNya yang kita cari.. maka nilailah dengan neracaNya.. nilailah dengan kaca mata lensaNya..

wAllahua’lam..

10 comments
  1. Salam ziarah,

    Alhamdulillah, ana selamt sampai di adelaide. Kini menumpang di Adelaide Tower🙂

    Tahniah untuk artikel ini.

    Bernas.

    Teruskan🙂

  2. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam..

    alhamdulillah.. ana baca entri nta di blog nta.. terperangkap di lapangan terbang ye.. kesiannya.. alhamdulillah selamat sampai dah..

    manfaat masa di adelaide yang subur itu.. moga menjadi bekalan sekembalinya dari sana untuk terus berjuang di malaysia tanah air kita.. insyaAllah..

    terima kasih.. insyaAllah akan diteruskan..

    moga terus diberikan kekuatan dan ilham untuk berjuang dari semua aspek, sama ada penulisan atau yang lainnya.. amin..

    moga terus istiqamah di atas jalanNya.. amin..

    moga apa yang ditulis diterjemahkan dalam perbuatan dan amal.. amin..

  3. fikri said:

    salam

    pahabaq? bila nk balek sini??? ammar rindu..

  4. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam..

    subhanAllah.. segala pujian bagi Allah, Tuhan yang mencipta keindahan ukhuwah.. Tuhan yang mempertautkan dua hati atas satu dasar yang kukuh.. Tuhan yang mengikatkan dua hati atas satu perjuangan yang sama.. Tuhan yang memegang hati-hati hambaNya.. subhanAllah..

    terharu.. kerana kami di malaysia pun selalu bercerita pasal ammar dan ikhwah lain di adelaide.. kami cemburu dengan pengisian yang kalian semua dapat.. moga semuanya kalian manfaatkan sebaiknya.. menjadi bekalan untuk perjuangan di malaysia yang penuh ranjau ini.. bersedialah untuk berjuang.. kerana ia tidak semudah di bumi adelaide yang subur itu..

    alhamdulillah.. sihat.. cuma mungkin sedikit sibuk.. dengan waktu yang terhad untuk bercuti.. ingin digunakan semuanya sebaik-baiknya.. untuk keluarga tercinta dan untuk kerja-kerja keranaNya.. insyaAllah..

    insyaAllah akan balik ke sana menemui kalian dalam bulan dua.. insyaAllah kita sama-sama berjuang mengislah dan memperbaiki diri untuk persedian menghadapi perjuangan yang lebih mencabar di masa depan.. terutamanya di tanah air tercinta.. insyaAllah..

    semoga kita semua tetap berada di atas jalanNya.. amin.. semoga terus diberi hidayah dan petunjuk dariNya.. amin..

    sampaikan salam kepada semua ikhwah di adelaide..🙂

  5. salam. kalau terakhir saya lawati entri tentang ‘muslimah & gambar’ ialah apabila ada komen terakhir oleh ‘Ammar -“betul… ana sokong”.

    namun setelah itu tak sangka pula ada komen yang sepertinya kurang sependapat dengan apa yang diutarakan dalam entri tersebut.

    tetapi Alhamdulillah, komen + entri ini jelas diungkapkan dengan penuh berhikmah, profesional dan berlaraskan apa yang sebenarnya setiap individu Muslim tahu.

    InsyaAllah, semoga dibukakan hati dan minda.

    p/s: Fikri, … cis, aku tak dak sapa nak rindu pon😦 !

  6. seruan dr bumi UK said:

    salam ‘alaik,

    tahniah atas artikel ini.

    Sebagai seorang yg br dlm medan dakwah ini ana cukup tersentuh dgn semangat anta.

    Sungguh, kebenaran perlu ditegakkan walaupun pahit!

    moga Allah sentiasa memberi anta taufiq utk terus menulis dan menyentuh hati da’i2 lain. insyaAllah…

    wassalam

  7. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam.. alhamdulillah.. segala puji kepada Tuhan, Tuam empunya ‘ilmu.. sehingga digabungkan seluruh laut dan ditambah sebanyak itu juga tidak akan pernah cukup mewakili ‘ilmuNya.. subhanAllah.. diri ini hanya dikurniakan setitis dari keluasan ‘ilmu itu.. dan inginku kongsikan bersama pendapat dan pandanganku berdasarkan setitis keluasan ilmu Rabbku.. dan juga Rabbmu.. moga bermanfaat..

    “Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

    (Surah Luqman [31]:27)

    amin.. moga terus diberi petunjuk dariNya.. moga terus berada dalam cahaya keimanan.. amin.. amin ya Allah.. amin..

    “Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.”

    (Surah al-Baqarah [2]:257)

  8. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam.. terima kasih.. moga perkongsian menjadi salah satu wadah saling ingat mengingatkan mengenai kebenaran dan kesabaran..

    “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

    (surah al-‘Asr [103]:1-3)

    amin.. moga semuanya terus dikurniakan petunjuk dari Allah.. dan tidak dibiarkan bersendirian walaupun sekelip mata.. amin ya Allah..

    kerana tiadalah aku mampu berbuat apa-apa tanpa petunjuk dan rahmat dariMu ya Ilahi Rabbi.. dengan itu kurniakan kepada kami semua, petunjuk dan rahmatMu.. bimbinglah kami ya Allah..

    wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati.. tetapkanlah hati-hati kami di atas deenMu, dan di atas keta’atan kepadaMu, dan di atas jihad pada jalanMu.. sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.. amin ya Allah..

  9. nurun said:

    barakallahu fiikum..tazkirah n perbincangan yang menyentuh..

    teringat hadith Rasulullah S.A.W..

    “Sesiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran,hendaklah dia mengubahnya (mencegah dan menghentikannya) dengan tangannya.Jika dia tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya.Jika dia masih tidak mampu (maka ubahlah) dengan hatinya (dengan membencinya), yang sedemikian adalah selemah-lemah iman”[MUSLIM].

    Moga hati kita masih lagi dihuni iman walaupun hanya sekelumit,
    dan jika ia hanya sekelumit, moga ia bercambah hasil baja hidayah dan redhaNya..ihdinassiratal mustaqim..ameen.

  10. wano said:

    bagus lah lepas tu seronok pl tengok kalimah2 ALLAH ni rs nye ade tak sejuta gambar kalimah ALLAH lagi harap ramai lagi lah yng nak masuk kan kalimah ALLAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: