Andai bukan untukmu.. untuk kami di sini..

tika kau datang menyapa diriku..
ku sangkakan hal suka ingin kau kongsikan..
rupanya dikau sedang berduka..
dirimu mengadu padaku..
kau terasa bagai ingin mengalah..
futur pada jalan ini..
tersentak aku menerima aduanmu..

sahabat..
apa yang membuatkan kau begitu..
adakah memori silam mu begitu kelam..
sehingga gelapnya memalapkan cahaya perjuangan..
adakah kisah lama mu begitu hitam..
sehingga api sinar keizzahan islam tidak lagi kelihatan..
tapi syukur bila ku dengar penafianmu..
bukanlah futur yang kau maksudkan..
semangatmu masih seperti dahulu..
malah mungkin sekali lebih lagi kobarannya kini..

cumanya..
dirimu penat sendiri..

sahabat..
aku sebagai teman seperjuanganmu..
menasihatkan diriku dan dirimu..
kau harus fikirkan juga tentang dirimu..
masakan mungkin mutiara dapat dimanfaatkan..
andai kata nelayannya tidak turun menyelam..
jauh ke dasar laut mencari tiram..
lantaran dirinya sendiri terbaring di atas tilam..
bertarung dengan kesihatan..
terikat dengan kerehatan..
tiada berdaya hendak ke lautan..

sahabat..
dirimu berharga untuk ummah..
dirimu ada nilai dalam jemaah..

tetapi..
andai kata dirimu sendiri tidak mampu berdiri..
bagaimana mungkin yang lainnya ingin meni’mati..

sahabat..
jagalah dirimu..
andai bukan untukmu..
untuk kami di sini..

8 comments
  1. Sahabat said:

    Jazakallahu khairan kathira.

    Moga kita sama-sama kuat!

  2. Bayi yang tak kecil lagi.. said:

    Kadang terasa macam bayi, berhati halus mudah tercalar sendiri, jika tidak pun, seakan seperti terpukul dek realiti, inilah duniawi, yang Allah janjikan Syurga andai kita dapat tempuh dengan hidup Islami, aku seakan bayi kecil yang berjalan sendiri, terpinga-pinga dek realiti mengharap yang dewasa memimpin tangan ini, mengharap yang mengasihi memujuk diri… Tanpa sedar, aku perlu jadi dewasa wahai diri.. Kerana perhitungan di SANA sendiri-sendiri, takkan ada yang memimpin tangan ini.. Aku bukan bayi kecil lagi…. Mujahadah ku di sini.. dewasaku di bumi ini… Terima kasih kerana bantuku dalam segala segi..

  3. FaisaL said:

    waiyyakum..

    amin..

    semoga terus kuat.. dan terus berjuang..

    islam pasti menang.. angkatan kebenaran tidak akan pupus.. angkatan demi angkatan.. generasi demi generasi.. mereka tetap akan wujud.. cuma kita yang harus dipersoalkan.. adakah kita di dalamnya?..

    jangan cepat mengalah.. yakin janji indah dari Yang Maha Benar JanjiNya.. sodaqa wa’dah.. Dia membenarkan janjiNya..

    moga semuanya terus tsabat dalam perjuangan.. amin..

  4. FaisaL said:

    sama-sama..

    apa gunanya jemaah andai kata ukhwah itu tidak memperdulikan yang lainnya.. apa inti patinya jemaah sekiranya ukhwah yang terbina itu hidup sendirian sahaja.. manakah tertegak kukuh ukhwah andai kata tidak ada saling tolong menolong.. saling memperingati.. saling membantu.. saling menegur.. dan segala yang bertaut bersama.. itulah binaan asas satu bangunan kekuatan.. kekuatan ukhwah..

    usaha mendewasakan diri bukan usaha mudah.. manusia kadang terlupa.. usia sudah mencecah dewasa.. tetapi fikrahnya belum lagi remaja.. andai kata fikrah telah dewasa.. pastinya segala yang dilihatnya.. terikat atas matlamatnya.. namun fitrah remaja itu mudah terikut.. terumbang ambing.. selagi mana dia belum dewasa.. selagi itu dia belum teguh.. fikrahnya berbelah bahagi.. dia tahu.. tapi dia tidak mampu.. dia mahu.. tapi tidak mampu.. kerana apa.. fikrahnya belum lagi dewasa.. mendewasakan diri satu usaha mulia.. bukan usaha mudah.. bukan usaha sekelip mata.. tidak sehari.. tidak seminggu.. bukan sebulan.. malah bukan setahun.. satu usaha yang mengambil masa panjang.. malah seumur hidup itulah mendewasakan diri.. dewasa dalam erti kata yang sebenar..

    ambillah Rasulullah sebagai contoh ikutan terbaik.. pasti berjaya..

    moga bermanfaat.. mana yang salah minta ditegur.. jazakumullahu khairan kathira..

    setiap kata-kata itu berhak ditolak kecuali kata-kata Rasulullah s.a.w..

    moga terus tsabat dalam perjuangan.. amin..

  5. musafir said:

    *bersahabat kerana Allah, manis titipannya*

  6. salam, tak pasti apa berlaku. apa pun segala puji bagi Allah yang mengurniakan kemanisan iman dan ukhuwah pada hambanya. baca kisah yang faisal ungkapkan dalam entry tu, teringat apa yang ana rasa masa tulis entry ni dulu dalam fussilat dulu “bila dhamir menjerit bahagian 2”. xtau nape. beruntung sahabat faisal ada tempat mengadu dan berkongsi rasa.
    sahabat itu adalah perjuangan. dan perjuangan tak kenal erti perpisahan. moga tsabat. selamat pekse pd semua

  7. FaisaL said:

    betul tu, syahr.. ukhwah itu indah bila semuanya kerana Allah.. bertemu tidak jemu.. berpisah tidak gelisah.. kerana tautannya sama.. perjuangannya sama.. seperti mana kata akhi Nizam..

    “sahabat itu perjuangan. dan perjuangan itu tak kenal erti perpisahan.”

    (akhi Nizam, 2007)

    moga tsabat dalam perjuangan.. amin..

  8. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam.. benar.. segala pujian hanya untukNya.. yang mengurniakan keimanan dan ukhwah di kalangan hamba yang dikehendakiNya.. ana dah baca semua entri bila dhamir menjerit (bahagian 1, 2, 3, dan 4) dalam blog nta.. jazakAllahu khairan kathira.. terketuk hati sendiri membaca.. terima kasih mengingatkan.. sangat beruntunglah seorang mukmin yang mempunyai sahabat mukmin yang lain untuk dia mengadu dan meminta pertolongan.. dan lebih beruntung lagi apabila sahabatnya tersebut membantu apa yang termampu.. subhanAllah.. alangkah kuatnya kekuatan ukhwah di situ.. yang mana merupakan salah satu kekuatan yang perlu ada dalam membersihkan semula islam yang difitnah teruk hari ini.. seperti mana yang nta ingatkan tempoh hari.. kata-kata saidina ‘Umar.. katanya..

    “sahabat yang soleh itu adalah nikmat yang terindah selepas islam”

    – Saidina ‘Umar al-Khattab –

    moga semuanya tsabat dalam perjuangan.. selamat berperiksa juga.. moga berjaya dunia dan akhirat.. amin..

    semoga semuanya tsabat dalam perjuangan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: