Jangan kecil hati..

sekadar pembangkit semangat buat diriku..

baru beberapa hari di tanah air tercinta.. pelbagai masalah telah terbentang di depan mata.. dari yang kecil dan remeh sehinggalah kepada masalah yang besar.. bertambah sedih apabila direnungkan semula.. pelakunya adalah muslim.. tidak seperti di adelaide.. yang majoritinya adalah orang-orang yang berlainan agama dari kita.. yang mana mereka tidaklah memahami erti akhlaq, feqah, aqidah, sirah atau apa sekalipun.. namun moral mereka jauh lebih tinggi.. pelik.. tapi inilah kenyataannya..

mungkin adelaide telah memberi diri ini satu sudut pandangan yang baru.. kerana.. bukanlah diri ini tidak pernah tinggal di malaysia.. malahan malaysia inilah tanah air tercinta.. tapi mengapa baru hari ini terasa semua ini pelik pada pandangan mata.. mereka di adelaide jauh lebih ramah dan mesra.. walaupun tidak pernah kenal malah berbeza warna kulit.. ditambah lagi dengan perbezaan agama.. namun mereka tetap ramah dan mesra.. andai kata ada yang memerlukan pertolongan, dihulurkannya dengan senang hati bersama senyuman di muka.. sekiranya ditolak, tidak pernah diherdik atau dicaci, tetapi ditolaknya dengan baik.. satu perkara yang hilang di malaysia yang mana, seingat diriku, malaysia ini adalah negara islam.. bukankah islam menganjurkan budi pekerti dan akhlaq mulia?..

kadang-kadang kita terlupa.. menahan marah itu satu perkara yang mulia.. sedih diri ini bila mana dimarahi hanya disebabkan hal yang kecil pada pandanganku.. tapi mungkin sekali dia ada masalahnya tersendiri.. biarkanlah.. yang penting.. beramal itu kerana Allah.. bukan kerana manusia.. andai kata beramal kerana manusia.. pasti setiap perkara yang dilakukan itu terbantut dan terhenti separuh jalan.. kerana manusia itu tidak pernah puas.. manusia itu tidak sempurna.. pasti ada sahaja yang salah pada pandangannya.. jangan pernah mengharapkan penghargaan manusia.. kerana tidak semua akan menghargai kita.. buatlah sesuatu itu kerana Allah.. kerana Allah tidak pernah mensia-siakan amalan kita.. setiap sesuatu pasti akan diberi balasan yang setimpalnya walaupun sebesar zarah sekalipun.. subhanAllah.. Maha ‘Adil percaturanNya.. andai kata kita tidak mahu beramal, Dia tidak akan berkurang sedikit pun kemuliaan dan kekayaanNya.. kerana Dialah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.. seperti mana firmanNya..

“Wahai manusia! kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah, Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji.”

(Surah Fatir [35] : 15)

“Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan,: Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”

(Surah Luqman [31]:12)

andai kata kita benar beramal kerana Allah.. pasti cacian dan herdikan orang lain tidak kita hiraukan.. seperti mana Rasulullah dihina dan dimaki kerana mengamalkan islam.. seperti mana umat islam dahulu dipandang pelik seperti orang asing dengan cara hidup islam.. seperti itu jugalah kita sepatutnya berdiri teguh dengan amalan islam.. selari dengan sabda Rasulullah s.a.w..

“Islam bermula sebagai (sesuatu yang) asing dan akan kembali menjadi (sesuatu yang) asing seperti awalnya. Maka berbahagialah orang-orang yang asing itu.”

(Hadith Sahih daripada Abu Hurairah, Ibn Mas‘ud, Anas bin Malik, Salman al-Farisi, Suhal bin Sa‘ad dan Ibn Abbas radiAllahu ‘anhum, dikeluarkan oleh Muslim, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Thabarani dan lain-lain)

dan seperkara lagi.. dalam menegur.. kawallah emosi kita.. jangan disebabkan emosi kita.. kita tidak dapat menahan marah kita.. tegurlah dengan berhikmah..

“Bukanlah kuat dan tegas itu pada kuat pertarungan. Tetapi kuat dan tegas yang sebenar adalah pada keupayaan seseorang itu mengawal dirinya ketika marah”

(Muttafaqun ‘alaih)

biarlah kali ini diri ini menjadi mangsa.. direlakan rasa malu itu menghempap diri ini buat kali ini.. tapi harapanku tetap sama.. agar generasi yang akan dibina.. lebih memahami dan menghayati islam.. moga kembang mekar kuntuman bunga akhlaq dari dahan-dahan aqidah yang kukuh.. subhanAllah.. indahnya tika zaman kegemilangan itu.. andai kata kita tidak sempat berada di dalamnya.. pastikanlah nama kita terpahat dalam perjuangan ke arahnya.. insyaAllah..

ingatkah lagi kita pada pujian nabi kita kepada Asyaj Abdul Qais dengan sabdanya..

“Sesungguhnya pada dirimu ada dua perangai yang dicintai Allah yakni sifat lemah lembut (sabar) dan ketenangan (tidak tergesa-gesa).”

(Hadith Riwayat Muslim)

kadang kala kita terlepas pandang perkara akhlaq.. walaupun ianya merupakan kuntuman bunga dari pokok yang besar.. tapi kerana bungalah ia kelihatan indah di mata.. andai kata dahan aqidahnya kukuh.. pasti kuntuman bunganya tumbuh mekar mewangi.. peliklah bila mana kita punya ‘ilmu yang banyak.. tetapi akhlaqnya tidaklah selari dengan timbangan ‘ilmunya.. mahukah kita dibandingkan dengan keldai yang membawa kitab-kitab di atas belakangnya.. sedangkan dia tidak mengetahui apa isinya.. seperti mana firmanNya..

“(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang dipertanggungjawabkan dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim.”

(Surah al-Jumu’ah [62]:5)

teringat pada satu sajak atau syair (bukan ahli bahasa untuk mengelaskan karya ini sebagai sajak atau syair.. maaf sekiranya salah).. karya ini adalah karangan ustaz hasrizal.. karyanya mengenai akhlaq.. yang bertajuk Akhlaq Itu Bukan Lalang..

Akhlaq itu bukan lalang
Tumbuh sendiri di tanah lapang
Tak perlu baja, tak perlu dijaga
Naik sendiri tumbuhnya melata

Akhlaq itu adalah buah
Tumbuh bergantung di pohon berakar
Perlu dibenih agar bercambah
Dibaja subur hingga membesar

Akar itu ibarat Aqidah
Menambat amal kepada Allah
Telah kenal Tuhan yang disembah
Dalam ke luar, jiwa berserah

Dahan dan daun umpama Ibadah
Memproses Aqidah berpandukan Sunnah
Kaifiyatnya menuntut tepat dan sah
Setelah matang, berhasillah buah

Aqidah, Ibadah, akhirnya Akhlaq
Itulah Syariah, agama yang Haq…

dan akhlaq yang paling mulia seperti mana yang telah digariskan oleh rasulullah s.a.w.. seperti mana firmanNya..

“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”

(Surah al-Qalam [68]:4)

selari dengan apa yang disabdakan oleh baginda s.a.w..

“Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan dan nilai Akhlaq”

(Riwayat Ahmad dan al-Hakim dan disahihkan oleh al-Albani) 

moga apa yang diluahkan ini menjadi peringatan sekali lagi untuk diri sendiri.. mungkin ia lebih kepada luahan rasa hati.. kekecewaan dan kekesalan terhadap negara yang dicintai.. kecewa kerana islamnya tidak lagi di hati.. tapi lebih kepada nama sahaja.. apakah bezanya kita dengan golongan kafir sekiranya ini terus berlaku.. sering kita persoalkan di mana ke’adilan Allah apabila kita lihat saudara-mara kita ada yang terseksa.. hidup merana.. tercedera dan terbunuh.. sedangkan kita ketahui bahawa antara muslim dan kafir itu, pastinya Allah sangat sayang kepada muslim jauh mengatasi kafir.. namun hari ini, apa yang terlihat dan terpampang di depan mata adalah kafir menguasai muslim.. baik dari segi ideologi, sosiolagi, ekonomi, politik, geografi, apa sekali pun.. islam berada di bawah.. islam dihina.. islam difitnah.. siapa yang hendak kita persalahkan?.. sebelum kita terus menuding jari kepada yang lain.. sudahkah kita tanya kepada diri kita?..

cuba kita fikirkan sejenak.. apakah bezanya antara muslim dan kafir.. apakah yang mengangkat seseorang itu di mata Allah.. adakah namanya nama seorang muslim dia diangkat?.. atau kerana kad pengenalannya terdapat status beragama islam dia diangkat?.. atau kerana dia digelar ustaz dia diangkat?.. atau kerana apa?.. di mana penentunya?.. apakah faktornya?..

ianya pada pengetahuan dan amalan.. orang muslim faham apa itu islam yang sebenar.. dan mengetahui apa yang dibawa di dalamnya.. dari segi aqidah, feqah, sirah, akhlaq, apa sekali pun.. islam ada segalanya.. islam itu syumul.. tetapi.. adakah kita melaksanakannya?.. adakah kita menghayatinya?.. adakah kita mendalaminya?..

telah diberikan panduan.. tapi kita menolaknya.. kita ibarat pengembara sesat yang telah dibekalkan peta dan kompas.. tetapi tidak mahu merujuk kepada kompas dan peta tersebut.. asyik dengan sangkaan dan tekaan sendiri.. seronok dengan dunia masing-masing.. terlupa hakikat sebenar dunia dan akhirat..

quran dan sunnah dibekalkan hanya sekadar perhiasan.. kita lupa untuk memahaminya.. kita sekadar ingin mengambil berkat daripadanya.. seperti doktor memberi kita perskripsi ubat lalu kita merendamnya ke dalam air untuk diminum.. dengan harapan kita akan sembuh.. walhal ianya untuk difahami dan dilaksanakan apa yang ditulis itu.. barulah berkesan apa yang ingin disampaikan.. quran ini tidaklah dinamakan mukjizat andai kata ia hanya sekadar untuk bacaan sahaja.. quran itu satu mukjizat nabi yang paling besar.. tapi bila kita fikir balik, apakah yang menjadikannya satu mukjizat yang besar.. membelah laut, tidak.. mengeluarkan air, tidak.. membelah bulan, juga tidak.. menghidupkan burung yang mati, juga tidak.. kalau begitu, apa yang menyebabkan quran itu merupakan mukjizat nabi yang paling besar?.. di manakah nilaiannya yang menaikkan darjatnya sehingga begitu tinggi?.. sebenarnya, ia dianggap mukjizat yang besar, kerana ia mampu mengubah jiwa manusia.. ia mampu menyelamatkan manusia.. menyuluh kegelapan kepada cahaya yang terang.. menukar yang menuju ke neraka kepada syurga.. menukar kerendahan jahiliyyah kepada ke’izzahan islam.. membawa ke jalan yang lurus.. di situlah letaknya ketinggian nilaian quran..

tetapi kita hari ini tidak dididik untuk memahami dan menghayati isinya.. malahan lebih sedih lagi.. untuk membacanya sahaja sudah ada yang tidak mampu pada hari ini.. alangkah sedihnnya.. setelah ini semua berlaku.. masihkah kita persoalkan di mana ke’adilan Allah?.. bukankah sangat ‘adil pengadilanNya?.. diberikan pertolongan dan bantuan, kita tolak.. dihulurkan panduan, kita buang.. kemudian ditinggikan golongan lain, kita marah.. siapakah kita di hadapanNya?.. sudahkah kita menjalankan tanggungjawab kita?.. mungkin itu sudah terlalu tinggi untuk dipersoalkan.. kita turun satu tingkat lagi.. sudahkah kita mengenal tanggungjawab kita?.. sudahkah kita sedar tugas kita?.. tahukah kita apa matlamat hidup kita?.. sedarkah kita kenapa kita berada di dunia?.. belum pun kita tahu dan sedar, bagaimana mahu kita melaksananya..

semua ini hanyalah luahan hati seorang pengemis redha Ilahi yang kecewa.. dalam meluahkan perasaan pasti ada yang terlebih dan terkurang.. kerana kadang kala, bila emosi menguasi jiwa, kita kurang rasional dalam sesetengah perkara.. andai kata ada yang tersalah, mohon jasa baik untuk ditegur agar dapat dibetulkan.. supaya ia tidak sesat lagi menyesatkan.. na’uzubillahi min zalik.. juga mohon kemaafan sekiranya bahasa agak sukar difahami.. kerana bahasa orang yang beremosi kadang kala tidak disusun dengan teratur.. moga bermanfaat..

wAllahua’lam..

maaf andai kata tiada satu tajuk khusus yang dibincangkan.. kerana.. apa yang ditulis sekadar luahan rasa hati yang kecewa dan kesal.. namun kesalahan tidak dituding kepada sesiapa sebagai puncanya.. perjuangan masih panjang.. jalannya masih jauh.. insyaAllah satu hari nanti akan tertegak juga dunia yang diimpikan.. amin.. sama ada diri ini dapat merasai kegemilangan berada pada waktu itu atau tidak.. itu perkara kedua.. perkara pertama, adakah diri ini berada dalam perjuangan ke arah kegemilangan tersebut.. moga, kelak, di hari pembalasan, ada bekalan jawapan yang mampu diberikan ketika diri ini disoal.. amin..

moga apa yang ditulis diterjemahkan dalam amalan.. serta dikurniakan kekuatan untuk istiqamah dengannya.. amin..

Ya Allah, yang membolak balikkan hati ini, tetapkanlah hati ini di atas deenMu, dan di atas ketaatan kepadaMu, dan di atas berjihad pada jalanMu.. amin.. amin.. amin ya Rabbal ‘alamin..

4 comments
  1. Taufik said:

    Aku pon terasa macam tu masa balik malaysia first summer dulu. Macam ni ke Malaysia? Biar benar?

  2. FaisaL said:

    macam tulah Malaysia dari masa kita tinggal di sini sehingga kita pulang.. tak berubah malah mungkin lebih teruk.. tetapi.. itu mungkin gambaran secara keseluruhan.. kalau kita lihat secara terperinci satu demi satu.. terdapat banyak juga yang berubah ke arah kebaikan.. alhamdulillah.. moga terus dipermudahkan segala urusan ke arah kebaikan.. amin.. sesungguhnya Dia Maha Mengetahui..

    pernah seorang sahabat menyebutkan.. sekotor mana pun Malaysia, kitalah pembersihnya.. subhanAllah.. benar kata-katanya.. walau teruk macam mana pun Malaysia, negara islam tanah air kita ini, kita tidak boleh berlepas tangan dan hanya menuding jari.. kerana inilah tanah air kita.. tempat lahir kita.. sebagai mana Rasulullah melihat Mekah sebagai tempat asalnya.. sebegitulah kita juga harus melihat Malaysia.. mengembaranya kita ke negara orang untuk menguatkan diri sendiri dan membawa kekuatan itu pulang.. demi semua yang berada di tanah air nanti.. keluarga, masyarakat, jemaah, negara.. semuanya..

    moga ada yang mendapat manfaat dari diri ini.. seorang pengemis redha Ilahi.. cinta Rabbnya.. rahmat Penciptanya.. hidayah Khaliqnya.. petunjuk dan pemeliharaan.. serta segala-galanya.. dari Dia Yang Maha Kaya lagi Maha Mulia..

    amin..

    moga terus diberi kekuatan untuk tetap berada pada jalanNya.. biarpun panjang.. biarpun berliku-liku.. biar pun keseorangan.. biar pun tiada ditabur bunga.. biar pun menempuh onak dan duri.. kerana hujungnya adalah suatu yang pasti.. kebahagian yang abadi..

    amin..

  3. nisa said:

    Assalamualaikum..en.faizal. Adakah anda seorang ustaz? Cukup bagus artikel anda. Dapat direnung bersama.. terima kasih atas artikel anda.

  4. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam.. tidak.. saya hanya seorang pelajar universiti yang mengambil sarjana muda dalam bidang perakaunan.. bukanlah seorang ustaz.. sangat jauh dan tidak layak.. ilmu saya masih banyak kurangnya.. malahan terdapat mereka yang lebih muda dari saya yang mempunyai ilmu yang jauh lebih tinggi dari saya.. alhamdulillah.. moga mereka terus dikurniakan ni’mat ilmu yang luas dan diberi kekuatan supaya istiqamah mengamalkan apa yang ada di dada-dada mereka.. amin..

    cuma apa yang ditulis hanyalah sekadar luahan dan isi hati yang ingin dikongsi menurut pandangan peribadi berdasarkan sedikit ilmu yang dapat digarab hasil bimbingan banyak dari ibu bapa, guru-guru, sahabat-sahabat dan teman seperjuangan serta orang-orang lain yang memberi secara langsung dan tidak langsung..

    alhamdulillah.. moga bermanfaat setiap apa yang dikongsikan.. sama-sama2..

    moga terus diberi petunjuk dan ditetapkan di atas jalanNya.. amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: