Tinggi rendah.. siapa hebat di mata Allah?..

biarlah serendah anai-anai di dalam tanah..
atau setinggi burung di langit merah..
andai hidup ini hanya untuk Allah..
itu semua bukanlah satu masalah..
tidaklah Allah itu menilai pada tinggi atau rendah..
tapi pada usaha yang dicurah..
adakah sama kita yang rendah di bawah..
tetapi segenap tenaga telah dikerah..
dengan mereka yang di langit nan indah..
tetapi usaha hanya hendakkan yang mudah..
adakah sama kita dengan mereka di mata Allah?..

hiduplah seperti merak yang indah..
atau hanya kecil umpama semut di bawah..
asalkan hidup untuk Allah..
pasti tetap tinggi di mata Allah..
rajin semut di bawah..
lebih mulia dari bongkak merak yang indah..
yang penting usaha di mata Allah..
diberi tanggungjawab kita tak endah..
diberi ujian kita mengalah..
ini bukan lagi lemah, malah lebih bawah!..
kalau benar hidup kerana Allah..
biarlah di atas atau di bawah..
bila diberi tanggungjawab kita amanah..
diberi ujian kita tabah dan gagah..
itulah kehidupan tinggi di mata Allah..

ingatlah..
mujahadah itu tidak pernah mudah..
kerana syurga itu terlalu indah..

Advertisements

16 thoughts on “Tinggi rendah.. siapa hebat di mata Allah?..

  1. “Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan (pengakuan iman yang ikhlas) yang telah mereka ucapkan, (iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan.” -Al-Maidah [5:85]-

    -hiduplah kerana Allah swt-

  2. jazakAllahu khairan kathira ya akhi..

    benar.. hidup kerana Allah subhanahu wata’ala.. tapi ianya tidak semudah lisan bermadah.. hidup kerana Allah dari segenap kehidupan perlukan kehadiran hati, anggota dan lidah.. jika benar terlaksana.. alangkah indahnya.. bukan kejayaan dunia sahaja diraih, malah akhirat yang tidak ada manusia akan berkata buruk pada hati itu lantaran kesempurnaan keadaan dan pengadilanNya.. subhanAllah..

    moga kita benar-benar hidup kerana Allah.. ya Allah tetapkanlah hati kami semua untuk berada di atas agamaMu, di atas ketaatan kepadaMu, dan di atas jihad di jalanMu.. amin.. amin.. amin ya Allah..

  3. kadang kala kita kata
    kita buat keranaNya
    kita pasrah hanya pdNya
    berkali2 kita kata
    hingga kita pun percaya
    bahawa semua ini keranaNya

    namun hanya Dia yang tahu
    kerana kita sering percaya apa yang kita mahu
    maka tiap sesuatu yang kita laku
    tanya pada “aku”
    adakah ini untuk al-Haq atau untukku
    kemudian tanya lagi pada “aku”
    redha siapakah yang diharap2 olehku
    berkali2 namun jgn sampai dungu
    biar bersih niat dihati ku jua dirimu
    bersih terserlah indah bak putih salju

    Salam maat taufiq wannajah fil imtihan untuk semua sekali lagi
    Barangkali
    ini tinta terakhir sebelum membentang bahan yg dikaji
    tatkala mentari kuning memancarkan bebola pagi
    berangkatlah diri ke JB
    membawa sebuah kajian yang entah apa2 lagi
    silap dan perlu dibaiki
    doakan agar segala urusan dipelihara lagi
    oleh al-Haq yang kasih pdNya tak berbelah bagi
    takutnya diri
    tapi apakan daya perlu jua melangkah pergi

    Laa ilaha illa anta,
    allahumma yassir wala tuasir, ya kareem
    wahaiyiklana min amrina rasyada, ya Rabb.
    Amin ya rabbal alamin.

  4. hu hu count down along kira2 4 jam lagi, ummi 10 jam lagi, baru dapat jadual perbentangan. ummi nye kul 12:40 pm waktu msia. Moga Allah permudahkan. Allahumma robbishrohli sodri wayassir li amri wahlul ‘ukdatam millisani. yafqohuqawli. amin.

  5. amin.. amin.. amin.. jazakillahu khairan kathira ummi.. semoga dipermudahkan segala urusan.. amin ya Allah.. terima kasih banyak sangat kerana sentiasa mendoakan..

    moga kita semua sentiasa diberi petunjuk dan panduan dari Ilahi.. amin..

  6. amin.. amin.. amin.. jazakAllahu khairan kathira akhi Nizam..

    terima kasih banyak kerana mendoakan ana dan ummi..

    moga semuanya dipermudahkan segala urusan.. amin..

    selamat berperiksa jugak.. ma’at taufiq wan najah..

  7. wa’alaikumussalam..

    benar.. sungguh.. seluruh hidupku hanya untuk Allah..

    moga kata-kata ini bukan sekadar huruf-huruf yang ditaipkan pada komputer.. bukan sekadar byte-byte yang mendiam di dalam processor.. tapi terserap ke dalam tubuh badan kita.. mencengkam hati dengan cengkaman iman.. melahirkan kemahuan untuk beramal berlandaskan aturanNya.. amin..

    moga amal selari dengan kata-kata..

    amin..

  8. Jzzk Nizam, atas doa untuk Ummu Faisal, semoga ujian sebenar (12/11/07) lebih baik, lebih sistematik dengan persediaan yg lebih mantap agar apa yg diperkatakan lebih difahami. Amin ya rabbal alamin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s