Peperiksaan akhir semester 2..

Final Exam Timetable for 2nd Sem..
(klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar, jelas, nyata, dan terang..)

semoga kita dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.. doakan kejayaan bersama.. ma’at taufiq wan najah fi kullu imtiham, fid dunia wal akhirah.. semoga berjaya dalam semua peperiksaan di dunia dan akhirat..

amin..

apa-apa pun, usaha dulu.. sunnatullah perlu diikut.. nak berjaya perlu belajar.. cuma yang perlu diingat.. bukan sebab belajar kita itu, kita berjaya.. tetapi Allah yang menjayakan dan menggagalkan.. redha atas ketentuan Allah adalah salah satu rukun iman.. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu yang terjadi..

usaha.. doa.. tawakal.. redha..

“…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

(Surah al-Baqarah [2]:216)

ya Allah, Engkau lebih mengetahui apa yang tidak kami ketahui.. dan Engkau tidak pernah dan tidak akan menzalimi hamba-hambaMu walau sebesar zarah sekalipun.. dan sungguh, segala yang telah Kau susunkan untuk kami adalah yang terbaik untuk kami.. telah dibentang dua jalan.. maka kamilah yang memilih jalan kami.. maka bantulah kami.. bimbinglah kami.. tunjukkanlah kami.. satu jalan.. yakni jalan yang lurus.. jalan orang yang Kau beri nikmat.. bukan jalan orang yang Kau murkai.. dan bukan jua jalan orang-orang yang sesat..

amin..

“Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.”

(Surah an-Nisa’ [4]:40)

Allahumma yassir wa la tu’assir ya Kareem.. ya Allah, permudahkanlah dan janganlah Engkau menyukarkan, wahai Tuhan Yang Maha Mulia..

amin..

doakan kejayaan bersama..ya Allah, jadikan kami terdiri dari golongon orang-orang yang berjaya, cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam setiap ujian dan peperiksaan di dunia dan di akhirat..

Allahumma ja’alana minan najihin wal faizin wal mumtazin wal mutafawwiqin fi kulli imtihan wal ikhtibarat fid dunia wal akhirah..

amin..

Advertisements

18 thoughts on “Peperiksaan akhir semester 2..

  1. mengenai fussilat.. takpe.. asalkan isinya sentiasa bermanfaat.. wajah yang baru atau lama tetap ana akan ziarah.. insyaAllah..

    kita beri ruang masa untuk akhi Nizam memberi peringatan kepada kita.. kita pun tahu dia agak sibuk.. semoga terus diberkati Allah.. amin..

    jazakAllahu khairan kathira untuk ilmu-ilmu yang diajarkan.. 🙂

  2. Azmi.. jazakAllahu khairan kathira untuk peringatan.. betul tu.. apa sekali keadaan.. kita harus menyambutnya dengan persediaan yang sesuai.. moga kita semua berjaya di dunia dan akhirat.. amin..

  3. syah.. apa sekali wajah blog ini.. kita raikan.. sebenarnya tak pandai sangat bab warna ni.. tapi terasa macam warna ini lebih menyerlah.. harap tidak merosakkan suasana membaca.. insyaAllah..

  4. shazli.. terima kasih.. sama jugak.. ma’at taufiq wan najah di bumi baru.. moga destinasi baru menjadi pemangkin untuk ke arah yang lebih baik.. di mana sekalipun bumi dipijak, langit yang sama tetap kita junjung.. mana sekali kita berada, kita tetap menyembah Pencipta langit dan bumi yang satu.. Yang Esa.. yakni Allah subhanahu wa ta’ala..

    jazakAllahu khairan kathira untuk kata-kata semangat.. amin.. insyaAllah kita semua boleh.. 🙂

    wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

  5. Tips Belajar oleh:

    Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

    Tip 1

    Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.

    Tip 2

    Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat.

    Tip 3

    Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafu dan emosi.

    Tip 4

    Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikkan.

    Tip 5

    Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.

    Tip 6

    Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif.

    Tip 7

    Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.

    Tip 8

    Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.

    Tip 9

    Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.

    Tip 10

    Segala kehebatan sudah ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.

    Tip 11

    Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.

    Tip 12

    Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.

    Tip 13

    Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.

    Tip 14

    Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.

    Tip 15

    Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.

    Tip 16

    Orang yang penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayang kepadanya.

    Tip 17

    Orang yang pembenci akan dikelilingi oleh ramai orang yang benci kepadanya.

    Tip 18

    Pelajar yang serasi rohnya dengan roh gurunya akan mendapat keberkatan ilmu.

    Tip 19

    Sayangi dan doakan semua guru untuk serasikan roh dengan guru dan mendapat keberkatan ilmu.

    Tip 20

    Sayangi, bantu dan doakan semua kawan-kawan anda bagi mendapat keberkatan dalam pembelajaran.

    Tip 21

    Maafkan semua orang sebelum tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda.

    Tip 22

    Orang yang hatinya bersih makbul doanya, cerdas otaknya, sihat badannya, cun wajahnya dan ramai kawannya.

    Tip 23

    Mulai hari ini perbaiki setiap tindakan dan amalan kta untuk menjadi pelajar terbilang.

    Tip 24

    Jadikan diri anda sebagai ‘besi berani’ yang sentiasa menarik perkara positif kepada diri anda.

    Tip 25

    Sedarilah hakikat bahawa setiap perubahan yang anda lakukan akan mengubah dunia di sekitar anda.

    Tip 26

    Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat yang anda perlu berubah.

    Tip 27

    Langkah pertama untuk berubah ke arah yang lebih cemerlang adalah dengan menerima hakikat yang anda sebenarnya bermasalah.

    Tip 28

    Orang cemerlang menunjukkan hasil. Orang gagal memberi alasan.

    Tip 29

    Kenali diri anda yang sebenar sebelum anda dapat menyerlahkan kecemerlangan diri anda.

    Tip 30

    Tuhan bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambanya.

    Tip 31

    Perbaiki hubungan kita dengan Tuhan dan Tuhan akan memperbaiki hubungan kita sesama manusia.

    Tip 32

    Tuhan mencipta kita bagi melengkapkan dunia ini. Justeru, jadilah insan yang memberi manfaat kepada makhluk di atas muka bumi.

    Tip 33

    Semua orang sama ada baik ataupun tidak, adalah aset kepada kita dan membawa kebaikan secara langsung ataupun secara tidak langsung.

    Tip 34

    Pelajar terbilang sentiasa taat perintah Tuhan. Dirikan sembahyang lima waktu dengan istiqamah.

    Tip 35

    Pelajar yang ingkar perintah Tuhan tidak mungkin menjadi pelajar yang cemerlang.

    Tip 36

    Pelajar yang cemerlang bersedia membantu kawan dan bersedia dibantu.

    Tip 37

    Pelajar yang cemerlang dapat mengawal emosi dan sentiasa ceria dan bersemangat.

    Tip 38

    Pelajar yang cemerlang mempunyai matlamat yang jelas, hebat dan dapat membakar semangatnya.

    Tip 39

    Pelajar yang cemerlang mahir dengan strategi dan terknik pembelajaran yang berkesan dan sentiasa tekun belajar.

    Tip 40

    Pelajar yang cemerlang mempunyai imej diri positif dan yakin diri.

    Tip 41

    Pelajar yang cemerlang tekun menjalani riadah bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental.

    Tip 42

    Pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam.

    Tip 43

    Pelajar dapat mengingat sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan dengan menjawab soalan yang berkaitan dengan bahan yang dibaca.

    Tip 44

    Cari tempat tenang untuk belajar. Elakkan mendengar muzik semasa belajar.

    Tip 45

    Belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu.

    Tip 46

    Senyum sambil belajar membantu proses pembelajaran.

    Tip 47

    Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Tetapi cuma 20 peratus pelajar yang belajar menggunakan peta minda.

    Tip 48

    Bangun pagi dengan tersenyum dan berdoa supaya sepanjang hari menjadi ceria dan bersemangat.

    Tip 49

    Orang yang gembira tidak semestinya tersenyum. Tetapi orang tersenyum pasti gembira.

    Tip 50

    Apabila anda sudah biasa membuat silap, apa yang betul terasa silap dan yang silap terasa betul.

    Tip 51

    Semua orang mempunyai sumber yang diperlukan untuk menjadi orang cemerlang.

    Tip 52

    Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang.

    Tip 53

    Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh diperbaiki.

    Tip 54

    Orang yang berfikiran negatif mempunyai sepuluh kali ganda peluang mendapat sakit berbanding orang yang berfikiran positif.

    Tip 55

    Makanan kepada penyakit adalah pemikiran yang kotor dan negatif.

    Tip 56

    Kunci pembangunan diri adalah bersedia melakukan perubahan positif walaupun kecil, hari ini juga.

    Tip 57

    Dengan mendidik orang lain, kita akan menyentuh kehidupannya sepanjang hayat.

    Tip 58

    Semua penyakit ada ubatnya. Ubatnya ada di dalam diri kita.

    Tip 59

    Buatlah kebaikan atau perubahan positif setiap hari seolah-olah hari ini mungkin hari kita yang terakhir di dunia ini.

    Tip 60

    Orang cemerlang suka melakukan perkara yang orang gagal tidak suka lakukan.

    Tip 61

    Apabila anda berani mengaku bersalah, itu tanda anda semakin bijaksana.

    * Petikan dari buku : Tips Pelajar Cemerlang

    Harap dapat dikongsi bersama…
    Ya Allah, berikanlah kejayaan dan kemenangan kepada kami..
    Amin,amin,amin

  6. SubhanAllah.. terima kasih banyak untuk tips yang disalin semula dari buku.. jazakumullahu khairan kathira.. kalau kita teliti tiap satu tips yang diberikan.. memang sangat benar.. kita sendiri tahu semua itu benar dan betul.. tapi kita yang tidak mahu melakukannya.. sebab itu, kalau hati sudah mengatakkan tidak, agak sukar bagi anggota untuk melakukannya..

    Jadi langkah pertama ialah kita harus tahu kita perlu berubah ke arah lebih baik.. lihatlah kepada mereka yang lebih baik.. tidakkah mahu kita menjadi seperti mereka.. untuk jadi orang yang hebat, jalannya tidak boleh seperti “average” person.. kita tidak boleh ambil “typicalway of life.. to be a great person, you must not live in a typical way of life.. be different!..

    Kita lihat Syed Qutb sebagai contoh.. pada usia kecil lagi, dia telah bercita-cita tinggi.. menyelamatkan ummat.. seperti mana yang ditulis dalam karangannya sewaktu kecil.. lihat sahaja Sultan Muhammad al-Fateh.. usia mudanya tidak seperti remaja-remaja lain.. ambil sahaja sesiapa pun yang hebat-hebat.. kita akan lihat dalam mencapai ke arah status hebat itu, banyak perkara yang dilakukan yang mana perkara-perkara itu, tidak dilakukan oleh “average people”.. we must admit that we need to change first, from there we must steadily change ourselves.. insyaAllah.. ini peringatan untuk diri sendiri..

    Ya Allah, tunjukkan kami jalan yang lurus.. bimbinglah kami dalam setiap keputusan kami.. sesungguhnya telah Engkau bentangkan dua jalan.. maka pandulah kami ke arah yang yang benar.. amin..

    Sungguh, kehidupan ini adalah mengenai keputusan.. maka buatlah keputusan dengan neraca Allah..

    Moga amalan selari dengan kata-kata.. amin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s