kehidupan dan kematian..

setiap hidupan..
telah menempah tiket satu haluan..
tiket yang membawa kita berjumpa Tuhan..
pintunya kematian..
tarikhnya bukan dalam pengetahuan..
masanya telah ditentukan..
bekalan ialah apa yang diamalkan..
tiada berteman..
tiada berpasangan..
menuju ke sana hanya ada dua balasan..
kita hanya menunggu giliran..
apabila dipanggil tiada lagi alasan..
setibanya di persinggahan..
dalam kubur kita dipertanyakan..
apa yang telah diamalkan..
ketika itu juga kita diberi balasan..
kelak di hari perjumpaan..
seluruhnya dikumpulkan..
setiap satu akan dipertimbangkan..
maka tatkala itulah hanya ada dua balasan..
hanya satu antara dua pilihan..
tiada siapa berada di pertengahan..
semuanya akan dineracakan..
segalanya akan diperlihatkan..
tiada yang ketinggalan..
setiap inci pergerakan akan dipersoalkan..
kelak ada yang menyesal tiada kesudahan..
dan ada yang gembira tiada pengakhiran..
sekarang, buatlah pilihan..
kerana tiada yang tahu bilakah panggilan..
moga terus menyiapkan bekalan..
agar di sana tidak berdarah mata dengan tangisan..
ini sebagai peringatan..
buat diri ini yang bergelar insan..
bukan sekadar pada lisan..
moga terjelma dalam amalan..
agar kelak mizan berat di sebelah kanan..
agar buku amalan diterima pada tangan kanan..
lalu titian sirat bukanlah separuh jalan..
terus hingga ke pengakhiran..
dan menikmati kepuasan..
yang mana tiada penghujung ditetapkan..

6 comments
  1. syphoon said:

    gila pesal… mantap la ang.. suspect aku.. x sangka ang pandai bermadah pujangga…

  2. FaisaL said:

    alhamdulillah.. moga terus dalam jalanNya..

  3. zulina said:

    Alhamdulilah, a nice work. Love it! Syukran

  4. FaisaL said:

    alhamdulillah.. moga ia bukan sekadar penulisan, tetapi terus menjadi peringatan dan disimpan dalam ingatan.. insyaAllah.. ‘afwan.

  5. iz's said:

    semoga kita saling meningati antara satu sama lain……………..

  6. FaisaL said:

    amin.. insyaAllah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: