Masihkah ada cintaNya untukku?..

kadang termenung termanggu..
masihkah ada cintaNya untukku?..
kerana, orang yang dicintaiNya..
akan diuji olehNya..
tetapi, bila ku lihat diriku sendiri..
tercari aku, di manakah waktu dan tempat diri ini diuji?..
tetapi, terfikir juga aku..
kalau aku diuji, apakah reaksi aku nanti?..
bila melihat orang yang diuji..
aku cemburu melihat rintihan mereka pada Ilahi Rabbi..
air mata rayuan berderai laju membasahi pipi..
dambaan pilu merintih sayu seiring uraian air mata laju..
sedih mengenang kasihNya kepada mereka..
hiba melihat dekatnya mereka denganNya..
terasa aku disisihkanNya..
selalu terasa aku sangat jauh dariNya..
alangkah malang jika itu hakikatnya..
tetapi..
bila ku lihat lagi..
tidak ramai yang melihat itu sebagai kasih cinta Ilahi..
banyaknya hanya sedih mengenang nasib diri..
mungkin aku tidak berada pada tempatnya untuk merasai..
hanya doa yang mampu ku panjatkan kepada yang mengalami..
moga sabar atas segala musibah dan ketentuan..
semuanya telah ditentukan..
tanyalah kesedihan, apa yang disedihkan?..
bukankah itu cintaNya pada dirimu?..
sedangkan aku..
masihkah ada cintaNya untukku?..

Advertisements

14 thoughts on “Masihkah ada cintaNya untukku?..

  1. assalamualaikum….subhanallah….menangis ana membaca monolog yang simple nie kerana ana sedang mengalaminya…sedang di uji oleh Ilahi….sedang menangis kpd Nya semoga beban2 yang ana tanggung di permudahkan olehNya kerana ana tau, ujian ana tidaklah sehebat ujian saudara kita di bumi Palestin , jauh sekali ujian para sahabat…kecil sungguh ujian ini…..Subhanallah…

  2. kita sebagai manusia hanya mampu bersabar…
    dugaan dan ujian yang dikurniakan oleh NYA kepada kita hendaklah kita redha..

    ALLAH menyanyangi hambanya….
    itulah kita akan ditempuhi dengan perbagai dugaan dan ujian..
    agar kita sedar dan kembali kepada NYA

    setiap yang terjadi ada HIKMAH disebaliknya….

  3. wa’alaikumussalam.. perasaan itulah yang dicemburukan.. manusia yang diuji pasti terasa dekatnya diri mereka dengan Allah.. tetapi bila mana kita tidak diuji olehNya.. terasa bagaikan dunia milik kita.. dengan penyakit wahan dalam jiwa.. semuanya terasa indah di mata.. sehingga kita leka.. kita lalai dan alpha.. kita terlupa hakikat sebenarnya.. bahawa hidup kita hanya untukNya.. seperti mana ketakutan rasulullah kepada keni’matan dunia ini dalam hadith baginda..

    “Bukan kemiskinan yang ku bimbang menimpa kamu tetapi yang aku bimbang ialah dibentangkan di hadapan kamu kemewahan dunia sebagaimana telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba mengejarnya sebagaimana umat dahulu kala juga berlumba-lumba mengejarnya, lalu ia membinasakan kamu seperti mana umat dahulu kala juga telah dihancurkan oleh sifat sedemikian.”

    (Hadis Riwayat Bukhari)

    sungguh kita pasti akan diuji.. seperti mana firmanNya di dalam al-quran..

    “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”

    (Surah al-‘Ankabut [29]:2-3)

    kita pasti akan diuji.. cuma bentuk ujian itu yang kita kadang kala samar dalam melihatnya.. bagi kita.. ujian hanya dalam bentuk kesusahan.. kepayahan.. kemiskinan.. kematian.. kecederaan.. dan semua perkara buruk yang lain.. walhal sebenarnya.. kesenangan dan kelapangan itu adalah satu bentuk ujian yang lebih halus kepada kita.. namun yang dilihat pada mata Allah adalah bagaimana kita memberi jawapan terhadap setiap persoalan tersebut.. bagaimana reaksi kita terhadap ujian yang diberikan.. itu yang menentukan sama kita benar-benar beriman atau tidak..

    tidak akan ditanya kepada si miskin, kenapa kau miskin?.. tetapi akan ditanyakan, apa yang kau lakukan tatkala kau miskin?.. samalah seperti kita di dalam dunia hari ini.. islam tidak tertegak, tidak akan ditanyakan kepada kita, kepada di zaman ‘abasiyyah islam tertegak dan gah di mata dunia, tetapi pada zaman kita islam jatuh fitnah dan dihina.. tetapi yang akan ditanya apa yang kita lakukan di waktu ini.. dan fikirkanlah apa yang kita lakukan dalam menegakkan semula haq Allah ini?..

    ujian itu lumrah kehidupan seorang muslim.. tetapi bagi orang yang beriman.. ianya seperti keajaiban.. pelik melihat mereka yang beriman.. jika diberi ujian mereka sabar.. jika diberi kesenangan mereka bersyukur.. pokoknya mereka menyerahkan segalanya semula kepada Allah, Pemilik segala-galanya.. seperti mana dalam hadith rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam..

    Dari Abu Yahya, yaitu Shuhaib bin Sinan r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:”Amat menghairankan sekali keadaan orang mu’min itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi seseorangpun melainkan hanya untuk orang mu’min itu belaka, yaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup, iapun bersyukurlah, maka hal itu adalah kebaikan baginya, sedang apabila ia ditimpa oleh kesukaran (yakni yang merupakan bencana) iapun bersabar dan hal inipun adalah merupakan kebaikan baginya.”

    (Hadith Riwayat Muslim)

    sesungguhnya setiap sesuatu telah ditetapkan oleh Allah.. maka bersabarlah atas apa yang menimpa andai kata ianya berat untuk kita menerimanya.. dan andai kata ia baik untuk kita maka bersyukurlah dalam erti kata syukur yang sebenar dan bukan hanya lafaz manis di bibir.. malah disertai dengan niat dan amal yang baik dalam menghargai ni’mat yang diberikanNya..

    moga amalan selari dengan kata-kata.. amin..

    moga bermanfaat..

  4. benar.. kita harus sabar.. dan ketahuilah.. Allah takkan membebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu memikulnya.. seperti mana dalam firmannya dalam ayat terakhir surah al-Baqarah..

    “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”

    (Surah al-Baqrah [2]:286)

    dan percayalah.. Allah tidak pernah dan tidak akan selama-lamanya menzalimi hambaNya walau sebesar zarah pun.. seperrti mana dalam firmanNya..

    “Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.”

    (Surah an-Nisa’ [4]:40)

    maka dengan itu.. ketahuilah.. setiap yang berlaku ada hikmahnya.. hanya tinggal sama ada manusia itu mengetahuinya atau pun tidak.. pokoknya, pulangkan semuanya kepada Allah.. sama ada ianya baik ataupun buruk bagi kita.. sesungguhnya di sisi Allah, semuanya itu elok untuk kita, andai kata kita beriman denganNya..

    wAllahua’lam..

  5. salam
    Dah lama x membaca blog org. Mybe urge utk membaca lps2 xm nie dah berkurang kot. Anyway, kata2 yg sungguh bermakna….teruskan….dan terjemahkan dgn perbuatan. Anda mempunyai ramai rakan2 yg boleh membantu, ‘pergunakan’ mereka, dan juga diri nta sendiri selagi termampu…..hehe

  6. Buat renungan bersama…

    On the authority of Abu ‘Amr, though others call him Abu ‘Amrah Sufyan bin ‘Abdullah, radiyallahu anhu, who said:I said: “O Messenger of Allah, tell me something about Islam which I could not ask anyone about save you.” He answered: “Say: ‘I believe in Allah’, and then stand firm and steadfast”[Muslim]

  7. Kadangkala kita xsedar sesuatu perkara yg terjadi tu sedang diuji Allah…
    Cuba muhasabah kembali..
    Mungkin hanya tertinggal sesuatu benda kecil spt hp pun kita xsdr yg sbnrnya kita sedang diujiNya…
    InshaAllah,mulai detik ini sama2 kita kenang kembali setiap saat perkara yang kita buat.
    semoga,kita semua masih dicintaiNya…InshaAllah,ameen 🙂

  8. wa’alaikumussalam..

    jazakAllahu khairan kathira kerana menziarah ke blog yang tak canggih mana pun.. sekadar satu perkongsian.. mengenai jalanku.. juga sebagai satu renungan untuk kita bersama.. yang menulis tidak semestinya berada di atas.. yang membaca tidak semestinya buta segalanya.. yang bercakap tidak ada jaminan akan beramal dengan kata-katanya.. yang berdiam tetap akan menerima balasan di akhirat sana.. pilihlah mana satu golongan sekali pun.. apa yang patut kita ketahui dan kita ingat bahawa, di sana kelak, akan ada hari pembalasan.. hari yang mana setiap orang dari kita akan di tanya tanggungjawab kita di dunia ini.. amal kita akan ditanyakan.. ni’mat kita akan dipersoalkan.. anggota kita akan bercakap.. tiada satu pun yang terlepas.. tiada satu pun yang mampu menipu.. hari itu adalah hari milikNya.. Tuhan sekalian alam.. jadi, apakah jawapan kita kelak, apabila dihujani dengan soalan-soalan yang perlu kita jawab.. sudahkah kita punya jawapan untuk itu semua?..

    moga apa yang akhi sebutkan itu benar.. moga kata-kata yang ditulis dan disampaikan ini mampu dan akan diterjemahkan dalam amalan perbuatan serta terus istiqamah dengannya.. amin..

    insyaAllah.. ana akan cuba yang terbaik.. jazakAllahu khairan kathira kerana mendidik tanpa bayaran.. mengajar dengan ikhlas.. berkerja tanpa upah.. menjadi teman tanpa memilih.. berbelanja kerana Allah.. dan segalanya yang telah nta lakukan.. moga terus istiqamah.. moga terus tsabat atas jalanNya.. amin..

    jazakAllahu khairan kathira..

  9. jazakAllahu khairan kathira akhi syahr..

    sememangnya pasti ada cintaNya untukku.. hanya diri ini menuju ke arah itu atau tidak.. itulah persoalan yang membelenggu.. satu ketika terasa laju menuju ke arah cahaya terang.. tetapi kadang kala terasa bagai terjun ke dalam jurang gelap yang dalam..

    moga api yang terlihat adalah api cahaya kebenaran.. bukanlah ia membakar diri ini.. tetapi ia adalah penyuluh untuk diri ini menuju ke arah Rabbul ‘alamin.. Pencipta diri yang miskin papa lagi hina ini..

    diriku mengemis kasih cintaMu, ya Ilahi..

  10. jazakAllahu khairan kathira akhi Omar..

    benar.. istiqamah itulah yang perlu kita tanamkan.. satu perkara yang sukar dilakukan andai kata niat awalnya telah terpesong.. andai hati ini benar-benar faham dan menghayati islam dan segala isinya.. pasti segala amal itu mudah baginya.. beramal hanya kerana Allah.. hidupnya hanya untuk Allah.. langkahnya ibadah.. percakapannya ibadah.. gerak kerjanya ibadah.. apa sahaja yang dilakukannya, semuanya ibadah.. lantaran kefahaman dan penghayatannya akan erti singkatnya dunia, dan abadinya akhirat.. kerana faham dan mengertinya dia akan Zat yang menguasi segalanya.. kerana faham dan menghayati akan tanggungjawab hidup di dunia.. andai kata kita mampu menghayati dan memahami erti seperti ajaran yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w.. pasti mudah kita mencapai istiqamah..

    moga diberikan kefahaman dan penghayatan serta dikuatkan kita semua untuk istiqamah atas deenNya.. istiqamah atas ketaatan kepadaNya.. istiqamah atas berjuang pada jalanNya.. amin.. amin.. amin ya Rabbal ‘alamin..

  11. jazakillahu khairan kathira..

    benar.. muhasabah itu satu perkara yang penting dalam kehidupan seorang mu’min.. seperti mana yang diperingatkan oleh saidina ‘Umar.. Hisablah dirimu, sebelum kamu dihisab.. andai kata kita tidak mampu menghisab diri sendiri.. yakni muhasabah apa yang telah kita lakukan.. apa yang telah kita niatkan.. apa yang telah kita matlamatkan.. apa yang telah kita ucapkan.. ada baiknya untuk kita meminta agar teman kita supaya muhasabah diri kita.. kerana apa bila kita berada dalam zone selesa kita.. kita tidak akan sedar bahawa kita mungkin berada di atas jalan yang salah.. seperti mana dalam kisah imam ‘Atha as-Sulaimi dengan penjual kain mengenai ibadahnya..

    imam ‘Atha as-Sulami membawa kain tenunannya ke pekan untuk dijual kepada seorang penjual kain.. kain itu satu-satunya hasil tenunannya yang dianggapnya terbaik diantara yang lain.. kerana tenunannya telah dikerjakannya dengan tekun dan berhati-hati.. dengan sepenuh daya kreativitinya.. dia cukup puas hati dengan hasil tenunannya itu..

    penjual kain yang dikunjunginya di pekan itu membolak-balik kainnya itu.. “tuan akan jual kain ini? berapa harganya?”, tanya seorang penjual kain di situ..

    “sepatutnya harga kain ini lebih mahal.. tapi aku bersyukur, jika harganya sama dengan harga kain biasa yang pernah engkau beli.” jawab ‘Atha al-Sulami..

    pekedai kain itu menggeleng-geleng dan tersenyum sumbing..

    “tapi kain ini rendah mutunya.. tenunannya tidak rapi.. tidak halus.. corak dan warnanya tidak menarik.. ukurannya pun lebih kecil daripada ukuran biasa.. jika tuan tidak percaya ucapan saya.. tuan boleh tanya orang lain.. bawalah kain ini kepada penjual kain yang lain..”

    imam ‘Atha al-Sulami terpaku kesedihan.. dia berasa kecewa.. dia hanya mampu membisu..

    “bagaimana pun.. hamba boleh beli kain ini.. tapi dengan harga yang murah sahaja”..

    tanpa bertanya tentang harga yang sanggup dibayar oleh penjual itu, pelan-pelan Imam ‘Atha al-Sulami melangkah ke luar kedai.. tiba-tiba dia terduduk di warung kaki lima, lalu menangis.. kepalanya yang tertunduk tersengguk-sengguk digoncang oleh sedu-sedan tangisannya itu.. air mata jatuh laju membasahi pipinya..

    melihat keadaan itu, tercetus rasa simpati di hati penjual kain.. lalu dia segera menghampiri Imam ‘Atha al-Sulami..

    “sampai begitu sekali kesedihan tuan?.. tadi, hamba berkata benar.. mutu kain tuan itu rendah.. rugi hamba kalau membelinya dengan harga biasa.. maafkan hamba..”

    imam ‘Atha al-Sulami terus menangis.. seolah kehadiran penjual itu tidak disedarinya.. penjual kain tertunduk resah..

    “baiklah.. baiklah.. berikan kepadaku kain itu.. hamba beli kain itu dengan harga biasa.. hamba sanggup membelinya semata-mata kerana hamba mahu menyenangkan hati tuan.. hamba kasihan melihat keadaan tuan terlalu sedih sampai menangis sebegitu rupa.. jika tangisan tuan itu kerana diri hamba, maafkanlah hamba..”

    “tidak.. aku sedikit pun tidak merasa kecil hati kepadamu..” ‘Atha al-Sulami berbicara dengan suara serak.. “malah.. aku bersyukur.. kerana tindakaanmu tadi sungguh-sungguh telah menginsafkan aku..”

    “jadi.. tuan menangis bukan kerana kecewa kerana hamba menawarkan harga kain itu dengan yang lebih rendah daripada biasa?..”

    Imam ‘Atha al-Sulami mengangguk dalam tangisannya yang berterusan..
    “Kalau begitu, Kenapa tuan menangis?..”

    “aku menangis kerana sedih mengingatkan amal ibadatku.. Kain hasil tenunanku ini kebetulan ada persamaannya dengan hasil amalan ibadatku selama ini..”

    “ajaib.. bertambah ajaib.. bagaimana kain itu ada persamaannya dengan ibadat tuan?..”

    “begini.. Kain ini aku tenun sebaik-baikya.. seberapa mungkin aku bertekun mengusahakannya supaya mutunya baik.. dan.. sebelum ini aku rasa kain ini cukup baik.. bahkan lebih baik daripada hasil tenunanku sebelumnya.. tidak ada cacat-celaya.. tetapi sekarang barulah aku sedar.. apabila dibawa kepada orang yang pakar dalam hal kain seperti engkau.. rupa-rupanya kain ini banyak cacat celanya.. rendah mutunya..”

    kepala Imam ‘Atha al-Sulami tertunduk kembali.. menahan sedu tangisannya.. ternyata.. kesan kesedihannya masih ada dikalbunya.. Hal ini ketara sekali kepada penjual kain itu..

    “jadi betullah.. tuan bersedih dan menangis kerana hamba..”

    “tidak!”. Imam ‘Atha al-Sulami cepat memotong cakap penjual kain itu..

    “aku menangis apabila teringat.. betapa amal ibadatku dinilai oleh Allah ta’ala pada hari Kiamat nanti.. selama ini aku berpuas hati dengan amal ibadatku.. sebagaimana aku berpuas hati dengan hasil tenunanku ini.. Allah taala Yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui.. sama ada yang nyata atau yang ghaib.. yang lahir atau yang batin.. sudah pastilah segala ‘ujub atau cacat-cela amal ibadatku ketara kepada-Nya.. bandingannya.. cacat-cela kain ini ketara kepadamu yang tahu menilainya..”

    dia tertunduk pula.. Kesedihan masih tersisa di dalam dadanya.. “kerana kelalaianku.. tidak pernah terfikir di benakku tentang ketidak-sempurnaan amal ibadatku, kecuali setelah engkau menyatakan ketidak-semprnaan kain ini.. sekarang aku takut amal ibadatku menjadi sia-sia
    saja.. kerana selama ini rasa ujub.. bangga.. rasa puas hati.. telah bersarang di dalam kalbuku terhadap amal ibadatku.. aku bimbang.. amal ibadatku rendah mutunya.. sama dengan kerendahan mutu kain ini.. Itulah yang menyebabkan aku bersedih..”

    kepalanya tertunduk pula.. menahan serangan kesedihan yang kembali memburaikan tangisannya..

    begitulah kisah yang boleh kita ambil pengajaran darinya agar kita selalu muhasabah diri kita sendiri.. dan minta agar sahabat memnbantu kita dalam soal muhasabah.. namun kita sebelum itu perlulah membuka hati seluas-luasnya untuk menerima kritikan yang bakal membinca individu muslim sejati dari dalam diri kita.. insyaAllah..

    sebelum itu.. minta maaf kepada para pembaca kerana tidak dapat untuk memberikan sumber untuk kisah ini.. kerana ianya diambil dari pembacaan yang mana ketika dibaca itu juga, kisah ini tidak mempunyai sumber rujukan.. andai kata ada yang tersilap.. mohon kemaafan dan minta diperbetulkan.. mana yang baik, moga dapat dimanfaatkan.. insyaAllah..

    wAllahua’lam..

    moga apa yang diperkatakan diterjemahkan dalam perbuatan dan istiqamah dengannya.. amin..

  12. waiyyakum..

    moga terus diikatkan hati ini di atas jalanNya, di atas keta’atan kepadaNya, dan di atas jihad pada jalaNya..

    amin.. amin ya Allah.. amin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s