Janganlah aku Kau hina..

siapa aku di hadapanMu?..

sedang pada manusia aku dihina..
di mata manusia akulah durjana..
tohmahan itulah makanan telinga..
hinanya aku di hadapan manusia..
cukuplah jijiknya aku pada mereka..
janganlah Kau juga memandang aku hina..
syurga bukanlah tempat selayaknya..
walaupun aku impikannya..
tapi neraka itu tidak terperi azabnya..
aku tidak mahu ke sana..
namun Kau jadikan tiada di antaranya..
hanya satu antara dua..
maka hanya rahmatMu yang ku pinta..
ampuni dosaKu di dunia..
agar akhirat aku bahagia..
bimbing aku di dunia..
moga akhiratku nanti di syurga..
biarlah aku hina di dunia..
tapi muliakan aku di akhirat sana..
jahatnya aku pada manusia..
hanya kerna menghala ke syurga..
itu lebih aku rela..
dari aku menuju neraka..
dengan redha manusia..
tapi mendapat murkaMu, Tuhan Yang Esa..
biarlah mereka yang murka..
tapi aku Engkau redha..

janganlah aku Kau hina…

5 comments
  1. musafir said:

    walau diri bagai bodoh, tidak akan pernah tidak bersyukur. kerana syukur membawa redha Ilahi. redha Nya menjanji syurga..

    akan ku gagahkan penghinaan diri ini kepadaMu, ya Rabbi.. jadi janganlah aku Kau hina.

  2. aseef said:

    akhlak mencerminkan iman.. kejernihan akhlak terlihat pada kelembutan dan kesopanan tutur katanya.. ketelusan akhlak terletak pada keindahan amalannya..

    mohon ampunan Tuhan jika diri ini jauh tersasar dari ruang akhlak indah Rasulullah… mohon maaf pada manusia, andai diri ini sering kasar bahasa..

    aseef jiddan..

  3. FaisaL said:

    amat peliklah manusia yang tidak bersyukur, sedangkan manusia telah diberikan segalanya.. lengkap dari mula hingga akhir.. tidak Allah suruh sesuatu itu kepada manusia, jika manusia itu tidak mampu melakukannya.. maknanya, manusia itu mampu melakukan apa yang ditanggungjawabkan.. Allah tidak membebankan hambaNya dengan bebanan yang tidak terpikul olehnya.. dalam memberi bebanan, telah Allah sediakan segalanya untuk kita memikulnya.. bermula dari anggota fizikal dan semuanya, kemudia diberi otak untuk berfikir yang sepatutnya, ditambahkan lagi dengan ni’mat untuk membantu kita.. subhanAllah.. sangat peliklah manusia yang mempertikaikan ni’mat Allah..

    moga kita menjadi golongan manusia yang sentiasa bersyukur..

    amin..

    dalam perjuangan ini.. tidak akan lepas dari tohmahan sekeliling.. lihat saja perjuangan junjungan mulia kita, Rasulullahi sallallahu ‘alaihi wa salam.. tidak terlepas dari cacian.. kejian, tohamahan, segalnya itu memang dilalui oleh Rasulullah.. dan macam-macam bentuk penghinaan lain lagi.. dari pelbagai arah ianya datang.. dan kita, yang mengatakan bahawa kita pendukung agama Allah, kita harus contohi role model kita, yakni Rasulullah.. sebagaimana baginda sabar, seperti itulah kita sabar.. betapa susahnya jalan ini, sehingga Rasulullah yang hebat pun dipujuk oleh Allah dalam perjuangannya.. janganlah mengalah..

    biarlah kita dapat redhaNya, dengan murka manusia..
    daripada kita mendapat redha manusia, dengan murkaNya..

    ya Allah.. janganlah aku Kau hina..

    amin..

  4. FaisaL said:

    sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. taubatlah dengan taubat yang sebenar-benarnya.. pasti dia akan menerimanya.. kegembiraan Allah ta’ala ketika hambaNya bertaubat itu lebih sangat gembiranya dari orang musafir yang kehilangan untanya lalu dia terjumpa kembali untanya.. musafir yang kehilangan unta, itu adalah kehilangan yang besar.. kerana pada unta itulah terletaknay makanan dan minuman.. selain panas terik perjalanan dan penat lelahnya.. untanya pula hilang.. berputus asa atas apa yang menimpa.. kemudian datang semula kepadanya, unta tersebut.. betapa gembiranya musafir itu.. dan bagi Allah, kegembiraan itu lebih dari apa yang dirasai oleh musafir itu, apabila diketahui hambaNya memohon taubat dariNya.. subhanAllah..

    kemaafan sesama manusia memerlukan kepulangan hak.. dan terus berbuat baik.. tidak ada manusia yang sempurna.. maka dengan itu bermaafan dan saling memaafkan adalah satu sifat yang terpuji.. sebagaimana pemaafnya Rasulullah, seperti itulah kita harus mencontohi baginda..

    dan dalam ruang yang sedikit ini, ingin juga saya meminta maaf sekiranya ada yang tersalah kepada sesiapa sekali pun.. moga mendapat balasan yang baik dari Allah atas keikhlasan memaafkan saudara seagama.. dan kesalahan orang lain terhadap saya.. dimaafkan..

    amin..

  5. Udin said:

    Assalamualaikum. Nama saya udin. Dari indonesia. Sajak yang anda lantunkan sangat indah.. Hal itu mengingatkan saya pada syair abu nawas. Terus terang saya juga pengagum syair beliau. Akan menjadi sebuah kehormatan tersendiri bagi saya jika anda mau berteman dengan saya. Assalamualaikum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: