Realiti dunia..

bukankah nyata itu belum masanya
kenapa masih berdegil akan perintahNya?
kenapa mahu turutkan nafsu durjana?
apakah kau hanya fikirkan dunia?

ceteknya akalmu!

bergadai yang infiniti
untuk yang seni

rugilah diri!

keluarlah dari fantasi
selamilah realiti

kau bagai kanak-kanak
kanak-kanak dengan permainannya
bermain dengan riang
terasa seluruh dunia ini dia yang punya
padahal semuanya hanyalah permainan
permainan semata-mata
alam sebenar lebih benar dan nyata

sedarlah!

tidak ada yang senang di dunia ini
setiap sesuatu ada nilainya sendiri
termasuklah firdausi yang kau impi
jangan impikan bahagia yang infiniti
kalau diri masih cinta duniawi
mahar syurga itu amat tinggi
bukan mudah menjadi penghuni
di tempat yang bahagia abadi

berusalah..

Advertisements

4 thoughts on “Realiti dunia..

  1. bangunlah dari lena yang panjang
    ayuh berlari.. jgn lagi kecundang!

    sedar itu indah
    lebih indah dihias istiqamah
    lebih manis jika dibuat FILLAH..

    p/s: mabruk untuk ruhuljadid! jgn kecundang lagi

  2. jazakumullahu khairan kathira..

    insyaAllah.. manusia ini sentiasa melakukan kesilapan.. tetapi yang paling baik di antara mereka ialah yang bertaubat terus setelah melakukan kesilapan.. tetapi manusia sering kali tersalah anggap.. kadangnya.. mereka hanya tahu bahawa Allah Maha Pengasih dan Penyayang.. mereka lupa.. seksa Allah juga amat berat..

    hidup manusia ibarat burung.. mempunyai dua sayap.. tertakluk kepada raja’ dan khauf.. raja’.. yakni pengharapan.. mengharap kepada redhaNya.. mengharap kepada rahmatNya.. mengharap kepada keampunanNya.. mengharap segalanya daripadaNya.. dan khauf.. yakni takut.. takut kepada azab seksa.. gerun kepada kekuasanNya.. tunduk patuh kepada kerajaanNya.. gentar untuk melakukan maksiat kepadaNya.. tidak berani mempertikaikan hukumNya.. tidak berdaya melawan akan kuasaNya.. hanya ciptaan yang sangat lemah..

    siapa kita hendak melawan Pencipta yang seluruh bumi dan seisi semesta ini bertasbih kepadaNya.. yang di atas langit.. yang di bawah bumi.. dan semua yang yang berada di antaranya.. hatta haiwan dan tumbuhan turut bertasbih kepadaNya.. malahan bayang-bayang turut tunduk kepadaNya.. siapakah kita untuk tidak patuh kepadaNya.. maafkan keterlanjuran hamba ini, ya Allah..

    ar ruhul jadid.. fi jasadil ummah..

    insyaAllah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s