Sesungguhnya..

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langitMu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takkan berbunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepadaMu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langitMu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmatMu
Jika tidak menagih simpati
PadaMu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasihMu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepadaMu
Moga ku tahu
Syukurku adalah milikMu

2 comments
  1. musafir said:

    baru aje teringat ttg lagu ni bile terpndg gmbr Bro Saif kat hp td. bukak2 je blog Faisal ni, ada pulak entri psl lagu ni. mcm kebetulan (mane de kebetulan la, Syahr. sume ni qada’ qadar Allah swt la).

    Hmm.. lagu ni penuh makna. kadang2 manusia sungguh pndai main kata-kata, tp x disertai kehadiran hati. kata je cinta, tp x syg pon. kata je rindu, tp x ingat pon. diri manusia ni, degil sangat. sungguh degil! dah tahu kene ingat pon, malas2 kan diri utk ingat jugak.. justeru, doa2kanlah utk selalu ingat yep.

    Ha! sbg kawan dan sahabat, ingat2kanlah rakan-rakan kita yep. bukan bmaksud kwn kita lupa, tp mengingatkan tu utk dpt pahala. bcakap yg elok, dpt pahala. kwn kita yg dgr tu, dgr bende elok, tak ikhlas nak dgr pon, insyaAllah ada la gnjrn nya. bukan tugas kita utk bg pahala2 ni, jd serahkan penilaian tbaik kpd Allah. The Only One that knows the very best!

    td, benti belaja jap. layan lagu. far-east. menanti di barzakh.

    moga2 bermanfaat..

    k, smbung blaja!

    ~
    1.me with statistics, still in progress.
    2Hussen’s reading comics and probably with macroeconomic book beside him.
    3.Nix & Lutfie are considering their plans for tmrow already (yea, they’ve finished first year).
    4. others? ntah.
    5. kamu buat ape, Faisal? hehe
    gurau2..
    ~

    “Tuhan hadiahkanlah kasihMu kepadaku
    Tuhan kurniakanlah rinduku kepadaMu
    Moga ku tahu
    Syukurku adalah milikMu”
    *amin*


    (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

    alBaqarah(20):165

  2. FaisaL said:

    jazakAllahu khairan kathira.. insyaAllah ingat pesanan tu.. ukhwah itu indah bila ikatannya aqidah.. kerana bila ia disebabkan aqidah, bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah.. terima kasih untuk rujukan ayat quran sekali.. moga semuanya ditunjukkan jalan yang lurus olehNya.. amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: