Memaafkan..

bukanlah aku selayaknya berkata..
aku tahu aku hina..
silap salah beribu di depan mata..
tapi aku tidak mampu berkata apa..
hanya sekadar nasihat buat saudara..
aku tidaklah sehebat mereka..
tapi aku punya perasaan dan jiwa..
tanggungjawab aku masih ada..
tangis kerna ku adalah sia-sia..
tangis untukmu tidak berguna..
tangislah kerna Yang Maha Esa..
takutkan azab dan seksaNya..
aku bukan insan sempurna..
aku punya salah silap jua..
bukan hanya pada bicara..
juga pada segala anggota..
jika Allah Yang Maha Esa..
mengampunkan hamba-hambaNya..
siapa aku untuk tidak memaafkan saudara..
jika Rasulullah pemaaf orangnya..
siapa aku untuk menafikan sunnahnya..
jika sahabat semuanya berukhwah mesra..
siapa aku untuk tidak cuba seperti mereka..

Advertisements

2 thoughts on “Memaafkan..

  1. Anakanda,

    Sama2lah kita memelihara diri kita dan keluarga.

    Firman Allah:
    “Wahai orang2 yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga dari neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan berhala…”
    (Surah at-Tahrim:6)

    Sesungguhnya bagi mereka yang mengerjakan kejahatan, balasan yang menunggu pelakunya adalah berupa seksa yang pedih…”kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal salih, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat.”

    (Surah Al-Furqan: 70-71)

    Yang sentiasa mengingatmu,
    Ummi

  2. ummi..

    insyaAllah.. terima kasih untuk nasihat ummi.. setiap manusia telah dibentangkan dua jalan.. maka pilihlah yang mana akan membawa kebahagian yang hakiki.. yakni yang abadi.. bukan bersifat sementara seperti mana dunia ini satu yang sementara.. lihatlah dengan neraca Allah.. agar terlihat jalan ke arah syurgaNya.. moga semuanya memelihara diri dan keluarga dari azab api neraka dan dimasukkan ke dalam syurgaNya.. insyaAllah..

    yang tidak terbalas jasamu,
    Along

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s