2007 Sem 2..

2007 Sem 2

(versi Access Adelaide)

Assalamu’alaikum ummi..

terima kasih atas segala tunjuk ajar.. insyaAllah diaplikasikan.. ini jadual sem 2.. insyaAllah cuba lebih baik~!  🙂

jazakumullahu khairan kathira semuanya..

wassalamu’alaikum..

 2007 Sem 2

(versi pada dinding) 😛

4 comments
  1. Ummi said:

    Salam,

    Hmm, pastinya Ummi suka versi dinding (or is it the sliding door version?). Apapun, good work! ada tanda2 ke arah meningkatkan motivasi diri…nampak ada muhasabah (dibaca juga = refleksi kendiri dalam bahasa kontemporari pendidikan glokal masa kini.. he..he saja je ummi nak kemukakan istilah pendidikan yang dicedok dari bahasa Arab…sebenarnya perlakuan tu sememangnya dari kamus Islam, diterjemahkan ke reflection oleh mat saleh dan diambil balek oleh Melayu kita, jadi kalau orang sebut refleksi tu maksudnya muhasabahlah, kita gunapakai saja muhasabah kerana itu lebih menyeluruh (dbaca juga = syumul).

    Apapun, sebenarnya Ummi nak komen je tentang jadual Along tu. M W F, Ummi rasa dah ok, cuma T Th tu Ummi rasa elok Along ikut kuliah Macro sesi pagi 9-10am tu. Along kata lecturernya best, jadi takde masalah bosan “duduk dengar melangut” bila tiba kelas seterusnya. Sebenarnya masalah (dibaca juga = gejala) “duduk dengar melangut” tu tak timbul kalau dah baca sebelum masuk kuliah. Jadi kalau hari-hari yang Along tak bersedia dengan post-reading materials yang biasanya dah dinyatakan dalam course outline sebagai required reading (lebih kurang macam tu la) tak payahlah ikut sesi pagi tu.

    Hanya dengan persediaan mental, fizikal dan rohani yang cukup dapat mengaktifkan kedua-dua belah otak untuk saling bertindak dengan aktif bagi menyediakan kondisi untuk penerimaan ilmu (dibaca juga = pembelajaran) supaya yang empunya otak tu…boleh relate masa lecturer explain…ada cognitive processes yang berlaku sebab dah ada input lain sebelum dia bagi input baru makanya otak jadi aktif, sebab perkara baru tu bende lain yang boleh diadunkan dan dia kene pk samada nak ambil, buang atau adun, maka perlu aktif berfikir..nah, barulah ada persoalan atau kemusykilan yang timbul nak diajukan pada lecturer. Kalau tidak, otak pasif je memanjang, tu yang jadi bosan “duduk dengar melangut” sampai lenguh dan bila lecturer tanya “any Q?”…fikir macamana pun tak dapat nak create soalan kecuali jika try a little bit harder mungkinlah keluar apa yg “mungkin” bukan orang kata tapi nanti kita sendiri yang kata “stupid Qwhich is better than not questioning at all…cumanya bila kita balik, reflek dan ingat kembali, kita sendiri yang akan rasa ‘”bodoh”nya soalan tu (kita je rasa cam gitu…orang lain tak pun malah ada juga yang berterima kasih jika kita ajukan soalan tu sebab mereka pun rasanya nak tanya tapi takut pulak orang kata “stupid Q“…wallahualam.

    Yang persediaan fizikal tu pulak, maksudnya macam cukup tidor, cukup makan, cukup pencahayaan pada sudut dewan kuliah yang kita duduk tu (kalau tidak pergilah ubah tempat kalau tak nak buka lampu bahagian tu…kotlah tak nak public…kalau Along, Ummi tahu akan pegi je depan bukak lampu untuk tetap duduk kat tempat pilihan tu…tapi Ummi, Along tahu rela pindah dari mem”public”kan diri untuk ke depan [kalau suiz lampunya di depan lah tu, kalau kat belakang no sweat, bukak je…), kerusi tak terjongkit, alatulis semua ada, hardcopy power point ada depan mata. Tentang keperluan fizikal bab makan tu pulak, kalau hari tak puasa, jangan lak sampai kenyang, cukup sekadar susu atau jus dan roti atau cereal. (hmm…no carbohydrates!…maksudnya “say no” to nasi lemak atau roti canai..tapi takdelah korang rajin camtu nak buat sarapan ala melayu pagi2 hari sekolah kan?)…dan yang penting kalau hari puasa tu pastikan bersahur…(sahur betul2la..jangan sahur air sejuk je pulak), kesihatan dan pemakanan penting untuk menuntut ilmu…kalau tak ada protein atau karbohidrat macamana badan nak hasilkan tenaga untuk aktifkan sel-sel otak supaya tak lena waktu bukan masanya…buktikan anak Melayu Moslem BOLEH! …

    Satu lagi tentang persediaan fizikal ni, kena istiqomah juga dengan aktiviti fizikal. Sekurang-kurangnya 3X seminggu minima 30 minit sekali perlu buat aktiviti yang mengeluarkan peluh…(yang banyakla…tak main sekadar beberapa titik kat dahi…umi jalan perlahan-lahan ke CM pun boleh peluh cam gitu…jalan laju-laju sikit…tak da hal untuk orang muda macam Along kan?). Kalau tak ada orang nak diajak main, “brisk walk” ke CM, bukan saja nanti badan sihat, tapi duit pun jimat dapat beli barang murah, pergi petang-petang masa nak dekat tutup tu…jangan lupa bawa bag pack, senang nak angkat barang sambil “brisk walk” balik…dan on the way back home ada lebihan beban…elok tu tak payah nak beli2 dumb bells segala…cumanya jangan berat sangat dan bawa dalam bag pack supaya beban tu dapat disokong dengan seimbang, jika tidak sakit belakang pulak nanti.

    Kesimpulannya, untuk buktikan Moslem Melayu BOLEH!, mesti ada strategi persediaan JERI (Jasmani [dibaca juga = Fizikal, Emosi ;[belum cerita lagi bab ni..nanti ummi buat posting baru tentang Emotional Intelligence…seperti biasa Along klik ke Pendidikan Komputer], Rohani[dibaca juga = spiritual], dan Intelek[dibaca juga=kognitif=otak] seperti yang Ummi jelaskan awal-awal tadi misalnya dengan membuat persediaan post-lecture-reading.

    Internet putus tadi tapi rasa dah tak ada kesinambungan pemikiran nak sambung lagi. Yang belum explain kesediaan rohani, itu persediaan biasa2 solat, zikir, usrah dan aktiviti2 yang sewaktu dengannya. Yang lain Along boleh figure out sendiri rasanya dah panjang sangat nanti rasa malas Along nak baca..,

    Salam Bangi,

    Ummi

    Baru balik DS, hari ni Ust bercerita ttg pintu rezeki yang merangkumi rahmah, berkat, jodoh dan ilmu. Banyak doa dan cerita dari hadith soheh tapi yang penting baca Al-Waqiah setiap hari, tak semestinya waktunya malam, kalau terlupa tertinggal, dalam kereta masa drive pun ustaz selalu buat. Elok juga baca masa dalam solat buat rutin dalam solat isya ke magrib ke…wallahualam.

  2. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam ummi..

    insyaAllah along cuba usahakan semua nasihat ummi.. insyaAllah..

    jadual tu.. betulla.. dekat sliding door.. hehe.. 😀

    dan mengenai macro lecture.. a’ah.. along ubah semuanya along cuba pergi yang pagi kecuali ada halangan.. insyaAllah..

    mengenai mengajukan soalan.. insyaAllah.. along akan usahakan..

    sarapan selalu roti je.. hehe.. tapi insyaAllah akan dicari alternatif lain lagi.. insyaAllah.. dulu ade jugak cereal.. sekarang berkurangan.. insyaAllah nanti restock lagi.. 🙂

    mengenai persediaan fizikal.. insyaAllah kami main bola every week.. insyaAllah tidak ada masalah.. lagipun untuk sem ni masih jalan kaki ke sekolah.. eh.. ke uni.. jadi.. insyaAllah persediaan fizikal baik.. 😀

    mengenai pre-read lecture notes.. akan diusahakan lagi.. masih kurang.. insyaAllah akan buat dengan lebih baik.. insyaAllah..

    dan persediaan lain juga insyaAllah akan diusahakan sebaik mungkin.. insyaAllah..

    jazakillahu khairan kathira untuk nasihat-nasihat ummi.. 🙂

    kirim salam semua ye ummi..

    barakAllahu fikum..

    wassalamu’alaikum..

  3. Ummi said:

    ok juga persediaan fizikal tu. mental boleh diperbaiki. rohani alhamdulillah, selagi kita bergerak dalam jemaah bermula dari institusi mikro di rumah sehinggalah ke institusi makro di kalangan melayu, moslems mahupun acct majors di sana insyaAllah ada kekuatan untuk mengekalkan istiqomah. Sesungguhnya istiqomah itu amat berat kecuali bagi mereka yang ikhlas hanya kepadaNya. Persediaan emosi akan terbentuk dengan sendirinya seiring dengan pengalaman dan kefahaman sebenar mengenai kehidupan yang hakiki. wallahualam. Semoga Allah beri kekuatan untuk kita beristiqomah dalam segala sesuatu yang kita lakukan. Amin.

  4. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam ummi..

    amin.. insyaAllah.. baik.. insyaAllah.. moga terus dikuatkan.. insyaAllah..

    Sesungguhnya istiqomah itu amat berat kecuali bagi mereka yang ikhlas hanya kepadaNya.

    doakan along ye ummi.. jazakillahu khairan kathira ummi..

    wassalamu’alaikum..

    Sayang dari along.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: