Di dalam hati manusia ada..

Antara Kata-kata Nasihat Dari Ibnu Qayyim.

1. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah s.w.t.

2. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah s.w.t.

3. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah s.w.t.

4. Di dalam hati manusia ada kegellisahan dan tidak akan tenang kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan-Nya.

5. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan-Nya serta qadha dan qadar-Nya.

6. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali dengan menanamkan kecintaan kepada-Nya dan bermohon kepada-Nya.

Advertisements
4 comments
  1. muslimbest said:

    hati kita sentiasa berhajat kpd Allah…kenalilah ia…

  2. FaisaL said:

    sungguh, mengenali Allah Yang Mencipta itu satu perkara yang paling indah dapat dicapai oleh manusia.. apabila kenal Pencipta dengan sebenar-benar kenal, tiada sesuatu yang dapat memberhentikan diri dari keluar dari jalanNya yang mulia.. subhanAllah..

    ya Allah..

    kenalkan aku kepadaMu dengan sebenar-benar kenal..
    ajarkan aku erti cintaMu..
    bimbinglah aku dalam setiap masa hidupku..
    jangankan Kau biarkan aku sendirian walau sekelip mata sekalipun..

    bantulah ya Allah..

    amin..
    amin..
    amin ya Rabbal alamin..

  3. aneyz said:

    these are so true..touching.
    tq

  4. FaisaL said:

    sama-sama.. sememangnya akan terasa dengan mendalam sekiranya kita pernah melalui saat-saat seperti di atas.. kita akan terasa kasih sayangNya.. terasa cintaNya.. terasa kebesaranNya.. terasa betapa teruk, betapa kita selalu mengingkariNya, namun dia tetap memberi peluang untuk kita.. subhanAllah.. setiap sesuatu saat itu, bila difikirkan semula.. dilihat semula.. sungguh, dia kata dapat diucapkan betapa Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. setiap masalah, apabila kita datang padaNya, Dia datang kepada kita dekat lebih dekat.. subhanAllah.. dalam satu hadith qudsi ada menggambarkan kasih sayang Allah terhadap hamba-hambanya..

    Abu Hurairah r.a. memberitahu bahawa Rasulallah s.a.w. pernah bersabda, Allah s.w.t. berfirman:

    “Sesungguhnya Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hamba ku, adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku. Jika dia mengingati Aku dalam hatinya, maka Aku mengingati dia di dalam hati Ku, dan jika dia mengingati Aku dalam jamaah, maka Aku mengingati dia dalam jamaah yang lebih baik (iaitu dalam jamaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa). Apabila hamba Ku mendekati Ku sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang kepada Ku berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari.”

    (Hadith Riwayat Muslim)

    dalam menulis bab kecintaan Allah.. teringat sebuah nasyid yang bertajuk mengemis kasih nyanyian The Zikr.. kerana liriknya sangat menyentuh hati..

    Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
    Kepada manusia yang alpa jua buta
    Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
    Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

    Semalam sudah sampai ke penghujungnya
    Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
    Tak ingin lagi ku ulangi kembali
    Gerak dosa yang menghiris hati

    Tuhan dosaku menggunung tinggi
    Tapi rahmatMu melangit luas
    Harga selautan syukurku
    Hanyalah setitis ni’matMu di bumi

    Tuhan walau taubat sering ku mungkir
    Namun pengampunanMu tak pernah bertepi
    Bila selangkah kurapat padaMu
    Seribu langkah Kau rapat padaKu

    wAllahua’lam.. moga bermanfaat..

    Ya Allah, kami memohon cintaMu dan cinta orang yang mencintaiMu, amal yang membawa kami kepada cintaMu.. Ya Allah, jadikanlah mencintaiMu lebih kami sukai dari mencintai diri kami sendiri, keluarga kami dan dari air yang sejuk (sewaktu panas terik)..

    amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: