ilmu hanya untuk aku?..

aku adalah aku..
dan dirimu adalah dirimu..
permasalahan aku bukan untuk dirimu..
bukan semua mahu membantu..
maka aku dengan duniaku..
dan dirimu punya duniamu..
tapi bila dirimu datang kepadaku..
aku sedia membantu..
aku bukan seperti dakwamu..
kerana aku faham erti berpadu..
aku bukan hanya aku..
aku dalam umat yang satu..
maka aku bukan hanya untuk aku..
tapi aku adalah untuk umatku..
ilmuku ilmu umatku..
bukan hanya aku..
dirimu sepatutnya juga begitu..
ilmu itu bukan disimpan kaku..
bukan hanya dikalbu dan membeku..
tapi ia mengalir seperti air ke laut biru..
aku bukan mengadu..
aku bukan meminta darimu..
tapi aku cuba menasihatimu..
malah ingin membantu..
biarlah apa sekali balasanmu..
aku pasti itu bukan niatmu..
apakah perbandingan ‘abid dengan orang berilmu?..
adakah tingginya ‘alim kerana ilmu?..
itu mungkin satu..
tetapi ditinggikan lagi darjatnya kerana memberitahu..
kebaikannya umpama seribu..
tapi ‘abid hanya satu..
biarlah apa sekali kata-katamu..
seperti rasulullah berdepan dengan orang yang buntu..
tidak baginda memarahinya kerana tidak sopan ketika itu..
sesungguhnya sabar yang dituntut di situ..
yakni pada saat dan ketika itu..
dirimu kadang bukan seperti dirimu..
maka aku faham mengapa kau begitu..
moga dipermudahkan selalu..
berilmu untuk memberi ilmu..
barulah islam kan maju..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: