Kuiz sirah MISSA..

Buat julung-julung kalinya, MISSA ingin mengajak seluruh warga Adelaide untuk turut serta dalam pertandingan “Kuiz Sirah Online” yang dianjurkan sempena dengan peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Poster Kuiz Sirah MISSA..

Syarat – Syarat Pertandingan:

1) Penyertaan terbuka kepada semua warga Adelaide

2) Penyertaan dibuka bermula dari pukul 7 malam, 12 Ogos 2007 (sabtu) hingga ke 9 malam, 15 Ogos 2007 (Rabu)

3) Seramai 14 pemenang yang terdiri daripada 7 orang peserta lelaki dan 7 orang peserta perempuan akan dipilih untuk memasuki peringkat akhir kuiz seerah yang akan diadakan pada 18 Ogos 2007 (butir-butir lanjut akan diberitahu kepada pemenang kelak)

4) Semua penyertaan/jawapan perlulah diemailkan kepada missa.org@gmail.com. Penyertaan adalah individual basis, bukan berkumpulan.Peserta diminta sertakan nama, email, no. telefon. Jawapan boleh dihantar cara :

a) Menggunakan program ‘notepad’ dan di’attach’kan kepada emel, ATAU
b) Menggunakan email secara langsung.


Contoh Soalan

1. Siapakah nama rasul terakhir?

a) Nabi Musa
b) Nabi Yunus
c) Nabi Muhamad
d) Nabi Ismail

2. Apakah peperangan yang mengorbankan Mus’ab b Umair?

………………………………..

Contoh Jawapan yang perlu dihantar kepada panel (tidak perlu mengulang soalan) : 1) C
2) Peperangan Uhud
5) AJK MISSA adalah dilarang daripada menyertai kuiz ini.
 
6) Menjadi hak penaja (MISSA) untuk menyiarkan nama pemenang di website MISSA.

7) Pemenang dipilih melalui ketepatan jawapan dan ketangkasan menghantar jawapan, CEPAT dan TEPAT

8) Sebanyak 2 hadiah utama setiap satu untuk peserta lelaki dan perempuan berupa buku seerah ‘Raheeq Makhtum‘ bernilai RM 60.00 dan 10 hadiah saguhati akan disediakan oleh pihak penganjur. Pihak penganjur berhak menukar hadiah tersebut dengan yang senilai dengannya tanpa notis.

9) Pemenang akan diumumkan di website MISSA pada 22 hb Ogos 2007 (Rabu) dan penyampaian hadiah akan dibuat pada 24 hb Ogos 2007 bersempena “Bacaan Yassin dan Forum Kemerdekaan MISSA” bertempat di Eclipse Room, Union Building, University of Adelaide.

10) Keputusan panel adalah muktamad.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: