sedih aku mengingatkan janji-janji dulu..
sekali janji..
sekali tu juga aku mungkir janji..
munafiqkah aku?..
minta dijauhkan dari yang sebegitu..
tapi itulah hakikat yang berlaku..
aku janji dengan diriku..
aku kan kuat sentiasa dalam hidupku..
tapi bila di persimpangan berliku..
aku hilang arah tuju..
sekali badai memukul..
aku terbenam jatuh..
lemahnya aku..
janji hanya tinggal janji..
acap kali bila berjanji..
aku kuat sekali..
tapi setelah lama aku berjanji..
sepertinya aku tidak ingat aku berjanji..
adakah itu sifat mukmin sejati..
tidak sekali-kali..
malah itulah munafiq..
aku tidak mahu dimurkai Allah..
seperti mana firmannya..
dalam surah ke-61..
ayat ke-3..
aku hanya pandai berkata-kata..
tapi setiap kali aku kata..
adakah aku mengotakannya..
bagaimana..
bagaimana caranya..
mengapa para sahabat dahulu sangat kuat..
ke mana keyakinanku..
aqidah aku masih jauh dari aqidah salimah..
bukan aku tidak mahu..
tapi aku belum di situ..
akan aku usahakan lagi..
dan kali ini, ya Allah..
mohon lagi bantuanMu..
seperti mana sebelum-sebelumnya..
kerana aku tanpaMu..
ibarat layang-layang yang putus talinya..
tiada arah tujuan..
kerana aku tanpaMu..
ibarat semut kerdil..
tiada kudrat menghadapi ‘alam yang luas ini..
kerana aku tanpaMu..
ibarat manusia lumpuh..
tiada daya..
tiada kuasa..
tiada kudrat melakukan apa-apa..
tanpaMu..
aku bukanlah aku..
aku tiada makna di dunia mu..
hatiku milikmu..
maka halakanlah ia ke arahMu..
kurniakan aku hidayah..
petunjuk..
pada setiap masa..
bimbinglah aku..
tunjukkanlah aku..
dalam setiap detik hidupku..
janganlah Kau biarkan..
walau cuma sedetik..
atau yang lebih pendek dari itu..
yang aku menentukan hidupku sendiri..
bantulah aku dalam setiap unit hidupku ini..
amin..
amin ya Rabbal ‘alamin..
huhu.. ampunkan diri ini ya Allah..
kuatkanlah aku ya Allah..
amin..
Anakanda yang dikasihi,
Hari ini hari ke-19 Ramadan, pada fasa ke-2 ramadan ini Allah membuka pintu taubat seluas-luasnya, dan itu adalah rahmat Allah, rabb dan ilah kita yang satu kepada hambanya yang lemah seperti kita. Allah mengetahui kelemahan kita yang lebih dikuasai hawa nafsu dan mengetahui bisikan syaitan terhadap kita. (walau mungkin ia sedang terbelenggu ttp persiapan awalnya dengan pelbagai tipu-daya, membisikkan kepada kita walau kita tak mau mendengarinya, dia tetap membisikkan dengan harapan bila tiba saat lemah kita walau sesaat cuma maka masa itulah akan sampai juga ke kita dalam ramadan yang mulia ini walau ia tak dapat mendekati kita) Allah juga tahu bahawa kita itu diciptakan dalam keadaan lemah. Maka itu kita seringkali terseret jika amat lemah dan jika kuat sikit pun adakalanya kita tergelincir juga sekali di saat yang mana kekuatan kita meninggalkan kita barang sedetik cuma.
Mutiara hati bunda,
Allah tahu kelemahan kita maka Dia membukakan pintu taubat. Allah menciptakan kita dalam keadan seperti itu kerana Dia menerima taubat hambaNya dan Allah rindu mendengar rintihan hambaNya. Dialah at-Tawwab dan al-Ghaffar, dia menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyucikan diri. Allah tidak menciptakan kita seperti malaikat yang suci, maka itu kita punya keinginan dan dorongan maka jika kita telah berdosa dan memohon ampun dengan azam untuk tidak mengulanginya lagi insyaAllah Allah akan mengampuni kita sepertimana dalam hadis Riwayat Muslim disebutkan:
Maka ketahuilah anakanda yang dikasihi bahawa apa yang akan bundamu perkatakan ini adalah untuk ingatan kita bersama. Sungguh kita ini amat lemah dan dosa kita amat besar namun tidak ada yang dianggap terlalu besar bagi Allah, terhadap besarnya dosa itu. Sesungguhnya ampunanNya jauh lebih besar dari dosa2 kita. Kerana itulah dia membuka pintu taubat buat melebur semua dosa, mensucikan kita dari dosa2 kita yang amat banyak dan menghilangkannya sebagaimana air yang menghilangkan noda.
Dan taubat itu mempunyai tiga sendi/rukun:
1. PENYESALAN
Penyesalan itu adalah sendi taubat yang paling utama; ia harus disertai dengan rasa kecewa, kesedihan dan kerugian yang menggigit hati, membakar diri dalam setiap kali kita mengingati penderhakaan kita terhadap Allah (segala apa dosa yang kita lakukan itu adalah penderhakaan terhadap Allah kerana kita tidak akur akan perintahnya) sehingga jiwa kita tidak mampu tenang, kerana penderhakaan kita itu sentiasa terbayang baik siang mahupun malam. Ada disebut dalam sebuah hadis qudsi riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi:
2. HASRAT UNTUK TIDAK MENGULANG LAGI DOSA ITU
Maka ketika bertaubat hati kita harus pasti berhasrat untuk tidak lagi mengulangi dosa tersebut. Tanpa hasrat ini maka taubat kita tidak bererti dan tidaklah disebut taubat sekiranya hati kita masih cenderung untuk melakukannya lagi dan hati kita masih terikat dengan dosa tersebut. Ya, mungkin kita lemah ketika itu, dikhianati oleh kehendak kita sendiri setelah dikalahkan oleh hawa nafsu yang dibantu oleh syaitan. Memang pertempuran antara kebaikan dan keburukan sentiasa berterusan tetapi yang penting apabila sudah bertaubat kita nekad untuk bertekad tidak mengulanginya lagi.
3. MEMUTUSKAN LANGSUNG DENGAN DOSA YANG DILAKUKAN ITU
Menurut Asy Syeikh Yusuf Al-Qaradhawiy, yang disebut taubat ialah:
Penyejuk hati bunda,
Jika semua syarat taubat ini terhimpun, pasti Allah menerima taubat kita. Pesan bunda buat anakanda, diri bunda sendiri serta sesiapa saja yang terbaca coretan ini adalah agar kita tidak ambil mudah akan segala dosa yang dilakukan. Sungguh dosa-dosa kecil dapat terhapus dengan solat, puasa dan sedekah. Namun apakah yang kita kategorikan sebagai dosa kecil? apa pula dosa besar? Ketahuilah bahawa taubat yang sebenar-benar taubat itu meliputi 3 dosa iaitu syirik, pembunuhan dan zina. Dan zina itu merangkumi segala perbuatan yang mendekatinya (perkara2 ini telah disebut dalam posting2 sebelum ini maka tidak perlu diulang lagi disini) hatta ber”sms” dan ber”ym” sekali pun boleh dirangkumi dalam perkara-perkara yang mendekati zina.
Dosa-dosa besar tidak terhapus kecuali dengan taubat yang sebenar2nya dan firman Allah: “… kecuali orang2 yang bertaubat dan beriman.”, justeru kenapa Allah susuli kata taubat ini dengan iman? Sebab dosa2 besar mencakar dan melukai iman seperti disebut dalam hadis Rasulullah saw.:
Jantung hati bunda,
Sungguh bundamu tidak punya ilmu setinggi dirimu dan sahabat2mu yang punya asas yang lebih kukuh dalam bidang teologi. Namun sedikit yang ada ini moga dapat kita manfaatkan bersama. Akhir kata, carilah kekuatan dengan berjuang di jalanNya dalam berjemaah kerana pertolongan Allah bersama jemaah (hadis riwayat Tirmizi) nescaya dirimu akan sentiasa didalam peliharaanNya.
Bunda yang mengasihimu
salam….. saya ada kemusykilan berkaitan ngn sujud n doa ketika sujud….maaf sbb x ada kaitan ngn topik dkt atas…hehehe… ni ada sedekit dari artikal kwn saya fwd dkt saya….
Sehingga timbul kefahaman yang meluas di kalangan masyarakat bahawa sujud terakhir dalam solat adalah waktu yang paling maqbul doa.
Setakat pencarian saya dalam ensaiklopedia gabungan puluh ribuan kitab Fiqh yang muktabar, Tafsir dan Hadith, tidak ada sebarang bukti dari Al-Quran atau hadith nabi atau yang menyatakan doa dalam sujud terakhir adalah yang paling maqbul.
Nabi hanya beritahu bahawa ketika sujud doa adalah maqbul, tetapi tiada dikhaskan sebagai ‘Keistimewaan Sujud Terakhir’ . Jika ada yang tahu, haraplah memaklumkan sumber sohihnya.
Apa yang ada adalah sabda baginda Nabi s.a.w ketika menyebut :
Ertinya : Dan adapun sujud, maka berusahalah memperbanyakkan doa kerana ia amat hampir dan boleh mendapat kemustajaban bagimu” ( Riwayat Muslim, 1/348 )
Jika melihat huraian dan syarahan hadis ini oleh Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar, kita akan mengerti bahawa sujud yang maqbul itu adalah semua jenis sujud terutamanya dalam solat fardhu. Tiada sebarang pengkhususan kepada sujud akhir.
emm….jde, mang sujud terakhir dlm solat x digalakkan ker??? saya slalu buat lah plak….. sbb org cakap, sujud terakhir adalah paling afdal tuk doa…. sbb kita dekat ngn ALLAH….
tolong komen n bagi hadis yg berkaitan ngn sujud dlm solat dan doa ketika sujud dlm solat……TQ…
Salam sue,
Ummi dan Faisal telah berbincang permasalahan ni, kami sama2 paham yang sama iaitu:
-solat itu sendiri doa
-sujud itu saat kita paling dekat dgn Allah (semua sujud) maka boleh berdoa mana2 sujud even sujud di luar solat tetapi kalau dalam solat hanya dalam hati dan tidak boleh baca ayat al-quran dalam sujud (itu yg kami paham, dalilnya belum jumpa lagi).
Faisal tgh bergelut dgn pelbagai perkara tika ini, insyaAllah dia akan jawab nanti, dia dah search jadi sue sabar menanti ye…Ummi tak dapat nak bantu bab-bab gini, terlalu cetek ilmu, insyaAllah Sabtu ni jika ada peluang bertanya dengan Ustadz Zahazan Ummi akan ajukan soalan Sue, jika tidak Sue tunggu kalau2 ada yg lain dapat membantu sementara Faisal cari sekiranya ada dalilnya dari mereka yg lebih ariff, apa pun it will probably take quite some time. Minggu depan dia ada 1 assignment due dan 1 exam, minggu depannya 1 presentation dan 1 assignment due dan minggu depannya tu final exam, mungkin lepas final tu la kot dia boleh respon aktif semula di sini. Maaf tak dapat membantu pada masa ini dan terima kasih bagi pihak Faisal kerana sudi ziarah ke mari.
Salam 23 Ramadan dari Bumi Bangi Tercinta.
Ummi
salam buat ummi….
x pe… sama2 kita mencari ilmu tuk menambahkan ceteknya ilmu kita yg ada… InsyaAllah diberkati oleh-NYA….
pe2 hal, TQ…. blog faizal ni sdh byk memberi ilmu pada kebanyakkan org yg masih mencari dan menambahkan ilmu yg sedikit ni….moga ummi n faizal sentiasa drahmati oleh-NYA… ameennn…
wsalam sue,
jzkk, tkasih atas doa sue, terharu ummi membacanya. Moga sama2 kita mendapat redaNya. Amin ya rabbal alamin.
huhu …ada keje due kul 5, moga Allah permudahkan dapat siap on time, Amin ya rabbal alamin.
Salam Jumaat dari Bumi Bangi Tercinta, tempatku meraih ilmu…
subhanAllah.. ummi terima kasih sangat untuk komen yang ini..
penulisan yang menitiskan air mata.. satu penulisan yang langsung terus untuk anakandamu yang banyak bersalah ini.. terus ke hati..
jazakillahu khairan kathira..
tidak tahu bagaimana untuk melafazkan lagi kata terima kasih..
moga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan berkatNya kepadamu, ummi tercinta..
amin..
amin..
amin ya Rabbal ‘alamin..
wa’alaikumussalam..
untuk persoalan mengenai doa dalam sujud terakhir di atas.. saya bukanlah yang paling layak membicarakan soal hukum hakam.. satunya bukan bidang saya, duanya saya tidak mencapai tahap itu lagi.. namun, agama islam ini adalah tanggungjawab kita bersama.. bukan hanay kepada ustaz dan ustazah.. maka, insyaAllah kita akan berkongsi pendapat..
dan seperti yang ummi katakan.. pada pandangan saya yang tiada siapa ini.. saya rasa solat itu sendiri satu bentuk doa kepada Allah..
sebagai penambahan.. sekadar pembacaan yang sedikit.. lepas ni insyaAllah kita sama-sama semak semula kepada ustaz dan ustazah.. dari pembacaan yang sedikit, saya dapati tidak boleh membaca al-quran dalam sujud.. seperti mana hadis nabi..
banyaknya doa kita ada terdapat dalam quran.. yakni doa-doa nabi.. dan doa-doa orang-orang mukmin sebelum kita.. jadi saya tidak pasti bagaimana status doa-doa sebegini.. tapi dapat kita simpulkan.. kalau hendak berdoa.. kita lahirkan dari hati dengan penuh pengharapan dan permintaan.. hadirkan rasa Allah satu-satunya tempat pergantungan kerana sememangnya Dia yang memberi manfaat dan mudharat.. tiada yang berkuasa melainkanNya..
kita memang digalakkan berdoa dalam sujud-sujud kita.. kerana itulah jarak terdekat kita dengan Allah.. sepertimana dala hadis baginda..
satu lagi perkara yang hendak dibangkitkan.. kita selalu dengar waktu-waktu doa dimakbulkan.. dan kita mengejar waktu-waktu tersebut.. tapi seringkali kita persoalkan.. kenapa tidak juga tercapa apa yang kita hajatkan.. kita perlu tahu doa kita dimakbulkan dalam tiga keadaan.. satunya, segera dimakbulkan di dunia ini juga, duanya, ditangguhkan terus sehingga ke hari kiamat dan digantikan dengan nikmat syurga yang jauh lebih berharga.. tiganya, diselamatkan dari keburukan yang seperti yang diminta.. seperti yang disebutkan oleh baginda Nabi salallahu alaihi wa salam dalam hadith Abi Sa`id al-Khudri..
tetapi.. selain itu.. kita juga harus ingat.. doa kita boleh jadi tidak dimakbulkan Allah.. kerana sebab-sebab tertentu.. seperti yang bisas kita dengar.. pesanan Ibrahim Bin Adham seorang ahli tasawuf yang terkenal, ketika ditanya tentang sebab-sebab doa tidak dimakbulkan.. beliau menjawab kerana hati buta disebabkan beberapa perkara iaitu:
# Anda mengenal ALLAH tetapi tidak menunaikan haknya.
# Anda mengatakan cinta kepada Rasulullah S.A.W tetapi meninggalkan
sunnahnya.
# Anda membaca Al-Quran tetapi tidak beraMAL dengannya.
# Anda menikmati nikmat ALLAH, tetapi tidak bersyukur kepadanya.
# Anda berkata syurga itu benar, tetapi anda tidak beramal untuk
memasukinya.
# Anda berkata syaitan itu musuh tetapi anda tidak menentangnya.
# Anda mengaku ingin selamat dari api neraka, tetapi menjuruskan diri
kedalamnya.
# Anda meyakini bahawa kematian itu satu kepastian tetapi tidak pernah
mempersiapkan diri menghadapinya.
# Anda sibuk dengan keburukan orang lain tetapi anda sendiri mengabaikan
keburukan diri sendiri.
# Anda menghantar jenazah ke perkuburan, tetapi anda tidak sedikit pun
mengambil iktibar daripadanya.
walau bagaimanapun.. kita hendaklah yakin bahawa Allah sentiasa menerima doa hamba-hambaNya.. selagi mana doa-doa tersebut tiada sebab untuk tertolak seperti mendoakan kejahatan atau kecelakaan kepada orang lain..
firmanNya..
Allah itu sangat hampri dengan kita.. cuma kita yang berlagak sombong denganNya.. walhal adalah sangat tidak munasabah kita berkelakuan sedemikian.. kadang kala kita merintih merayu kepada selainNya.. sedangkan kita tahu yang memberi manfaat dan mudharat adalah Dia..
Dalam satu hadith yang cukup panjang, Imam Ahmad meriwayatkan hadis daripada Ash-Shan’ani daripada Ibnu ‘Abbas bahawasanya beliau berkata: “Aku bersama Rasulullahi salallahu ‘alaihi wa salam, kemudian baginda bersabda..
sememangnya kita dianjurkan untuk memohon dan meminta.. kerana itulah sifat kita.. faqiru ilallah.. pengemis di hadapan Allah.. dan Allah, Dialah yang Maha Kaya, Maha Pengasih dan Penyayang..
teruskan berdoa di mana sahaja.. kerana Allah itu Maha Mendengar..
ingat lagi kita mengenai ayat quran yang selalu ke udara di IKIM.FM.. yakni.. firmanNya..
wAllahua’lam.. sesiapa yang ada ilmu, bolehlah berkongsi bersama.. semoga bermanfaat untuk semua.. insyaAllah.. ilmu yang diajarkan.. yakni ilmu yang bermanfaat.. boleh menjadi penyelamat kita di dalam kubur.. berserta dengan amal jariah kita serta doa anak-anak yang soleh dan solehah..
untuk bacaan tambahan.. sila ke sini.. saya dapati penulisan ini sangat membantu.. malah ada yang saya salinkan untuk dimasukkan dalam komen ini.. semoga Allah merahmati penulisnya..
semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan petunjuk Yang Esa..
amin..
moga bermanfaat..
apabila seseorang itu melakukan dosa syirik,bagaimana dia hendak menebuskannya?
apabila seseorang itu melakukan dosa syirik,bagaimanakah dia hendak menebuskannya?
Salam ziarah:)
dosa syirik tiada cara lain untuk menebusnya selain taubat nasuha.. semoga kita dijauhi daripada dosa syirik.. samada kecil atau pun besar.. amin..
wa’alaikumussalam.. terima kasih atas ziarahnya..