Buatmu ibu..

Ibu.. bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu..

Ibu.. kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu.. kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan..
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

2 comments
  1. Hudaa Mardhiyah KZ said:

    Assalamualaikum along,

    ini akak, akak nak tanya ni memang nasyid ke…tak pernah dengar pun. Akak ada satu nasyid yang akak tengah suka sekarang ni…ummi kata dah lama dah nasyid ni, mestilah Along tau, ye ke Along?

    Tajuk dia intifada, ada pertandingan nasyid kat sekolah akak masa tu. Ada orang darjah 5, dia nyanyi nasyid ni. Along ada lirik dia tak..dia macam ni

    Merdu lafaz syahdu,
    Jiwa pun merindu,
    Merakam rasa kalbu,
    Gemersiknya lagu,
    Angin kota cahaya,
    Bertiup berarak,
    Kencang meredah maya,
    Hanya untuk Dia,

    Bangkit segar seirama,
    Meluruskan rentak safnya,
    Riuh rendah basah lidah,
    Kalam wahyu mewangi di taman,

    Oh…semerbak harum bingkisan annur,
    Berterbangan tinggi ke intifada,
    Oh merentas misi risalah suci,
    Mewangikan taman yang dicemari,

    Gema siang malam,
    Alunan suara,
    Burung turut menyanyi,
    Zikir tidak henti,
    Lunak diukir seni,
    Halus menghiasi,
    Persada alam ini,
    Hidup tidak mati,

    Masihkah punya bicara,
    Menjalinkan yang terpisah,
    Semarak terus berusaha,
    Pastinya ia akan berjaya

    ok, itu je. TQ Along kirimkan akak kasut boot kangaroo tu…akak suka tapi dia kecik sikit, nanti pakai kejap je lepas tu kene bagi kat adik pulak tahun depan kot harap-harap la…

    Yg benar,
    Kakak

    (adik kirim salam, dia taip lambat nanti dia dah besar dia kata dia tulis kat along…tapi dia kata dia sayang along, dia suka sangat3 beg, jaket dan kasut yg along hadiahkan, ummi pun kirim salam…da…da…salam)

  2. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam akak..

    hehe.. a’ah.. ini nasyid.. nyanyian grup nasyid Aeman.. mereka ni budak-budak lagi masa menyanyi.. sekarang dah besar dah rasanya.. mungkin suara pun dah tak sama.. tak pasti.. apa-apa pun, along ada bagi nasyid ni dalam external harddisk kat ummi yang ummi bawak balik dari Adelaide.. kalau tidak pun, along dah upload nasyid ni dekat kotak biru sebelah kanan ni.. kalau akak nak dengar bolehlah.. insyaAllah.. 🙂

    pasal nasyid yang akak nak tu.. yang mana akak tuliskan lirik tu.. tajuk dia.. intifada.. betul dah tu.. yang nyanyikan lagu itu ialah kumpulan rabbani.. dan rabbani telah mengeluarkan remix untuk lagu ni.. along dah letak semua nasyid along dalam external harddisk yang along beri kepada ummi.. insyaAllah kalau akak nak boleh mintak abah tolong carikan.. bawah folder mp3, bahagian nasyid, kemudian cari Rabbani.. along tak susun ikut album, insyaAllah lebih mudah cari.. insyaAllah.. apa-apa pun, kalau tidak jumpa juga, along dah upload dekat kotak biru sebelah kanan ni.. insyaAllah.. 🙂

    mengenai kasut boot tu.. maaf kecil sedikit.. tapi ummi dan along minat kasut yang tu.. lawa.. yang lain kurang sedikit.. jadi kami berpendapat.. harap-harap muat.. maaf agak kecil sedikit ye.. tapi takpe rasanya.. akak ada kasut lain kan?.. 😛

    adik pula.. no worries.. it’s my pleasure.. thanks to your mum too.. ummi bersusah payah jalan seharian cari barang semua orang.. apa yang termampu.. itu yang ummi bawa balik.. insyaAllah.. terima kasih kat abah jugak, tolong jaga semua orang, kalau tidak ummi tak dapat datang sini, ziarah along.. kerja-kerja menjaga semua orang bukan senang.. sangat susah.. jadi terima kasih kat abah jugak nanti.. insyaAllah.. tolong ummi abah kat rumah tu ye.. baik.. nanti ada apa-apa bagitau la ye.. 🙂

    barakAllahu fikum..

    sekian..

    wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

    -Along-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: