Muslimah dan gambar..

– dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar Dari Urdun~ dalam entri bertajuk Muslimah & Gambar

Salam.

Muqaddimah

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar  anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

Penyelesaiannya

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam.

Peringatan juga buat diriku yang sering lupa…

– dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar Dari Urdun~ dalam entri bertajuk Muslimah & Gambar

Advertisements
40 comments
  1. FakuLito said:

    salam.

    betul tu. gambar dlm blogspot antaranya, kalau diupload gambar bersaiz besar tapi kita pilih small size option, gambar tu yg dah dipost still akan jadi besar kalau diklik.

    jangan lah hampiri zina. muslimah mungkin tidak pasti samada gambar mereka boleh meningkatkan nafsu yang x baik atau x. dalam hal ini, lebih baik anggap perkara yang x baik akan berlaku.

    bertindaklah secara waras dengan landasan yang telah diberi!

  2. 'ammar said:

    ya betul… ana sokong…

  3. abdrahman said:

    bagus ,
    satu pandangan yang tepat dan lebih mengambil langkah berhati-hati..
    tahniah,,

  4. perantau said:

    btol tuh… wahai wanita! percayalah bahawa sekali lelaki memandang anda, jutaan bayangan terus meresap ke dalam kepala mereka.. saya adalah lelaki, dan saya tidak berbohong berkenaan ini… percayalah…

  5. bujang said:

    bagaimana pula muslimin & gambar…lelaki kena tundukkan pandangan, perempuan pun kena tundukkan pandangan juga kan? (dalam ayat selepas ayat yg di mention oleh penulis)…jadi both lelaki dan wanita seharusnya memikirkan ttg issue ini…
    wallahu a’lam

  6. bujang 2 said:

    sokong dgn bujang.

  7. teaks said:

    tatau la org len cmne, tp kalo me as pompuan tgk gmbr laki cam xrase pape pon..so xkesah sgtla kot laki letak gmbr..pompuan cam xde prasaan sgt kot bab2 neh..hikhik=p

    nway, nice article!! sgt tepat n bernas~~P

  8. give us a break said:

    give us muslimah sisters a break. let alone we are already seen as oppressed, now with all the saying that you cant do this you cant do that.it will drive people insane.try taking things moderately.

    is there any woman in this world who does not want to be wanted? seriously, for a split second, forget being all nice and proper,just a split second,you seriously think woman does not like attention?

    shut up about the watermark and peratusan blur already. what is wrong with putting up decent pictures? as in with tudung and covered up. why are we having to blamed to men’s lusty eyes and crazy fantasy?we dealt with that by covering ourselves up.

    you know how ridiculous this article would sound if translated into english?and read by many others?

  9. FaisaL said:

    assalamu’alaikum semuanya..

    sekadar luahan rasa hati..

    pertama sekali ingin memohon jutaan kemaafan kerana blog ini tidak dapat diberi perhatian yang banyak seperti dahulunya kerana sedang bercuti di malaysia.. yang mana seperti semua sedia maklum, cutinya hanya untuk satu jangka masa yang singkat yakni 2 bulan lebih.. makanya, ingin dihabiskan masa tersebut bersama keluarga tercinta dan kerja-kerja yang lebih utama untuk diselesaikan.. disebabkan itu, blog ini terkebelakang kedudukannya dalam prioriti kerja-kerja sewaktu cuti.. jutaan kemaafan dipohon.. moga sedikit yang dikongsi dapat dimanfaatkan.. walaupun bukan hasil penulisan diri sendiri.. cuma beberapa artikel dari laman web atau blog-blog lain.. tetapi masih terdapat banyak manfaat yang dapat kita ambil.. insyaAllah..

    mengenai isu muslimah dan gambar ini.. tidak perlulah berbalah dan menggunakan bahasa yang agak keras dalam membincangkannya.. kita buka minda dan hati.. berbincang secara elok.. malahan saya yakin, artikel ini ditulis bukan bertujuan merendahkan atau menyekat kebebasan mana-mana muslimah.. ia sekadar peringatan dan perkongsian bagi sesiapa yang mahu menerimanya setelah difikirkan dengan ilmu masing-masing.. masing-masing punya pendapat masing-masing.. tidak perlu kita bertengkar.. kita diberikan kebebasan untuk berfikir dalam memberikan alasan kepada sesuatu masalah.. kerana imam syafi’e pernah berkata kepada murid-muridnya..

    “Jika aku menyebutkan argumentasi pada kamu sementara akal kamu tidak menerima terhadap argumentasi yang aku sampaikan, maka jangan diterima argumentasi itu. Kerana akal itu pasti menerima kebenaran.”

    (dipetik dari buku Kisah-Kisah Para Imam Madzhab oleh Prof. Dr. Ali. Fikri)

    jadi.. kita.. dalam membincangkan sesuatu perkara haruslah membuka minda dan hati untuk mendengar dan menerima.. sesudah didengar atau dalam situasi ini, dibaca.. kita nilai dengan akal kita.. dalam quran sendiri banyak kali Allah berfirman “…apakah kamu tidak berfikir…”

    cuma dalam hal-hal tertentu.. terdapat batasan-batasan yang mana akal tidak lagi mampu memikirkannya.. lalu kita pulangkan segalanya kepada Allah jua.. kerana Dialah Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana..

    mungkin sedikit pandangan dari saya.. seorang yang terlampau cetek ilmunya.. seorang yang hanya ingin berkongsi dengan yang lain.. di sini sahaja sudah ramai para ‘ilmuwan.. malahan yang sedang belajar di al-azhar turut memberi pandangan.. subhanAllah.. satu penghargaan yang tinggi bagi saya.. mungkin tidak bagi orang lain, tapi bagi diri saya yang menghormati graduan al-azhar.. ini satu penghargaan..

    berbalik kepada pandangan saya.. saya kira.. wanita itu sifatnya “verbalize”.. dan lelaki itu sifatnya “visualize”.. apa yang dimaksudkan dengan pandangan saya ini ialah.. wanita itu, dia lebih terkesan dengan kata-kata.. lihat sahaja bagaimana kata-kata manis mampu merubah hati seorang wanita.. atau lihat sahaja bagaimana kadang kala gurauan mampu mengguris hati wanita.. boleh kita lihat juga bagaimana suami mampu membahagiakan isteri ketika pulangnya dari tempat kerja hanya dengan senyuman dan beberapa kata-kata yang membahagiakannya.. mereka lebih kepada emosi dalam bertindak atau membuat keputusan.. tidak seperti lelaki yang lebih kepada rasional dalam menentukan sesuatu.. sebab itu kadang kala kita lihat lelaki punya keputusan yang berbeza dengan perempuan.. kerana cara berfikirnya yang berbeza.. malah banyak kajian pernah dilakukan.. memang terdapat perbezaan.. bukan setakat kajian, malah banyak buku telah dikarang untuk menjelaskan perbezaan ini..

    tetapi lelaki pula berbeza.. saya kategorkan lelaki sebagai “visualize” kerana lelaki lebih cenderung untuk berubah apabila melihat sesuatu.. terutamanya wanita kerana telah dijadikan indah pada pandangan manusia akan wanita itu.. seperti mana firmanNya..

    “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”

    (Surah ali-‘Imran [3]:14)

    tidak 100% menyalahkan wanita dalam hal ini.. kerana benar seperti mana yang diutarakan oleh bujang dan disokong oleh bujang 2 di dalam komen mereka.. muslimin juga punya tanggungjawab mereka kerana mereka disuruh menundukkan pandangan.. benar.. harus difikirkan juga.. adakah lelaki telah melaksanakan tanggungjawab mereka yang ini?..

    selain itu.. terdapat satu lagi faktor yang menjadikan isu ini hangat diperkatakan.. ini kerana kita hidup pada zaman yang mana.. bukan setakat wanita tidak bertudung mudah didapati di mana-mana.. malahan wanita yang tidak berpakaian dan melakukan perkara tidak senonoh terlampau mudah untuk didapati.. sehingga menimbulkan permasalahan yang besar terutamanya kepada remaja.. yakni muda-mudi zaman yang serba canggih ini..

    saya rasa… penulis asal artikel ini bertujuan sangat ikhlas dan mulia.. hatinya tidak sudi melihat muslimah-muslimahnya.. yakni saudara agamanya yang wanita dijadikan bahan pemuas hawa nafsu lelaki.. menjawab persoalan give us a break.. bukan wanita yang dituding jari untuk menyelesaikan perkara ini berseorangan.. tidak.. malah yang diutarakan adalah salah satu cara yang mungkin mampu membantu situasi yang kian melarat.. lelaki memang mempunyai hawa nafsu yang mungkin pelik pada pandangan wanita.. boleh baca satu artikel dalam website ustaz zahruddin yang bertajuk Bahaya Nafsu Lelaki.. mungkin wanita akan kata gila!.. atau macam-macam lagi.. tapi itulah realiti hari ini.. disebabkan dunia sekular telah memisahkan agama dari kehidupan.. maka manusia hilang pedoman.. hidup bukan lagi seperti binatang.. malahan lebih teruk.. binatang sendiri tidak akan mengawan bangkai binatang lain.. tetapi manusia.. bukan sahaja dibunuh, malah dirogolnya mayat-mayat wanita.. bukan itu sahaja.. situasi hari ini, jenayah tidak lagi mengenal usia.. jenayah itu buta.. bukan hanya cinta yang buta.. jenayah juga buta.. hatta kanak-kanak kecil berusia 2 tahun menjadi mangsa sehingga terburai usus dan organ dalamannya.. apalah sangat yang diketahui oleh kanak-kanak ini.. malahan nenek tua yang berusia lebih 60 tahun juga mampu membangkitkan syahwat mereka.. inikan lagi wanita-wanita yang muda.. muslimah-muslimah yang saya anggap saudara.. pasti lebih menjadi sasaran binatang-binatang buas ini.. sedih memikirkan keadaan ummat sekarang.. atas dasar ingin menyelamatkan muslimah-muslimah inilah, saya rasa wajar diketengahkan artikel sebegini..

    mungkin ada yang kurang bersetuju.. mungkin ada yang menerima.. mungkin ada yang rasa terlalu berat untuk mereka.. mungkin ada yang rasa inilah tuntutan yang sepatutnya.. mungkin juga ada yang merasakan inilah jalan yang insyaAllah mampu menyelamatkan wanita.. mungkin juga ada yang berpendapat ini sekadar satu lagi penindasan terhadap wanita.. semuanya dibenarkan mempunyai pendapat masing-masing.. cuma lihatlah kembali kepada sumber kita.. yakni quran dan sunnah.. setelah dinilai dengan sumber kita yang utama ini.. maka buatlah keputusan..

    dalam islam terdapat satu akhlaq yang mulia.. yakni.. al-haya’.. iaitulah malu.. malu bukan setakat kepada manusia.. malahan malu kepada Allah.. Rabbul ‘alamin.. Yang Maha Melihat akan segala sesuatu.. andai kata malu ini bertakhta di hati setiap muslim.. tidak kira lelaki atau wanita.. pasti dunia ini tidak seperti yang kita lihat hari ini.. kerana bila ada rasa malu dalam diri, mereka tidak sewenang-wenangnya memperlihatkan segala sesuatu.. menjual maruah diri dengan harga yang murah.. memperdagangkan diri dan dipertontonkan kepada orang ramai.. kerana mereka punya rasa malu.. mereka juga tidak akan melakukan maksiat kerana malu kepada Allah..

    muslimah itu ibarat barang yang sangat sangat sangat berharga.. pernahkah ada barang berharga yang dibiarkan begitu sahaja?.. tidak dijaga?.. tidak disimpan dengan baik?.. tentunya tidak.. andai kata ianya berharga.. pasti dijaga dengan baik.. dengan rapi.. dengan teliti.. dengan berhati-hati.. belian dan permata tidak akan ditayang seperti gelas-gelas kaca.. emas dan perak tidak akan dibiarkan tidak berjaga.. duit yang banyak tidak akan dibiarkan di rumah sahaja.. kereta yang mahal tidak akan terbiar tidak berjaga.. semuanya begitu.. semuanya akan ditutup.. disimpan.. diletakkan di dalam bekas.. dijaga.. malahan setiap masa diawasi.. kalau begitu, kenapa tidak muslimah kita?..

    saya cukup terkesan dengan bahasa yang digunakan oleh give us a break.. shut up about the watermark and peratusan blur.. satunya, yang mengutarakan mengenai watermark dan peratusan blur itu adalah ummi.. sebagai seorang anak kepada seorang ibu yang sangat mulia lagi tabah.. tidak pernah tidak terlintas di hati untuk berdiam diri apabila ibunya sendiri ditegur sebegitu.. namun saya pasti give us a break ada sebab-sebab tertentu untuk menggunakan bahasa yang begitu.. mungkin baginya itu tidaklah kasar atau seumpamanya.. saya terima dan bersangka baik.. dan saya pasti ummi juga turut memaafkan.. insyaAllah..

    tetapi.. inginlah saya memperingatkan diri saya terlebih dahulu sebelum memperingati orang lain.. kerana saya yang menulis komen ini, maka sayalah yang pertama membacanya.. sayalah yang pertama menerima nasihat ini.. sayalah pertama yang patut ditanya adakah saya melakukannya.. peringatan itulah adalah supaya kita semua berbincang dan berbahas dengan budi bahasa dan bahasa yang baik.. tidak kasar dan tidak dengan emosi yang berlebihan.. emosi tidak salah… kerana kadang kala itu yang menyebabkan kita berfikir ke satu tahap yang lain.. tapi setelah berfikir itu.. tapislah dan nilai semula.. kemudian lontarkanlah pandangan dalam suasana yang mampu diterima ramai.. saya pasti semua yang lain menerima dengan baik.. insyaAllah..

    dan untuk menjawab persoalan you know how ridiculous this article would sound if translated into english?and read by many others?.. saya perlu katakan saya tidak tahu.. kerana ilmu bahasa inggeris saya sangat lemah.. malahan setiap bahasa mempunyai gaya bahasanya tersendiri.. kadang kala apabila diterjemah satu persatu, tidak sama maksudnya dengan teks yang asal.. kerana gaya bahasa yang berbeza.. inilah juga kelemahan kita yang tidak pandai berbahasa arab terutamanya saya.. kerana al-Quran itu turunnya di dalam bahasa arab.. maka sangat beruntunglah mereka yang menguasai sepenuhnya bahasa arab.. kerana kefamahan mereka terhadap al-Quran sangat berbeza dari saya yang tidak mahir berbahasa arab.. malahan jauh berbeza.. saya terasa amat rugi dalam hal ini kerana.. setiap hari saya sekurang-kurangnya 17 kali meminta petunjuk dari Allah dengan membaca surah al-Fatihah di dalam solat..

    “Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”

    (Surah al-Fatihah [1]:6-7)

    dan telah pun Allah jawab dalam surah seterusnya dalam ayat yang mula-mula lagi.. iaitu..

    “Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.”

    (Surah al-Baqarah [2]:1-5)

    telah Allah beritahu.. bahawa al-Quran itu sebagai petunjuk.. tetapi sayangnya.. kerana lemahnya penguasaan bahasa arab.. kita kurang memahami isu kandungannya.. rugi rasanya.. seperti seorang kekasih menyampaikan surat cinta kepada kita dalam bahasa yang berbeza.. tetapi kita tidak mampu memahaminya.. lebih malang lagi kita tidak berusaha untuk memahaminya.. sedangkan ini surat dari kekasih.. bukan orang sebarangan.. bukan dari kawan kita.. bukan dari kawan baik kita.. bukan dari guru kita.. tetapi dari kekasih.. andai kata, kata-kata dari kekasih sudah tidak dihiraukan, apakah masih kekasih namanya?.. peliklah andai kata ini adalah benar..

    mengenai wanita dilihat sebagai ditindas.. saya rasa bagi mereka yang benar-benar berpegang kepada apa yang mereka percaya, pasti menolak sekuat-kuatnya kenyataan ini.. kerana setiap yang disuruh di dalam islam itu ada hikmahnya.. segalanya adalah untuk kita.. Allah tidak pernah berkurang sedikit pun kemulian atau kekayaannya andai kata kita tidak mahu menurutinya..

    dan ketahuilah.. musuh-musuh islam senantiasa merancang agar kita ditukarkan neraca kehidupan.. hari ini kita melihat hiburan dari sudut berbeza.. kecantikan dari sudut berbeza.. pendidikan dari sudut berbeza.. kemulian dari sudut berbeza.. semuanya hasil perancangan rapi musuh-musuh islam dari dahulu lagi.. dari sekalian lama telah dirancang rapi.. sirah-sirah mulia islam dipadamkan.. dinding-dinding tinggi dibina dalam hati-hati muslim.. al-quran dipisahkan dari dada-dada muslim.. neraca kehidupan ditukar.. suasana diubah.. segala-galanya dihilangkan.. sehingga terjadilah seperti mana hari ini.. ibu bapa berbangga dengan anak-anak mereka yang bercita-cita menjadi penyanyi.. akdemi fantasia dan hiburan lain diagung-agungkan.. nilaian atau ukuran kejayaan hanyalah pada bilangan A yang dicapai.. fesyen-fesyen pakaian berubah senantiasa menguntungkan pemula fesyennya iaitu orang barat.. kapitalisme menindas setiap manusia yang kurang bernasib baik.. yang kaya terus kaya.. yang miskin semakin miskin.. tiada lagi ihsan di dalam dunia.. inilah yang kita banggakan.. inilah dunia ini.. inilah dunia kita.. inilah tempat kita.. manusia seperti robot-robot kosong.. hidupnya telah ditetapkan.. hati dan rohaninya kosong.. jiwanya sengsara.. meronta tiap masa.. “di manakah ketenangan untukku?!” teriak mereka.. semuanya telah ditetapkan untuk mereka.. lahir saja.. semuanya telah diatur.. ibarat robot yang ditakdirkan kerja dikilang.. walhal kita sebenarnya mulia.. dijadikan sebagai khalifah di dunia.. tapi inilah hakikat dunia sekarang.. khalifah yang sepatutnya mulia ini, berperangai seperti binatang.. malah lebih teruk.. rempit sana sini.. ragut.. bohsia bojan.. pelacuran.. rogol.. buang anak.. tanyalah mereka semua ini.. pernahkah mereka merasa puas mengikut hawa nafsu?.. pernahkah hawa nafsu meletakkan satu titik henti bagi mereka?.. tidak!.. hawa nafsu dorongannya adalah lagi dan lagi dan lagi dan lagi.. tidak ada garisan penamat bagi mereka.. itulah hakikat nafsu.. itulah hakiat musuh kita, syaitan..

    maaf terlampau panjang.. hanya luahan rasa hati yang beremosi.. tetapi cuba disampaikan dengan baik, insyaAllah..

    berbalik kepada perkara asal.. setiap manusia itu ada tahap keimanannya.. tidaklah artikel ini, saya percaya, tujuannya adalah menyuruh.. tetapi lebih kepada peringatan dan menyampaikan.. yakni, inilah jalan penyelasaiannya.. maka, sekiranya ada yang mampu, turutilah.. andai kata ada yang tidak setuju, atau tidak punya kekuatan untuk melakukan yang sedemikian.. seperti mana kata give us a break dalam komennya.. you seriously think woman does not like attention?.. maka, beransur-ansurlah.. tapi ingin diingatkan sekali lagi.. inilah pendapat dan pandangan saya.. saya bersetuju dengna arkitel yang dituliskan.. andai kata, tidak mampu, jangan sekali-kali tidak terdetik langsung dalam hati untuk tidak berubah.. na’uzubillahi min zalik.. seperti mana komen give us a break, namanya telah memberi maksud berilah mereka ruang untuk berubah secara beransur-ansur.. benar.. ini hanyalah persinggahan.. perjalanan masih jauh.. suatu hari pasti tetap akan berubah kearah kebaikan.. amin..

    cuma nak diingatkan.. kematian tidak mengenal usia.. dan kita di dunia hanya sementara.. dan pasti ada yang berkata, saat remaja itulah yang paling mencabar.. segala-galanya kita mahukan.. rasa rugi tertinggal pada usia remaja.. tetapi.. ingatlah kebahagian dan keseronokan yang sebenar bukan di dunia.. kita hidup dalam keadaan kita sekarang adalah satu ni’mat yang besar.. fikirkanlah mereka yang di Afrika.. di Palestin.. di Afghanistan.. di Chechnya.. di Iraq.. di Pakistan.. di selatan Thai.. di Khasmir.. di seluruh pelusuk dunia yang kita mampu mengambil pengajaran dari mereka.. pernahkah mereka sesenang mereka.. tidak perlu jauh.. saudara kita di Malaysia sahaja sudah banyak yang tidak bernasib baik.. lihat saja rancangan Bersamamu di TV3 itu.. itu hanyalah yang sempat dirakamkan.. puluhan, ratusan, ribuan malah boleh jadi jutaan manusia lebih teruk hidupnya dari kita.. oleh itu, kalaulah sekadar mengorban sedikit kesenangan dunia, bagi mereka yang tidak bernasib baik itu, tidaklah bererti.. kerana kehidupan mereka jauh lebih susah.. tapi ingat.. kita tidak korbankan kesenangan dunia yang menipu ini tanpa bayaran.. Allah sangat pemurah, diciptakan kita secara percuma, lalu dikatakan olehNya, Dia membeli kita.. subhanAllah.. dimanakah hendak kita katakan kekuranganNya?.. Dia yang menciptakan kita, lalu dikatakanNya kita telah dibeli.. subhanAllah.. walhal menjadi milik seseorang itu apa yang diciptakannya.. tetapi bagi Allah tidak.. Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mulia.. Dia yang menciptakan kita.. kemudian kita dibeli olehnya.. kita yang sepatutnya tidak mendapat apa-apa.. kita yang sepatutnya hambaNya semata-mata.. diangkat dan dimuliakan oleh Allah dengan pembelian ini.. firmanNya..

    “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.”

    (Surah as-Saff [61]:10-13)

    “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.”

    (Surah at-Taubah [9]:111)

    rasanya sudah terlalu panjang.. ada baiknya untuk disimpulkan setakat ini dahulu.. kesimpulannya.. bagi saya.. andai kata kita benar-benar ingin jadi orang yang beriman.. juallah diri kita dan harta kita.. bermujahadahlah.. apabila sesuatu itu dijualkan.. maka kita tidak ada hak ke atas apa yang dijualkan lagi.. dan andai kata kita telah menjualkan diri kita.. apakah masih ada hak untuk kita mengatakan “aku nak buat ini, aku nak buat itu” sedangkan Pembeli kita telah katakan sebaliknya.. selamilah perdagangan ini.. hayatilah jual beli ini.. renungilah perniagan ini.. satu perniagan yang unik.. perniagaan yang tidak akan rugi.. janji ini bukan daripada saya yang juga mengemis dan menjaja diri untuk dibeli.. tetapi inilah janji Rabb.. Khaliq.. Tuhan.. Pencipta.. Tuhan saya.. dan Tuhan kamu.. Rabbi wa Rabbuk..

    maaf sekiranya ada terkasar bahasa.. kerana mungkin terlebih beremosi yang gagal ditapis dengan kewarasan minda dan rasional pemikiran.. jutaan kemaafan dipohon terlebih dahulu..

    dan andai kata ada yang tersalah, saya harap saya ditegur.. kerana saya tidak mahu terus berada dalam kesesatan.. malah lebih teruk menyesatkan orang lain.. na’uzubillahi min zalik..

    sama-samalah kita mohon agar diberi petunjuk dalam setiap keputusan kita.. kerana hidup di dunia ini semuanya mengenai keputusan.. setiap sesuatu harus kita fikirkan keputusan untuk tindakan atau respon seterusnya.. moga Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada kita dalam setiap keputusan kita.. amin..

    Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan daku walau sekelip mata sekali pun.. pimpinlah daku yang mengais rahmat dan kasihMu.. amin..

    moga bermanfaat..

    setiap perkataan atau kata-kata itu berhak ditolak melainkan kata-kata Rasulullahi salAllahu ‘alaihi wassalam.. maka, sekiranya kata-kata saya ini tidak dapat diterima, anda berhak menolaknya.. ini adalah sekadar pandangan.. tetapi saranan saya sebelum menolaknya.. nilailah dengan neraca sebenar.. neraca islam.. neraca Allah.. kerana dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.. dariNya kita dicipta, keranaNya kita hidup, redhaNya yang kita cari.. maka nilailah dengan neracaNya.. nilailah dengan kaca mata lensaNya..

    wAllahua’lam..

  10. syedbahri said:

    assalamualaikum… di sini ingin sy tegaskn bahawa erempuan dan lelaki perlu saling berkerjasama dlm membasmi kemaksiatan!! jgn salahkan antara sau sama lain yee… dlm kehidupan ini kita sedang berperang dgn syaitan, maka ini lah peranan kita sebagai mujahidin dan mijahidah di malaysia terutamanya untuk saling tlg menolong membasmi kemaksiatan…

  11. n said:

    jazakillah..

  12. teaks said:

    Aslm wbt, i like the article very much n i know a lot of ppl who do agree with the writer…i dont even know who’s blog this is since someone forwarded the URL of this particular article to read…nontheless, i’m happy to have read it since it did have a big impact on me..i’m sure there’s a great number of muslimahs out there sharing the same thoughts and feeling~~may Allah grant u with the best of health n iman for sharing this article wit us~~wslm.

  13. Lalala~ said:

    ku bertemu jodoh di friendster hehe~

  14. FaisaL said:

    benar.. yang ada di sekeliling kita adalah masyarakat kita.. apabila kita saling bertengkar dan menuduh satu sama lain.. satu masalah pun tidak selesai.. malahan ia merosakkan lagi keadaan.. justeru itu, saya menyokong pendapat syedbahri.. kita harus bersatu menyelamatkan ummah.. bukan bertengkar antara satu sama lain.. atau menuding jari menyalahkan satu sama lain.. setiap kita ada tanggungjawab masing-masing.. sudahkah kita melaksanakannya?.. adakah kita telah memainkan peranan kita?.. apakah diri kita sudah siap dijaga?.. apakah keluarga kita sudah selamat dari api neraka?.. adakah tugasan kita telah siap semuanya?..

    fikirkan dan renungkan.. menuding jari sahaja tiada maknanya andai kata kita sendiri tidak bertindak bersamanya..

    moga apa yang diperkatakan menjadi menjadi peringatan kepada diri sendiri juga.. bukan sekadar kata-kata yang kosong.. insyaAllah.. moga apa yang diperjuangkan dengan tulisan dapat diterjemahkan dalam amalan.. amin ya Allah..

  15. FaisaL said:

    waiyyakum..

  16. FaisaL said:

    alhamdulillah.. moga berkekalan sehingga ke syurga.. kerana di situ kehidupan yang sebenar.. kerana kita semuanya akan ke sana.. manakala dunia ini hanyalah sementara.. sekadar jambatan penghubung dua dunia.. andai kata, kita bahagia di dunia.. sesungguhnya, bahagia di akhirat adalah ni’mat yang tiada hadnya..

    moga kedua-duanya terus tetap atas jalanNya.. dan bersama bahagia di dalam syurga.. amin..

  17. nurilanwar said:

    assalamualaikum ….. diucapkan pertama-tamanya
    isu ni memg dh lama diperkatakan tapi ramai yg ambil enteng perkara ni.ye kerna ramai yg m’aggap perkara ni kecil tp kt perlu igt pekara kecil ni lah yg memwtkn kt semua umat islam berbalah…

  18. nurilanwar said:

    ana smbung kembali..bg akhawt perkara kecil namun ada setengah yg syadid menganggap perkara ini besar .semua perkara ada penyelesaian…. sengaja allah beri kita msalah supaya manusia berfikir………namun yg menganggap enteng dengan mudah berkata “alah benda kecil”…….hmmmm……. sama2 lah fikir……..akhawat yg ingin letk gmbr dlm FS tak salah pun tp priivate profile @ private picture….jd bnd ni tak salah pun…..jika semua akhawat yg blaja di azhar mungkin dpt berfikir tp bayangkan yg bukan blaja di azhar tak memahami perkara ni,cz bg mrk tak salah ltk gmbr bkn perkara maksiat….tp kena igt perkara kecil ni yg ble membawa kpd maksiat….sama2 lah berfikir..ana setuju dengan pndgn faisal 2…kita jgn bertelagah tp kt sama2 cegah maksiat baik lelaki mahupun yg wanita….allah beri kita akal untuk berfikir….bersama…..bukan hanya tuduh menuduh shj….

  19. tenang said:

    kenapa perkara kecil d besar2kn, pasal gambarje, panjang lebar korang ulas n ulas, mari aku ajak korang brfikir, APA TUJUAN KAU HIDUP N APA MAKNA ILMU

  20. tenang said:

    lupa, adalagi satu yang aku nak tanya kat korang yang tau,
    APA PERINTAH ALLAH YANG PERTAMA KAT KORANG.?

  21. anonymous said:

    APA PERINTAH ALLAH YANG PERTAMA KAT KORANG…? eh, bukan KITA?

  22. me 2 said:

    i would agree that we should take things moderately. I don’t see any problem with pictures of muslimah that cover up their aurat. One of the reason they have to cover their aurat is so that they won’t become the source of men’s attention. so i would say that they should be allowed to have some opportunity to express themself!

  23. farid said:

    gua bru tahu bro,
    syukran ya artikelnya bagus

  24. YAN.BAHARIAH said:

    very nice article….

  25. FaisaL said:

    terima kasih kepada yang memberikan pendapat dan pandangan.. rasanya semua yang membaca mampu mempertimbangkan dengan neraca masing-masing.. saya juga telah menuliskan pendapat dan pandangan saya sebelum ini.. dan hingga kini begitulah pendapat dan pandangan saya.. cuma ingin diingatkan dalam menganalisa dan menilai sesuatui perkara, ada beberapa perkara pokok yang perlu kita tanyakan kepada diri kita.. antaranya.. ke mana arah tuju kita akhirnya.. adakah kita selamanya di dunia ini?.. yakinkah kita dengan hari akhirat?.. bersediakan kita untuk hari tersebut?.. bagaimanakah persedian itu dianggap mencukupi?.. apakah nilaian yang harus digunakan di dunia fana’ ini?.. bukankah telah diberikan panduan untuk hidup di dunia ini?.. sudahkan kita mengikuti panduan dari ilahi?..

    semua persoalan ini pertamanya untuk diri sendiri.. dan keduanya untuk mereka yang ingin membuka fikiran dan berfikir..

    moga ada manfaatnya.. amin..

  26. ais kacang said:

    salam..
    terpanggil utk memberikan pndapat.hanya sekadar pnndapat dri insan yg masih cetek ilmunya.
    1stly,thousand of sorry kalo komen ni “bikin panaas” 4 yg stuju. hanya melontarkan idea. each of us hv their own perception so let us share it!!
    thanxs utk artikel yg baek n mmbuat kn ramai org berfikir. sy bersetuju ngn syedbahri. sma2 cegah maksiat. yg lelaki jgn tengok yg pmpn jgn tayang. mmg x d nafikan pmpn nk atention. xbnyk,sket pon ada gk. ah’ha! kt cni la yg kita nk jga. mmg kita amek gmbo 2 aurat tutup blaka. pakai tudung, stokin, handsock n etc.sng citer complete set la tutup. tapi bape tggi confident level kita yg lelaki x rs pe2 bila tgok gmbo 2??logiknya,kalo amek gmbo,msti la nmpak muka kn??so muka ni je da leh jd punca mksiat.kalo pk2 balek, attention or maruah lg important??kalo stakat nk attention,nk tyg gambo “aku yg cantek + tutup aurat” tp da mmbuat kn lelaki2 laen mmbuat dosa…mmm rasa ny kita nk ke attention 2??
    pndapat je la..ilmu xbape tggi lg..ni logik budak baru blajo je.
    wassalam~

  27. ais kacang said:

    *CORRECTION
    1stly,thousand of sorry kalo komen ni “bikin panaas” 4 yg X STUJU

  28. Nasi Goreng said:

    Good article, I agree with most of what been said, walaupun saya pun ada letak gambar gak.

    In my humble opinion, gambar ni bnyk kategori. Ada yg melampau, tapi ada juga yang auratnya terjaga. Kalau gambar yang auratnya terjaga pun tak boleh nak tengok, apa beza dengan tengok perempuan yang aurat terjaga secara live? The guy can choose to NOT see the pictures, after all. Perempuan tu dah do her part by covering herself, kalau lelaki tu rasa dia mudah terangsang, dia kenalah stop going to the weblog, no?

    Saya faham masuk ‘give us a break’. Kalau western society baca artikel ni, diorang memang takkan faham. Diorang akan anggap perempuan ditindas untuk menutup kelemahan lelaki. Malah, western women anggap muslim men ni lemah dan tak pandai kontrol nafsu, sebab itulah muslim women kena berkorban menutup aurat. Itu pendapat diorang, bukan pendapat saya.

    Sebagai perempuan muslim, saya malu juga bila western women anggap my fellow muslim men macam tu sekali. Sedangkan kitorang cover aurat bukan semata2 kerana men bernafsu…..tetapi kerana tuntutan agama. Jadi, jangan degrade kitorang punya ibadat kepada ‘semata2 untuk jaga nafsu org lelaki’. Itu tidak adil untuk wanita. Intention kami untuk menutup aurat jauh lebih suci daripada itu. Besides, bukankah kami tutup aurat supaya kami ‘dikenali sebagai perempuan yang baik’ dan bukan supaya lelaki tak terangsang.

    So, pada pendapat saya, dua2 pihak kena berubah. Men kena tundukkan pandangan, women pun kena jaga aurat. Kalau selepas women dah jaga aurat, men still terangsang, adakah salah women lagi? Sedangkan men tu boleh berpuasa untuk kurangkan nafsu.

    Kalau gambar wanita tutup aurat pun tidak boleh tahan, macam mana dengan rakan2 sekerja wanita yang kita jumpa tiap2 hari? Adakah selepas ni, wanita tak dibenarkan bekerja pula, tak dibenarkan keluar rumah? Kerana lelaki cepat bernafsu? Walaupun saya tidak mahu mengaku, namun ada kebenarannya bila ada western women anggap muslim men primitive. Sedangkan western men pun tak sebegitu sekali.

    Jadi, men jangan nak blame women kalau diorang terangsang. Mesti muhasabah diri. Women akan tutup aurat, tapi bukan untuk lelaki. Tetapi kerana tuntutan Ilahi. Kesempurnaan usaha wanita dalam menutup aurat hanya Allah yang mampu mengadili. Bukanlah kesempurnaan aurat wanita itu diukur dengan samada lelaki mudah terangsang atau tidak, because we all know nak rangsang nafsu lelaki sgt senang. Kanak2 pun menjadi mangsa!

    Kalau wanita yang bertudung litup pun kena rogol (ingat kes Suhaili dalam bas ekspress) adakah salah wanita lagi? Suhaili baru balik oversea for 5 years, tak pernah ada masalah. Baru sampai Malaysia beberapa minggu akhirnya ditemui mati dirogol oleh Muslim men! Jadi men, muhasabah lah! Fikir peranan sendiri. Muslim women jaga aurat sebab diorang tahu diorang berharga. Tapi ada juga non-muslim yang buka aurat…..so mcm mana muslim men nak tangani temptation tu? Nak blama diorang plak?

    So, these things rest at your hands.

  29. ais kacang said:

    izin lalu~
    sy pon ngaku de gk letak gmbo lg kalo kt fs 2..tp after de kesedaran ni,sy rasa better la kalo xletak gmbo 2..amik mudarat yg lebih kecil..ne tw,dlm kita xtw,de laki yg admire kt kita.so bila kita da letak gmbo 2,cm “stimulate” diorg gak.”xdpt tgok real,tgok gmbo pon jadilaa~”.ah’ha!!ni yg biasa sy tw laa..kalo slh,tlg betolkan..mmg xleh salahkn pmpn je dlm hal ni.2 la yg sy kata b4 ni..”yg pmpn jgn tayang,yg laki jgn tgok”.kalo in real 2 laen laaa..xkn nk jd halimunan lak kn..tp kalo dlm kes gmbo ni,sy agk stuju ngn writer.pmpn kne jga cz kne ingt pmpn ni mmbawa ftnah yg besar.allah 2 mmg jdi kan pmpn ni cantik n ada “daya magnet” ny kuat,so kita yg pmpn ni kne la brtanggungjwb ngn pmberian 2..ye x??

    sy budak bru blajo~

  30. Rosseni said:

    In my humble opinion it all depends on our intention. Sure, why not. If it is for a good cause why should one not post a picture. My opinion applies to both gender – muslimin and muslimat. Just ask ourselves of our intention – yang “tersirat” dan “tersurat”.

    Jika gambar yang di masukkan itu berkaitan dengan sesuatu aktiviti membina ummah; tiada unsur-unsur yang boleh menimbulkan fitnah malah mampu mendatangkan manfaat, by all means – teruskan.

    Jika gambar yang dimasukkan itu untuk mewakili keberadaan kita di ruang maya ini; tanya pada niat, lihat pada gambar – apakah ada unsur2 fitnah? jika tidak, fikirkan pula apakah ada manfaatnya dalam membina siratulrahim atau seumpamanya? Jika ya, teruskan. jika manafaatnya hanya untuk kita dan jemaah akhawat maka elok rasanya dimasukkan katalaluan untuk yang berkenaan sahaja.

    Untuk peringatan diri kita yang mudah terpesong dari niat asal maka atas setiap yang kita lakukan untuk meraih redha Ilahi tanya pada niat, ukur keikhlasan terhadap setiap yang kita lakukan. Jika tidak terdetik barang sekelumit pun niat untuk meraih perhatian, populariti mahupun sekadar ingin dilihat sebagai a decent person, tanya lagi pada diri. Apakah mungkin akan timbul sikap, sifat atau perasaan ujub atau riak?

    Jauhi keterpesongan niat dengan melihat kepada siapa kita mencari keredhaan dan nikmat apa yang kita harapkan. Fikirkan seksa apa yang kita takuti dan pertolongan apa yang kita syukuri. Kemudian fikirkan juga musibah apa yang sentiasa bermain-main dibenak fikiran untuk sempadan di hari esok…Wallahualam.

    UMMI

  31. saye~ said:

    saya rasa mungkin jika nak juga letak gambar2 blh disetkan sebagai “private” atau password protected. jd2 kwn2 prmpn yg diberi permission shj dpt tgk…semuanya bergantung pada niat kita letak gambar tu. kalau mmg nk share dgn rakan2 muslimat yg lain dan dah xade jalan lain untuk sampaikan, mgkn cara ini lbh baik…

    saya pun bersetuju dgn artikel ini. bukan shj blh mengundang fitnah dsb, tapi juga blh disalahgunakan oleh pihak2 yg x bertanggungjwb..
    wallahu’alam

  32. segambut said:

    stiap perkara dilakukan biar kerana Allah..

  33. nUr fAzLeeN said:

    Thanks for this posting.

  34. nUr fAzLeeN said:

    alamak..silap2..grammer cam tak betul.
    Thanks for the article..

  35. AlwaysMe said:

    salam….
    saya setuju dengan pendapat Nasi Goreng…

  36. sdarkah bumi ini telah leleh oleh tingkah kita yang selalu bangga akan dosa2.
    wanita soleh itu adalah pehiasan dunia ini,

  37. kangabik said:

    assalamualaikum wr wb.

    saya yakin membicarkan ini akan sampai pada pembahasan niat…

    kalau di rasa memang bisa menyebabkan fitnah maka memang sebaiknya dengan hal-hal seperti di kecilkan dan lain-lain patut di lakukan.

    tapi kalau x kenapa tidak boleh berkongsi??…dalam banyak hal memang saya pribadi sering mendapatkan hal-hal yang bermanfaat dari sahabat muslimah ttg dakwahnya di daerah penduudk asli…
    kongsi photonya di daerah sana dengan budak-budaknya….

    pembahasan ini akan menjadi sangat luas…termasuk juga chatting muslimah bagaimana harusnya??..batasan-batasannya??..Bagaimana boleh dibahas juga yaa??…

    setiap hal pasti ada positif and negatifnya..tergantung niatnya off course….

    salam from indonesia..( Aris_el durra)
    (sukron buat sahabat muslimah yang telah mau berkongsi dan menunjukkan saya ke blog ini. Semoga Allah meridhoi..amiin )
    senang bisa sharing dengan sahabat..

    wassalamualaikum wr wb

  38. pendapatku said:

    hmm, tp bg sy kalau seseorang lelaki tu dah tahu blog,laman web,page tuh adalah milik perempuan dan xder bende utk dibace oleh laki..so xperlula laki bukak blog,laman web,page tu kan?

    sbb kat tenet nie byk lmn web personal..yg hanya utk dikongsi bersama wanita shj..
    jd klau seseorang lelaki tu dh tahu page tuh utk pempuan….jgn click la..
    xperlula dy nk bkak or baca bende dlm tue kan?
    lagipun…buat ape laki baca laman web perempuan ….
    lainla klau lmn web tue utk tatapan umum……….

  39. artikel dalam link di bawah adalah satu kupasan yang menarik dari perspektif hukum syarak dalam islam.

    http://muis.ismaweb.net/2010/04/letak-gambar-muslimah-di-facebook/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: