Kemaafan..

bukan niat seorang saudara..
melukakan sahabatnya..
tapi kerna nafsu durjana..
dia telah melukakannya..

maafkan dia..
itukan suatu yang mulia..
biar susah hilang di jiwa..
tapi ganjarannya syurga yang bahagia..

tidak mudah tanggal di jiwa..
tidakkan hilang di minda..
tapi kiranya langit neracanya..
pasti semuanya terlaksana..

neraca manusia fikirkan dunia..
neraca manusia cemburukan cinta..
tetapi langit tuntut yang berbeza..

ketentuan Allah menuntut redha hambanya..
sekiranya langit yang dipilihnya..
maka beruntunglah dia di sana..

Advertisements

2 thoughts on “Kemaafan..

  1. Salam,

    Isa al-Masih pernah berjalan melewati sekumpulan orang2 Yahudi lalu mrk melontarkan kata2 tidak baik kpd baginda. Tapi baginda membalas perkataan mrk dgn kebaikan. Maka ada beberapa orang bertanya kpd baginda: “Orang2 itu telah melontarkan kata2 yg tidak baik kpdengkau, tetapi engkau pula mengatakan yang baik kpd mereka.” Baginda menjawab: “Segala sesuatu mengeluarkan apa yang ada di dalamnya.” Sesiapa yang di dalam dirinya ada kebaikan, tentu dia akan mengeluarkan kebaikan. Sesiapa yg di dalam dirinya hanya ada keburukan, tentu akan mengeluarkan keburukan.

    Dari Amr bin Su’aib, dari ayahnya, dari datuknya: “Apabila Allah sudah menghimpun seluruh makhluk, maka ada penyeru yang berseru: “Mana orang2 yang memiliki keutamaan?” Maka ada sekumpulan yang jumlahnya tidak seberapa ramai, berdiri lalu cepat2 pergi ke syurga. Mereka disambut oleh para malaikat yang berkata: “Kami melihat kamu tergesa-gesa pergi ke syurga. Siapakah kamu?” Mereka menjawab: “Jika kami dizalimi, kami sabar, jika kami disakiti, maka kami memaafkan, jika kami dijahili, maka kami menahan diri.” Lalu dikatakan kepada mereka: “Masuklah syurga dan alangkah nikmatnya pahala orang-orang yang beramal.”

    Justeru, La Tahzan, kerana janji Allah dalam surah Fussilat:34 yang bermaksud ” Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib”.

    Moga Allah beri kita kekuatan agar kita tergolong di kalangan orang-orang yang sabar. Amin.

    Ummi

  2. wa’alaikumussalam ummi..

    ummi.. jazakillahu khairan kathira.. insyaAllah along ingat.. bukan mudah bersikap pemaaf.. seperti dalam kisah nabi isa dan kisah para nabi dan para rasul.. tapi itulah antara harga syurga.. seperti mana yang diceritakan oleh amr bin su’aib dalam comment ummi.. insyaAllah akan cuba dengan lebih kuat… insyaAllah..

    jazakillahu khairan kathira..

    terima kasih ummi..

    -Along-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s