Kemenangan yang dijanjikan..

Kemenangan yang dijanjikan..

 الله أكبر الله أكبر الله أكبر , لا اله الا الله , الله أكبر الله أكبر ولله الحمد.
الله أكبر كبيرا , والحمد لله كثيرا , وسبحان الله بكرة واصيلا.
لا اله الا الله وحدة , صدق وعدة ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada sekalian pembaca..

taqabAllah minna wa minkum..

semoga Allah menerima amalan baik telah kita lakukan sepanjang ramadhan dan sebelum-sebelumnya…

dihari yang penuh kemuliaan.. hari yang dijanjikan kemenangan kepada sesiapa yang berpuasa.. berpuasa dengan penuh keimanan dan pengharapan.. menahan diri dari hawa nafsu.. inilah hari kemenangan dalam peperangan melawan hawa nafsu.. namun perjuangan ini masih belum tamat.. kerana selagi kita masih hidup.. selagi itu kita masih digelar pejuang.. jeehadun nafs.. bermujadah dengan nafsu itu akan berlaku sehingga kita dipanggil pulang.. oleh itu wahai pejuang.. terus tabah atas jalan yang hujungnya indah.. hujungnya sa’adah.. hujungnya bahagia yang tidak terkalah..

di hari yang penuh keredhaan.. hari yang memuji kebesaran Tuhan sekalian alam.. keesaan Tuhan yang menjadikan siang dan malam.. Ke’adilan Tuhan yang menghidupkan dan mematikan.. Tuhan yang mengawal seluruh alam.. dari ‘alam mula hingga ‘alam akhirnya.. di hari yang malaikat mendoakan manusia-manusia yang memuji, membesar dan menyembah Tuhannya.. saya ingin memohon jutaan kemaafan dan pengampunan atas segala silap dan salah bahasa atau kesilapan-kesilapan di dalam blog ini.. sungguh diri ini tidak sempurna.. maka maafkanlah kekurangan, raikanlah kelebihan.. berlapang dada lah dalam perbincangan..

di sini juga ingin di ambil kesempatan yang sekejap ini.. untuk memohon kemaafan kerana kebelakangan ini agak sibuk dengan urusan akademik sehingga blog ini agak terabai.. hanya beberapa post yang singkat dan lirik-lirik nasyid sahaja sempat dipostkan.. semua komen belum sempat untuk dijawab.. jutaan kemaafan dipinta.. insyaAllah akan disemak setelah selesai amanah tanggungjawab akademik.. maaf.. sebelum itu, diucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberi pandangan dan jawapan.. yang memeriahkan blog ini dan yang menziarah blog ini.. terutama sekali Ummi yang tercinta.. jazakillahu khairan kathira.. moga kita semua terus tsabat dan istiqamah dalam perjuangan.. amin ya Rabbal ‘alamin..

kullu ‘aam wa antum bikhair..

16 comments
  1. musafir said:

    yeiy!
    org pertama komen
    tp takleh komen panjang2
    sbb nak wat assignment statistics
    hehe
    so komen pendek2 je

    hm..
    fikir2 jap..

    hm..
    hm…
    hm..
    hm..
    suspen tak?
    hehe

    saje je ni
    gurau2…

    selamat hari raya
    maafkan salah silap syahr jugak yep
    utk part faisal, takpe
    0
    takde salah pape
    0-0 ye???
    boleh??

    harapan hari ni: moga diri ini istiqamah
    doa2kanlah…

    *ummi faisal selalu tengok2 blog faisal ni, kan? hehe.. cuak pulak.. tp takpe.. tahu sgt ummi faisal ok aje.. komen ni pun musti Ummi faisal baca.. hehe.. jangan marah, ummi faisal…

    (maaf la merapu sikit.. penat nih nak siapkan assignment statistics (walaupun due satu minggu lg), hehe)

    ukhwah fillah, faisal yg dikasihi!

  2. Ummi said:

    Cuak tu bahasa Kelate ye? kalau ikut bahasa org Bangi ni cuak=jemu. Rasanya sama aje. Ummi pk cam gitu gak le Shahr, tu sebab semenjak dua menjak ni Ummi low profile je dan control jari jangan mudah sangat nak mengetik papan kekunci tiap kali ke mari, tapi terpanggil gak nak menjawab komen Shahr ni.

    Apa pun Faisal jangan risau; walau pun Ummi tak berkomunikasi di sini Ummi tetap menjenguk di YM ye, dan doa Ummi sentiasa bersama dalam situasi apa jua buat Faisal, Shahr dan semua sahabat2 Faisal yang akan menghadapi peperiksaan dalam masa yang terdekat ini, semoga Allah sentiasa bersama kalian:

    Ya Allah, anugerahkanlah rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna, Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.Ya Allah Tuhan yang mengajar nabi Ibrahim akan hikmah, ajarkan kami, ya Allah Tuhan yang mengajar nabi Sulaiman akan kefahaman, berilah kefahaman kepada kami.

    “maka Kami (Allah) telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada masing2 mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung2 dan burung2, semua bertasbih bersama Daud. Dan Kamilah yang melakukannya.”

    [AlAnbiya’:79]

    Wahai Tuhan nabi Sulaiman, juga Tuhan nabi Ibrahim, wahai Tuhan nabi Musa dan nabi Isa, wahai Tuhan nabi Muhammad s.a.w., selamatkanlah kami dari kegelapan kejahilan dan lupa, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, tambahkan ilmu kepada kami, dan anugerahkan kepada kami kefahaman dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, anugerahkanlah kami cahaya dengan cahaya ilmuMu, dan jauhkanlah kami dari lupa dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, anugerahkanlah kami kefahaman nabi-nabi dan hafalan para utusan dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Segala puji itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam.

    Ya Allah, hanya rahmatMu yang kami harapkan. Jangan tinggalkan kami sendirian walau kadar sekelip mata. Perbetulkan kesilapan kami dan permudahkanlah segala urusan kami. Kurniakanlah kami ilmu, hikmah, rezeki dan kekuasaan yang membantu. Robbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurrataa’yun wajaalna lil muttaqina imama. Laa ilaha illa anta.

    Amin ya rabbal alamin.

  3. musafir said:

    eh, tak.. cuak tu bukan bahasa kelantan, tp bahasa kitorang gune kat intec dulu.. maksud nya takut.. cuak = takut.. hehe

    afwan kalo tersilap ckp.. saje je sbnrnye…

    tak sabar menunggu Ramadhan taun depan.. moga umur panjang

  4. Ummi said:

    oo..ok, takpe don’t worry. Takde hal tu. Apa yang penting sekarang Shahr, Faisal dan sahabat2 tumpukan sepenuh perhatian untuk perjuangan yang terdekat ini…berjuang habis2an untuk memperoleh FHD (FHD=FullHD=dibaca semua high distinction atau yang terhampir dengannya).

    Divide and conquere. Bila dah selesai perjuangan tu jgn berehat lagi, perjuangan belum selesai, top-up bekalan ilmu dgn sedikit masa yang ada sebelum balik Malaysia hujung tahun ini dan pastikan ilmu itu disebarluaskan hingga semua ahli keluarga terdekat (adik2) faham, amal dan membudayakannya sebelum kembali ke Adelaide untuk sem 3 dengan perjuangan baru bersama pelajar2 baru selari dgn aktiviti peningkatan/ pembangunan diri dgn group sedia ada.

    Mereka semua mungkin tahu apa yang nta tahu tapi tak semestinya mrk paham (paham dalam artikata benar2 menghayati). Jika ada mrk amalkan tidak semestinya mrk budayakan. Terapkan budaya tersebut merentasi aktiviti harian tanpa perlu penyampaian formal.

    Justeru, nta yg dah sedikit sebanyak paham dan dah mengamal dan membudayakan ilmu itu harus mengambil cabaran ini untuk perjuangan tersebut. Ummi ingatkan ini untuk diri Ummi dan Faisal dahulu pertama2nya. Kita perlu bergerak bersama2 berkongsi perjuangan dengan saudara seagama kita yang baru mahupun lama dan seharusnya didahului dengan saudara terdekat (blood relatives=adik-beradik) yang kita kenali sejak lahirnya mereka; bila saja peluang dan ruang masa wujud. (Masa mereka masih kecil dan muda belia ini amat mudah, bila dah besar dan berkeluarga nanti amat susah).

    Memang cabarannya kadangkala lebih besar maka disitulah manisnya perjuangan bila kemenangan dapat digarap. Ummi dan Faisal juga ada perjuangan yang besar di hadapan.

    *Shahr jangan cuak pulak jika terbaca ni!

    *Salam HD dan Selamat Maju Jaya dalam final exam buat anakanda Faisal dan semua sahabat2 Faisal yang Ummi kenali di sini mahupun secara semuka, Shahr, Nizam dan sahabat Nizam yang datang rumah Faisal iftar Rejab tempohari (maaf tak ingat nama), suami K dan sahabatnya scholar Petronas yang tinggi lampai tu, Ammar, Taufik, Omar, Nabil, Khairi, Alif, Azmi, Fakhrudin, housemate Shahr yang lainnya di tingkat bawah Adelaide Tower (maaf tak ingat nama2nya) dan semua yang ada dalam komuniti ini yang bakal menduduki final exam.

    Tidak lupa kepada semua akhawat – Huda, Wani, Fidzah, kawan Fidzah yang dari KISAS/Taylor (maaf tak ingat nama tapi Ummi ingat muka dan gurauannya serta tudung birunya semasa di community center), Alia, Balqis, Intan, dan ramai lagi yang tak tersebut namanya yang sempat Ummi kenali samada di hospital masa ziarah Huda mahupun semasa Family Day MISSA. Salam buat K semoga lebih cekal dgn the new addition. Moga Allah beri kita kekuatan yang membantu. (lepas exam nanti jamu blueberry cheese cake dgn nasi lemak ye).

    *Oral exam Ummi untuk Tahap Kemajuan pada 12 November 2007(mock up antara 3-6 November). Doakan juga ya. Semoga siap semuanya sebelum tarikh itu dan moga Allah sentiasa bersama2 kita memberi kekuatan. Laa ilaha illa anta.

    Ya Allah, hanya rahmatMu yang kami harapkan. Jangan tinggalkan kami sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan kesalahan kami dan permudahkanlah segala urusan kami. Wa hayyi’ lana min amrina rasyada.

  5. musafir said:

    Ya Allah, hanya rahmatMu yang kami harapkan. Jangan tinggalkan kami sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan kesalahan kami dan permudahkanlah segala urusan kami. Wa hayyi’ lana min amrina rasyada.

    *amin*

    tak cuak.. gurau2 aje tu🙂

  6. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam syah..

    tidak ada yang nak dimaafkan pun, sebab tiada kesalahan.. kalau pun dah lama dimaafkan.. kan manusia itu tidak lepas dari kesilapan dan kesalahan.. maka bermaaf-maafanlah..🙂

    minta maaf jugak.. zahir dan batin.. batin terutamanya.. kerana yang batin ini kita tidak nampak dan selalu disorokkan dari pengetahuan kita sekiranya ada.. jadi, maafkan segala salah silap..

    begitu juga dengan semua orang.. maafkan salah silap diri ini.. moga tidak terhijab dalam melakukan apa-apa perkara kebaikan..

    terutamanya dengan ummi yang tercinta.. maaf dari sejak dilahirkan sehingga saat ini.. moga sentiasa dalam payung rahmat Ilahi.. amin..

    insyaAllah kami semua akan berusaha keras untuk kejayaan akademik ini.. terima kasih kerana mendoakan kami.. insyaAllah kita semua doakan kejayaan bersama.. moga semuanya dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki olehNya.. amin.. amin ya Rabbal ‘alamin..

    Ya Allah.. tiadalah kami terdaya melakukan apa yang kami lakukan kecuaali dengan kudrat yang telah Kau berilah.. dan tiadalah kami yang menentukan apa yang berlaku ke atas diri kami ini, ya Allah.. sesungguhnya Engkau yang berhak ke atas diri kami ini, Ya Allah.. dengan rahmat dan kasih sayangMu serta kecintaanMu ya Allah.. kami memohon redha, rahmat dan berkat dariMu ya Allah untuk mengharungi segala mehnah dan tribulasi, cabaran dan dugaan dalam kehidupan ini.. perbetulkan kesilapan kami, peringatkan apa yang kami lupa, ajarkan apa yang kami jahil, permudahkan segala urusan kami, ya Allah..

    amin ya Rabbal ‘alamin..

  7. Ibn at-termizi said:

    Wah..nama ammar pun terterbit juga di blog faisal ni…jarang2 dapat nih..terharumya..
    Bittaufiq wannajah juga kepada erm…ummi faisal(betul ke panggilan ni..ataupun makcik), anak sulongnya faisal,shahr dan semua rakan2 seperjuangan..
    Better Start Now Than Never!

  8. FaisaL said:

    🙂

    amin.. ma’at taufiq wan najah ammar..

    Better Start Now Than Never! (ammar, 2007)

    mari~ berusaha lagi selagi termampu.. insyaAllah..

  9. Green Bird said:

    Wasiat Saidina Omar kepada Panglima Saad bin Abi Waqas:

    “Adapun sesudahnya, maka aku wasiatkan kepadamu dan kepada orang-orang yang bersamamu dari para tentera, agar bertakwa pada Allah setiap keadaan, kerana bertakwa kepada Allah itu persiapan utama untuk menghadapi musuh dan strategi terkuat dalam peperangan. Dan aku perintahkan kepadamu dan tentera yang bersamamu agar lebih menjaga diri dari maksiat daripada musuh kamu, kerana dosa tentera itu lebih menakutkan bagi mereka daripada musuh mereka. Dan sesungguhnya kaum muslimin itu menang kerana kemaksiatan musuh mereka terhadap Allah. Seandainya bukan kerana itu, maka kita tidak mempunyai kekuatan untuk mengalahkan mereka, sebab jumlah kita tidaklah seperti jumlah mereka dan perlengkapan mereka. Apabila kita sama dengan mereka dalam maksiat, maka mereka mempunyai kelebihanan atas kita dalam hal kekuatan. Maka bila kita tidak dapat memenangi mereka dengan keutamaan kita, maka kita pun tidak dapat mengalahkan mereka dengan kekuatan kita.”

    Semoga kita mengambil iktibar dari wasiat2 yang disampaikan oleh Saidina Omar.. Tidak lain tidak bukan recepi untuk mencapai kemenangan ialah BERTAKWA KEPADA ALLAH…

    Salam Perjuangan kepada Ummi Faisal, Faisal serta rakan-rakan seperjuangan yang lain..

  10. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam..

    jazakumullahu khairan kathira.. perkongsian yang sangat bermakna.. moga dapat dimanfaatkan bersama..

    sungguh, menangnya kaum muslimin dalam sirah islamiyah dahulu adalah kerana dekatnya mereka dengan Allah.. taqwa mereka.. iman mereka.. lihat saja perang badar.. yang pergi beperang itu ada yang membawa sekadar pelepah tamar.. hanya 313 orang.. melawan tentera kafir yang siap kelengkapan perang dengan unta dan kudanya.. bilangan yang lebih 3 kali ganda dari kaum muslimin.. tetapi kemenangan adalah di pihak muslimin.. kerana apa?.. kerana yang berperang di pihak muslimin itu bukanlah tentera biasa.. mereka adalah jundullah.. tentera Allah.. mereka adalah hamba yang mendekatkan diri kepada Tuannya.. manakala, Tuannya adalah Penguasa seluruh alam.. bukan sekadar dunia.. ruh, rahim, barzakh, akhirat.. semua alam, Dialah Penguasa.. maka, tidak hairanlah sekiranya dimenangkan pihak yang disenangi olehNya..

    maka kunci kemenangan dalam segala hal ialah mencari redhaNya, menjauhi murkaNya..

    moga bermanfaat..

    moga amal selari dengan kata-kata..

    amin..

    ma’at taufiq wan najah semuanya~

  11. Ummi said:

    Apa2 pun boleh Ammar, kat Bangi ni ramai yang panggil cikgu ada yg panggil makcik kat tempat keje yang anak2 murid dan sahabat2 anak2 murid ada yang panggil ummi, yang tak rapat sangat atau yang belum kenal betul panggil panggilan formal seperti di pejabat. Pilihlah mana yang selesa.

    Apapun, semoga ukhuwah kalian membuahkan kejayaan dalam segala perjuangan, tolong jaga dan ingat2kan Faisal apa2 yg nampak terleka [he he jgn marah ye Long, saje nak pastikan Along sentiasa bersama2 sahabat2 soleh (Amin) kat Adelaide Tower selain yang pasti kat Apt#14 tu, yang ada dalam komuniti ni maupun di Paradise dan suburb lain yang Ummi tak ingat dah nama tempat2nya yg Along pernah sebut.]

    Akhir kata teruskan perjuangan. InsyaAllah selagi kita sentiasa bersama menolong agamaNya pasti Allah tidak akan mengecewakan kita. PertolonganNya terlalu besar berbanding segala usaha yang mampu kita sumbangkan tapi Allah tidak lihat kuantiti tetapi kualiti (Faisal 2007). Wa hayyi’ lana min amrina rasyada.

    Ya Allah, hanya rahmatMu yang kami harapkan. Jangan tinggalkan kami sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan kesalahan kami dan permudahkanlah segala urusan kami.

  12. FaisaL said:

    hehe.. tak marah ummi.. bersyukur lagi ada.. sebab ummi tolong mintak diorang tengok-tengokkan.. sekurang-kurangnya akan ada yang menasihati selepas ini.. insyaAllah.. terima kasih kerana mendoakan.. jazakillahu khairan kathira.. memang sepatutnya kene macam tu pun.. kalau tiada orang yang nak tegur kita.. nanti kita memang akan terleka.. sifat manusia selalu lupa.. insan itu lupa.. insan.. kata dasarnya nun sin ya.. nasaya.. ertinya lupa.. memang insan itu fitrahnya lupa.. lupa bahawa akhirat itu kekal selamanya.. dunia ini hanya sementara..

    antara pesanan ulama’..

    “Janganlah biarkan hatimu sayang dengan dunia, kerana sakit untuk kamu keluarkannya. Rasailah kesempurnaan dan ketinggian Rohmu dgn melihat kekuasaan Allah, mendengar ayat-ayat Allah.”

    oleh sebab itu, sahabat-sahabat di Adelaide ni, alhamdulillah semuanya satu fikrah.. fikrah yang sama.. mencari redha Allah.. insyaAllah akan saling berpesan-pesan terhadap kebenaran dan kesabaran.. sebagaimana dalam firmanNya dalam surah al-‘Asr..

    Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

    (Surah al-‘Asr [103]:1-3)

    selagi lagi, jazakillahu khairan kathira kepada ummi untuk sokongan yang tak pernah jemu dari sejak lahir hingga ke saat ini.. semoga kita semua dalam rahmat petunjuk dariNya.. amin..

  13. Ummi said:

    Tidak lain tidak bukan resepi untuk mencapai kemenangan ialah BERTAKWA KEPADA ALLAH…

    Salam Perjuangan juga buat Green Bird, terima kasih atas ingatan yang amat bermakna lagi kena dengan situasi kita tatkala menghadapi perjuangan yang terdekat ini. Jika kita aplikasikan wasiat saidina Umar itu dalam perjuangan terdekat kita ini, *anologinya mungkin lebih kurang begini:

    Jika kita tolak masa perjuangan kita membantu agamaNya (walau kita sebut membantu agamaNya namun sebenarnya kitalah yang memerlukanNya dan membantu agamaNya itu sebenarnya 100% adalah untuk diri kita mendapat redhoNya) samada masa membaca, menulis, memblog, berbincang, berjaulah, berziarah, berhalaqah, hadir kuliah, workshop dan lain2 aktiviti membina ukhuwah serta memantapkan hati agar tetap di dalam redhoNya; maka mungkin yang tinggal betul2 untuk kita dedikasikan pd perjuangan akademik hanya 2 jam sehari atau 2 minggu terakhir semester untuk kita benar2 mengadap buku sebagai persediaan untuk peperiksaan.

    Namun 2 jam/2 mg yang penuh redho Allah itu ibarat berjam2/berminggu2 tanpa redhoNya kerana 2 jam/2 mg ini jika Allah redho dan perkenankan, Dia berikan kekuatan untuk beri tumpuan, Dia beri ilmu, hikmah, kefahaman, ilham yang belum tentu kita dapat tanpa redhoNya melainkan kerana istidraj (mohon Along betulkan jika salah eja, Ummi tak belajr Arab kat sekolah) yang amat kita takuti. Mohon segala kebaikan yang Allah beri pada kita adalah nikmat dariNya jua dan bukanlah istidraj. Amin.

    *masa kita = tentera kita
    *kunci mendapat redhoNya = IKHLAS dalam perjuangan, HANYA keranaNYA (jika tidak kita hanya dapat apa yang kita usahakan [Hadith 40:1])

  14. FaisaL said:

    jazakillahu khairan kathira ummi untuk anologi dan peringatan yang diberikan.. betul ejaan istidraj tu..🙂

    terima kasih jugak kerana ingatkan kembali tentang niat kita.. niat kita belajar dan semua perkara lain.. nilai-nilai yang terdapat dalam hadith pertama dalam hadith 40 imam nawawi.. yakni hadith niat yang mahsyur itu.. moga kita semua dapat semak semula niat kita tatkala saat-saat akhir ini.. dah dekat sangat dah ni.. betul-betul 2 minggu.. yakni 14 hari lagi.. semoga semua terus bersemangat berusaha~

    ma’at taufiq wan najah🙂

  15. musafir said:

    foto kamu di’curi’ oleh saya. untuk entri ini: http://musafirmsfz.blogspot.com/2007/10/kemenangan-yang-dijanjikan.html
    😛

  16. FaisaL said:

    tafaddhal ya akhi.. dipersilakan.. memang untuk dikongsi bersama.. moga bermanfaat..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: