Kita tahu tapi kita tidak ambil tahu..

surah-surah dalam juz ‘amma hanya memfokuskan dua perkara.. yakni aqidah dan kiamat.. kerana surah-surah dalam juz ‘amma kebanyakkannya adalah surah-surah makkiyah.. yakni surah-surah yang diturunkan sebelum penghijrahan rasulullah ke madinatun munawwarah.. ayat-ayat dalam surah-surah makkiyah ini pendek.. tapi tajam.. syed qutb menggambarkannya seperti pukulan bertalu-talu.. kerana ketajaman ayat-ayat surah-surah ini.. para sahabat semuanya menjadi orang yang sangat hebat kerana mereka memahami ayat-ayat ini dengan penuh makna dan hayati setiap ayat-ayat tersebut.. tapi kita?.. apa yang kita ambil dari ayat-ayat ini?.. kita sekadar tahu tapi tidak ambil tahu..

seorang sahabat nabi, mus’ab bin umair.. sebelum islamnya beliau.. beliau merupakan orang yang digila-gilakan oleh wanita-wanita arab.. pakaiannya sutera-sutera mahal.. wangiannya dapat dihidu dari jauh.. kehebatannya membuatkan sahabat lain menangis mengingatkan kisah mus’ab bin umair sebelum dan selepas keislamannya.. betapa berbezanya beliau setelah memeluk islam.. sehinggakan syahidnya mus’ab bin umair dan hendak dikafankan tidak cukup kain kafan.. ditutup kepalanya terkeluar pula kakinya, ditutup kakinya terkeluar pula kepalanya.. subhanAllah.. sangat berbeza kehidupan mus’ab bin umair sebelum dan selepas islam berada di hatinya.. tapi kenapa begitu sekali?.. sebabnya.. mus’ab bin umair faham ayat-ayat begini.. fahamnya adalah dengan kefahaman yang sangat mantap.. sehingga mengubah dirinya.. ayat-ayat sebegini sepatutnya memang mengubah diri seseorang.. mampu mengubah apa sahaja bentuk manusia.. kita ambil contoh sekumpulan sahabat baik yang kematian rakannya.. kalau dilihat selepas kematian seorang sahabat daripada kalangan mereka, pasti yang lain akan berubah menjadi baik.. alhamdulillah… cuma harapnya berkekalan.. kerana kematian sememangnya ditakuti oleh manusia semua.. begitu juga hari kebangkitan.. adakah kita hendak menjadi seperti fir’aun yang ditunjukkan kepadanya kebenaran lalu ia menetang.. jika begitu, maka tunggulah azab seksa dari Allah, sesungguhnya azab seksa Allah itu tidak terbayang peritnya..

dalam surah an-Nazi’at.. ayat 15-26.. Allah menggunakan satu lagi kaedah penyampaian kepada manusia.. setiap suatu fikrah yang hendak dibawa pasti ada pelbagai jalan menyampaikannya.. contohnya kita mahu mengajar anak kita mengenai membasuh tangan sebelum makan.. pasti kita tidak akan hanya memberitahu, sebelum makan perlu basuh tangan kerana itu ini dan itu dan ini.. pasti ada pelbagai cara.. seperti menjadi contoh.. menegur… memperingati.. menyediakan air.. dan pelbagai lagi.. begitu juga dalam isu ini.. kalau dalam surah an-Naba’, Allah menggunakan pendekatan seperti seorang ayah yang ingin mengajar anaknya akan kepentingan pergi ke sekolah.. ayahnya menceritakan jasa-jasa dia membeli beg, kasut, baju, menyiapkan segalanya.. kemudian memberi gambaran akibat-akibat orang yang tidak ke sekolah dan juga perkara-perkara yang diperolehi untuk orang-orang yang hadir ke sekolah.. lalu disuruh untuk memilih agar tidak menyesal.. di sini juga perkara yang sama.. cuma kali ini.. bezanya ialah digunakan contoh orang lain dalam situasi ini.. contoh harian kita, kita cakap, “nak jadi macam si fulan ke? terpaksa duduk merempat di tepi jalan.”.. dalam surah ini pula Allah mengambil kisah fir’aun untuk dijadikan pengajaran buat kita..

kisah nabi musa adalah kisah yang paling banyak dan terperinci dalam al-Quran.. dan ini hanya sebahagian dari kisah nabi musa dengan fir’aun.. Allah memulakan dengan soalan.. untuk menarik perhatian rasulullah.. agar telinga dan jiwa lebih bersedia mendengar kisah tersebut..’

“Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?”

(Surah an-Nazi’at [79]:15)

kemudian diceritakan..

“Ketika dia diseru oleh Tuhannya di “Wadi Tuwa” yang suci, (Lalu diperintahkan kepadanya): Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya).”

(Surah an-Nazi’at [79]:16-17)

melampaui batas merupakan sesuatu yang tidak patut bagi seorang hamba.. ini bukan melampaui batas biasa.. ini tahap sangat berat.. malah paling berat.. sehingga mengaku tuhan.. siapa dia untuk mengaku tuhan.. Allah amat benci akan keterlampauan batasan yang dilakukan oleh fir’aun.. dan di sini Allah telah melantik nabi musa untuk menghentikan kejatahan fir’aun ini.. ini satu tugas berat.. sangat berat.. terlampau berat untuk dipikul.. kita perlu berada dalam keadaan nabi musa, baru kita dapat bayangkan betapa beratnya tugas ini.. nabi musa ketika itu sedang bermusuhan dengan fir’aun.. nabi musa sedang dalam pelarian.. ingat lagi kita pada kisah nabi musa terbunuh seseorang dengan tidak sengaja?.. ada pelbagai versi, ada yang kata nabi menumbuknya, ada yang kata nabi membaling batu.. apa sekali pun caranya, yang penting ada seorang terbunuh.. tetapi peristiwa itu dirahsiakan oleh orang yang nabi bantu itu.. yakni dari bani israel juga.. yang terbunuh adalah kaum qibti.. tapi setelah beberapa lama perkara tersebut hanya diketahui oleh dua orang ini, yakni nabi dan orang yang nabi bantu itu.. suatu hari perkara yang sama berlaku lagi.. yakni orang yang dibantu ini dalam pergaduhan.. dan ketika nabi musa hendak meleraikan pergaduahan itu seperti sebelumnya, orang dari bani israel itu sendiri berkata, “adakah engkau jadi seperti kejadian itu lagi.”.. sejak itu nabi musa terus diburu.. sangat berat tugas ini.. ditambahkan lagi dengan nabi musa yang tidak berapa petah berbicara.. yang mana kita boleh baca kisahnya mengenai nabi musa berdoa agar harun bersamanya.. agar dapat membantu nabi menunaikan tugasnya.. sangat berat jika kita benar-benar faham bagaimana keadaan nabi ketika itu.. sudah lama dalam pelarian.. yang mana bermula dari mesir.. lari.. kemudian kahwin.. sudah lebih kurang 10 tahun dalam pelarian, lalu diseru untuk pergi kepada fir’aun.. yang mana selama ini dia melarikan diri dari fir’aun itu… berat sungguh…

tapi apakah yang Allah tuntut dari peristiwa ini?.. Allah takkan bagi kita tugas atau tanggungjawab atau ujian… sekiranya kita tidak mampu… kalau kita tidak buat, itu adalah disebabkan kita yang tidak mahu melakukannya, bukan kita tidak mampu melakukannya… ingatlah balasan yang kita dapat layak dengan apa yang kita buat… yang Allah tuntut dalam peristiwa ini ialah keta’atan.. Allah tidak akan berikan beban untuk dipikul sekiranya manusia itu belum bersedia.. Allah pikulkan beban itu kepada kita bermakna kita sudah sedia untuk itu…bandingkan beban kita dengan nabi musa.. sangat jauh.. jauh sekali… berkata yang benar di hadapan pembesar yang sangat besar kuasanya ketika itu, sehingga seluruhnya terpaksa akur dengan fir’aun yang menganggap dirinya tuhan… satu beban yang teramat berat… tetapi manusia ini dimuliakan kerana amanah yang ditunaikan…ambil contoh bani israel…mereka diamanahkan untuk menjaga setiap nabi yang diutuskan dalam kaum mereka.. tetapi apa yang berlaku?… setiap yang datang mereka bunuh nabi tersebut… bani israel sehingga hari ini dihina di dunia dan di akhirat… sebab mereka mengkhianati amanah yang diberikan?… dan sekarang… kita buat refleksi kendiri… apa hebatnya kita untuk mengatakan ini tidak akan berlaku kepada kita?… apa lebihnya kita nak kata kita takkan buat semua ini?… maka sentiasalah memohon petunjuk dan panduan dari Allah… kemudian Allah ajarkan apa yang hendak dicakapkan kepada fir’aun…

“Serta katakanlah kepadanya: Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)? Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?”

(Surah an-Nazi’at [79]:18-19)

Allah suruh tanya fir’aun, mahukah dia menyucikan diri.. nak beritahu bahawa, untuk menerima islam perlu hati yang bersih.. nak suruh fir’aun dengar ayat Allah dengan hati yang bersih.. kemudian dibentangkan persoalan.. yakni jalan mengenal Allah.. agar takut melanggar perintah Allah.. hidup kita ini ibarat burung.. ada dua sayap.. sebelah sayap “khauf” yakni takut.. sebelah lagi ” raja’ ” yakni pengharapan.. dan di tengah-tengah terdapat cinta.. barulah hidup ini benar-benar akan ikut apa yang islam ajarkan.. kerana takutnya akan azab Allah, dan mengharapkan balasan baik dari Allah.. serta rasa cinta kepada al-Khaliq.. lalu disambung kisahnya sehingga habis kisah ini..

“(Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: Mukjizat yang besar. Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah); Kemudian dia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa). Lalu dia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru; Dengan berkata: Akulah tuhan kamu, yang tertinggi. Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya).”

(Surah an-Nazi’at [79]:20-26)

kita lihat ayat ke-25.. Allah mendahulukan hukuman akhirat sebelum hukuman dunia.. sebab.. hukuman akhirat itu jauh lebih dahsyat.. jauh lebih terseksa.. jauh lebih perit.. lebih kekal.. itu hukum yang sebenar.. hukuman yang hakiki.. kepada pelampau batasan dan pelaku maksiat.. kalau hukuman di dunia sahaja sudah keras dan mengerikan.. apatah lagi hukuman akhirat yang jauh lebih hebat..sangat jauh perbandingan dahsyatnya hukuman dunia dengan hukuman akhirat.. dan akhirnya untuk menutup kisah ini.. diberitahu kepada kita semua.. hanya orang yang takut kepada Allah yang akan mengambil iktibar dari kisah ini.. orang yang kenal dengan Allah akan terasa tersentak dengan kisah ini.. hanya orang yang hatinya memahami apa yang disampaikan dalam kisah ini.. orang yang dalam dirinya ada taqwa akan berubah dengan kisah ini.. soal akhirat adalah perkara mudah.. kita dikhabarkan pelbagai pemandangan dan kesudahan hari kebangkitan.. hari kiamat tersebut.. tapi susah untuk masuk ke dalam hati.. sebagaimana para sahabat memasukkan kiamat di dalam kehidupan.. sebabnya kita ini fikir menggunakan akal.. tidak menggunakan wahyu.. kita tidak mendalami dengan hati.. kita ini umpama budak tadika.. asal seorang budak tadika adalah dari rumah.. dan asal kita adalah dari syurga.. tapi bila sudah ke tadika.. budak ini tidak mahu balik semula ke rumah.. sebab di tadika sudah ada macam-macam yang indah buatnya.. kawan-kawan.. permainan.. guru.. makanan.. segalanya.. suruhlah emak bagitau macam-macam.. kata dirumah ada kasih sayang.. di rumah ada ikatan kekeluargaan.. di rumah ada abang dan akak.. tapi kalau budak ini nampak permainan di tadika lebih menyeronokkan, sukar untuk dia balik ke rumah.. tadika tu sementara sahaja.. tidak ada apa pun pada tadika.. setelah kawan-kawan lain balik.. baru kita nak sedar.. tadika tidak ada apa sebenarnya.. jadi.. asal kita di syurga.. dunia ini sementara.. pilihlah jalan yang betul.. insyaAllah bahagia dunia akhirat..

peringatan ini untuk diri sendiri dan yang lainnya.. moga saling memperingati.. insyaAllah..

wassalamu’alaikum..

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: