Tak selamanya..

 

Hari esok nan melambai
Mentari kan terbit lagi
Semua itu tidak kekal
Kan binasa akhirnya

Indahnya alam semesta
Hingga terasa di hati
Yang hidup akan punah
Yang mula ada akhirnya

Oh indah ciptaan-Nya
Yang ada sementara
Semuanya akan sirna
Yang kekal hanyalah Allah

Telah Dia tentukan
Usia makhluk semua
Yang hidup akan mati
Tiada yang abadi

Kawan tak selamanya
Kasih demikian jua
Bahagia ada batasnya
Suka duka silih berganti

Esok entah kan ada
Terbitkah mentari pagi
Yang pasti kita semua
Menunggu saat binasa
Menunggu ajal kan tiba
Menanti ketentuanNya

Advertisements

4 thoughts on “Tak selamanya..

  1. 10 entry dalam masa dua hari. ataupun 2 hari sepuluh entry. ni dah kalah utusan Malaysia ni! dalam medic panggil hypergraphia- sakit banyak menulis- ana cipta.

    xtau nak komen mana satu. komen secara jamaie la.
    indah sungguh kata-kata. buat syahr jeles rasa nak tulis blog balik. hehhe.
    jumpa nnt pas exam. rindu nak berhalaqah kembali.

  2. insyaAllah.. kita akan berhalaqah kembali nanti.. rindu juga.. huhu..

    mengenai 10 entri itu.. itulah yang terjadi apabila hati ingin berbicara.. huhu.. bermanfaat atau tidak pun tidak pasti.. harapnya bermanfaat..

    insyaAllah jumpa dalam halaqah seterusnya.. moga dipermudahkan segala urusan.. amin..

    ma’at taufiq wan najah..

  3. ya.. seperti orang baru membuka blog.. ghairah menulis.. kadang satu hari sahaja sudah banyak entri.. tapi itula yang terjadi.. hati ini ingin sekali berkata-kata.. walau apa pun.. apa yang terlafaz takkan sama apa yang dialami.. hanya yang mengalami akan mengerti.. cuma.. diharapkan apa yang dikongsikan.. dapat dimanfaatkan..

    sememangnya ini catatan seorang pengemis.. kerana diri ini sememangnya fakir miskin.. mengemis, meminta, merayu kepada Tuhan kepada orang miskin dan orang kaya..

    “… jika engkau meminta, maka mintalah kepada Allah…”

    (sebahagian dari hadith nasihat Rasulullah kepada ibnu ‘abbas)

    moga bermanfaat..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s