Dengki dan iri hati..

SOALAN :

Saya mengalami tekanan akibat sifat iri hati dan dengki. Tetapi tidaklah sampai tahap mencari pergaduhan, bermusuhan atau berdendam. Saya sukar mencari ketenangan apabila diri dikuasai perasaan ini.

Apakah amalan yang dapat menyembuhkan daripada sifat buruk ini?

JAWAPAN :

Nabi mengajar kita sepotong doa yang bermaksud:

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam mentaati-Mu dan tetapkanlah hatiku dalam menurut agama-Mu”.

(Musnad Abu Ya’la al-Musiliy, jld:10, no. hadis:4700, dan Ahmad, jld:19, no. hadis:9052 )

Hati kita perlukan imunisasi ataupun perlukan ketahanan untuk melawan gangguan syaitan yang menyasarkan serangannya pada hati manusia. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “zikrullah”.

“Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

(al-Ra’d: 28).

Hati merupakan komponen yang kita miliki, dalam masa yang sama kita tidak dapat mengawalnya. Selalu sangat hilang kawalan. Nabi s.a.w. ibaratkan hati sebagai raja dalam tubuh badan kita. Kerana kerjanya mengarahkan kita untuk melakukan sama ada yang baik mahu pun yang jahat.

Cara terbaik dalam merawat hati kita selain dengan zikrullah ialah, memperbanyakkan membaca al-Quran, selawat ke atas Nabi s.a.w., menjauhkan diri dari makanan yang ada unsur syubhat dan menghadiri majlis-majlis ilmu.

Apa yang pasti hati yang penuh dengan perasaan dengki, benci, dendam kesumat, memendam kemarahan akan menjadi penyebab kepada terhalangnya rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud:

“Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik).”

(Surah al-Syua’raa [26]: 89).

Hati yang rosak dan berpenyakit tidak boleh dibawa menghadap Allah s.w.t.

artikel asal di Mutiara Hati di bawah entri bertajuk Rawat hati dengan zikrullah.

2 comments
  1. Alia said:

    Thank you very much for this. perfect timing pulak tuh.🙂

  2. FaisaL said:

    sama2. no worries.. moga bermanfaat.. insyaAllah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: