Ketinggian dan kerendahan..

ya Allah..
indahnya syurgaMu yang tinggi..
tidak terbayang dengan akal yang cetek ini..
hanya dengan wahyuMu yang kuyakini..
aku mengenal erti duniawi dan ukhrawi..
ya Allah..
jangan biar diri ini..
seperti kanak-kanak dengan permainannya..
begitu asyik dengan sesuatu yang tidak nyata..
janganlah Kau biarkan aku..
melihat dunia sebagai segalanya..
sedangkan syurgaMu indah tercipta..
tiada tergambar oleh akal manusia..
janganlah Kau biarkan aku mewah bersama dunia..
letakkanlah dunia di tanganku..
tidak di hati ini..
biarlah akhirat nanti bertakhta di hati..
biarlah pertemuan denganMu yang sentiasa meniti di benak fikiran ini..
biarlah titian siratMu menjadi kerisauan harian diri ini..
jadikanlah perbentangan amalanku satu ketakutan yang digeruni..
campakkanlah rasa takut yang hakiki dalam tubuh ini..
moga aku sentiasa beringat bahawa dunia ini..
hanya permainan..
hanya senda gurau..
ibarat bunga..
dibajai..
dijaga dengan rapi..
tumbuh mekar indah mewangi..
tetapi..
setelah masa berlalu pergi..
ia kembali..
ke tanah semula ia kembali..
itu hakikat kerendahan duniawi..
enak dan mewah menyegarkan hati..
tapi secara hakiki..
ia tiada erti..
dengan tempoh masa yang kecik ini..
ia menentukan pengakhiran di sana nanti..
ya Allah, ya Rabbi.. 
bimbinglah hati ini..
agar kelak di sana nanti..
senyum gembira tiada henti..
bahagia kekal abadi..
amin ya Ilahi..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: