Mujahid dakwah..

kamus sejarah mencatat kisah
seorang pemuda mujahid dakwah
di tengah gelodah arus jahilliah
mujahid dakwah membina toifah
memimpin manusia menuju Allah
membina asas sebuah ummah

langkahnya kemas penuh semangat
akhlaknya lembut sungguh memikat
menjulang tinggi panji-panji jihad
mahu mengubah hidup masyarakat
memberi tarbiyah juga nasihat
tidak kenal jemu dan penat
andai terdengar suara sumbang
penuh padat dengan tuduhan

usaha murni suci mulia
dianggap sebagai perosak agama
amalan sunnah dicaci difitnah
menjadi mainan bahan persenda
amalan soleh tradisi anbiya’
terus hidup berkembang semula

satu persatu menjelma rintangan
mahu menyekat gerak perjuangan
namun semuanya tidak berkesan
berkat restu keizinan Tuhan
tidak pun sedikit menjejaskan jiwanya
bahkan mujahid terus mara

mujahid dakwah jauh melangkah
merubah suasana dunia yang rosak
dengan pengalaman jihad dan iman
menuju zaman yang lebih gemilang
zaman ummah kali kedua
itulah isyarat Rasul mulia
marilah kita junjung bersama
Islam pasti agung semula

Advertisements

6 thoughts on “Mujahid dakwah..

  1. mujahid mujahid, kenapa masyarakat hendak d ubah, dari zaman rasulullah lagi masyarakat dah banyak brubah, penghidupan harian
    kita sekarang pun jauh brbeza dari zaman datuk nenek kita, TAPI
    sudah kah kita brubah dari kata shariat, tarikat hakikat dan makrifat kita kpada ALLAH, selesaikan dulu diri kita, baca kitab kita, sembahyang kita, puasa kita, haji kita,lihat dlm keluarga kita, dapat kita merubah mereka seprti kehendak ALLAH dan Rasul, fikir fikir kanlah.

  2. insyaAllah.. terima kasih atas teguran.. insyaAllah akan diperbaiki diri ini.. memang sedar dan tahu diri ini masih banyak kekurangan.. malah masih jauh dari yang sepatutnya.. terima kasih mengingatkan..

    moga dibantu dalam proses membentuk diri yang lebih baik di sisiNya.. amin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s