Bahagia pohon sakinah..

kau impikan bahagia
tapi kau lakukan sebaliknya
apakah kau fikir ia datang begitu sahaja
alangkah naifnya
ingin bahagia
mula dengan barakah dan rahmatNya
salah jalan awalnya
musnahlah akhirnya
manakan hadir bahagia
jika tunjangnya maksiat semata
kau inginkan cinta sempurna
tapi kau mencari salah sumbernya
kau mahu kasih dua hala
tapi kau pergi pada yang berpura-pura
masih ada rasa ingin bahagia
carilah Dia
ikutilah jalanNya
tetaplah di atasnya
bahagia itu ada bersama
cintaNya tiada tandingannya
kasihNya tidak pernah meminta
ingin bahagia
betulkan puncanya
ingin bahagia
suburkan akarnya
ingin bahagia
kukuhkan tunjangnya

moga lahir pohon sakinah..

Advertisements

2 thoughts on “Bahagia pohon sakinah..

  1. moga lahir pohon sakinah
    yang kukuh akarnya takkan rebah
    kan terus gagah dgn dahan-dahan tabah
    tegak berdiri subur dgn dedaun mujahadah
    berseri dihias bunga-bunga ukhuwah
    mencambah mekar benih-benih daulah..

    moga lahir pohon sakinah

  2. jazakumullahu khairan kathira..

    insyaAllah.. jika betul akarnya.. jika kuat tunjangnya.. pasti tidak goyah.. kerana asasnya kuat dan kukuh.. ibarat bangunan.. jika kuat asasnya.. makan teguhlah bangunan itu.. lebih kukuh asasnya, maka lebih tinggilah bangunan itu mampu tertegak.. insyaAllah.. asas kita aqidah, tauhid kepada Allah Yang Maha Esa, bangunan kita syariatNya.. insyaAllah..

    wAllahua’lam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s