Peringatan dari ulama’..


Para ulama’ sering mengingatkan kita kepada perkara-perkara berikut :-

– Penuhilah dirimu dengan makrifat kepada Allah.

– Carilah Tuhanmu nescaya engkau temui kebahagiaan.

– Berwaspadalah dengan lisanmu kerana bahayanya cukup berat, membawa mudahnya terjerumus ke dalam neraka Allah.

– Ketahuilah, sesungguhnya setiap patah perkataan akan dihitung secara halus kecuali amar makruf , nahi mungkar serta zikrullah.

– Awasilah mata dan telingamu kerana ia adalah dua pintu masuk syaitan ke dalam hati. Awaslah, kerana apabila ia sampai kepada hati maka ia akan memberi kesan walau sedikit. Hubungkanlah keduanya dengan Allah, nescaya kamu hanya memandang dan mendengar perkara yang baik.

– Janganlah biarkan hatimu sayang dengan dunia, kerana sakit untuk kamu keluarkannya. Rasailah kesempurnaan dan ketinggian Rohmu dgn melihat kekuasaan Allah, mendengar ayat-ayat Allah.

– Peliharalah kebersihan zahir dan batinmu dalam keadaan sentiasa berwuduk lalu solatlah dua rakaat sekiranya kau mampu istiqamah.

– Kurangkanlah makan kerana sekiranya banyak makan, banyak mendatangi hadas dan sukar untuk bangun di malam hari.

– Sabarlah dalam memohon keampunan Tuhanmu, kerana dosa itu sukar untuk dikeluarkan seumpama mengeluarkan racun daripada badan.

– Jangan berangan-angan kosong kerana banyak berangan-angan membawa kepada cinta dunia seperti barah yang merebak amat sukar untuk dirawat kembali.

– Bersihkanlah hatimu dari sifat was-was terhadap Allah s.w.t, kerana itulah kunci penipuan syaitan dan kelalaian.

Advertisements

Mengemis kasih..


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatMu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmatMu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat padaMu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Ini hanyalah titik seni dari kehidupan abadi..


garisan umur kita infiniti..
ianya tidak akan berhenti..
hidup di dunia hanyalah titik seni..
tidak terlihat pada garisan yang tidak ada henti..
hidup di akhirat itu abadi..
keluarlah dari fantasi..
lihatlah alam realiti..
janganlah dikaburi lagi..
moga tidakkan tertipu lagi..
sesungguhnya dunia hanyalah medan uji..
akhirat nanti kehidupan abadi..
tetapi manusia tidak mengerti..
selalu ditipu syaitan yang keji..
hanya yang benar-benar meyakini..
berjaya di sana nanti..
kalaulah hanya yang sementara ini..
kita berusaha bermati-mati..
bagaimana pula yang kekal abadi?..
pertanyaan ini untuk diri sendiri..
kerana sering lupa hakikat hidup ini..
hakikatnya hidup ini..
bukan untuk diri sendiri..
tapi untuk ilahi..

Sekadar renungan…


Allah tak bilang amalan kita di akhirat kelak.. tetapi.. Allah timbang.. apa bezanya?.. kalau kita buat 10 solat sunat, dengan seorang lagi yang buat 1 solat sunat sahaja tapi khusyuk dan tawadu’ penuh rasa kehambaan.. tidak semestinya solat sunat yang 10 itu lebih berat dari solat sunat yang hanya satu itu.. malah boleh jadi solat sunat yang satu itu, tetapi dengan penuh rasa taqwa, ia lebih berat dari 10 solat sunat yang tidak khusyuk.. Allah menimbang amalan kita, tidak membilang..

ibadah itu datang dengan fiqh.. tapi apa yang lebih penting dalam ibadah itu ialah tujuannya.. kita hari ini bergaduh mengenai feqah sehingga ada yang hendak bertumbuk-tumbuk.. menyalahkan sana.. menyalahkan sini.. mengatakan sini sesat.. sana sesat.. tapi ibadahnya tidak tertegak pun.. matlamatnya langsung tidak tercapai.. contohnya kita asyik bertelingkah mengenai cara duduk antara dua sujud.. atau lain-lain perkara dalam solat.. tapi pernahkah kita solat dengan khusyuk dari awal solat sehingga akhir solat.. bukankah itu lebih penting?.. bukan menidakkan hal feqah.. cuma tidak perlulah sampai bergaduh sana sini hanya disebabkan hal berbeza pendapat ini.. apa yang penting matlamat ibadah.. yakni menurut perintah Allah.. ta’abbud.. menghambakan diri kepada Allah.. bukan sekadar zahirnya bersolat.. tapi rohnya sekali tunduk dan patuh kepada Allah..

Khusyuk dalam solat..

solat ni perkara besar.. kalau kita lihat sejarahnya.. syariat solat ni.. nabi terima daripada Allah sendiri.. yakni sewaktu peristiwa isra’ mikraj.. nabi naik ke langit bertemu Allah, lalu menerima syariat solat.. besarnya ibadah ini..

renungan untuk diri sendiri.. mana yang bermanfaat insyaAllah boleh diambil.. mana yang salah harap diperbetulkan.. insyaAllah..

wAllahua’lam..

Antara adab berdakwah..


Antara adab berdakwah adalah bercakap dengan lemah lembut..

Satu ketika dahulu seorang pendakwah telah terkasar bahasa ketika menasihati Khalifah Makmun al-Rashid.. Khalifah telah berkata,

“Berlemah lembutlah terhadap saya kerana apabila Allah menghantar orang yang lebih baik daripada kamu iaitu Nabi Musa ‘alaihissalam dan Nabi Harun ‘alaihissalam kepada orang yang lebih buruk daripada saya iaitu Firaun maka Allah telah berfirman,

“Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah lembut supaya dia sedar atau berasa takut.”

(Surah Toha [20]:44)

wAllahua’lam..

Pesanan terakhir syed qutb..


Saudara,

Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu,
Maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh,
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan…
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara,

Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di Syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungnya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara,

Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar…

(Ditulis beberapa ketika sebelum beliau menemui SYAHID)