Mengaku kesilapan..

dari e-mail saudara seagama..

Berdasar sedikit pengalaman hidup, sebenarnya tidak mudah bagi kebanyakan orang untuk mengaku kesalahan yang dilakukan. Samada kesalahan itu dengan manusia atau kesalahan itu dengan Allah swt. Sebab itu antara akhlak terpuji yang diajar oleh seorang guru kepada muridnya atau seorang bapa terhadap anaknya ialah berani mengakui kesalahan. Berani mengaku kesalahan mempunyai kedudukan yang mulia dalam Islam. Aisyah radhiAllahu ‘anha meriwayatkan bahawa rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya apabila seorang hamba mengaku dengan dosanya kemudian bertaubat, pasti Allah menerima taubatnya”.

(Hadis Riwayat Bukhori, Muslim dan Ahmad).

Bahkan dalam hadis yg diriwayatkan oleh Imam Bukhori mengenai “penghulu istighfar” terdapat lafaz pengakuan hamba kepada Allah swt mengenai dosa yang dilakukan dan kemudian barulah diikuti dengan memohon keampunan daripada Allah swt. Oleh kerana mengakui kesalahan itu sukar, marilah kita mula berlatih mengakui kesalahan kita samada kesalahan dengan makhluk atau kesalahan dengan Allah swt. Sekian moga kita semua berjaya. Aminnn

persoalan dari saudara seagama.. 

mengaku kesalahan secara terbuka ataupun dalam hati (sekiranya kesalahan dgn makhluk). yang mana lebih baik mengaku kesalahan ataupun menutup aib sendiri (aib melakukan kesalahan)?

jawapan terhadap persoalan.. (ustaz yang sama yang memberi tazkirah di atas)

jika kesalahan dengan makhluk, ada dua keadaan:

1) kesalahan berhubung dengan darah seperti mencederakan, atau berhubung dengan harta seperti mencuri. Ia perlu diselesaikan dengan makhluk tersebut seperti memohon kemaafan dan memulangkan harta yang dicuri dengan cara yang paling bijaksana agar tidak menimbulkan kerosakan baru.

2) kesalahan seperti mengumpat dan fitnah. Beberapa ulama’ seperti Imam Syafi’ie mensyaratkan supaya meminta maaf kepada orang yang diumpat atau difitnah. Namun Ibnu Qayyim mentarjih pandangan yang mengatakan tidak perlu minta maaf secara direct kepada orang yang diumpat atau difitnah kerana ditakuti akan  menimbulkan kerosakan baru. (seperti putusnya silaturrahim) .

Namun, si “pelaku kesalahan” perlu memperbaiki umpatan atau fitnah yang dilakukan dengan menceritakan kebaikan orang tersebut bagi menutup umpatan/fitnah yang telah dibuat, memohon istighfar untuk orang tersebut pada kadar dosa mengumpat/fitnah yang dilakukan dan melakukan kebaikan bagi pihak orang yang diumpat/fitnah, juga sebagai jalan untuk membersihkan kesalahannya. Selepas itu barulah disertai dengan taubat kepada Allah terhadap kesalahannya
mengumpat/fitnah terhadap orang tersebut.

Dengan demikian hubungan si pelaku kesalahan dengan orang yg diumpat/fitnah kekal baik dan ini menepati maqasid syarak. Saya sendiri cenderung kpd pandangan Ibnu Qayyim dalam masalah ini. Wallahu A’alam.

satu lagi persoalan..

macam mana pula kalau kita sudah meminta maaf, tetapi saudara kita tersebut tidak mahu melayan kita dah, tidak bercakap dengan kita, mengelak daripada kita.. kita sendiri tak tahu samada dia sudah memaafkan atau tidak.. cuma dari perbuatannya yang mengelak daripada kita itu menunjukkan dia tidak memaafkan.. bukan niat kita memutuskan silaturrahim. . dan sudah meminta maaf.. apa yang harus kita lakukan dalam keadaan ini?..

jawapan ustaz..

Ruangan ini bersifat umum dan sesiapa sahaja boleh memberi pandangan dan berkongsi ilmu, atau membayar zakat ilmunya di ruangan ini. Ada ulama’ mazhab Hanbali berpandangan zakat bukan setakat harta sahaja, ilmu juga ada zakatnya.

OK, merujuk soalan di atas, pandangan peribadi saya seperti berikut:

1) Kewajipan saudara untuk meminta maaf dah selesai. Orang itu tak mahu maafkan terpulang kepada dia. Saudara tak bersalah. Mungkin dia tak tahu ada hadis daripada Abdullah b. Umar bahwa Rasul bersabda:

“Kasihanilah (makhluk Allah), nescaya kamu dikasihani. Ampunkanlah (kesalahan orang lain terhadap kamu), nescaya
kamu diampunkan.. .”

(Riwayat Ahmad dan Bukhori dalam Adab Mufrad)

2) Banyakkan membuat amalan kebaikan. Seperti sabda nabi saw:

“Susulilah perbuatan dosa dengan amalan baik, nescaya amalan baik itu akan memadamkannya. ..”

(Riwayat Tirmizi, Ahmad dan lain-lain)

Maksud firman Allah swt:

“Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhamad, begitu juga umatmu) pada dua tepi waktu siang (pagi dan petang, iaitu solat subuh, Zuhur dan asar) dan pada beberapa bahagian waktu malam (iaitu solat Maghrib dan Isyak). Sesungguhnya amalan-amalan baik (seperti sembahyang) menghapuskan (dosa) amalan jahat.”

3) Beristighfar dan bertaubat kpd Allah kerana kesalahan yg telah dilakukan.

Mungkin lain kali boleh beramal dgn pandangan Ibnu Qayyim.

Sekian, Wallahu A’alam

artikel asal boleh dicari di website ALKIS (Alumni Kolej Islam) di bawah kategori renungan isnin.. insyaAllah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: