Berjuang..

Pejuang

berjuang itu jalan nabi..
berjuang itu penuh erti..
berjuang itu menahan diri..
berjuang itu jalan yang pasti..

berjuang itu luas erti..
berjuang itu juga dengan diri..
berjuang itu tidak pernah henti..
berjuang itu hingga mati..

berjuang itu memang payah..
berjuang itu adalah mujahadah..
berjuang itu tak pernah mudah..
berjuang itu tiada pelangi indah..

berjuang itu cara rasulullah..
berjuang itu mahar syurga nan indah..
berjuang itu tidak ada kalah..
berjuang itu akhirnya Allah..

berjuang itu bukan untuk yang lemah..
berjuang itu menuntut jiwa yang tabah..
berjuang itu tidak sekali-kali pernah murah..
berjuang itu bukan cintakan dunia mewah..

3 comments
  1. rama said:

    jika hidup tak mempunyai rasa ingin hidup apakah itu sudah dikatakan sebuah perjuangan yang panjang?..

  2. egi said:

    tanamkan dalam hati semangat berjuang seperti sinar matahari yang tak pernah lelah menyinari bumi, sekecil apapun perjuangan itu, meski harus diri sendiri yang di hadapi…

  3. FaisaL said:

    soalan yang diajukan oleh rama kurang difahami.. harap dapat diperjelaskan.. insyaAllah..

    walau apa pun.. ingin dikongsikan sedikit, mana yang termampu, insyaAllah..

    mu’min itu hidupnya hanya untuk Allah.. maka dia tiada hak menentukan hidup matinya.. ajal itu di tangan Allah.. dia tiada hak untuk mengatakan dia tidak mahu hidup.. malah di dalam islam membunuh diri itu dilarang sama sekali.. moga bersabar atas apa sekali musibah yang menimpa..

    berjuang menentang hawa nafsu adalah perkara besar dalam hidup seorang mu’min.. andai kata ia tiada dalam hidup seorang mu’min nescaya hancurlah hidupnya oleh kerana dia mengikut hawa nafsu yang membawanya menuju ke neraka..

    perjuangan dengan hawa nafsu adala perjuangan yang takkan berhenti selagi mana belum tibanya hari kiamat.. ia akan terus berlangsung.. manusia itu terikat dengan dua tarikan.. tarikan keimanan dan tarikan syaitan.. ia akan terus ditarik dari kedua-dua belah ikatan.. adakalanya kita lebih berat ke arah keimanan dan adakalanya kita tersungkur ke lembah maksiat.. itulah kehidupan manusia.. ibarat permainan tarik tali.. sebentar ke satu belah, sebentar ke sebelah yang lain.. oleh sebab itu kita perlu untuk senantiasa diperingati dan memperingati seperti mana yang banyak dianjurkan dalam al-Quran sendiri.. kerana dengan memperingati itulah baru hati ini kembali ingat dan tertarik kepada tarikan keimanan.. dan kerana meninggalkan peringatan itu jugalah banyak kaum sebelum kita telah dibinasakan.. adakah kita hendak jadi seperti mereka?.. adakah semua kisah yang diceritakan di dalam al-Quran hanya cerita kisah silam tanpa ada apa yang perlu kita ambil sesuatu darinya?.. apakah bezanya kisah-kisah tersebut dengan dongeng penglipur lara?.. renungilah firmanNya..

    “Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.”

    (Surah Yusuf [12]:111)

    perjuangan menentang nafsu itu adalah perjangan yang mulia.. dan ianya suatu perkara yang besar.. sehingga ia merupakan salah satu ciri-ciri individu muslim yang digariskan oleh al-imam Hasan al-Banna dalam 10 muwasafat individu muslim.. hal ini adalah kerana, sekiranya seseorang itu tidak dapat mengawal hawa nafsunya.. maka sedialah untuk melihat kehancuran pada dirinya.. kerana seperti mana yang kita tahu.. hanay terdapat dua jalan dalam hidup ini.. satu bersandarkan kepada wahyu.. dan satu lagi bersandar kepada nafsu.. dan kita juga ketahui pengakhiran yang dituju oelh kedua-duanya.. wahyu membawa kepada syurga.. dan nafsu membimbing ke neraka.. maka pilihlah arah mana yang kita ingin tuju..

    moga bermanfaat..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: