Buat adik kecilku..

adikku..

andai kau mampu mengerti tulisan ku di saat ini..
aku ingin kau menghayati..
berjuang di jalannya tidak pernah sepi..
malah dipenuhi onak dan duri..
biarlah tubuh kerdilmu ditampari..
namun jangan sesekali kau menyerah diri..
sungguh beruntung kita punya ibu tabah di sisi..
tiap kali jatuh ke bumi..
dia datang memapah kita berdiri..
sayu aku mendengar khabar tentang dirimu tempoh hari..
semangat kuatmu yang tinggi..
jatuh merundum kerana mereka yang pentingkan diri..
hiba aku fikirkan cabaran yang kau tempuhi..
mungkin kau terlalu kerdil untuk mengharungi..
tapi kau tidak pernah katakan tidak walau sekali..
bila abang-abangmu bersambil lewa, kau mengeluh sendiri..
subhanAllah, tingginya semangatmu untuk amal islami..

adikku..

tatkala aku sendiri di bumi asing ini..
aku terdengar suara anak kecil mendendang doa puisi..
telinga aku tertangkap lafaz Quran dari mereka yang suci..
hati menangis rindu..
air mata bergenang pilu..
bagaimana mungkin mereka sanggup melakukan kau begitu..
pedih hati menerima..
mengapa anak kecil berniat suci mahu dikhianati..
sedang mereka makhluk rakus di bumi dibiarkan sendiri..
bukankah masih banyak manusia lain harus ditangani..
dari menghalang adik kecilku mendalami ilmu islami..
apakah dunia sudah buta hati?..

namun adikku..

ketahuilah..
inilah realiti..
bila kita di atas jalanNya..
kita tidak akan berjalan dengan senang dan gembira..
jauh sekali dari laju kapal terbang di udara..
tidak dengan hawa sejuk kereta di jalan raya..
kerana kita di atas jalanNya..
jalanNya yang panjang..
jalanNya yang berliku..
jalanNya yang tiada ditabur bunga diatasnya..
tidak ada sambutan di tepi-tepinya..
jalan yang sedikit sahaja melaluinya..
jangan biarkan dirimu terkeluar darinya..
mereka yang di atas jalanNya..
semua terus mara..
mara menuju Rabb mereka..
dan Rabb mereka adalah Rabb kita jua..
kita atas satu jalan yang sama..
kita ada satu matlamat yang sama..
andai kata kita tersungkur..
bangkitlah segera..
kita tiada masa untuk membuang masa..
islam masih di hina..
fitnah semakin berleluasa..
ummat masih belum terjaga..
di manakan peranan kita?..

adikku..

jangan mengalah..
biarlah sekecil mana dirimu..
ketahuilah..
Allah tidak menilai keadaanmu..
tetapi usahamu itu yang akan berada di timbanganNya..
singkap kembali sirah perjuangan baginda..
lihat kembali kepada pejuang-pejuang muda..
bagaimana keberanian Ali?..
dari mana hadir semangat Usamah?..
lihat juga saudara kita yang susah..
bagaimana saudara kita di palestin?..
adakah anak kecil di Gaza sedang bersantai?..
adakah mereka di Chechnya hidup bahagia?..
apakah mereka di Baghdad tidur selesa?..
terfikirkah tentang mereka di Khashmir?..
atau kita sudah selesa dengan kehidupan di Malaysia?..
bukankah Malaysia juga semakin menghancur?..
ragut perkara biasa..
rogol sentiasa di dada akhbar..
pembunuhan di mana sahaja..
hatta tandas pun menjadi tempat mereka memburu mangsa..
samun bukan perkara luar biasa..
dewasa bukan lagi mangsa utama..
anak kecil turut menjadi mangsa..
bilakah semua ini akan berakhir?..
andai kata kita hanya pandai menuding jari..
cerdik pandai sudah banyak yang terlahir..
tetapi yang bertaqwa semakin nadir..
apakah kita masih mahu berdiam sahaja?..

adikku..

teruskan semangatmu..
bangunlah dari jatuhmu..
hiruplah sedikit semangat ibumu..
moga menjadi bekal buatmu..
dalam proses menuntut ilmu di situ..
kadang menitis air mata mengenang ketabahanmu..
tapi aku tahu..
dirimu pasti tidak mahu aku menangis untukmu..
jangan kau risau, aku kan doakan untukmu..
teruskan perjuangan..

salam sayang dariku..
insyaAllah kita kan bertemu..
dalam sedikit sahaja lagi waktu..

18 comments
  1. Ummi said:

    Jazakaullahukhairan kathira dari ibu mewakili adikmu,
    Alhamdulillah, sejuk hati ibu,
    Tatkala melihatnya berlari laju,
    Bila ternampak Kancil ibu menuju,
    Ke arah ruang ilmu.

    Katanya, “mereka tak usik lagi cuma marah2” takut diburu,
    Maulana Saddiq yang cukup berhikmah dalam berguru,
    Justeru,
    Ibu mengucupnya kerana perlu berlalu,
    Moga pilu Luqman terobat kerana tak mampu membantu,
    Adik kecilnya yg cuma 7 tahun itu.

    Di keheningan malam syahdu,
    Ibu merayu,
    Moga alHaq rabb kita yang satu,
    Merestui pemergiannya itu,
    Moga dikurniakan dirimu dan adik2mu,
    Ilmu yang jitu,
    Buat menghias baitul muslim yang kian merindu,
    Suara2 mujahid syahdu,
    Melaungkan kalimah rindu,
    TerhadapNya rabbul Jalil, dirimu dan diriku.

    Tatkala membuka Toyogo biru,
    Terlihat pula anak kangoroo lembut pemberianmu,
    Lantas teringat kata-kata adikmu,
    Tentang replika itu yang ada padanya satu,
    Adik bawa kangaroo ini untuk ingat semua orang terutama ibu,
    Malam-malam adik peluk bila rindu pada ibu.

    Tanpa ibu sedari bebola hangat meluncur laju,
    Membasahi pipi ibu,
    Namun ibu tahu,
    Ibu harus tabah kerana adikmu,
    Harus menuntut ilmu,
    Tatkala semangatnya yang tinggi itu,
    Masih baru,
    Seperti kata Saidina Umar r.a.,
    Kepada anaknya Abdullah perihal ilmu,
    Maka ibu,
    Perlu redho pemergiannya yang bukan pun untuk selamanya itu,
    Moga Allah kurniakan rahmatNya dan berkati pencarian ilmu,
    Amin ya rabbal alamin.

    Tinta ketikan Dell Kelabu di Bandar Bangi yang Baru
    3:37 am 17.11.2007

  2. Taufik said:

    Hmm.. ariff pergi mana? Pergi menuntut ilmu ke? Apa yang berlaku? Aku kurang fahm… Jawapan kepada persoalan2 tu mungkin tak berapa penting, tetapi apa-apa pon, aku doa: May Allah bless you and your family – always.

  3. Ummi said:

    Salam, ini Taufik anak kawan ummi Faisal (Dilla di MPI Bangi) kan? Agaknya nama Arif yg sama dgn Arif @ Taufik tu yg membuat Taufik terpanggil ke sini. Apapun, Faisal tgh attend prg 2 hari dan sebelum hari ni pun dia attend prg bbrp hari gak di luar Adelaide jadi ummi Faisal tolong jawabkan persoalan tu.

    Taufik kan tau kat Bangi ni macam2 prg cuti sekolah bila time macam ni jadi Ariff kecik tu pun terpengaruh nak gi satu prg kat Batu 14 Hulu Langat di Darul Uloom. Biasa je, sebenarnya kat mana2 pun first day budak paling kecik mmg kene buli. Adik ni suka buat muka macam2, agaknya abang tu tak suka jadi dibaginya penampar. Petangnya mungkin dia nak berbaik semula tapi jalannya pun kuranglah tepat pada adik yang manja dan tak biasa lagi berpisah dari keluarga.

    Dia acah adik, dibiarkan bbrp lama atas air terjun yang paling dalam (adik takut sangat sebab dia tahu kalau jatuh di kawasan tu memang terus akan dibawa arus yang deras dan kebarangkalian untuk bernyawa lagi sangat tipis), ditanyanya “sayang abang tak?”, adik jawab “sayang”, dah tu settle.

    Budak Form 3 tu mungkin memberontak ke tak taula. Kot mungkin juga tak rela ke situ. Kata ustadz, ramai juga parents sekarang ni paksa je anak mereka ke program tahfidz kerana tak boleh tahan dan dah habis cara untuk menangani kerenah keremajaan anak mrk tu. Cara itu ada pro dan cons nya tetapi jika backfire mmg parah. Ustadz @ Maulana Saddiq tu sabar dan cuba masihatkan, nampak berkesan, budak tu hanya marah2 dan mengomel2 je kat adik tapi tak berani dia usik..so far, alhamdulillah.

    Kata Luqman (Taufiq ingat kan adik Faisal yang paling tembam, Dr. Zubir iaitu mudir @ bapa maulana Saddiq tu tak le sabar macam dia, kalau ada Dr. Zubir pasti dah lama kena buang budak Form 3 tu). Apa pun moga budak2 tu dapat ilmu yang bermanfaat walau mungkin asalnya terpaksa ke sana tapi harapnya suasana indah permai jauh dari kesibukan kota dan ditemani deruan air terjun saban pagi dan malam itu menenangkan keserabutan fikiran remaja mereka lantas mampu menimbulkan inspirasi ke arah fitrah kurniaan Rabbul alamin.

    Seterusnya moga suasana dingin permai lagi tenang itu membolehkan mereka semua berfikir, berefleksi, bermujahadah terutamanya Luqman dan Ariff dan ketemu permata yang tersembunyi di bawah lapisan segala macam batu, duri dan debu yang dipungut disimpan dulu agar dibuat spring cleaning, tinggalkan permata indah berkilau itu saja untuk dibawa pulang ke Bangi. Moga Allah permudahkan segalanya. Amin.

  4. Arif said:

    Owh begitu. Ye, saya Arif (lebih dikenali sebagai Arif di kalangan rakan2) anak Dilla di MPI Bangi. Saya tulis bawah pseudonym Taufik. Saya ingat lagi ariff, kakak, luqman, amir, aiman, khairi, erm, alamak, lg sorang saya lupa la nama dia (maaf). Slalu panggil bang ngah, bang chik, bang lang, etc. je… Saya ingat lg la seluruh keluarga faisal. Makcik rossni dan pakcik kamarul zaman pon bnyk sangat tolong saya bawak main dekat tournament merata2 – jasa2 yg x dapat saya balas, jaza kumullahu khairan kathiran . Bagus la mereka ada minat utk menimba ilmu-ilmu yg bermanfaat sejak kecil lg.. Moga jadi orang-orang yang faqih,soleh, dan bnyk berjasa kpd ad-deen bila besar nanti. Jadi mcm abang dia.. hehe.. Abg dia mmg contoh yg sangat baik, takpa la sekejap shj berjauhan demi menuntut ilmu. Saya pilu juga ketika membaca puisi faisal ni, teringat dekat adik saya yang sebaya dengan ariff dekat rumah tu..

    Moga Allah permudahkan segalanya..

  5. Ummi said:

    Itu sebab hati Taufik tu lembut, bila terbaca kesedihan org lain boleh timbul sifat empati (meletakkan diri kita di tempat org itu).

    Mkck boleh aje Taufik atau Arif. Bila bercakap dgn mama Taufik (she thinks the world of you, a great mother she is … segala2nya dikorbankan demi untuk melihat masa depan yang cerah untuk anak2nya dunia akhirat..dan sekarang ini bertambah2 lagi kecenderungannya untuk akhirat itu…mungkin environment di MPI itu lebih ke arah itu berbanding semasa di High School Kajang dulu, wallahualam…apa pun suka melihat dia kini amat bahagia dan tenang…and u r the biggest factor for that) kita selalu refer to u as Taufik. Bila bercakap dgn Faisal pula , kita refer as arep.

    Mudah2an begitulah walaupun terdengar suara2 yg kurang positif atas tindakan menghantar anak2 kecil ke Tahfiz walau hanya untuk program cuti sekolah mkck teruskan juga agenda jangka panjang itu. Masing2 ada strategi tersendiri, moga Allah berkenan memberi rahmat dan redhonya. Hanya kpdNya kita mengharapkan segala2nya. InsyaAllah tak lama berkelana, nanti buahnya akan dikecapi bersama, wallahualam.

  6. Taufik said:

    Harrr… Mama tak pernah cakap pon (mama memang conservative sikit dalam showing emotion, baik gembira mahupun sedih – dia tabah).

    I’m glad for her too… Peribadi beliau yang semakin cenderung ke arah ukhrawi menyenangkan saya juga.. Mungkin banyak la faktor perubahan beliau, sudah tentu MPI, mungkin kakak beliau yang sangat rapat dengan beliau tengah sakit cancer sedikit sebanyak memberikan zikr maut, dan sebagainya. Tak kesah la apa-apa pon, hidayah Allah tu boleh datang melalui pelbagai cara.

    Ye, mama sekarang tenang dan bahagia sahaja. Hari tu mama kata mungkin dia nak pencen awal bila umur dia 50. Saya terkejut bila dengar macam tu. Saya tanya la, “Mama boring keje ke? Tak ke boring ma duduk rumah saja-saja? Dah la taufik dengan liyana dah takde dekat rumah dah masa tu agaknya.” Saya tak boleh bayangkan mama tak buat keje dan tak duduk depan computer tu sebab mama sangat hardworking orangnya, bukan jenis orang malas. Mama kata mama nak duduk rumah jaga adi (adik saya yang sama umur dengan ariff) dan mama nak pergi kelas-kelas agama bagi mengisi masa lapang, jadi tak boring la.. Tak tau la dia serious ke tak, tetapi I never thought that she has such plan. Apa-apa pon, it’s like a new her, which I haven’t seen before.

    Mama pon semakin aktif dalam Puteri Islam, kerja-kerja khidmat masyarakat, macam-macam la semenjak kebelakangan ni (alhamdulillah MPI membuka banyak peluang). Boleh dia kata, “Sekarang mama nak jadi macam orang-orang baik. Tolong-tolong orang.” Huhu.. Macam la mama jahat pon sebelum ni.

    Adi tu pulak mama nak suruh dia jadi ustaz. Hehe.. Tetapi dia pulak nak jadi dentist (Haha.. Saya pon tak tau mana dia dapat idea dentist ni. Padahal cabut gigi pon takut.) Tetapi alhamdulillah adi tu sangat bijak dan by nature berhati lembut dan tak suka memberontak, maybe he is one of her biggest source of gladness nowadays, lagi-lagi bila saya berjauhan ni. Kalau dulu saya yang beria-ria nak ke aliran arab, sekarang mama pulak nak suruh adik ke sekolah agama. Lepas tu hari tu mama cakap: “Abang kahwin dengan orang baik-baik la. Orang yang solehah, pandai agama. Kalau boleh orang yang boleh ajar abang agama” (Alamak, kene kawin dengan ustazah ke..hehe.. Takde la alamak sangat pon, mmg saya nak carik orang baik pon) ”Kenape ma, Taufik tak cukup baik ke?” (walaupun saya memang tak baik mane pon..hehe..) “Abang Ustaz Rock.” [gelak] (Betul2 (kot), mungkin minus ustaz lagi tepat) “Takde la, mama suka orang-orang baik. Dulu mama takde peluang untuk belaja agama masa kecik, ye la lifestyle pon lain, zaman tu mana ada kesedaran agama. Sekarang ni zaman celik agama. Jadi mama suka la kalau abang boleh cari orang yg baik.” Saya cakap “Hmm, ye la, Taufik tengah carik orang baik la ni.” (Mama gave ‘the look’ at me. Alamak..hehe..) “Dah.. abang sekarang kene belaja.. Fikir belajar, jangan fikir bende2 lain.” “Ye la ma”

    Hmm, saya sendiri ada la dengar sedikit cerita dari Faisal tentang position faisal dalam bab ni, tetapi position saya lain la dari faisal makcik. Memang la saya kene belajar dulu sekarang. Saya faham juga pandangan satu lagi tu. Paling penting, mama berseloroh sahaja, dan natijah dari cerita tu ialah kecenderungan beliau terhadap agama yang semakin meningkat semakin hari, saya tak sangka la mama akan cakap macam tu. Dulu-dulu dia tak cakap macam tu.. Tetapi bagus la, saya pon sangat senang hati dengan perubahan-perubahan yang mama saya tengah lalui.

    I know she thinks everything for me.. Mama saya memang sangat-sangat ambik berat dan sangat-sangat banyak berkorban untuk saya dan adik-adik. Memang mustahil untuk saya balas jasa beliau. Beliau juga lah orang yang paling memahami saya dalam dunia ni (sampai nak tipu dia pon tak boleh, gerenti kantoi). Saya akan cuba lah untuk balas jasa beliau sikit-skit, insyaAllah. Saya kene lebih selalu-selalu la contact dia rasaya, memang saya ni kadang-kadang leka sikit, rasa tak penting sangat untuk cakap selalu-selalu, tetapi kene berubah la kot, walaupun setakat ni mama tak komplen.

    Panjang pulak cerita. Selalu sejuk hati saya bila jengok-jengok blog Faisal ni. Moga makcik sekeluarga sentiasa berada di bawah naungan-Nya dan sentiasa berada dalam kemanisan iman – insyaAllah. insyaAllah juga nanti buah-buah yg dipetik dari Darul Ulom oleh ariff dan luqman, kenikmatannya dpt dirasai makcik sekeluarga. Jazakallahu khairan bagi tau saya ttg mama saya, ingat makcik dengan mama saya dah langsung tak contact dah.

  7. Ummi said:

    Kita manfaatkanlah ruang ini sementara Faisal menyepi menunaikan tanggungjawabnya di sana. Rasanya dia suka juga kalau tak terbiar sepi sementara dia takde ni. Mungkin gak dia sempat baca, yg pasti tak sempat la dia membalas sebab baliknya pun di hening malam syahdu.

    Hmmm..mkck tak sangka la plak mama Taufik conservative mcm mkck juga…gaya dia cerita tu macam stail mek2 salleh yg sgt2 terbuka mempamerkan kasih sayang mereka. The difference between us is that she is very extraverted (well that is my assumption reflecting on the way she always motivates me – [masa buat master dulu]… and the way she talks about how he push u to be more of an extraverted person rather than the timid little boy that u were…ha ha…sekarang tak timid lagi kot!…and i will always remember the glitters in her eyes when she talks about u…her precious little angel yg dah besar panjang, reminds me how Faisal too have grown into a young man…a young mujaheed harapnya, moga Allah perkenankan…hu hu cepatnya masa berlalu…ilmu kita tak tambah plak secepat masa beredar…).

    Mkck suka spend time dgn mama Taufik sebab mkck rasa hanya dia dan mkck yg serupa di dunia ini when it comes to work-study-family-career priorities. Although we study and work like crazy people, family always comes first. Dan satu lagi bezanya, rumah dia sentiasa tersusun dan terhias indah, itu makck tak mampu, tak ada kudrat sekuat dia, rumah mkck dari zaman student muda sampai student tua ni, mmg macam rumah student tu la kalau Taufik datang cuti2 Malaysia tahun ni, sama la ropanya macam Taufik datang main chess dulu-dulu…

    Hah! Kesian la plak kat anak2 mkck dari Faisal yg no1 sampai ke Ariff yg no 8 tu, nak cari ruang buat Dexter Lab pun bawah meja je…hu hu sedih mengenangkannya, pun masih semangat R&Dnya mengalahkan mkck! Mana la nak buat lab,…setiap ruang ada je segala CD, kertas, fail, kotak dan buku; ntah dibaca ke tidak, yang pasti disimpan untuk rujukan yang ntah bila2 pun tak tahu jika adakah yg akan merujuknya kembali…

    Dulu mkck sama2 buat master dgn mama Taufik dan kakak dia Zah, Cikgu BM Cemerlang yg tuitionkan Taufik dan Faisal untuk UPSR dulu. Cumanya kami di UKM bawah penyelia yg sama dan dia di UPM. Dia pernah temankan mkck ke UPM utk survey dan melamar penyelia untuk kajian PhD mkck. Tapi takdir juga menentukan mkck buat di FTSM, UKM.

    Mkck dah jarang duduk2 cerita dgn dia lagi. Selalu jumpa terserempak kat pasar atau kat sekitar Bangi ni sekejap2 je. The last time i went to your house tak ingat la plak on what occasion, mngkin open house raya kot last year, i saw that she has changed so much. Her perception about life has somewhat turn (maybe not 360 degrees but …) at least 180 degrees and i am so very happy to see that. And she is more subtle, poised, calm…well, none of the words can really describe the change in her but i really like the new her.

    Somehow i can relate to her when she said “mama nak jadi macam orang baik2”. Mmg kita tak jahat pon tapi banyak contribution yang kita boleh buat masa zaman muda2 dulu tapi tak buat pon. Skrg pun ntahlah pada nilaian Allah bagaimana? Tersangatlah sedikit berbanding kurniaanNya kpd kita, mmg kita ini selalu saja mengharapkan kasihNya namun tahap reciprocalnya cukup menggerunkan.

    Sedih mengingatkan zaman2 tu (bukan la sekarang ni dah bnyk sikit contributionnya pon). Nak kata tak ikut jemaah ikut, usrah pergi, tamrin pergi apa saja yg ISNA, MSA dan MISG anjurkan kita ikut malah sama2 sibuk dan buat2 sibuk menganjurkan itu ini tapi mcm tidak cukup menghayatinya…ukhuwah pun amat manis masa tu tapi tak rasa fullfilled mungkin niat tu separa je untuk perjuangan separa lagi nak berjalan melihat dunia ciptaan Ilahi…dakwah juga tu tapinya, kan? Ntahlah Taufik, rasa macam enjoy lebih2 ke tak tau la mana silapnya.

    Yg pasti MISG, MSA dan ISNA tak silap kita yg balik Malaysia mengarut ikut budaya lama. Kesimpulannya balik nanti pastikan ukhuwah yg terbina sekarang ni terus berkembang kat Malaysia walaupun kat tempat kerja mungkin ada prg2nya tersendiri tetapi kita masih memerlukan kekuatan jemaah yg dipupuk di sini…Org kata first love will never die. Tak tau la korang, mkck rasa penglibatan mkck dgn MISG dan ISNA dulu mcm first love, tak samalah macam penglibatan dgn jemaah2 yg tak boleh disebutkan namanya di sini yg banyak juga mkck ikuti di Malaysia ni.

    Kalau org Malaysia dgr takut marah, tapi mrk punya first love di situ maka ada juga kekuatan di situ untuk mereka. First love semua org tak sama…Di Canada juga ada MISG, MSA dan ISNA masih aktif cumanya mkck dgr yg terkini ISNA skrg dipimpin oleh a converted muslimah, mek salleh yg puteh tu…walaupun seorang yg tersgtlah committed…tapi bagaimanakah boleh terjadi begitu? Tiada kaum muslimin lagikah yg boleh memegang pimpinan tertinggi? Atau apakah yang telah terjadi sebenarnya?

    Dan mkck boleh relate juga bila mama Taufik nakkan Adi jadi ustz. Mungkin sekarang ni je dia tgh kemaruk ilmu. Bila dia fikir2 balik mgkn dia akan biarkan Adi jadi apa yg Adi nak jadi as long as dia tahu the islamization of knowledge; mmg knowledge tu dah ada ttp kita tak jumpa sepertimana yang telah dijelaskan dalam alQuran maka menjadi tanggungjawab kita mengislamisasikan knowledge yg disekularkan oleh mrk para orientalis. Zaman kita tak macam zaman Ibnu Sina, al-Farabi dan al-Kindi where knowledge is Islam and Islam is knowledge.

    Mkck dulu pun at one time nak juga kalau Faisal jadi “ustz” tapi sekarang tidak lagi. Dunia kini dengan perkembangan islamization of knowledge tak kiralah dari mazhab Muhammad Naquib al-Attas ke atau Ismail Raj’i al-Faruqi, apa-apa bidang pun mkck boleh dapat ustaz asalkan ilmu islam itu difahami, dihayati dgn sebenar2nya.

    Faisal boleh saja belajar Accounting dan jika ada rezeki mungkin belajar ilmu Syariah dan Ekonomi Islam pula di Mesir kalau dia mahu dan harapnya dapat dia bina ilmu Acct dari perspektif islam dan seterusnya mengislamisasikan keseluruhan ilmu acct tu sampai satu masa kelak hanya Akaun di IPT yg telah diislamisasikan itu menjadi budaya yg digunapakai bukan sahaja oleh orang Islam tetapi seluruh masyarakat majmuk di Malaysia, mudah2an…

    Memang rasanya tak ada anak yg boleh menipu hatta menyembunyikan apa2 saja dari ibunya. Ntahlah kadang tu macam seram sejuk juga jadinya bila mkck dapati apa yg mkck fikir Faisal fikir di sana dan bbrp saat lepas tu mkck dapati samada melalui YM, emel atau blog ni sungguh mmg dia sedang berfikir apa yg mkck fikirkan. dia fikir atau buat…kuasa Allah yg menganugerahkan firasat ibu terhadap anaknya itu terlalu amat menakjubkan cuma kadang ibu hanya tak mahu menzahirkannya kpd sang anak takut nanti ada timbul sedih, kecewa, kejutan atau yg sewaktu dengannya, wallhualam.

    Ntahlah Taufik. Pd mkck di zaman teknologi ni (mama Taufik pun mcm mkck, cikgu Komputer juga) tak perlulah menelefon selalu2 tetapi hantarkanlah barang sepotong pesanan ringkas pdnya setiap malam…air mata gembiranya yang berbaur keharuan dek krn menatapi berkali2 (kalau boleh gamaknye nak tambah memory biar tak payah delete semua sms dari Canada tu ..) sms itu tak akan dapat Taufik bayangkan dan itu sahaja sudah pasti memungkinkan kebarangkalian al-Haq membuka jalan lurus buat Taufik ke syurga, wallahualam.

    Yalah, panjang la plak kita memanfaatkan pelantar Faisal ni. Mentang2 org tu tak de…tapi bahagia mengimbau masa lalu bersamamu…moga Allah berkati Taufik dan sahabat2 di Canada seperti juga Faisal dan sahabat2 di Adelaide dan mama, mkck dan kami2 di Bumi Bangi nan Indah Permai ini. Jazakallahukhairan kathira juga kpd Taufik yg tak jemu menulis, takde hal ttg menceritakan kisah silam mama dgn anak kesayangannya itu krn mkck suka mendgrnya, tak mungkin jumpa dia walau tujuan untuk hal lain yg dia tak sebut hal Taufik, kadang anak2nya yg mkck tak kenal pun habis diceritanya, suka mkck dgr kisah ibu dan anak.

    Dan satu hal lagi nanti kalau tak ada masa nak mencari org baik2 tu, serahkan aje pd mkck. Org baik utk org yg baik. Mkck ada la juga seorang anak dara yg harapnya cukup baik utk Taufik tapi mgkn terlalu kecil lagi tapi mkck ramai anak2 didik di UKM; org baik2 selalunya dapat from word of mouth tau…mkck mungkin ada akses ke pool bakal guru Pendidikan Islam, guru JQAF, guru Pendidikan al-Quran, guru Matematik dan Sains. Ada juga guru TESL (bahasa Inggeris) tapi mkck tak berapa kenal, kurang akses ke prg itu ha ha…bila tiba masanya beri tahu mkck ye.

  8. Omar Mokhtar said:

    Assalamualaikum…

    terharu rasenye membaca komen2 diatas…x taulah mcm mane nak menggambarkannya…tapi Alhamdulillah byk juga yang dapat dipelajari dari sini…my mom juga sgt penyayang tetapi ditakdirkan Allah tidak berpeluang utk bersekolah disekolah yg tinggi2…tapi saya tetap bersyukur kerana kasih sayang beliaulah yg membuatkan saye tetap berusaha dgn bersungguh2… x disangka juga rupa2nya ibu faisal kenal dgn mak sedara saya Mak Cik Ani di Bandar Baru Bangi yg mempunyai anak yg juga ramai…tapi… sebenarnya mmg sgt mencabar utk menyesuaikan diri dinegara org ni (mmg kasih sayang seorg ibu amat penting sekali)…mmg x dpt dinafikan kita selalu berase lemah nak2 dengan result sering menguji jiwa tentang ketentuan takdirNya walaupun sudah berpulun2 namun mungkin masih x kena pada tempatnya… namun perkara seperti itu x sepatutnya melemahkan sekiranya selalu +ve tapi x taulah kenapa diri ini selalu merasa tewas…namun ibulah satu2nya org yg kembali membantu menguatkan diri ini disamping rahmah Allah taala… berkaitan dengan adik kecil t’sebut, saya juga amat bimbang dengan telatah adik kecil yg senang terpengaruh dgn game2 yg melalaikan
    ( walaupun diri tau mmg lumrah bdk kecik suka akan benda2 t’sebut cume perlu dikawal )…disini teringin juga utk tahu ttg bagaimana nak mengajar adik kecil saya yg diberi nama Muhammad Najib…saya kkdang terputus idea untuk membimbing kedua org adik saya…tapi insyaAllah sedikit demi sedikit akan saya usahakan kearah t’sebut…moga Allah tabahkan diri kami sekeluarga agar t’golong di kalangan org2 yg beriman…dan saya sgt2 bersetuju walaupun sesibuk mane kita dlm urusan blajar/kerja family must be first…maaf panjang lebar…moga akan ada insan yg sudi menegur dan memperbetulkan diri ini dlm menempuh jln yg x selalunya macam tilam yg empok…wallahua’lam

  9. Ummi said:

    WSL Omar, setiap ketentuan Allah itu ada sebab2nya yg tertentu. Mkck mengenali ibu Omar melalui mkck Ani. Sungguh kelembutannya itulah yang membentuk Omar sptmana sekarang, syukur alhamdulillah, sejuk mata hati mkck bila mengingatkan Omar, Taufik dan Nabil yang punya mcm2 bakat yg amat menghiburkan itu serta segala mcm anugerah Allah yang berlainan menjadi sahabat serumah dengan Faisal.

    InsyaAllah jika dipungut kelebihan dari setiap seorang yg mcm2 itu dan jika dimanfaatkan dengan baik, setiap seorang dari ahlul bait Apt#14, Adelaide Tower itu bakal menjadi macam2 yang dapat memanfaatkan diri, keluarga dan masyarakat di sana dan di Bangi kelak. Ya Bangi, bumi indah kecintaan kita itu. Seusai berkelana di sana kelak harap tak lupa bumi tempat tumpahnya ilmu di awal usiamu…Sungguh, mkck amat sayang akan bumi Bangi ini, seindah2 Adelaide tak sama indahnya dgn bumi Bangi ini. Cuma sedih la plak, pokok2 rendang yg tunduk ke tengah jalan menghala ke Tasik Cempaka dan Warta/Billion yang sekali tengok tak tumpah macam pemandangan Fall di Tasik Erie tu dengar ceritanya nak di tebang. Ada projek nak membina Mall… hu hu sedih sungguh…nak kene ambil gambar banyak2 sebelum itu terjadi…:(

    Ibu Omar ada kelebihannya yang tersendiri. Oleh kerana ayah Omar sibuk dengan pengajian dan kerjayanya sebab itulah Allah tentukan ibu Omar bekerja di PTSL. Walaupun bukan sbg ahli akademik ttp kerjayanya yg bergelumang dgn segala macam ilmu itu membolehkan anak2nya yg punya mata hati yang tajam seperti Omar memanfaatkan situasi itu sehingga terwujud persekitaran yang kondusif bagi membolehkan Omar menimba jauh lebih banyak ilmu dari Faisal ketika itu yang paling banyak pun boleh duduk di bilik ofis mkck di F2.10 yg hanya sekadar 10X12 kaki persepi itu (agaknyala…atau mungkin lebih kecil lagi bila di tolak ruang almari buku yang ada 4 buah dan meja kerja sampai 3 buah dalam bilik sekecil itu).

    Namun mkck tetap bersyukur krn dia mahu belajar di bilik FPEND mkck (sehingga sekarang mkck masih simpan jadual ulangkaji PMR yg ada kata2 Faisal Boleh Skor 9A!). Hanya Faisal dan Aiman yg mahu belajar di situ bersama2 mkck. Hafiz, Luqman, Ariff dan Hudaa rajin juga datang tapi bukan untuk study…(buka buku 10 min lebihnya zzzzz:( tapi kalau boleh main game celik la plak mata).

    Kalau Khairi dan Amir mmg belum terjaga lagi dari mimpi indah FIFA/ANIME spt Najib juga ttp at least Najib kecil lagi manakala mrk tu dah tak patut main lagi, patut dah tahu itu hanyalah indah fatamorgana…bnyk lagi tuntutan ummah, moga Allah beri kekuatan utk mkck meluangkan masa untuk mrk krn mrk2 itu lembut hatinya ttp memerlukan seseorg yg sering3 (itu yg mencabar sungguh) menawarkan pelbagai alternatif untuk tidak membolehkan mrk bersantai dgn FIFA/ANIME itu. Kalau Najib tu kecil lagi, mudah. Boleh cuba2 alternatif yg mkck buat utk Ariff, Hudaa, Luqman dan Hafidz.

    Mcm2 program ada di Bangi ni. Tak semuanya perlukan modal RM yg banyak. Ada satu tempat pengajian di section 9 BBB yang menawarkan pengajian Al-Quran dan Tahfiz secara percuma. Itupun mkck dapat ilham dek krn melihat kerajinan Omar ke al-Huffaz masa tunggu SPM dulu dan rezeki bertemu semula Pkck (Zainudin) dan Mkck Taufik @ Topek, yang dulunya rakan sekuliah mkck masa belajar ngaji di Pusat Islam UKM. Mrk yg cadangkan tempat itu. Selanjutnya tanya Taufik dan Faisal.

    Faisal dulu2 selalu gak main game dan kemaruk juga dgn MU dan bola2nya (Sori ye, Faisal jgn mare tau ummi cite ni, Ummi rasa ada cerita yg boleh dimanfaatkan di sini, setidak2nya oleh adik2 Along jika mrk mau membacanya…jika Along tidak rasa sedemikian, ummi mohon maaf tapi dah tertulis ni tak boleh lak nak tarik balik, tapi Along boleh je delete hehe..). MKck cuba mempengaruhinya supaya mendekat2kan diri dgn Omar. Selalu2 contact Omar masa cuti. Mkck tahu Omar tu rajin berjemaah ke al-Kautsar begitu juga Ehsan (rasanya bdk KISAS juga). Dan mkck kagum dgn sikap Omar yg seboleh mungkin memanfaatkan masa cuti yang ada itu ke al-Huffaz.

    Dipendekkan cerita yg dah terpanjang la plak ni (maaf ye), mkck cuma harapkan Omar nampak kekuatan diri Omar sendiri. Jangan hanya lihat kekurangan yang sedikit. Ujian yang sedikit itu Allah beri sebab dia sayang sangat ke kita. Kalau dia tak sayang peduli apa dia dengan kita yg kalau dicampakkan dari langit, sebesar zarah pun tak mengganggu-gugat perancanganNya.

    Kesimpulan dari perbincangan mkck dgn Faisal malam tadi sebelum terlena diulit mimpi; mengenai hal result dll yang boleh juga disandarkan bersama kpd kata2nya dalam balasan sms ke mkck semalam, “sungguh, biarpun di kala senang atau susah kita harus terus bersyukur dan berdoa. Salman al Farisi ada berkata, jika seseorang itu sentiasa berdoa ketika dia berada dalam kemudahan, lalu dia ditimpa kesusahan dan dia berdoa, para malaikat berkata, “suara ini sangat kami kenali”, lalu mereka memohon Allah memakbulkannya. Jika sebaliknya pula, malaikat akan berkata, “suara ini asing, kami tidak mengenalinya.” Mereka pun tidak memohon kpd Allah untuk orang itu. Jadi apa sekali waktu dan keadaan kita, kita harus kembalikan segala2nya kpdNya. Dia Maha Mengetahui.

    Walau apapun, kita harus berusaha dan mencari jalan paling tepat untuk berpulun2 dengan ilmu yang akan diuji didunia ini dalam kita bergerak ke arah penilaian akhirat dengan kaedah yang bertepatan. Sekali kita pulun, tak dapat kita rebah namun jika kita bangun pasti kita akan sampai juga ke matlamat akhirnya walau nanti rebah lagi namun gegarannya tak sehebat yg pertama. Pun begitu, harus dijadikan cabaran untuk mencari jalan yang lebih jelas, lebih baik.

    Jadi terus bangun dan cari jalan pintas yang kurang bukit-bukaunya agar kebarangkalian untuk jatuh itu dapat diminimakan untuk kali yang seterusnya. Mkck ada nak cadangkan bbrp kaedah/kemahiran study skill utk type Omar tapi nanti kalau sudi mkck ceritakan di komen seterusnya. Mkck permisi dulu nak gi lawat Ariff dan Luqman kat Bt 14 lepas tu Aiman di Rawang. Doa mkck sentiasa bersama Omar, Faisal, Nabil, Taufik dan sahabat2 lain disana dan disini. Doakan sama2 kita mengecapi kejayaan yg mengarah ke yg hakiki. Amin ya rabbal alamin.

  10. Taufik said:

    Maaf lama menyepi. Sibuk sikit dengan urusan-urusan sekolah (universiti).

    Mama saya cerite begitu ke? hehe.. Dia cerite dgn saya jarang je ada glitters in her eyes.. Mgkn tak nak buat saya sedih ke ape..

    Kami dekat Toronto ni, Melayu ada 5 orang sahaja. Tetapi itu tidak menjadi masalah la, kerana muslim ramai, tak terkira pon. MISG dah terkubur dah dekat bumi Canada ni, kerana tiada orang, sedangkan saya pon melayu pertama tahun lepas dan sudah 3/4 tahun Toronto tidak ada melayu langsung (ada la sorang). Saya ada kenal pres, vice pres (ada budak bangi je pon), dan beberapa kawan di MISG, tetapi mainly melalui internet sahaja la. Mereka ada muktamar pon winter break ni, tetapi saya ada hal lain masa tu… Masa tu ada conference islam yg besar di toronto (biasaya lebih kurang 10k org dtg from all around n.america), namanya Reviving the Islamic Spirit. Banyak la speaker hebat mcm Syaikh Hamza Yusuf, etc (www.revivingtheislamicspirit.com). Sebenarnya conference tu selepas muktamar ttp saya insyaAllah terlibat sikit sbg volunteer, mgkn nak pergi knowledge retreat juga… Mgkn vice pres MISG dtg jugak RIS, boleh la kenal2 kot.. hehe..

    Sini ada ISNA (ada masjid besar ISNA pon), saya juga ada dengar kawan2 dkt US terlibat dgn ISNA, sampaikan malam merdeka pon ada dekat ISNA. Ttp ISNA dekat sini saya kira tak se influential la, sbb ada organization lain (sedangkan hari raya pon majority dkt toronto tak ikut ISNA). Canada ni ada MAC (Muslim Association Canada), ICNA, dan lain-lain. Jd saya pon tak tau sangat la isu2 ISNA. MSA UofT (Muslim Student Association) sudah tentu lah jema’ah paling accesible bg student… Saya pon mmg tengah mencari-cari jugak jalan mana yg akan ditempuhi pada masa depan, baik dr segi politik, jema’ah, perkerjaan, dan sebagainya.

    Dgr cerite student US agak lapang masa.. Sini agak lain (mgkn University of Toronto ingin jadi top university ke ape), saya sini penuh sahaja schedule, tahun lepas ada 7 subject per sem, (30 hours classes+lab+tutorial per week), kiranya hampir tiap2 hari kelas mula pukul 9 pagi habis 5 petang. Tahun ni lebih kurang sahaja. Tak termasuk homework lg… Begitulah kehidupan engineering student dkt UofT ni. Tak tau la, mgkn boleh bajet masa lebih efisien, ttp skrg ni pon tgh struggle dgn study, masa utk other activities agak terhad… Penglibatan saya mmg tak banyak, realiti yg menghampakan. Hampir takda sumbangan sangat pon… Tahap reciprocal kita terhadap Allah itu mmg la sangat menggerunkan… insyaAllah boleh ditingkatkan pada masa-masa akan datang =)

    Betul la kata makcik ttg knowledge and islam tu. Saya rasa mama saya paham juga sebenarnya. Cuma mgkn dok ajar ustaz ustazah dkt MPI tu tiap2 hari, teringin anak die jd satu kot.. hehe.. Dia pon bergurau shj selalunya, takde la nak memaksa. Cuma satu la, dkt msia tu kadang2 kita salah faham konsep mengislamkan sesuatu perkara. Contohnya nak buat kereta ‘islam’, ertinya pergi bubuh compas kiblat, jam waktu azan la apa dlm kereta… Bagus la tu, ttp semua tu superficial shj, apatah lg bila buatan kereta itu sendiri mcm tin yg mudah remuk (memalukan shj). Patotnya kereta ‘islam’ ialah kereta yg buatannya paling hebat la kan, boleh kalahkan Mercedes barang kali, kerana muslim tu sepatutnya orang-orang yg hebat dan berjaya dlm perkara2 dunia dan akhirat. Kalau nak jd engineer yg islamic, patotnya jadi engineer yg menepati masa bila buat project, pandai berkerjasama dgn team, tak marah2 bila stress dan project tak menjadi, bersungguh2 dlm buat project, dan 1001 sifat lain yg patot ada pada seorang muslim. Sangat bagus kalau ada yg dapat buat mp3 qur’an, software hadith, etc. tetapi pada masa sama kita jangan perkecilkan erti being a muslim engineer ialah mencipta bende2 itu sahaja. Patutnya engineer muslim la yg design KLCC tu tak pon jambatan ke singapura ke apa dan sebagainya, dan tidak mencipta perkara2 jahat mcm bom atom dan sebagainya. Boleh juga membantu membangunkan infrastruktur negara2 islam lain yg ditindas dgn kepakaran yg dimiliki, etc. Saya pasti makcik lebih faham akan perkara ni, saja la nak utarakan masalah yg kadang2 timbul dkt Msia tu.

    Mmg lah kita ni sangat rindu akan zaman Ibnu Sina, al-Farabi, dan al-Kindi. Insan2 yg sangat faqih, soleh, paling ‘arif dlm agama, tahu serba-serbi, dan on-the-leading-edge dalam bidang masing-masing. Melihat classmates Israeli dgn ‘kopiah kecik’ atas kepala mereka tu dekat sini menggerunkan saya… Mereka ni sungguh bijak, dedicated kpd pelajaran mereka (sudah tentu sikap sama dlm perkara2 lain sekali), tidak berfoya-foya, dan hampir sudah pasti top dlm kelas. Masalah kita student kita ada yg pakai kopiah jugak ke kelas, ttp mcm langit dgn bumi bezanya dr segi kesungguhan dan kerajinan… huhu.. Lagi satu jenis dedicated ttp takde ‘kopiah atas kepala’ (kopiah itu metaphorical sahaja)..

    Panjang pulak mongomen. hehe. Saya pon akan menempuhi final exam lagi 2 minggu, jadi saya ingin ber’uzlah dr dunia maya ni buat 1 bulan agar boleh concentrate study. Doakan saya ya faisal dan kawan2. Jazakallahu khairan makcik atas nasihat2 dan cadangan2 yg bernas. Ma’a al-salamah.

  11. Ummi said:

    don’t worry when it comes to priorities only u know how to set it right.

    mungkin pandangan seorang ibu jua yg dapat memperlihatkan “glitters” aka “sparks” in a fellow mother’s eye. Pun itu mungkin metafora buat yang belum mengerti jiwa seorang ibu.

    Alhamdulillah, mana yg termampu libatkanlah dalam apa jua aktiviti jemaah. Takkan jumpa lagi yg sewaktu dgnnya bila balik Malaysia nnt. Jauh berjalan luas pemandangan, Imam Syafie kata mengembaralah mengutip ilmu selagi boleh. Beruntung dapat jumpa org2 hebat dan baguslah dalam kesibukan Taufik. it seems that u to know your priorities n able to set them right. Volunteering is good, more access @ opportunity berdamping dgn org yg hebat2 ilmunya. Kutiplah sebanyak mungkin pengalaman di RIS tu.

    Sikit takapa. Mkck kat Cleveland dulu ada 3 org akhawat sahaja pada mulanya dan bila 2 pindah ke Lincoln, Nebraska; tinggal mkck sorang. Tapi ramai akhawat moslem yg lain, dari South Africa, India, Bangladesh, Palestine, Iraq, Iran, Pakistan. Tu sebab kadang lebih kerap dgn aktiviti MSA. Mmg US ringan sikit dari segi F2F. Required 12 credit per sem tapi eloknya ambil 15 to grad on time. 12 credits tu, biasa 4 subjek teras/pengkhususan; kalau ada lab tambah 2 credit lagi.

    Apapun, maat taufiq wannajah. Ya, insyaAllah ada rezeki jumpa lagi lepas exam. Wahaiyik lana min amrina rasyada.

  12. FaisaL said:

    amin.. amin.. amin.. jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang mendoakan..

    dan jazakillahu khairan kathira kepada ummi tercinta kepada terpaksa memeriahkan blog yang terabai untuk seketika ini.. terima kasih yang tak terhingga..

    maaf kepada semua.. selepas peperiksaan.. jadual lebih ketat dan penuh.. tapi bersyukur.. alhamdulillah penuh.. kerana masa lapang itu memang satu musuh yang sukar ditangani.. sepertimana hadith baginda salallahu ‘alaihi wassalam..

    Sabda Rasulullah: “Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu.”

    (Hadith Riwayat Bukhari)

    dan satu lagi hadith yang mashyur di kalangan kita, yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Raihan.. yakni..

    Sabda Rasulullah: “Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa luangmu sebelum masa sibuk dan masa hidupmu sebelum matimu.”

    (Hadith Sahih Riwayat Al Hakim)

    dengan sebab-sebab inilah.. diri ini berasa amat bersyukur disibukkan dengan amal islami.. sama ada dalam bentuk haraki mahupun sendirian dalam membangunkan individu mu’min..

    walaupun penat dan letih dengan kerja seharian.. tapi di malam harinya.. kita mampu mengucapkan rasa syukur yang amat sangat.. “Ya Allah, alhamdulillah Kau telah sibukkan hariku dengan perjuangan ke arah menegakkan agamaMu untuk hari ini, dan teruslah menyibukkanku dengan perjuangan di atas jalanMu ini.”.. kita mampu mengucapkan kata-kata sebegini kerana ia terasa sendiri bila kita yang mengalami.. sebelum ini mungkin hanya kita dengar.. hanya diceritakan.. hanya diambil dari buku-buku, kitab-kitab.. tapi kita sendiri tidak mengerti ertinya.. tidak faham apa yang digembirakan dengan kesibukan.. walhal manusia itu kan lebih suka bersenang-lenang.. tapi kenapa kita rasa seronok bila disibukkan?.. kita selalu tertanya.. hanya bila kita mengalami baru kita mengerti..

    ia seperti kita belajar untuk peperiksaan yang dekat.. dalam hari-hari yang semakin mendekat kepada tarikh peperiksaan.. masa semakin bernilai.. apabila ada satu hari yang berlalu tanpa kita membaca buku.. kita akan terasa sangat rugi.. malahan beberapa jam yang kita buang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah pun kita akan anggap ia satu kerugian besar.. begitulah terasanya bila mana hari kita tidak disibukkan dengan amal islami.. hari terasa kosong.. hari seperti berlalu tanpa berlaku apa-apa yang mengubah kehidupan.. terasa umur hanya dipanjangkan.. tetapi tiada perubahan yang berlaku pada diri.. statik pada satu titik, tidak berubah.. malah lebih teruk jika tahap iman kita jatuh ke bawah.. na’uzubillahi min zalik.. seperti mana Abdullah al-Mubarak berkata.. “Aku takut apabila berlalunya satu hari sedang umurku bertambah akan tetapi amalku tidak bertambah.”.. bagaimanakah kita?..

    kesimpulannya.. maaf ada tanggungjawab yang terabai kerana kesibukan diri ini.. akan cuba dilakukan mana yang termampu.. dengan sebab ketersibukan inilah, diri ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memeriahkan blog ini.. maaf kerana tidak dapat menjawab komen-komen anda semua satu per satu.. moga segala yang dikongsikan dapat dimanfaatkan bersama.. insyaAllah..

    untuk Arif.. insyaAllah.. jalan yang dilalui olehmu adalah jalan yang benar.. mohon petunjuk Allah setiap hari.. malah setiap masa.. setiap amal perbuatan.. setiap detik.. jangan ada saat waktu yang mana Allah membiarkan diri kita bersendirian tanpa diberi petunjuk olehNya.. doakan untuk keluarga kami juga.. jazakAllahu khairan kathira.. moga dirimu senantiasa dalam redha Allah begitu juga keluargamu.. amin.. amin ya Allah.. teruskan perjuangan.. teruskan berada di atas jalanNya yang tiada ragu lagi akan kebenarannya.. teruskan..

    untuk Omar.. jazakAllahu khairan kathira atas segala tunjuk ajar.. dan teruskan perjuangan membentuk diri.. apabila terserlah ke’izzahan islam pada dirimu, maka akan tersentuh hati-hati manusia yang berada di sekelilingmu lantaran ketinggian dan kemulian islam itu satu ketakjuban bagi hati-hati manusia yang fitrahnya suka kepada kebaikan.. berhikmah dan mengubah.. mengubah bukanlah hanya sesaat.. ia memakan masa yang panjang.. bersabar dalam mengubah.. ana faham perasaan nta terhadap perjuangan dengan ahli keluarga terdekat.. kerana ana sendiri faham dan mengalami.. dan senantiasalah memperingati diri agar tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.. kerana takut jika terlalu keras, dirimu telah mematikan hatinya terhadap nasihat-nasihatmu.. tetapi jugak tidak terlalu lembut, takut apa yang hendak disampaikan tidak langsung terlekat di hati mereka.. hanya yang berhadapan dengan situasi dan mad’u mereka yang tahu di mana batasannya.. mereka yang menyampaikan itu yang tahu di mana pertengahannya.. jadi kita yang sedang berusaha.. kita yang tahu di mana letak garisannya.. moga dipermudahkan segala urusan.. amin..

    ummi.. jazakillahu khairan kathira.. sekadar ucapan mahupun tulisan takkan cukup untuk menyampaikan rasa terima kasih kepada ummi.. tapi ini yang termampu.. hanya Allah ang mampu membalas jasa-jasa ummi dengan balasan yang setimpalnya.. moga dikurniakan kemenangan hakiki di sisi Allah.. amin.. pengorbanan ummi terhadap kami (anak-anak ummi) bukan sekadar along dan ariff.. malah semuanya.. penat lelah.. tangis ketawa.. senyum riang.. lawak jenaka.. cerita-cerita.. semangat dan nasihat.. tunjuk ajar.. pengorbanan masa.. tenaga dan segalanya.. semuanya kami hargai sebenarnya.. hanya mungkin kami sedikit terlalai kadang kala dalam membalas dan menunjukkannya.. usaha kami membalas jasa-jasa ummi takkan tercapai sehingga akhirat.. oleh kerana itulah, doa-doa kami pasti akan terselit doa untukmu.. moga dirimu terus tsabat atas perjuangan ini.. melahirkan mujahid dan mujahid islam.. bersama di atas jalan yang benar.. andai kata kita tidak mampu bermesra dan berkasih sayang seperti mana sesetengah golongan yang bahagia dengan kemewahan dunia hari ini, bersabarlah.. kerana, insyaAllah, kita pasti akan berkasih sayang dan bermesra bersama di dalam syurgaNya yang jauh lebih indah dari dunia yang tidak bernilai ini.. tidak walau sebelah sayap nyamuk yang tidak ada nilai di sisi manusia itu.. moga kita bertemu di jannahNya.. amin.. amin.. amin ya Rabbal ‘alamin..

    moga semuanya terus tsabat dalam perjuangan.. amin..

    sekali lagi.. maaf atas kesibukan ini.. moga semuanya dipermudahkan segala urusan.. amin..

    wassalamu’alaikum..

  13. Omar Mokhtar said:

    Amin ya rabbal alamin…terima kasiah atas doa Mak Cik…
    Sungguh disini omar teringin nak mengetahui apekah stail blajar yg mak Cik rasekan sesuai dgn type omar ni insyaAllah jika dirasekan sesuai akan diadaptasikan dlm hidup sebagai student kat sini =D…moga2 Allah sentiasa menenjukkan jalan yg lurus dan benar kpd semua hambanya yg menghendakkan kebenaran…tiada yg lebih pasti melainkan janjiNya…wAllahua’lam

  14. Ummi said:

    Assalamualaikum wbt.,

    Waiiyyakum. Mkck baru tiba dari Kelantan dan kene prepare paper untuk workshop esok. Jadi mkck bincangkan perkara asas dulu kali ini yang boleh digunapakai oleh semua jenis personaliti dan ragam/gaya belajar yang macamana pun.

    Pertama sekali ada banyak mazhab dalam P&P (dibaca pengajaran dan pembelajaran). Semuanya jika dikaji dgn teliti, kembali kpd ilmu Allah jua. Oleh krn org barat yg lebih banyak membukukan ilmu2 selepas zaman Ibnu Sina, Al-Khindi dan Al-Ghazali maka kita merujuk juga nama mrk ttp hakikatnya kita tahu semuanya termaktub dlm AlQuran seperti mana banyak dibuktikan dari penulisan Al-Ghazali. Dan kitalah juga yg bertanggungjawab mengislamisasikan kembali ilmu tersebut jika tidak melalui penghasilan atau pengadaptasian ilmu baru, sekurang2nya melalui pengaplikasian ilmu2 tersebut dalam situasi yg islamik. (maaf ye Omar, panjang pulak mukaddimahnya).

    Kedua, sebelum memetakan stail pembelajaran kita dengan kaedah yang sesuai perlu kita ketahui bahawa umumnya mengikut Bales Pyramid of Learning Effectiveness yg kemungkinan besar Omar dan sahabat2 dah sedia maklum, mkck ulangkaji kembali di sini, (maaf sekali lagi, mcm cikgu la pulak), average retention atau purata ketekalan ilmu yg kita pelajari melalui kuliah adalah paling minima sebenarnya, iaitu 5%.

    Maksud ketekalan tu, walau kita rasa macam paham je bila dgr lecture, umumnya hanya 5% dari apa yg kita dgr tu kita boleh recall kembali setelah beberapa lama. Tetapi jika kita baca samada sebelum atau selepas lecture tu, tahap ketekalan ilmu adalah lebih tinggi sedikit iaitu 10%. Walau pun tidak banyak tetapi pembacaan ini adalah proses penting jika tidak pun sebelum lecture, sekurang2nya selepas lecture supaya kita boleh kaitkan dgn apa yg telah/akan dipelajari dalam lecture kerana apa yang dibincangkan dalam kuliah biasanya apa yang akan keluar periksa.Jika mengikut garispanduan ISO, pensyarah harus membincangkan perkara2 yang akan ditaksir (assessed) terhadap pelajar.

    Jika kita diberi assignment untuk menghasilkan project audio-visual ttg sst tajuk P&P (misalnya buat presentation ttg tajuk yg dipelajari menggunakan power-point ke atau video-studio ke…yg ada visual dan bunyi) tahap ketekalan ilmu yang dipelajari 20%, jika kita buat demo depan kelas pula hasil project ini, maka tahap ketekalannya 30%.

    Seterusnya jika P&P melibatkan kumpulan perbincangan seperti dalam JeehaDuna tu maka purata ketekalannya 50% lepas tu jika dibuat pula segala macam exercise dalam text book atau lecture notes, purata ketekalan 75% dan yang paling tinggi purata ketekalan ilmu ialah melalui proses mengajar rakan2 yang lain iaitu sebanyak 80%.

    Dapatan kajian ini selari dengan apa yang disarankan oleh imam2 muktabar seperti Imam Al-Syafie yang menekankan proses pembelajaran melalui sekurang2nya 3 kaedah iaitu pembacaan, penulisan dan pengajaran yang merangkumi kesemua perkara2 tadi.

    Kesimpulannya, secara umum, untuk mendapatkan ilmu yang tekal bagi membolehkan kita menjawab soalan peperiksaan dengan baik walau bagaimanapun soalan itu dilontarkan kembali maka yang terbaik ialah kita baca/glance through bahan P&P sblm/slps lecture, pergi lecture walau 5% krn ada maklumat dari lecture yg jika kita tidak dapat akan merosakkan perancangan kita yang lain.

    Seterusnya bahagi2 subtopik pembelajaran atau latihan2 sesama sahabat2 dalam lingkungan study group dan buat presentation sesama sendiri. Kalau tidak menggunakan audio-visual pun tidak apa sekurang2nya bincangkan bgmana kita dapat jawap apa yg kita paham. Wallahualam, moga ada yg dapat dimanfaatkan dari apa adanya ini. Yg haq itu dari Allah segala kekurangan adalah dari kelemahan diri yang menulis ini. Moga Allah kuniakan cahaya ilmunya untuk kita.

  15. Omar Mokhtar said:

    Alhamdulillah…dgn tips2 yg mkck beri saya dpt lihat bbrp kekuragn yg perlu diperbetulkan…(maaf sekiranya mengambil masa mkck t’lalu lama utk menerangkan hal2 seperti ini)…tak tahu apa nak dikata…moga Allah sajalah yg membalas jasa mkck…saya tengok faisal mmg byk mengaplikasikan tips2 yg mkck beri…moga2 kami semua dikurniakan kejayaan yg dpt mendekatkan diri lagi kepada Allah….amin ya rabbal a’lamin

  16. Ummi said:

    takde hal langsung Omar, itu sekadar apa yang ada dalam ingatan semasa dan mkck sgt menghargai kesudian omar memanfaatkan seadanya apa yg dapat dilontarkan kembali. Dalam ramai2 anak mkck ber8 tu nampaknya Faisal seorang sahaja yang berminat mengaplikasikan teori2 kognitif yang mkck sgt passionate dalam mengaplikasikannya.

    Anak2 yg lainnya mungkin belum faham atau belum terpanggil atau mkck selalu sgt cakap sampai mrk jemu, atau mrk anggap itu sebagai leteran semasa atau rutin bulanan wallahualam, moga Allah beri keinginan kpd mrk juga (atau mungkin Faisal juga sekadar kesian ke mkck yg seringkali beriya2 jk bercerita hal2 proses kognitif ni namun yg mendgrnya sekadar mengiyakan dan tamat di situ..ntahlah).

    Cumanya mkck mohon maaf tak dapat luangkan lebih masa pd masa itu mkck agak suntuk sikit sbb baru balik dari Kelantan dan due paper 4.12.2007 yg mkck ingat boleh submit semalam tapi belum gak dapat ilham.

    Jadi malam ini mkck meniti Dell Kelabu ini lagi mencari ilham moga malam ini dapat menyiapkan sebuah lagi kertas kerja sebelum jam berdetik 12 tengah malam tanda tibanya detik waktu di titik tamat tarikh penghantaran.

    Nanti insyaAllah mkck menulis lagi jika Omar sudi membacanya. Mkck mmg suka menulis walau tiada yg membacanya ia dapat menjadi latihan minda agar bila mengajar nanti mudah menyampaikan isi yg telah sedia tercerna. Kalau Omar pernah baca tentang perihal cara belajar dan mengajar mkck mungkin Omar faham apa yg mkck maksudkan.

    Jadi izinkan mkck minta diri seketika meneruskan perjuangan melayari samudera ilmu mencari ilham kerana tinta Dell ini kian merajuk walau dakwatnya tak mungkin kekeringan kerana tiada ilham yang dapat diketikkan.

    Doakan moga an-Nur Maha Pemberi Cahaya lagi Maha Pemurah Maha Pelapang Maha Indah Maha Segala2nya menitipkan ilham buat hambaNya ini. Amin ya rabbal alamin. Sehingga bertemu lagi salam buat semua penghuni #14 Adelaide Tower terutamanya Sang Pengemis Kasih Ilahi.

  17. FaisaL said:

    amin..

    amin..

    amin..

    jazakumullahu khairan kathira atas tips dan keperihatinan Ummi dan Omar.. moga dibalas oleh Allah dengan balasan baik yang setimpal denganNya.. moga terus memberi dan berkongsi, ikhlas kerana Allah.. amin..

    moga dipermudahkan segala urusan.. amin..

    jazakumullahu khairan kathira..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: