Peringatan dari ulama’..

Para ulama’ sering mengingatkan kita kepada perkara-perkara berikut :-

– Penuhilah dirimu dengan makrifat kepada Allah.

– Carilah Tuhanmu nescaya engkau temui kebahagiaan.

– Berwaspadalah dengan lisanmu kerana bahayanya cukup berat, membawa mudahnya terjerumus ke dalam neraka Allah.

– Ketahuilah, sesungguhnya setiap patah perkataan akan dihitung secara halus kecuali amar makruf , nahi mungkar serta zikrullah.

– Awasilah mata dan telingamu kerana ia adalah dua pintu masuk syaitan ke dalam hati. Awaslah, kerana apabila ia sampai kepada hati maka ia akan memberi kesan walau sedikit. Hubungkanlah keduanya dengan Allah, nescaya kamu hanya memandang dan mendengar perkara yang baik.

– Janganlah biarkan hatimu sayang dengan dunia, kerana sakit untuk kamu keluarkannya. Rasailah kesempurnaan dan ketinggian Rohmu dgn melihat kekuasaan Allah, mendengar ayat-ayat Allah.

– Peliharalah kebersihan zahir dan batinmu dalam keadaan sentiasa berwuduk lalu solatlah dua rakaat sekiranya kau mampu istiqamah.

– Kurangkanlah makan kerana sekiranya banyak makan, banyak mendatangi hadas dan sukar untuk bangun di malam hari.

– Sabarlah dalam memohon keampunan Tuhanmu, kerana dosa itu sukar untuk dikeluarkan seumpama mengeluarkan racun daripada badan.

– Jangan berangan-angan kosong kerana banyak berangan-angan membawa kepada cinta dunia seperti barah yang merebak amat sukar untuk dirawat kembali.

– Bersihkanlah hatimu dari sifat was-was terhadap Allah s.w.t, kerana itulah kunci penipuan syaitan dan kelalaian.

8 comments
  1. Ummi said:

    Sungguh! akan berjumpalah kebahagiaan bagi mereka yang mencari; Sungguh! malas itu penyakit yang sukar diobati namun puncanya amat mudah ditangani – kurangkan makan; Sungguh!…..kamulah (kitalah) yang memerlukan Allah; dan Allah, Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji. (Surah Fatir [35] : 15)…(dicopy dari banner yg empunya blog..)

    Akhir kata, banner hari ini adalah antara yang paling anggun, paling bermakna, paling matching dengan kosmetik sedia ada dan paling kene dengan diri kita dan yang empunya blog yang memegang amanah sebagai pelajar sepenuh masa…begitu juga banner Bismillah putih atas background hitam yang terdahulu, cukup indah tapi indah banner yang ini punya mesej yang tersendiri, mampu mencetuskan dialog dalam diri kita masing-masing sebagai pelajar yang sentiasa sibuk dan sanggup berjaga di awal pagi dan malam menyiapkan tugasan ttp bagaimana dgn tugasan yang nak dihantar kpdNya? Tugasan yang paling mudah, baca biar sepotong ayat sehari tetapi istiqomah dgn bacaan dan amalan serta hafalan, hantar bila-bila saja, dimana-mana saja (anywhere anytime)…adakah telah kita menyiapkan assignment hari ini? jika ya, bagaimana amalannya? (pertanyaan untuk diri sendiri…).

    Salam Syaban

  2. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam ummi..

    insyaAllah.. berjumpalah kebahagian bagi mereka yang mencari.. indah dan penuh makna.. moga menjadi peringatan untuk semua.. insyaAllah..

    mengenai banner dan pesanan di dalamnya.. sangat benar.. kita perlu sedar tujuan kita hidup di dunia.. mengapa kita ada di dunia.. dan perlu tahu keutamaan apa yang lebih utama.. yang mana harus didahulukan dan yang mana harus dikemudiankan.. yang mana yang harus diteruskan dan yang mana harus ditinggalkan..

    seperti mana dalam firmanNya..

    Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

    (Surah at-Taubah [9]:24)

    wAllahu’alam..

    wassalamu’alaikum..

  3. Ummi said:

    …dan Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik iaitu Al-Quran lagi berulang2, gemetar kerananya kulit orang2 yang takut kpd Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka ketika mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa dibiarkan sesat oleh Allah, maka tidak seorang pun yang dapat memberi petunjuk (39:23).

    Sehubungan itu meminjam kata2 dari wasiat Imam Ja’far al-Shadiq mengenai akhlaqul karimah sebagai peringatan kita bersama…yang berbunyi begini…

    Wahai anakku, terimalah wasiatku ini, dan hafalkanlah ungkapannya.
    Dan jika engkau menjaganya, maka engkau akan hidup bahagia dalam keadaan mulia.

    Wahai anakku, orang yang merasa cukup dengan apa yang Allah berikan maka dia adalah orang yang kaya. Orang yang selalu melihat kepada milik orang lain maka ia akan mati dalam keadaan fakir. Orang yang tidak rela dengan pemberian Allah pada dirinya maka akan berburuk sangka kepada Allah dalam takdirNya. Orang yang berhati2 dari ketergelinciran dirinya maka ia akan menjaga ketergelinciran saudaranya.

    Wahai anakku, orang yang membuka aib orang lain akan dibuka aibnya sendiri. Orang yang mencabut pedang, maka ia akan terbunuh kerananya. Orang yang bergaul dengan orang-orang bodoh(tidak mahu menerima apa yang disyariatkan), maka ia akan dihinakan. Orang yang bersama ulama’, maka ia akan dihormati. Dan orang yang masuk ke tempat yang jelek, maka ia akan dituduh terlibat di dalamnya.

    Wahai anakku, katakanlah kebenaran pada dirimu (golonganmu) dan lawanmu. Jauhilah dirimu daripada berbuat namimah (mengadu-domba orang lain) kerana itu akan menanamkan permusuhan pada hati orang lain.

    Wahai anakku, jika engkau menuntut kemuliaan maka kamu harus mempunyai bejana, kerana kemuliaan memiliki bejana (tempat). Bejana itu memiliki akar, dan akar memiliki cabang, sedangkan akar memiliki buah. Sebutir buah tidak akan elok kecuali dengan cabang dan akar yang baik. akar tidak akan kokoh kecuali dalam bejana yang baik pula.

    Wahai anakkku, jika engkau berkunjung, maka kunjungilah tempat yang baik: jangan mengunjugi tempat yang buruk dan jahat, kerana itu merupakan padang yang tandus, pohon yang tidak segar.

    Wallahua’lam.

  4. FaisaL said:

    ummi..

    jazakillahu khairan kathira untuk nasihat-nasihat.. insyaAllah.. along cuba ingat dan amalkan.. insyaAllah..

    “Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.”

    (Surah al-Baqarah [2]:1-5)

    sekali lagi, terima kasih ummi..

    barakAllahu fikum..

    wassalamu’alaikum..🙂

  5. purnama said:

    saya suka blog anda, teruskan dan lakukan blog yang berkualiti.

  6. FaisaL said:

    insyaAllah.. jazakumullahu khairan kathira.. akan cuba buat dengan lebih berkualiti.. insyaAllah.. mana yang salah, mohon agar ditegur.. insyaAllah..

  7. Alia said:

    “Janganlah biarkan hatimu sayang dengan dunia, kerana sakit untuk kamu keluarkannya. Rasailah kesempurnaan dan ketinggian Rohmu dgn melihat kekuasaan Allah, mendengar ayat-ayat Allah.”

    terima kasih

  8. FaisaL said:

    sama-sama.. moga kita dapat menghayati pesanan tersebut..

    moga apa yang diketahui.. diamalkan.. bukan sekadar pengetahuan.. tetapi kefahaman yang membawa kepada pengamalan..

    amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: