ilmu itu pada hati..

al ilmu fis sudur.. laisa fis sutur.. ilmu itu letaknya pada hati-hati.. bukan pada garisan-garisan.. yakni pada buku-buku.. berapa banyak kita lihat sindrom pelajar hari ini (termasuk diri sendiri) sering belajar untuk peperiksaan.. akhirnya, setelah tamat peperiksaan.. segala yang dipelajari dilupakan terus.. sayang sekali..

dalam mendapatkan ilmu di dada.. untuk ilmu itu tersemat di dalam jiwa.. supaya ilmu itu duduknya pada hati.. kita harus ada kombinasi buku dan guru.. tidak cukup sekadar buku semata-mata.. kerana takut apa yang kita fahami bukanlah apa yang orang lain yang lebih ‘arif fahami.. lalu kesannya memudaratkan kita sendiri malah orang ramai juga boleh terpengaruh dengan fahaman kita yang salah itu.. ambil contoh mudah.. kita sedang sakit.. dan perlukan pembedahan segera.. lalu datang seorang pelajar perubatan kepada kita.. dia menawarkan diri untuk membedah kita.. namun dia tidak ada sebarang sijil.. dia tidak pernah berguru seperti mana orang lain berguru.. yakni melihat dan melakukan sendiri pembedahan di hadapan doktor-doktor pakar.. katanya, “saya telah menghabiskan banyak buku perubatan, saya yakin dengan kebolehan saya.”.. agaknya, adakah kita akan merisikokan nyawa kita dengan memberi kebenaran untuk dia membedah kita?.. tentu sahaja tidak.. siapa tahu dia faham atau tidak apa yang dia baca.. siapa yang boleh jamin dia tahu jantung berada di mana?.. nanti lain pula jadinya, kita sakit jantung dibedahnya perut..

samalah kita dalam menuntut ilmu.. tidak cukup sekadar buku.. menuntut ilmu perlukan guru.. perlukan pembimbing.. dan tidak cukup untuk satu guru sekiranya kita hendak benar-benar faham apa yang kita pelajari.. kita boleh lihat ulama’-ulama’ terdahulu seperti imam-imam besar kita.. mereka sanggup berjalan jauh dari kampung halaman semata-mata mencari ilmu.. merantaunya mereka bukan macam kita.. kita pergi bulan februari.. akhir tahun bulan disember dah balik rumah semula.. mereka meninggalkan keluarga untuk jangka waktu yang lama.. pengorbanan mereka bukan sebarangan.. semuanya demi islam.. untuk kebaikan ummah.. niat mereka hanya satu, lillahita’ala.. mereka yakin, siapa yang menuntut ilmu akan dipermudahkan oleh Allah.. akan disenangkan jalan mereka ke syurga.. seperti mana sabda Rasulullahi sallallahu ‘alaihi wasalam..

“Barang siapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju syurga.”

(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

ilmu perlu dituntut dari guru atau orang yang lebih ‘arif.. kerana takut apa yang kita belajar dari buku semata-mata disalah ertikan.. atau kita salah memahami sesuatu konsep.. lebih teruk lagi apabila kita berpegang teguh dengan ilmu yang salah dan tidak berlapang dada menerima teguran atau ilmu baru.. na’uzubillhi min zalik.. sebagai pelajar kita harus berlapang dada menerima teguran dan ilmu baru.. dengan cara itu barulah ilmu kita semakin meningkat insyaAllah.. kita harus menyemak ilmu kita dengan rakan-rakan, dengan orang-orang yang lebih ‘arif, dengan guru-guru, dengan pendapat alim ulama’.. kita harus berguru dengan seramai orang yang mungkin.. agar apa yang kita pelajari adalah yang benar.. yang haq.. yang tepat.. tidak menyeleweng.. tidak tersimpang.. ada dua kisah daripada imam Adelaide City Mosque..

 pertama.. kisah ini disampaikan oleh anak muridnya kepada dia.. kata anak muridnya.. dia baru tiba di satu kawasan.. lalu berhenti untuk menunaikan solat di sebuah masjid.. apabila dia masuk ke dalam masjid itu.. terkejut dia melihatkan semua jema’ah di situ memakai rantai yang hujungnya ada pisau.. dan berlainan saiz.. dilihatnya imam tersebut mempunyai pisau yang besar sekali.. dan tidak cukup itu untuk membuatkan dia terkejut.. satu perkara lagi terlihat pada matanya.. iaitu.. di dalam poket jubah baju mereka terdapat tikus.. semakin pelik dibuatnya.. setelah selesai solat.. dia mendatangi imam tersebut.. lalu melahirkan perasaannya kepada imam tersebut.. dia bertanya mengapa semua yang datang memakai rantai berpisau dan membawa tikus di dalam poket.. imam tersebut dengan nada terkejut berkata.. “apakah kau tidak tahu akan hadith rasulullah?”.. makin terkejutlah si anak murid imam ini tadi.. jawabnya.. “hadith rasulullah? hadith yang mana? tidak pernah saya dengar..”.. imam tersebut menjawab.. “Ya Allah, anda tidak baca sohih bukhari? rasulullah menyuruh kita datang ke masjid dengan pisau dan tikus..” anak murid imam Adelaide City Mosque ini menjawab dengan perasaan yang sangat terkejut, “apa? tidak mungkin, hadith yang mana ini?”.. lalu imam tersebut menunjukkan kepadanya.. barulah dia tahu apakah permasalahan mereka.. mereka tersalah meletakkan baris.. sakinah dibaca sikkinah.. sakinah ertinya kedamaian dan ketenteraman.. manakala sikkinah pula ertinya pisau.. hal yang sama berlaku mengenai tikus itu.. inilah yang dikatakan belajar tanpa berguru.. hanya berpandukan satu buku kita mentafsir segalanya dengan itu.. tahukah kita para penulis buku-buku hebat seperti sohih bukhari merantau dan melalui pelbagai peringkat dalam membukukan semua penulisan mereka.. kita yang tidak berguru dan membaca beberapa buku terus menerus sahaja membuat kesimpulan.. adalah sangat tidak wajar bagi kita..

kisah kedua.. diceritakan dari anak muridnya juga.. mungkin anak murid yang berbeza mungkin juga tidak.. kisahnya mengenai seorang imam.. setelah hampir semua mengebumikan jenazah.. setelah semua orang beredar dalam kesedihan.. dia tiba-tiba mengambil sebaldi yogurt.. lalu disiramnya ke kubur tersebut.. dengan penuh rasa hairan, anak murid imam Adelaide City Mosque itu melihat perbuatan imam tadi.. kemudian dia mendatangi imam tersebut lalu bertanya.. situasi yang sama berlaku seperti kisah pertama.. dia mempersoalkan anak murid itu adakah dia tidak pernah dengar hadith nabi mengenai itu.. anak murid itu menafikan adanya hadith sebegitu.. lalu ditunjukkan kepadanya.. maka ketahuilah anak murid itu, imam tersebut salah meletakkan baris kepada hadith tersebut.. labina dibaca labana.. labina batu-bata.. yakni batu nisan.. labana ialah susu masam.. yogurt.. tapi kerana rasa yakin dan tidak pernah hendak berguru lagi.. tidak berbincang dengan yang lebih ‘alim.. maka inilah kesannya.. fahaman yang salah dipegang.. dan seperti dalam kisah pertama, boleh menyesatkan orang awam.. bahaya..

oleh sebab itu.. dalam soal agama.. kita harus berpegang dengan sumber yang benar-benar rajih.. jelas.. nyata.. dan terang.. tidak ada samar-samar dan kekeliruan.. malah sudah dipastikan oleh ramai para ulama’.. ini isu agama.. isu pegangan cara hidup.. bukan perkara kecil.. maka berusahalah dengan bersungguh-sungguh mencari yang haq.. kata imam Adelaide City Mosque tersebut.. rasulullah pernah mendatangi umar al khattab.. dipegangnya pangkal lengan umar.. lalu digoncangnya umar.. lalu dinasihatinya umar.. yang mafhumnya lebih kurang begini.. “Ya Umar!, agamamu ialah agamamu, pastikan dari mana kamu mengambilnya.”.. kita lihat di sini.. yang berkata siapa?.. Rasulullah.. yang menerima kata-kata itu siapa?.. umar al-khattab.. khalifah islam.. orang yang hebat.. manusia yang mempunyai iman yang jauh lebih tinggi dari kita.. jauh sekali.. tapi apakah nasihat rasulullah kepadanya?.. jaga-jaga akan sumber kita mendapatkan ilmu itu.. jadi.. siapakah kita untuk bersambil lewa menuntut ilmu?.. lebih-lebih lagi dalam hal agama.. dalam isu cara hidup kita.. dalam bab islam itu sendiri..

makanya.. ilmu itu amatlah penting.. malahan adalah wajib seperti mana dalam hadith rasulullah.. dari Anas bin Malik radhiAllahu ‘anhu, Rasulullahu shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Menuntut ilmu wajib bagi setiap Muslim”

(Hadith riwayat Ahmad dengan sanad Hasan)

selain itu, Allah juga ada berfirman dalam al-Quran mengenai darjat orang yang berilmu.. yakni ditinggikan darjatnya.. firmanNya..

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.”

(Surah al-Mujadilah [58]:11)

oleh itu.. marilah kita menuntu ilmu.. dengan niat yang betul.. dengan cara yang betul.. insyaAllah..

moga bermanfaat.. kalau ada yang salah minta diperbetulkan.. insyaAllah..

jazakumullahu khairan kathira..

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: