Indah budi pekerti..

– dipetik dari laman web AUSIS (Australasian Tertiary Institutions Alumni Islamic Society) dalam kategori Tazkirah di bawah tajuk Bagusnya Budi Pekerti

619. Dari Anas r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. itu adalah sebaik-baik manusia dalam hal budi pekertinya.”

(Muttafaq ‘alaih)

620. Dari Anas r.a. pula, katanya: “Saya tidak pernah memegang suatu sutera tebal ataupun sutera tipis yang rasanya lebih halus daripada tapak tangan Rasulullah s.a.w. Saya juga tidak pernah mencium satu bau-bauanpun yang lebih harum daripada bau Rasulullah s.a.w. Saya telah melayani Rasulullah s.a.w. selama sepuluh tahun, maka beliau tidak pernah sama sekali mengucapkan “cis” pada saya, juga tidak pernah bersabda: “Mengapa engkau lakukan itu,” untuk sesuatu yang saya lakukan, atau bersabda: “Alangkah baiknya kalau engkau melakukan begini,” untuk sesuatu yang tidak saya lakukan.”

(Muttafaq ‘alaih)

621. Dari as-Sha’bu bin Jatstsamah r.a., katanya: “Saya pernah memberikan hadiah kepada Rasulullah s.a.w. berupa seekor keledai liar, kemudian beliau s.a.w. mengembalikannya pada saya. Setelah beliau melihat kecemasan yang tampak di mukaku, lalu beliau s.a.w. bersabda: “Kita tidak mengembalikannya itu padamu, melainkan karena kita ini sedang melakukan ihram.”

(Muttafaq ‘alaih)

622. Dari an-Nawwas bin Sam’an r.a., katanya: “Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal kebajikan dan dosa. Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Kebajikan itu ialah baiknya budipekerti dan dosa itu ialah apa-apa yang engkau rasakan bimbang dalam dada – yakni hati – dan engkau tidak suka kalau hal itu diketahui oleh orang banyak.”

(Riwayat Muslim)

623. Dari Abdullah bin Amr bin al-‘Ash radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah s.a.w. itu bukan seorang yang kotor – baik kata-katanya atau tindakannya – dan tidak pula seorang yang bersengaja hendak berbuat kekotoran – baik kata-kata atau tindakannya.” Beliau s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya termasuk dalam golongan orang-orang yang terpilih di antara engkau semua adalah orang yang terbaik budipekertinya.”

(Muttafaq ‘alaih)

(Dipetik dari Riyadhus Salihin)

– dipetik dari laman web AUSIS (Australasian Tertiary Instituions Alumni Islamic Society) dalam kategori Tazkirah di bawah tajuk Bagusnya Budi Pekerti

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s