Mengemis kasih..

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatMu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmatMu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat padaMu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Advertisements

2 thoughts on “Mengemis kasih..

  1. penghayatan/refleksi penuh makna! kata-kata puitis yang simple namun mampu menimbulkan kesedaran yg menusuk kalbu…hanya bagi mereka yang mencari akan terjumpa apa yang dicari…namun permata yang tidak dicari tetap akan kelabu di situ jua…salam syaaban.

  2. wa’alaikumussalam ummi..

    a’ah.. lirik nasyid yang sangat ringkas tapi padat dengan pesanan yang tinggi nilainya.. macam ummi kata, kesedaran yang menusuk kalbu.. tetapi, sekali lagi benar apa yang ummi kata, hanya bagi mereka yang mencari akan terjumpa apa yang dicari.. setengah orang hanya mengambil lagu ini seperti lagu-lagu nasyid yang lain.. tapi terlupa akan pesanan di dalamnya.. apa yang hendak di bawa oleh munsyid ini adalah pesanan di dalamnya.. seperti apa yang dikatakan sendiri oleh munsyidn lagu ini, iaitu mereka menekankan lirik yakni pesanan dalam lagu mereka lebih dari irama untuk diambil oleh pendengar..

    moga permata yang dicari terus bersinar menerangi hidupan disekelilingnya.. insyaAllah..

    barakAllahu fikum.. 🙂

    wassalamu’alaikum..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s