Sekadar pembangkit semangat buat diriku..

Sedih..Sedih..Sedih..masih banyak perkara yang harus aku lakukan daripada melayan perasaan yang hujungnya tidak ke mana.. masih banyak perkara yang harus aku fikirkan dari merenung kehidupan yang tiada arah tujunya.. masih banyak kehidupan orang lain yang harus aku pertimbangkan dengan keputusan aku yang aku tetapkan..

kes Nurin bukan perkara luar biasa.. masih banyak lagi yang sama berlaku.. adakah dunia akan terus begini.. adakah aku, dengan hanya menuding jari kepada orang lain, tugasku akan selesai.. jauh sekali.. tuduh dia, dia tuduh orang lain.. pusing-pusing, akhirnya sampai kembali kepada aku.. cukup.. aku sudah muak dengan tuduhan kesalahan ini.. yang benarnya semua salah.. dan aku yang paling bersalah..

aku tidak mahu kehidupan semua keluargaku, kenalanku, teman seperjuanganku, sahabat-sahabat dan semuanya dinodai kebinatangan manusia.. kebuasan makhluk yang tidak layak dipanggil manusia.. tapi.. apakah caranya?.. adakah hanya berkata-kata kosong.. atau hanya menaip byte-byte komputer yang menghasilkan satu entri yang menggambarkan perasaan?.. jauh sekali..

kalau begitu.. apa caranya?.. pasti ada.. kerana.. jika aku singkap semula sejarah lama.. kisah sirah dari zaman dahulu.. terdapat satu era.. satu zaman.. yang penuh gilang gemilang kehidupannya.. satu tahap waktu yang amat bahagia kehidupannya.. tiada perasaan takut.. malah mesra dan bahagia dalam hari-hari kehidupannya.. indahnya.. tapi.. era yang manakah itu?.. zaman apakah itu?.. siapakah yang hidup dalam tahap waktu itu?.. bolehkan aku hidup atau berusaha untuk hidup sebegitu?.. jika tidak sempat untuk aku lihat penghidupan sebegitu rupa sekalipun, biarlah anak-anak, cucu-cicit, dan generasi selepasku menghirup keselesaan sakinah itu, terapung dalam angin sa’adah, bergembira dalam halwa mawaddah.. indahnya hidup mereka..

itulah zaman keemasan islam.. zaman yang mana tiada fakir untuk diberikan zakat.. zaman yang ilmunya tidak terukur tingginya.. sehingga buku-buku mampu dijadikan jambatan sungai.. satu era di mana penduduk eropah kagum terhadap ketamadunannya.. satu zaman yang jauh sekali dari yang dilihat hari ini.. di mana silapnya?.. adakah pada sistemnya?.. atau pada pemimpinnya?.. atau dalam masyarakatnya?.. atau semua ini sudah dirancang untuk menjadi rosak oleh satu pihak yang dilaknat dari dulu sehingga sekarang?.. apakah sebabnya?.. manakah puncanya?.. adakah penyelesaian untuk semuanya?..

pasti ada penyelesaian.. jika tidak.. bagaimana islam begitu makmur dan berjaya dahulunya.. tapi.. resipinya tetap satu.. untuk cemerlang, gemilang dan terbilang.. hanya satu cara.. ikutlah cara Rasulullahi salallahu ‘alaihi wassalam.. manusia teragung.. utusan terakhir.. membawa risalah agung.. menyinari kegelapan.. membawa jahiliyah kepada kesyumulan islam..

kita seperti dalam zaman jahiliyyah.. malah berani ku katakan lebih teruk dari itu.. kalau dahulunya mereka menanam anak hidup-hidup.. zaman ini apa kurangnya.. buang anak perkara biasa.. di dalam tong sampah.. di dalam sungai.. pondok.. hutan.. atau apa sahaja.. cakapkan saja.. mana tempat lagi tempat yang buruk hendak disebutkan.. hatta tandas.. tempat kita membuang najis itu sekali, dijadikan tempat anka yang suci tidak berdosa ini ditinggal.. manakah yang lebih buruk dari makhluk yang seperti binatang ini.. tidak!.. ini bukan binatang.. lebih teruk!.. binatang juga tidak tinggalkan anak mereka.. malah tahu menjaganya.. bukan setakat itu, malah sayang kepada mereka sepenuhnya.. laknatlah kepada mereka yang tidak berperikemanusian ini.. mereka lebih teruk dari binatang!.. firman Allah..

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”

( Surah al-A’raf [7] : 179 )

tapi.. kalau hendak tuding jari kepada mereka.. melaknat mereka.. mencari.. menghina.. mengherdik.. marah.. benci.. geram.. apa sekali pun.. mereka tidak akan berubah.. kecuali atas rahmat hidayah Allah.. kalau begitu.. bagaimana untuk mengubati penyakit ini.. aku tidak sanggup lagi melihat dunia sebegini.. aku takut ahli keluargaku, teman seperjuanganku, sahabat-sahabatku pula menjadi mangsa durjana ini.. na’uzubillahi min zalik.. jadi bagaimana?..

pasti ada cara.. mesti ada jalannya.. setiap sesuatu Allah ciptakan ada ubatnya.. pasti ada!.. tapi di mana.. menyelak semula nasihat-nasihat, kata-kata ulama’ terdahulu.. mereka, walaupun berbeza method mencapai pengakhirannya.. tapi matlamat mereka serupa.. dan satu yang pentingnya.. permulaanya juga sama!.. itulah diri sendiri!.. aku yang harus berubah.. seperti mana yang diberitahu kepada kita oleh as-syahid imam hasan al-banna.. dalam 7 langkah perubahannya.. mulanya dari individu dan akhirnya akan terciptalah dunia yang aman damai..

7 Langkah Perubahan..

dan aku lihat.. bukan hanya imam hasan al-banna sahaja berpendapa mulanya dari diri ini.. malah, syeikh abul al-a’la al-Maududiyy juga sama sepertinya.. dalam maqalahnya menegenai syahadatul haq.. katanya, diri ini harus menjadikan syahadah lisan itu benar-benar mantap baru meningkat ke peringkat seterusnya..

dan aku juga terlihat.. bukan hanya ulama’ islam.. malah cendikiawan barat turut bersetuju.. suatu yang aneh.. jalan sudah ada.. ulama’ sudah lama memberitahunya.. kemudian disokong lagi oleh para cendikiawan.. peliklah kenapa manusia masih tidak menerimanya.. Sean Covey dalam sajaknya ada menyebut..

 When I was young and free and my imagination had no limits,
I dreamed of changing the world;

As I grew older and wiser I realized the world would not change.

And I decided to shorten my sights somewhat and change only my country,
But it too seemed immovable.

As I entered my twilight years, in one last desperate attempt,
I sought to change only my family,
Those closest to me,
But alas they would have none of it.

Ans now here I lie on my death bed and realize
(perhaps the first time)
That if only I’d changed myself first,
Then by example I may have influenced my family and with their encouragement and support,
I may have bettered my country,
And who knows I may have changed the world.

baik.. aku terima.. sememangnya salah aku semua ini.. jadi apa harus aku buat untuk menjadi individu yang berjaya.. iundividu muslim.. individu mukmin.. kerana aku tahu.. hanya ada satu penyelesaiannya.. kerana aku telah lihat.. dan aku akur akan sirah dahulunya.. hanya islam jalan penyelesaiannya.. back to quran!.. that is it.. Islam is the solution.. islam itu syumul dan merangkumi segalanya.. amat peliklah.. apabila kita yang dicipta, pandai-pandai hendak menjadi Yang Mencipta.. bukan sahaja sangat pelik, malah tidak logik!.. adakah robot yang dicipta oleh manusia, hendak memerintah dunia?.. fikirkanlah..

jadi sekarang.. bebannya pada siapa?.. pastinya pada kita semua.. betulkan diri.. jadilah individu muslim yang terbaik.. dengan individu muslim yang baik.. yang mengamalkan syahadah yang haq.. maka akan terlahirlah baitul muslim yang hebat.. baitu muslim yang bahagia.. dan keluarga itu nukleus masyarakat.. apabila keluarga-keluarga di dalam masyarakat itu baik.. maka lahirlah masyarakat yang hebat.. dan dengan sistem yang teratur lagi tersusun.. yakni islam memerintah.. maka semuanya akan berjalan lancar.. islam akan menjadi irsyadul mujtama’.. petunjuk secara menyeluruh.. setiap sudut sistem berpandukan islam.. kewangan.. kebajikan.. pendidikan.. ketenteraan.. sebutkan.. apa sahaja.. apabila islam pegang setiap satunya.. pasti gemilang.. dengan ini wujudlah negara yang makmur.. dengan erti kata makmur yang sebenar.. bukan hanya luaran atau pada nama.. tapi makmur yang haq!.. lantas, dunia akan terkene biasan kemakmurannya.. terasa kekuatan keagungannya.. akur akan kesempurnaan hukumNya.. setiap watan islam akan dikembalikan.. seluruh dunia akan berada di bawah islam.. islam bukan menguasai dunia.. tapi islam mentadbir dunia!.. yang haq tetap haq!.. nantikan..

walaupun aku pasti.. aku tidak akan dapat melihat suasana ini.. sedangkan Rasulullah yang berusaha memanusiakan manusia yakni sahabat-sahabat baginda.. yang akhiranya semuanya menjadi pendukung islam.. penjulang kebenaran.. penegak ke’adilan.. Rasulullah yang mulia sendiri tidak dapat melihat kegemilangan islam dengan matanya sendiri.. baginda wafat terlebih dahulu.. tapi jasa baginda.. menyebabkan.. islam telah menguasi dua per tiga dunia pada suatu masa dahulu.. dan jika kita ambil kira peta pada zaman dahulu.. islam sebenarnya menguasai seluruh dunia.. pejuang islam pada zaman dahulu mengatakan, “sekiranya aku tahu di seberang laut sana masih ada darat, pasti akan aku ke sana menyebarkan islam.”.. tetapi teknologi pada zaman itu tidak sampai ke tahap merentas lautan yang besar.. maka itulah yang mereka capai.. 2/3 dunia hari ini.. subhanAllah.. indahnya penghidupan mereka..

lengkapkan islam kita.. syumulkan islam kerana islam itu memang syumul.. kerana yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas.. sempurnakan syahadah kita.. syahadatul haq.. kesaksian kita terhadap Allah dan rasulNya, Muhammad ibni Abdullah..

peliklah jika.. dua kalimah syahadah ini.. yang mudah disebut pada lisan.. mampu menentukan seseorang itu masuk ke syurga atau neraka.. alangkah mudahnya.. ringan sungguh kalimah itu sekiranya ia sekadar sebutan di mulut.. tidak logiklah, dua kalimah yang agung ini, yang mampu memisahkan hubungan ibu dan anak yang mana hubungan itu adalah hubungan terkuat dalam hubungan-hubungan manusia, sangat tidak logiklah, sekiranya ianya hanya sekadar sebutan semata-mata.. sangat tidak logiklah, kerana apa yang disebutkan, seluruh dunia akan memerangi pengdukungnya.. sangat pelik.. jika begitu.. apakah yang ada dalam kalimah ini?.. apakah yang memberatkan kalimah ini?.. apakah yang meninggikan kalimah ini?.. kenapa kedudukan dan nilai dua kalimah ini sangat-sangat tinggi sehingga seluruh dunia pada zaman jahiliyyah dahulu memusuhi nabi atas sebab nabi membawa dua kalimah ini?.. sangat pelik.. pada waktu nabi berdakwah di mekah, belum pun ada puasa, belum pun ada zakat, malah tidak ada solat lagi ketika itu.. hanya yang ada ialah.. la ilaha illallah.. muhammadur rasulullah.. dua kalimah ini.. tapi nabi ditentang habis-habisan.. di mana kefahaman kita?.. peliknya.. kenapa mereka begitu terkesan dengan kalimah ini.. sedangkan kita.. hanya menggunakannya ketika solat, azan, nikah, dan lain-lain.. hanya penggunaan harian tanpa ada terkesan nilai di dalam diri.. peliknya..

sesungguhnya syahadah itu ada dua bahagian yang harus dilaksanakan.. satunya lisan.. duanya perbuatan.. memantapkan diri dan menyebarkan islam itulah lisan.. menghidupkan islam dalam hari-hari kehidupan itulah perbuatan.. namun hari ini.. lisan pun belum terlaksana.. apakan lagi perbuatan.. sayangnya..

sekadar luahan hati terhadap kemusnahan dunia.. kita dunia mampu berkata-kata.. aku pasti.. dia akan berkata-kata yang seperti ini, “sudah aku lihat kekufuran manusia-manusia sebelum kamu, dan kamu tidak melihatnya, mereka akhirnya hancur dan musnah.. sudah aku saksikan keingkaran manusia-manusia sebelum kamu, mereka semua tidak ada satu pun yang terselamat dari bala bencana.. kelak, tunggulah.. di hari akhirat.. kamu semua pasti menyesal..”

moga aku tidak termasuk dalam golongan yang menyesal..

moga kita semua akan dibangkitkan dengan wajah ceria tersenyum.. bukan hitam diselaput debu kekotoran dan kemurungan serta kesedihan.. seperti mana dalam firmanNya..

“Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri, Tertawa, lagi bersuka ria; Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,  Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.”

( Surah ‘Abasa [80] : 38-42)

teruskan berada di atas jalan yang benar.. walaupun ia susah.. walaupun ia panjang.. walaupun ia tiada ditabur bunga.. walaupun tidak ramai di atasnya.. tapi ia jalan yang hujungnya indah.. hujungnya sa’adah.. hujungnya bahagia.. hujung syurga.. kehidupan yang kekal selamanya..

Ya Allah, tetapkan kami pada jalanMu..

Ya Allah, tsabatkan hati-hati kami di atas agamaMu, dan dia atas keta’atan kepadaMu, dan di atas jihad di jalanMu..

Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..

amin..

amin..

amin ya Rabbal ‘alamin..

wallahua’lam..

 

Advertisements
16 comments
  1. musafir said:

    5: 55,56

  2. FaisaL said:

    jazakAllahu khairan kathira syah.. sini disertakan terjemahannya..

    “Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang.”

    ( Surah al-Maidah [5] : 55-56 )

  3. saham akhirat said:

    pembentukan individu muslim takkan berakhir sehingga ke akhir hayat, cuma, individu muslim itu sendiri akan sedar tahap-tahap yang dicapai.. kekuatan untuk membina baitul muslim, ummah dan daulah. peringkat-peringkat yang perlu dikejarkan dan diusahakan sehabis baik..

    pesan ummiku;

    tarbiyah islamiyah tak mudah dicari andai hidayah Allah tak menyelubungi hati,syukur atas hidayah Allah yang harapnya tak kan pergi-pergi lagi. tetapi, jangan sekali melupakan dunia yang Allah jadikan alat untuk dijadikan jambatan akhirat. gerakkan dunia dan akhirat seiringan tika studymu, moga tarbiyah tak menjadi fitnah medan ilmu. moga dirimu terus menjadi saham akhirat ummi abah yang berganda-ganda hingga ke syurga..

    wallahualam..

  4. FaisaL said:

    jazakumullahu khairan kathira untuk perkongsian..

    insyaAllah akan diambil peringatan.. tarbiyah takkan pernah menjadi fitnah sekiranya kata-kata selari dengan amal.. keadaannya serupa dengan bagaimana islam hari ini.. islam hari ini difitnah.. direndahkan.. dihina.. dicaci.. dan sebaigainya.. hanya kerana.. penganutnya tidak mengamalkan apa yang dibawa oleh islam.. satu perkara yang mana akan ditanya di akhirat kelak..

    dan benar.. menyokong seratus peratus bahawa proses individu muslim tidak akan berakhir sehingga akhir hayat.. kerana menuntut ilmu itu wajib sehingga akhir hayat.. tapi bukan hanya proses menjadi individu muslim itu tidak akan berakhir ke akhir hayat, malah semua proses begitu.. baitul muslim.. masyarakat muslim.. apa sekali tingkat prosesnya.. semuanya tidak akan berakhir di situ.. pasti ada proses pembaikan terhadap apa yang ada.. baitul muslim yang bahagia tidak akan membiarkan api cintanya statik pada satu tahap tetapi akan terus menerus menghidupkan malah membarakan kasih sayang di dalam keluarganya sehari-hari agar bagi mereka, tiada hari yang tidak terasa seperti bercinta.. masyarakat muslim juga begitu.. setiap ahli masyarakat akan berusaha menjadikan mereka satu masyarakat yang mampu membantu islam.. yang berjasa untuk tertegaknya islam.. setiap tingkat, semuanya akan melalui proses pembaikan diri.. moga kita terus menerus mengislah diri.. insyaAllah..

    moga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki..

    amin..

    wallahua’lam..

  5. dapat gambarkan perasaan nta time artikel ni ditulis..kadang2 xterluah. tp entry ni berjaya meluahkan segalanya dengan baik. insyaAllah syahadah itu akan kekal haq..kerana segalanya bermula dari sini.
    p/s rindu nak berhalaqah mode

  6. FaisaL said:

    jazakAllahu khairan kathira akhi.. betul tu.. kadang-kadang memang tak terluah.. kalau ikutkan perasaan.. sebenar jauh lebih marah.. benci.. geram.. sedih.. semuanya.. semua perasaan nak diluahkan.. tapi tak mampu.. dan bila difikirkan semula.. diluahkan semua perasaan.. binatang bertopengkan manusia tetap akan wujud.. jadi jalan kembalinya tetap satu.. back to quran and sunnah.. yakni islam itu sendiri.. islam yang syumul.. yang difahami secara sohih.. dan diamalkan secara keseluruhannya.. tidak mengikut akal dan hawa nafsu semata-mata..

    moga kata-kata selari dengan amal..
    moga lisan diikuti dengan anggota..
    moga hati terus yakin dan teguh pendiriannya..

    amin..

    rindu jugak nak berhalaqah.. sebelum tu, jazakAllahu khairan kathira kerana sanggup menyertai jaulah ke Melbourne walaupun ada banyak perkara yang anta harus selesaikan.. sangat menghargai.. ana tahu perasaan anta masa anta bagi tazkirah sebelum jaulah.. memang anta nak ikut dari mula kalau boleh.. terima kasih banyak sempat datang.. barakAllahu fik.. moga sentisa diberkatiNya.. amin..

  7. dakwah yang mulia ini milik Allah. kita ini hanya menumpang kemuliaanya…

    faqir ilallah

  8. salam ramadhan al-karim.
    ana Siti Zawiyah Mansor pelajar tahun 4, fakulti pendidikan, UKM
    (anak murid Pn Rosseni) ingin memohon jasa baik enta untuk memberi tunjuk ajar. Disini ana ada beberapa soalan dan mohon penjelasan daripada enta.
    1. bagaimana cara untuk membina blog dgn baik. sila huraikan step by step?
    2. bagainama cara nk save vedio yang terdapat dalam bolg ini.

    syukran…….wasalam.

  9. Ummi said:

    soalan 1 itu boleh dirujuk dalam blog pendidikan komputer dibawah kategori perkomputeran

  10. Salam ziarah.

    Entry yg berjaya mengetuk pintu hati anak singa yang suka bermain-main ini… Masanya dah tiba untuk jadi singa dewasa yang perkasa, kan faisal?

    Jazakallah.. Jazakallah..

  11. FaisaL said:

    mulianya kita kerana islam.. tingginya darjat kita kerana taqwa..

    moga kita tergolong dalam golongan yang bertaqwa..

    amin..

    nahnu fuqara’u ilallah

  12. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam..

    sebagaimana yang ummi jawab.. seoalan pertama boleh dirujuk di blog ummi.. ana bukanlah yang paling layak untuk memberitahu.. secara teknikalnya, enti boleh rujuk banyak tutorial online di dalam internet.. dan yang selebihnya, yang abstract dan lain-lain.. itu memerlukan kretiviti enti sendiri.. ana sendiri masih berusaha.. aseef.. tidak dapat banyak membantu..

    soalan kedua.. kalau menggunakan wordpress.. untuk menyimpan video di dalam blog.. perlu membuat bayaran.. perlu upgrade kepada yang berbayar punya.. supaya storage lebih luas dan banyak format file yang lain boleh diupload.. buat masa ni.. ana hanay mengambil video dari tempat lain.. contohnya, youtube, google video, dan banyak lagi tempat lain.. dan satu cara lain.. enti boleh upload video-video tersebut di mana-mana yang membenarkan untuk upload video secara percuma seperti youtube.. kemudian enti hanya perlu link kan seperti biasa.. yang biasa dibuat.. seperti video-video dalam blog ini..

    harap membantu..

    wallahua’lam..

  13. FaisaL said:

    jazakillahu khairan kathira ummi.. 🙂

    moga terus dimurahkan rezeki..

    amin..

  14. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam alif..

    benar..

    inilah masanya untuk anak singa kembali ditarbiyah menjadi singa.. tidak lagi dikijangkan..

    inilah masa untuk singa dewasa kembali ditingkatkan keperkasaan.. wilayahmu sedang dijajah.. wajarkah dirimu berdiam diri.. sedangkan itu bukan nalurimu.. singa dewasa, pantang binatang lain menjejakkan kaki ke dalam wilayahnya, pasti dia segera bangun menghalau.. tidak redha akan keluarganya dikacau.. tidak redha akan teman seperjuangannya dipermainkan.. tidak redha sahabat-sahabatnya diusik.. tidak redha akan Tuhannya diperlekehkan..

    inilah masanya.. perkasakan diri.. moga muslimnya individu mu dengan sebenar-benar muslim.. mampu menjernihkan fitnah yang dikenakan ke atas islam sekarang.. bangunlah wahai anak singa! teman seperjuanganku.. akhi alif anwar..

    moga kita tsabat dalam perjuangan..

    amin..

  15. moga terus tsabat

  16. FaisaL said:

    amin.. jazakumullahu khairan kathira kerana mendoakan.. moga kita semua terus tsabat dengan perjuangan yang mulia ini.. amin ya Rabbal ‘alamin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: