Di mana ketenangan dan kebahagiaan..

semua manusia memburu ketenangan dan kebahagiaan
kerana ia fitrah semulajadi manusia
dimana ketenangan dan dimana bahagia
pada harta pangkat dan kuasa atau pada kecantikkan wanita

kalau disitulah kebahagiaan
mengapakah jutawan berpenyakit jiwa
kenapa yang berpangkat pemarah dan beremosi saja
mengapa yang punya kuasa berkrisis saja
mengapa gila wanita selalu kecewa

dimana ketenangan dan dimana bahagia manusia
sudah lama manusia mencari tiada jumpa
terumbang ambinglah mereka
ditengah kemodenan hidupnya canggih tapi jiwanya tersisih sedih

manusia kehilangan kebahagiaan walau sentiasa memburunya
yang disangka bahagia itu rupanya mengecewakan
harta pangkat dan kuasa jua wanita
semuanya menipunya manusia kecewa dimana-mana

dimana ketenangan dan dimana bahagia manusia
ya Allah itulah Tuhan sumber kebahagian
kenali dan cintailah Allah kerana Allah menyintai kita
cintakan Allah tiada kecewa

beriman kepada Nya dan sembahlah Dia
ikuti syariat Nya tawakkallah kepada Nya
mintalah kepada Nya berbaik sangkalah kepada Nya
itulah penenang jiwa ubat jiwa yang lara
nikmat bahagia pasti dirasa

Advertisements

2 thoughts on “Di mana ketenangan dan kebahagiaan..

  1. lagu ni best,, dan blog enta bnyak link yang best2 mabruk la… jadi pengguna internet yang baik,, utk agama ISLAM…. sama2 berdoa supaya selalu diberi kekuatan oleh ALLAH swt

  2. betul.. memang best lagu ni.. terutamanya liriknya yang sangat bermakna.. kadang kita sendiri terkeliru.. kita ingat dengan kaya kita tenang.. kita bahagia.. itu yang hari-hari sibuk cari duit.. belajar pun sebab niat nak cari duit dengan kelayakan.. habis semuanya terpesong.. moga Allah senantiasa memberi petunjuk dalam setiap keputusan kita.. amin..

    alhamdulillah.. oleh kerana pembelajaran di peringkat universiti tidaklah sesibuk di sekolah menengah.. maka banyak masa ana ada.. dan disebabkan kelajuan internet di negara maju seperti australia memang menakjubkan.. amat rugilah kalau tidak dimanfaatkan sebaiknya.. alhamdulillah.. dapat digunakan sebaik mungkin..

    cuma internet sememangnya bahaya.. sama ada kita mahu menggunakannya dengan cara yang betul.. yang mana mampu menjadikan kita seorang yang benar-benar berkelbihan dari mereka yang tidak berkesempatan menggunakan internet.. atau kita hendak menggunakannya dengan jalan yang salah.. yang mana ramai juga telah tersungkur ke arah ini.. kerana kita tahu apabila duduk dengan komputer di depan mata.. selalunya kita berada dalam keadaan berkeseorangan.. maka hanya Allah yang melihat kita.. dan malaikat-malaikatnya mencatit apa yang kita lakukan.. moga apa yang ditulis ini menjadi peringatan buat diri ini.. dan yang ditulis ini dapat dicerna dan diterjemahkan hasilnya dalam bentuk amal perbuatan.. amin..

    insyaAllah.. kita doakan agar Allah senantiasa memberikan kita kekuatan dan ketabahan untuk terus berada di atas jalanNya.. amin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s