Tiada bagiku Tuhan selainMu..

 

ما لي رب سواه
Tiada bagiku Tuhan selainMu

غفار يمحو الذنوب
Tuhan Yang Maha Pengampun dan Penghapus dosa

ما لي رب سواه
Tiada bagiku Tuhan selainMu

نور يهدى القلوب
Cahaya yang memberi hidayah kepada hati

يا الله عبد كثرت ذنوبي
Ya Allah hamba ini yang banyak berdosa

زادت حولي كروبي
Bertambah-tambah malapetaka di sekelilingku

منك إليك هروبي
Daripadamu dan kepadamulah jalan keluarku

يا الله لا تحرمني نعيما
Ya Allah janganlah haramkanku syurga Naim

لا تتركني سقيما
Jangan tinggalkanku dalam penderitaan

يا منان الرحيم
Wahai Tuhan Yang Maha Mengurnia lagi Maha Mengasihani

يا الله أنت العلى القادر العظيم
Ya Allah Engkaulah Yang Maha Tinggi, Maha Berkuasa dan Maha Agung

يا الله أنت السميع البصير العليم
Ya Allah Engkaulah Yang Maha Mendengar,Maha Melihat dan Maha Mengetahui

ما لي رب سواه
Tiada bagiku Tuhan selainMu

رب السماء العطوف
Tuhan kerajaan langit, Tuhan Yang Maha Mengasihani

يغفر لمن عصى
Tuhan Yang Mengampuni orang-orang yang berdosa

وهو الحليم الرءوف
Dan Dialah Yang Maha Lembut dan Maha Mempunyai belas kasihan

يا الله رحمن للبرايا
Ya Allah Tuhan yang bersifat Pemurah atas kebaikanku

غفار للخطايا
Tuhan Yang Maha Pengampun kesilapan-kesilapanku

ورجاءي هو هدايا
Dan Dialah tempatku bergantung harap dan Dialah sumber hidayahku

يا الله ارحم ضعفي وحالي
Ya Allah kasihanilah kelemahanku dan keadaanku

فاق الذنب احتمالي
Bertambah dosa yang aku pikul

فاغفرلي يا ذالجلال
Ampunilah aku wahai Tuhan yang Maha Agung

يا الله انت العزيز الغفور الرحيم
Ya Allah Engkaulah Yang Maha Besar, Maha Pengampun dan Maha Mengasihani

يا الله انت القدوس السلام الكريم
Ya Allah Engkaulah Yang Maha Suci, Maha Sejahtera dan Maha Mulia.

8 comments
  1. syukran said:

    jazakAllahu khair.. moga manfaatnya berkekalan..

  2. FaisaL said:

    waiyyakum khairan jazak.. insyaAllah..

  3. syphoon said:

    group ape kah ini?

  4. FaisaL said:

    Da’i Nada.. sekumpulan pelajar indonesia.. yang belajar di Mesir.. barakAllahu fihim..

  5. sue said:

    salam….blh tak tolong saya…dkt mana ye blh downlod lagu2 nasyid??? susah nak dpt lah…yg x perlu register….makasih di atas nayid far east “menanti di barzakh”….saya ada downlod dlm blog ni….sedih dan menginsafkan nasyid tuh….

  6. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam.. insyaAllah akan cuba bantu.. untuk download yang tak perlu register, tak pasti di mana.. cuma.. setakat ni banyak menggunakan multiply.. tak pasti multiply memerlukan akaun atau tidak.. maknanya tak pasti samada multiply perlu register atau tidak.. tapi kalau perlu register, insyaAllah tak menyusahkan, sekadar register dan tak perlu gunakan pun takpe.. insyaAllah akan diberikan antara akau-akaun yang boleh dimanfaatkan untuk download nasyid.. harap membantu..

    ~ahas~
    Al-Qassam III
    We Were Rafiq
    Harfeeque

    ini hanya antara akaun-akaun yang boleh dimanfaatkan.. ada bnayka lagi akaun lain insyaAllah.. boleh search menggunakan multiply sendiri, lebih mudah..

    harap dapat membantu..

    dan mengenai nasyid far east tu.. berkisar mengenai maut.. zikrul maut.. satu konsep yang patut ada dalam hidup mukmin.. hadith nabi ada menyebutkan..

    “Cukuplah kematian itu sebagai penasihat.”

    ( Hadith Riwayat Ath-Thabrani dan Baihaqi )

    kerana dengan mati itu kita akan berfikir banyak lagi perkara yang besar.. dengan mati itu kita akan sedar nilai sebenar dunia.. dengan mati itu kita aakan tahu di mana destinasi sebenar kita.. dengan mati itu kita akan tahu bahawa kita ada satu alam yang gelap bersendirian tanpa sesiapa kecuali amalan kita.. dengan mati itu banyak perkara yang sangat sangat sangat besar yang patut manusia itu fikirkan.. dan perkara-perkara ini dapat disentak dengan mengingati mati..

    kita boleh tengok bila sekumpulan kawan-kawan.. yang selalu lepak-lepak.. hu-ha hu-ha.. dan ditakdirkan, suatu hari, seorang daripada mereka mengalami kemalangan.. kawan tersebut meninggal dunia.. kita akan lihat.. semua kawan-kawan lain yang dalam satu kumpulan akan murung dan berubah dengan sendirinya.. mereka sendiri akan sedar bahawa suatu hari mereka akan mati.. kerana itulah hakikat manusia.. hakikat semua yang bernyawa.. setiap yang berjiwa pasti akan mati.. seperti mana firmanNya..

    “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

    ( Surah ali-‘Imran [3]:185 )

    sejak kita ditiupkan ruh dalam rahim ibu kita.. kita telah menempah tiket yang tidak tahu bila tarikhnya.. hanya sedia menunggu giliran untuk dipanggil..

    moga kita jadi golongan yang sentiasa bersedia..

    amin..

  7. sue said:

    salam…makasih sbb bg akaun2 yg blh di downdload nasyid2 tapi say ax reti lah….saya dah try masuk tuk download tapi setiap kali klik download mesti suruh masuh ‘multiple.com’…kena register dkt multiply ker dulu??? saya x pernah masuk web multiple ni. ini lah 1st time saya masuk….saya x tau lah mcmna nak download! arap dpt membantu….saya ni x celik sgt bab2 internet ni….maaf ya…

    emm…mengenai ‘kematian’….mang satu perkara yg menyeramkan pada suma manusia….x ada yg berani tuk menghadapi kematian… bila dgr azab dlm alam barzakh, lagi kecut perut diwatnya… yg saya blh kongsi bersama…. baca lah setiap malam surah al-mulk tuk di elakkan dari azab kubur sbb Rasulullah pun amalkan surah ni ngn surah sajadah setiap malam sebelum tido…apa yg blh kita ikut amalan Rasulullah, kita ikut lah kan…. surah al-mulk ni byk kebaikkannya malah akan beri saafat pada yg membacanya di akhirat kelak….

  8. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam.. macam ni.. tak perlu register rasanya.. kalau perlu pun, mudah saja register.. tapi rasanya tak perlu.. untuk download.. bukan klik pada ‘download’.. tapi klik dengan right-click pada download dan pilih ‘save target as’.. cuba dulu.. kalau tak boleh.. rasanya perlu register juga..

    benar kematian itu sangat menakutkan kerana manusia ingin hidup dengan kemewahan dunia.. manusia selalu lupa akhirat itu kekal abadi.. kejar kemewahan dunia pasti akan terhenti suatu masa nanti.. tapi kejar kemewahan syurga, ianya satu perniagaan yang tidak akan rugi malah untungnya tidak ternilai dan tidak mampu dibilang.. sehingga diberitahu oleh Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wassalam dalam hadithnya mengenai syurga.. iaitu..

    Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Sesungguhnya serendah-rendah tempat bagi seseorang di antara engkau semua di dalam syurga itu ialah bahawa kepadanya dikatakan: “Berharaplah untuk mendapatkan apa saja!” iapun lalu mengharapkan memperoleh ini dan itu. Kepadanya dikatakan lagi: “Adakah engkau sudah habis yang diharap-harapkan?” la berkata: “Ya, sudah.” Kemudian dikatakan lagi kepadanya: “Engkau akan memperoleh apa saja yang engkau harapkan dan yang seperti itu pula besertanya – yakni dikurniakan dua kali ganda yang diinginkan tadi.”

    (Riwayat Muslim)

    tapi ingat.. syurga itu terlalu indah untuk dicapai dengan mudah.. maknanya.. kita harus bermujahadah.. bukan sedikit mahar yang perlu dibayar.. bukan sedikit pedih yang ditagih.. bermujahadahlah..

    moga lisan selari dengan anggota..
    moga kata selari dengan amal..

    amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: