Dalam mencari..

dalam mencari..
pasti banyak yang ditempuhi..
tiap satu ada pahit manisnya sendiri..
tapi apa yang pasti..
bukanlah semuanya harus dibiarkan pergi..

dalam mencari..
perlukan teman di sisi..
tiap satu ada kelebihan diri..
tapi apa yang pasti..
bukanlah semuanya harus diikuti..

dalam mencari..
ada berbagai onak dan duri..
tidak satu pun harus ditakuti..
malah diharungi dengan ketabahan hati..
kerna kita punya ilahi rabbi..

dalam mencari..
kadang sukar menemui..
tapi tidak pernah putus asa lagi..
sebab kita punya ukhwah di sisi..
penerus semangat yang bertali-tali..

dalam mencari..
kadang tersungkur di tepi..
tapi kita tak dibiarkan sendiri..
kerana kita punya sahabat sejati..
yang sabar dalam berbakti..

dalam mencari..
ada arus rendah dan tinggi..
jatuh rebah serendah bumi..
tetap akan berdiri..
pandang terus ke langit tinggi..

dalam mencari..
kita punya pendorong tersendiri..
doa mereka sentiasa di sisi..
maka doakanlah mereka kembali..
moga itu bekalan mereka bertemu ilahi..

dalam mencari..
banyak yang ditemui..
hingga terkeliru batasan hakiki..
tapi kita punya peninggalan nabi..
tidak akan sesat hingga akhir nanti..

dalam mencari..
banyak panahan yang dihujani..
tapi kita punya pendinding iman di hati..
menjadikan syaitan kecewa sendiri..
kerana kita begitu sukar didekati..

dalam mencari..
ada nafsu dalam diri..
dan ada dua jalan diberi..
satu kejayaan hakiki..
satu lagi memusnahkan diri..
terpulanglah kepada diri sendiri..

Advertisements

2 thoughts on “Dalam mencari..

  1. dlm mencari…
    manisnya bukan pada akhirnya,
    nilainya pada sabar,
    dan tabahnya mengharung onak duri
    kejayaan akhir itu..
    sekadar tanda jauhnya perjalanan lalu..
    kuat teruslah AKU..

    nice work! keep it up.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s