Sekadar renungan…

Allah tak bilang amalan kita di akhirat kelak.. tetapi.. Allah timbang.. apa bezanya?.. kalau kita buat 10 solat sunat, dengan seorang lagi yang buat 1 solat sunat sahaja tapi khusyuk dan tawadu’ penuh rasa kehambaan.. tidak semestinya solat sunat yang 10 itu lebih berat dari solat sunat yang hanya satu itu.. malah boleh jadi solat sunat yang satu itu, tetapi dengan penuh rasa taqwa, ia lebih berat dari 10 solat sunat yang tidak khusyuk.. Allah menimbang amalan kita, tidak membilang..

ibadah itu datang dengan fiqh.. tapi apa yang lebih penting dalam ibadah itu ialah tujuannya.. kita hari ini bergaduh mengenai feqah sehingga ada yang hendak bertumbuk-tumbuk.. menyalahkan sana.. menyalahkan sini.. mengatakan sini sesat.. sana sesat.. tapi ibadahnya tidak tertegak pun.. matlamatnya langsung tidak tercapai.. contohnya kita asyik bertelingkah mengenai cara duduk antara dua sujud.. atau lain-lain perkara dalam solat.. tapi pernahkah kita solat dengan khusyuk dari awal solat sehingga akhir solat.. bukankah itu lebih penting?.. bukan menidakkan hal feqah.. cuma tidak perlulah sampai bergaduh sana sini hanya disebabkan hal berbeza pendapat ini.. apa yang penting matlamat ibadah.. yakni menurut perintah Allah.. ta’abbud.. menghambakan diri kepada Allah.. bukan sekadar zahirnya bersolat.. tapi rohnya sekali tunduk dan patuh kepada Allah..

Khusyuk dalam solat..

solat ni perkara besar.. kalau kita lihat sejarahnya.. syariat solat ni.. nabi terima daripada Allah sendiri.. yakni sewaktu peristiwa isra’ mikraj.. nabi naik ke langit bertemu Allah, lalu menerima syariat solat.. besarnya ibadah ini..

renungan untuk diri sendiri.. mana yang bermanfaat insyaAllah boleh diambil.. mana yang salah harap diperbetulkan.. insyaAllah..

wAllahua’lam..

Advertisements

8 thoughts on “Sekadar renungan…

  1. mula2 memang rasa takut jugak gamba macam tu.. tapi message yang nak disampaikan sangat jelas.. sangat betul.. kita hanya beribadat secara lahiriyah sahaja, ruh kita tidak ikut serta.. itu sebabnya, solat kita tidak dapat mencegah fahsa’ dan mungkar.. insyaAllah kita cuba improve lagi.. insyaAllah.. 🙂

  2. salam… bila baca catatan topik dkt atas, mang kita slalu menghadapi mslh tuhh…. mslh susah nak tumpukan @ khusyuk dlm solat…. bila kita telah baca dlm hati akan terjemahan ayat apa yg kita baca tetapi dlm seketika akan dtg jugak lintasan2 hati, luar dr soalt mcm apa filem yg kita tgk @ pun kehidupan seharian kita akan berputar balik w/pun dlm solat…kekadang terleka seketika n bila sedar smula, kita cuba tumpukan balik pada terjemahan ayat2 kita baca td…. soalnya, adakah lintasan2 sekejap td tuh akan jdekan solat kita td bkn tergolong dlm katogori ‘khusyuk’????? w/pun leka dlm tempoh yg singkat!!!!

    emmm…soalan yg saya nak sentuh lagi tang mslh wanita rasaya ummi leh jawab soalan ni….faizal pun blh gak…. mcm ni… mslh wanita x akan lari dari ‘haid’…. topik ni mcm lecehkan tp ramai ppuan dkt luar sana yg sama keliru tang hukum hakamnya…. sdh 4@5 buku saya rujuk tetapi ada 2 pendapat yg saya dapat…1. ppuan yg haid x blh baca Al-Quran dan 2. ppuan yg haid blh baca Al-quran…. dkt sini saya leh kepada ppuan blh baca ayat2 suci al-quran…. smasa x tau langsung yg ppuan haid blh baca al-quran, saya spt ppuan lain yg x akan baca ayat2 quran sbb ramai yg cakap ppuan haid x blh baca al-quran… bila saya jumpa hadis Aisyah ra mengatakan “saya telah pergi ke mekah utk beribadah tetapi masa itu saya dlm keadaan haid, lalu saya bertanya kpd Rasulullah tentang itu. Sabda Rasulullah “buatlah ibadah seperti org lain beribadah dalam haji kecuali jangan tawaf”… dikuatkan lagi ngn bila Aisyah ra mengatakan yg Rasulullah akan mengingati ALLAH setiap waktu…. saya tertarik pada pendapat ulama2 yg mengatakan andai ppuan yg haid x blh membaca ayat2 quran makan teruklah ppuan2 itu sbb merbahaya andai hati kita tidak ada ayat2 quran sbb akan jde tempat tinggal syaitan laknatullah, yg kebanyakkan ulama risau sbb tempoh seminggu @ 40 hari (nifas) adalah tempoh yg lama bagi ppuan tuk suci….. jde, saya pun mula baca ayat2 quran w/pun dlm keadaan kotor sbb saya tertarik pada Firman Allah ” ingatlah AKU, nescaya AKU akan mengingatimu (surah al-baqarah:152)” cuma untuk mengelakkan khilaf saya tidak akan sentuh kitab suci al-Quran tetapi akan baca ayat2 quran melalui buku surah2 amalan harian ngn tafsir quran…. lagipun ada Firman Allah mengatakan “tidak akan menyentuhnya (Quran) kecuali org2 yg bersuci…..jde, apa komen dan pendapat ummi @ faizal??? saya tau ramai ppuan dluar sana msh keliru hukum bg mslh ini…..

  3. Maaf sue, hampir 2 minggu baru dapat dalil2 yang Ummi janji tuk cari buat menyokong pendapat yang pernah ummi kemukakan setelah berbincang ngan Faisal di YM sebelum ini mengenai persoalan ini mungkin di entri yang lain. Apapun sumber2 yang dirujuk ada dilampirkan, semua diperoleh dari Forum ALIF:

    Sekadar perkongsian mengenai persoalan SUE mengenai membaca al-Qur’an Ketika Haid.

    Soalan ini dijawab dalam dua bahagian

    (i) hukum memegang al-Qur’an ketika sedang haid dan
    (ii) hukum membacanya ketika haid.

    Keseluruhan penjelasan ditumpukan kepada wanita yang sedang haid namun termasuk sama dalam kategori ini ialah wanita yang sedang mengalami nifas dan istiadah.

    (i) Hukum memegang al-Qur’an.

    Umumnya terhadap persoalan pertama terdapat dua pendapat, yang pertama mengatakan tidak boleh manakala yang kedua berkata boleh.

    Pendapat yang pertama merujuk kepada firman Allah:
    (al-Qur’an) Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.[1]

    Dan sabda Rasulullah (s.a.w):
    Tidaklah menyentuh al-Qur’an dan tidak juga mushaf melainkan orang yang suci.[2]

    Bagi pendapat kedua pula, mereka berpegang kepada kaedah bahawa seseorang wanita yang sedang haid boleh melakukan semua perkara seperti biasa melainkan wujud dalil yang tepat (qathi) yang melarangnya. Dalam hal ini yang jelas dilarang adalah bersolat, berpuasa, melakukan tawaf dan bersanggama. Adapun hukum memegang al-Qur’an, tidak ada dalil yang tepat yang melarang seseorang yang sedang haid daripada memegangnya.

    Ayat al-Qur’an yang dijadikan rujukan oleh pendapat pertama adalah tidak tepat untuk dijadikan hujah kerana perkataan al-Mutatahharun sebenarnya merujuk kepada para malaikat sebagaimana yang boleh dilihat daripada keseluruhan ayat yang berkaitan:

    Bahawa sesungguhnya itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.[3]

    Berkata Ibnu Abbas (r.a), fii Kitabim-maknun bererti di langit, yakni di al-Lauh al-Mahfuz manakala al-Mutatahharun adalah para malaikat yang suci.[4] Justeru keseluruhan ayat sebenarnya menerangkan tentang kitab al-Qur’an yang sebelum ini tersimpan dalam al-Lauh al-Mahfuz , di sana ia tidak disentuh oleh sesiapa kecuali para malaikat sehinggalah ia diturunkan ke bumi kepada manusia.

    Hadis yang dijadikan dalil melarang adalah juga tidak tepat sandarannya kerana perkataan al-Taharun yang bererti suci adalah satu perkataan yang memiliki banyak erti (lafaz Mushtarak) dan mengikut kaedah Usul Fiqh: Sesuatu perkataan yang memiliki banyak erti tidak boleh dibataskan kepada satu maksud tertentu melainkan wujud petunjuk yang dapat mendokongi pembatasan tersebut.

    Perkataan suci dalam hadis di atas boleh bererti suci dari najis seperti tahi dan air kencing. Boleh juga bererti suci dari hadas besar seperti haid dan junub, dan suci dari hadas kecil yakni seseorang yang dalam keadaan wudhu’. Ia juga boleh bererti suci dari sudut akidah sepertimana firman Allah terhadap orang-orang musyrik:

    Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis.[5]

    Oleh itu seseorang itu perlu mencari maksud sebenar kepada perkataan suci dalam hadis di atas. Salah satu caranya ialah dengan mengkaji keseluruhan hadis di mana ia sebenarnya adalah sepucuk surat yang dihantar oleh Rasulullah (s.a.w) kepada seorang sahabat di Yaman. Di saat itu Yaman adalah sebuah wilayah yang penduduknya masih terdiri daripada campuran orang bukan Islam dan Islam, justeru mungkin sahaja surat tersebut bertujuan melarang al-Qur’an daripada disentuh oleh orang bukan Islam kerana sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis.

    Himpunan antara asal usul hadis dan rujukan al-Qur’an kepada orang musyrik sebagai najis dapat mengarah kepada satu petunjuk yang tepat bahawa erti suci dalam hadis di atas sebenarnya merujuk kepada orang Islam. Justeru keseluruhan hadis sebenarnya melarang orang-orang bukan Islam daripada memegang kitab atau mushaf al-Qur’an.

    Akhirnya jika dianalisa antara dua pendapat di atas, diyakini bahawa yang lebih tepat adalah pendapat kedua yang membolehkan seorang wanita yang sedang haid untuk memegang al-Qur’an. Hal yang sama adalah bagi wanita yang sedang dalam keadaan nifas dan istiadah.

    (ii) Hukum membaca al-Qur’an.

    Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis Rasulullah (s.a.w):

    Seseorang yang dalam keadaan junub atau haid tidak membaca sesuatu apa jua dari al-Qur’an.[6]

    Hadis ini memiliki beberapa jalan periwayatan namun setiap darinya adalah daif. Berkata Imam Nawawi: Adapun hadis Ibnu Umar: “Seseorang yang dalam keadaan junub atau haid tidak membaca sesuatu apa jua dari al-Qur’an” , maka ia diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah, al-Baihaqi dan selainnya. Ia adalah hadis yang daif, didaifkan oleh al-Bukhari, al-Baihaqi dan selainnya. Kedaifan yang terdapat padanya adalah jelas.[7]

    Namun sebahagian ahli fiqh tetap melarang seorang wanita yang sedang haid daripada membaca al-Qur’an kerana diqiyaskan keadaan haid kepada keadaan junub.[8] Namun pematuhan hukum ini tidak dianggap tepat kerana haid dan junub adalah dua keadaan yang jauh berbeza. Junub adalah satu keadaan di mana seseorang itu memiliki pilihan untuk berada dalamnya atau tidak, dan seseorang itu boleh keluar dari keadaan junub pada bila-bila masa melalui mandi wajib atau tayamum. Berbeza halnya dengan haid, ia bermula dan berakhir tanpa pilihan.

    Sebahagian lain melarang atas dasar memelihara kesucian dan keagungan al-Qur’an. Justeru mereka berpendapat tidak boleh membaca (mentilawahkan) al-Qur’an kecuali beberapa perkataan atas dasar zikir dan memperoleh keberkatan.[9] Pendapat ini juga dianggap kurang tepat kerana seseorang muslimah, sama ada dalam keadaan haid atau tidak, tetap dianggap suci dan dihalalkan bagi mereka semua yang dihalalkan melainkan wujudnya dalil yang sahih yang menegah sesuatu perkara seperti solat, puasa, tawaf dan bersanggama. Adapun pensyari‘atan mandi wajib selepas berakhirnya tempoh haid, ia adalah penyucian atas sesuatu yang sedia suci dan bukannya penyucian atas sesuatu yang sebelum itu bersifat najis. Oleh itu tidaklah berkurang sedikitpun kesucian dan keagungan al-Qur’an apabila ia dibaca oleh seseorang muslimah yang sedang dalam keadaan haid.

    Pernah sekali Abu Hurairah (r.a) mengasingkan diri daripada Rasulullah (s.a.w). Beliau balik ke rumah untuk mandi wajib dan kemudian kembali. Rasulullah bertanya kenapakah dilakukan sedemikian, lalu Abu Hurairah menerangkan bahawa tadi beliau sebenarnya dalam keadaan junub. Mendengar itu Rasulullah bersabda:

    Subhanallah ya Abu Hurairah ! Sesungguhnya orang mukmin tidak ia menjadi najis.[10]

    Kata-kata Rasulullah (s.a.w) di atas bersifat umum, menunjukkan bahawa seorang mukmin tidaklah ia sekali-kali akan berada dalam keadaan najis. Termasuk dalam keumuman hadis ini ialah wanita yang sedang haid.

    Akhirnya berkata Imam Ibnu Taimiyah terhadap persoalan ini: Sesungguhnya adalah para wanita mereka mengalami haid di zaman Rasulullah (s.a.w), maka seandainya membaca al-Qur’an adalah diharamkan ke atas mereka (ketika haid) sepertimana solat, pasti baginda Nabi (s.a.w) akan menjelaskannya kepada umatnya. Baginda akan mengajarnya kepada para Ummul Mukminun (para isteri baginda) dan akan dinukil daripada mereka oleh orang ramai. Akan tetapi tidak ada satupun (riwayat) yang melarang yang dinukil daripada Nabi (s.a.w). Oleh itu hal ini tidak boleh dianggap terlarang padahal telah diketahui bahawa baginda tidak melarangnya. Justeru jika baginda tidak melarangnya padahal ramai wanita yang haid di zamannya, maka sesungguhnya ketahuilah bahawa ia sebenarnya adalah tidak haram.[11]

    Oleh itu wanita yang sedang haid dibolehkan membaca al-Qur’an seperti biasa. Demikian juga bagi wanita yang berada dalam keadaan nifas dan istiadah. Kepada Allah kembali segala kebenaran.

    ——————————————————————————–

    [1] Al-Waqiah (56): 79

    [2] Sahih: Hadis daripada ‘Amru bin Hazm (r.a), dikeluarkan oleh Ibnu Hibban, al-Hakim, Baihaqi dan lain-lain melalui beberapa jalan yang setiap darinya memiliki kelemahan. Namun setiap darinya saling menguat antara satu sama lain sehingga dapat diangkat ke taraf sahih, atau setepatnya sahih lighairihi. Lihat semakan Badri Abdul al-Samad dalam al-Ittihafu bitakhrij Ahadith al-Isyraf ‘ala Masail al-Ikhtilaf (Dar al-Buhts, Dubai 1999), jld 1, ms 77-82.

    [3] Al-Waqiah (56): 77-80

    [4] Demikian juga keterangan beberapa sahabat dan tabiin sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir al-Tabari dalam Jamii al-Bayan (Dar al-Fikr, Beirut 1999), riwayat no: 25955 – 25970. Lihat juga al-Mawardi – Al-Nukatu wa al-‘Uyun (Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut tp thn), jld 5, ms 463-464.

    [5] al-Taubah (9): 28.

    [6] Daif: Hadis daripada Abdullah ibnu Umar (r.a), dikeluarkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah, al-Daquthni dan lain-lain. Ia memiliki 3 jalan periwayatan yang semuanya daif. Nasiruddin Albani tidak menjadikannya penguat antara antara satu sama lain manakala Badri Abdul al-Samad berpendapat ia saling menguat sehingga dapat diangkat ke taraf hasan (hasan lighairihi). Lihat Irwa al-Ghaleel fi Takhrij Ahadith Manar al-Sabil (Maktabah al-Islami, Beirut), hadis no: 192 dan al-Ittihafu bitakhrij Ahadith al-Isyraf, jld 1, ms 83-84.

    [7] Majmu’ Syarah al-Muhazzab (Dar Ihia’ al-Turath al-Arabi, Beirut 2001), jld 2, ms 123-125 (Kitab Taharah, Bab Apa yang mewajibkan mandi, Bab Hukum terhadap 3 perkara).

    [8] Lihat Majmu Syarah al-Muhazzab jld 2, ms 267-268 (Kitab Haid, berkata al-Musannif: “Dan dilarang atasnya membaca Qur’an….”).

    [9] Lihat al-Kasani – al-Bada‘i al-Sona‘i (Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut 1982), jld 1, ms 38 (Bab pemasalahan adab-adab wudhu’).

    [10] Sahih: Ringkasan hadis daripada Abu Hurairah (r.a), dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim, lihat al-Lu’ Lu’ wa al-Marjan (Fu‘ad Abdul Baqi; Dar al-Salam, Riyadh 1995) – no: 210.

    [11] Majmu al-Fatawa 26/191 (Dar al-Wafa’, Kaherah 2001), jld 13, ms 104. Lihat juga pembahasan Ibnu Hazm dalam al-Muhalla (Dar Ihia al-Turath al-Arabi, Beirut tp thn), jld 1, ms 78-85 (Masalah no: 116: Membaca al-Qur’an dan bersujud dan menyentuh mushaf).

  4. subhanAllah.. ummi, penulisan ini sangat mantap.. berhujah dengan dalil-dalil yang diyakini.. malah rujukan yang tidak meragukan.. boleh disemak sendiri sekiranya masih dalam keraguan.. satu penulisan yang pasti sangat bermanfaat.. jazakillahu khairan kathira ummi atas kesungguhan untuk membantu.. terima kasih yang tidak terhingga.. moga kita semua dalam berkat dan lindungan rahmatNya senantiasa.. amin.. amin.. amin ya Allah..

    kesimpulannya.. boleh dipegang dan dibaca.. pendapat yang mengatakan tidak boleh itu, menggunakan ayat 79 dalam surah al-waqiah.. yang menjadi persoalannya suci dalam ayat tersebut ditafsirkan dengan bermacam-macam tafsiran.. dan kita lihat tafsir oleh ibnu ‘abbas.. katanya orang yang disucikan itu adalah orang islam.. dan orang islam tidak najis.. jadi.. siapakah yang lebih faqih dalam tafsir daripada ibnu ‘abbas?.. beliau dikurniakan gelaran “Turjuman al-Quran”.. yakni Penterjemah al-Quran.. malah beliau mendapat doa secara langsung daripada baginda..

    ” Ya Allah, berikanlah kepada Ibnu ‘Abbas kefahaman mengenai urusan agama dan ajarkanlah kepadanya mengenai tafsir al-Quran.”

    selain itu.. Fiqh Imam Bukhari mengesahkan tiada hadith yang sahih dan dapat dijadikan hujah melarang perempuan haidh memegang dan membaca AQ (Lihat Fiqh Sunnah, Jilid 1/ Bab hal-hal terlarang bagi orang junub). Siapakah yang lebih tahu mengenai hadith selain al-Bukhari.. kita sendiri tahu kisahnya dalam menganilisa hadith.. sahih bukharinya mengkuti proses yang ketat sebelum sesuatu hadith dapat dimuatkan dalam kitab sahihnya.. dari segi ilmunya, dia mengkaji dengan teliti, dari segi rabbaninya dia menunaikan solat sunat dahulu sebelum memasukkan sesuatu hadith dalam kitabnya.. meminta pertolongan ilahi..

    wAllahua’lam.. insyaAllah boleh ditanyakan kepada ulama’ dan ustaz-ustaz yang lebih faqih untuk menyakinkan amalan.. kerana amalan itu, apabila kita yakin, barulah mudah untuk kita istiqamah.. selagi ia merupakan sekadar ikut-ikutan.. hati tidak ada bersama amalan, selagi itu payah untuk diri tetap terus dengan amalan.. kerana tidak wujud faktor rohani dalam pengamalan..

    moga bermanfaat.. sekiranya ada yang tersalah.. minta diperbetulkan.. kepada Allah lah, kembali segala kebenaran..

  5. Salam…buat ummi dan faizal…. terimakasih diatas kesanggupan ummi mencari bahan2 rujukan tuk permslhan dkt atas….emmm….moga kita sentiasa mendapat ‘petunjuk dan hidayah’ dari-NYA….sebelum kita kembali kepada-NYA… sentiasa ingat kepada-NYA w/pun dalam apa jua keadaan samaada suka dan duka….

    Allah Berfirman ” Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu) Surah Al-Baqarah:152

    lemahnya kita ummat akhir zaman ni….terkesima dan termenung kejap saya mengenang diri sendiri “dimanakah saya akan tergolong???” bila saya menghayati satu artikal nasihat, tentang ‘SOLAT’….masih terlalu lemah saya dlm hal ni, dan saya sedar saya masih dperingkat MERANGKAK….terlalu dhaif…cuma perlu terus mencuba memperbaiki tahap keupayaan ke arah yg lebih baik agar dapat juga kasih sayang dan cinta ALLAH kpd diri ini… jgn mengalah dlm memperbaiki amalan kepada-NYA….

    Firman ALLAH “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Surah Al-baqarah:153

    tetapkan istiqamah dan tingkatkan amalan kebaikkan kepada-NYA…. moga kita dirahmati oleh ALLAH Tuhan Yang Maha Agung Dengan Segala Pujian…ameennn…

  6. 9 GOLONGAN DALAM MENGERJAKAN SOLAT….DIMANAKAH KITA???

    “SOLAT.. Sesuatu yang dituntut dan wajib dilakukan tapi sejauh manakah solat kita memberi kesan kepada akhlak kita?Atau sejauh manakah kesempurnaan solat yang kita lakukan? Jadi, bagi memeriksa semula solat kita maka marilah kita hayati 9 golongan orang yang mengerjakan solat. Golongan manakah kita berada???

    Golongan 1

    Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat Islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

    Golongan 2
    Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

    Golongan 3
    Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta .a, berziarah,bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

    Golongan 4
    Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya.Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

    Golongan 5
    Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

    Golongan 6
    Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

    Golongan 7
    Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia,menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

    Golongan 8
    Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

    Golongan 9
    Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu di jiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

    Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja.Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

    Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi.Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

  7. wa’alaikumussalam..

    segala pujian hanya bagi Allah.. Tuhan yang selayaknya menerima keseluruhan pujian..

    jazakillahu khairan kathira atas perkongsian dan tazkirah.. sungguh, masih banyak yang perlu dibaiki.. terutamanya solat yang mana merupakan tiang agama.. mana mungkin tiang yang rapuh mampu memegang bangunan dengan utuh.. kita fikirkan sama-sama.. firmanNya..

    “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

    (Surah al-‘Ankabut [29]:45)

    hadith baginda..

    “Bagaimana pendapat kalian seandainya ada sungai di depan pintu rumah kalian, dan ia mandi di sana lima kali sehari. Adakah akan tersisa kotorannya?” Mereka menjawab, “Tidak ada sisa kotoran sedikitpun”. Baginda berkata, “Itulah perumpamaan solat lima waktu, dengannya Allah menghapus dosa-dosa.”

    (Muttafaqun ‘alaih)

    sabdanya lagi..

    “Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama.”

    (Hadis riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)

    sama-sama kita muhasabah diri.. sama ada kita benar-benar telah melaksana apa yang diperintahkanNya kepada kita..

    peringatan untuk diri sendiri yang masih lalai dan leka..

    semoga kita semua sentiasa diberikan petunjuk dan hidayah dariNya.. amin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s