Wahai Pemuda..

al imam as syahid hassan al banna dalam salah satu catatan beliau yang berjudul aiyuhas syabab.. wahai pemuda.. banyak menasihati para pemuda agar bangkit dari tidur mereka yang panjang.. kita adalah tonggak islam.. kitalah tentera Allah.. kitalah tiang agama ini.. bangkitnya agama ini nanti terletak di bahu kita.. para pemuda islam.. maka sedarlah.. dan bangkitlah.. persiapkan diri.. kerana jalan yang bakal ditempuhi tidak lagi akan sama seperti mana selama ini kita lalui.. tidak lagi senang lenang.. tidak lagi mewah dan kenyang.. tidak lagi lapang.. segalanya dihalang.. tapi itulah perjuangan.. teruslah berdiri atas jalan yang benar.. sehingga al-haq memenangkannya..

setiap fikrah impikan kejayaan.. impikan penganut yang ramai.. impikan pengaruh yg besar.. dan setiap kejayaan itu ada resepinya yang tersendiri.. dalam menjayakan fikrah.. rukun kejayaan suatu fikrah itu ialah apabila pengikut-pengikutnya:

1. yakin penuh dengan ajarannya
2. benar-benar ikhlas dlm menegakkannya
3. ada semangat berkobar untuk mempertahankan kewujudannya
4. ada kesediaan yang mendorong ke arah pengorbanan dan terus bertindak menjayakannya

dan kita sebagai pemuda islam.. merupakan tonggak dalam menjayakan fikrah ini.. kita sepatutnya harus memiliki ciri-ciri pemuda yang sebenar.. pemuda islam.. seperti mana saidina ali karamAllahu wajhah.. seperti mana sulatan muhammad al-fateh.. seperti mana usamah bin zaid.. seperti mana para sahabat dahulu.. seperti para salafus soleh.. mereka mempunyai ciri-ciri pemuda yang tiada tolok banding.. antara ciri-ciri utama pemuda ialah:

1. keyakinan
2. kejujuran
3. semangat
4. tindakan

manakala asas bagi ciri-ciri ini ialah:

1. keyakinan/keimanan – hati yang cerdik
2. kejujuran/keikhlasan – sanubari yang jernih dan bersih
3. semangat – perasaan yang segar dan mekar
4. tindakan – keazaman yang gagah lagi tabah

pemuda adalah pasak kebangkitan ummat mana jua.. ambillah ummat mana sekali pun, sekiranya pemuda mereka haru biru.. rosak akhlaq.. kita akan lihat kejatuhan ummat tersebut tidak lama selepas itu.. para pemudalah harapan kebangkitan islam, mengembalikan ummat kepada jalan yg benar.

oleh itu, hari ini, kita mahukan islam bangkit, maka kita pemuda islam, harus perbetulkan dan perbaiki diri agar sedia untuk menerima kemenangan.. Allah tidak akan memberikan kemenangan selagi kita belum sedia.. lihat sahaja kisah sultan muhammad al-fateh.. beliau dan tenteranya adalah askar yang hebat diketuai oleh komander yg hebat.. memang layak digelar satu pasukan yang sedia untuk menang.. dari apa jua segi semuanya telah bersedia dengan rapi.. mental, fizikal, spiritual, emosi.. apa sekali pun.. semuanya dipersiapkan dan disediakan dengan baik dan terancang.. lalu mereka dibantu dan dimenangkan dalam peperangan mereka.. kita hari ini, adakah kita benar-benar sudah sedia?..

kita sepatutnya berfikir panjang, berkerja keras dan menentukan sikap kita.. kita hari ini berbeza sungguh.. umur yang sudah masuk usia kemuncak.. iaitu usia pemuda.. usia yg paling penuh cabaran.. tetapi apa yang kita lakukan?.. adakah kita hanya melakukan perbuatan-perbuatan seorang yg berusia 20 tahun?.. adakah hanay perbuatan typical pemuda?.. amatlah rugi bagi kita sekiranya itu sahaja yang kita lakukan..

kita hari ini dilahirkan dalam dunia yang senang lenang.. kadang kita tertipu dengan kesenangan.. kita ghairah dengan kemewahan.. kita dikaburi oleh kenikmatan dunia.. walhal.. garisan kematian.. garisan hari pembalasan.. makin lama makin mendekati kita.. kita masih leka.. kita hanya bermain-main.. berfoya-foya.. senang hati tanpa memikirkan apa-apa.. adakah benar ini semua?.. adakah kita sudah capai apa yang kita mahukan?.. adakah ini matlamat kita?..

kita harus sedar.. kita sebenarnya sedang dijajah.. dan kita termasuk dalam golongan yang wajib membebaskan diri.. berusaha untuk membersihkan diri dari jajahan.. ini perjuangan ummat.. membebaskan diri dari jajahan.. jajahan fikiran.. kita sedar hanya ada satu fikrah yang mampu menyelamatkan ummat yang berada dalam lumpur yang hina hari ini.. hidup berlumuran najis dosa.. ada yang terkapai-kapai mencari jalan keluar.. ada yang leka dengan hidupnya.. tetapi kita yang tersedar ini.. apa yang kita lakukan?.. adakah sekadar bersenang dengan diri sendiri?.. tidak.. itu semua tanggungjawab kita.. mengeluarkan mereka.. kita harus menyelamatkan mereka dengan fikrah tunggal yang kita anuti.. iaitu.. islam yg suci lagi murni.. tidak ada penyelewangan.. kesesatan.. mahupun kekurangan.. agama yang datang dari Allah.. Tuhan yang mencipta.. panduan untuk yang dicipta.. siapakah yang lebih mengetahui sesuatu daripada penciptanya?.. inilah satu dakwah yg dapat menyelamatkan manusia.. iaitu islam.. penyelesaian segala macam permasalahan di dunia.. juga tiket jaminan untuk hidup bahagia di akhirat.. seperti mana dalam firmanNya..

“Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu akan ugama kamu, dan Aku penuhkan kepada kamu nikmatKu, dan redhalah Aku Islam itu sebagai ugama bagi kamu.”

(Surah al-Ma’idah [5]: 3)

dalam kita berusaha menegakkan islam yang tulen.. pasti banyak cabaran dan cubaan yang datang dalam membantutkan usaha kita.. tetapi Allah telah berfirman..

“Dan barangsiapa mencari ugama selain dari Islam maka usahanya itu tidak sekali – kali akan di terima.”

(Surah ali-Imran [3]:85)

buatlah apa sekalipun.. tetap akan ada satu golongan yg senantiasa menegakkan agama fitrah ini.. dan moga kita termasuk dalam golongan itu.. biar susah mana sekalipun.. kita ada sirah untuk dijadikan contoh buat kita.. kisah para nabi dan para sahabat.. semua mereka melalui jalan yg sama.. melalui cabaran dan dugaan dalam menegakkan kalimah “la ilaha illallah”..

tugas utama kita hari ini.. pemuda islam.. ialah.. menerangkan.. kepada sekalian ummat islam.. akan hakikat batas-batas islam.. menjelaskan kepada mereka dengan sempurna yg mungkin.. dengan jelas, nyata dan terang.. tiada tokok tambah, kekurangan mahupun samaran akan batasannya..

kita haruslah mengajak mereka bersama menghidupkan fikrah islamiyah ini.. mengajak mereka melaksanakan fikrah ini.. sama-sama berusaha menyelamatkan fikrah yg dicintai ini..

pegangan kita al-Quran dan as-Sunnah.. tidak pernah diresapi penyelewengan.. tidak pernah diubah-ubah.. ianya asli dari sumbernya.. bersih dari kekotoran.. kita juga punya sejarah perjuangan golongan salaf umat islam.. perjuangan bersih mereka menjadi contoh untuk perjuangan kita..

kita akan terus berjihad dalam menegakkan agama mulia ini.. kita akan hidup mulia, atau mati mulia.. hidup mulia atau mati sebagai syuhada’..

Allah matlamat kami,
Rasul itu ikutan kami,
Al-Quran itu perlembagaan kami,
Jihad jalan kami,
Mati pada jalan Allah ialah setinggi-tinggi cita-cita kami.

Allahu ghayatuna,
Ar-Rasul qudwatuna,
Al-Qur’an dusturuna,
Al-jihad fi sabilillah sabiluna,
Al-mautu fi sabilillah asma amanina.

dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.. kerana Allah kita hidup, untuk Allah kita berbakti..

“Katakanlah: Sesungguhnya sholatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagi-Nya dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri kepada Allah.”

(Surah al-An’am [6]:162-163)

kita adalah sebaik-baik ummat.. kita diberikan islam dan iman.. kita dimuliakan sebagai askar Allah.. jundullah.. soldiers of Allah.. kita pemuda islam adalah tentera Allah.. kita dididik dengan dasar-dasar islam.. kita adalah ummat yg terbaik pernah dicipta.. seperti mana dalam fimanNya..

“Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk memimpin umat manusia: iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu menegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.”

(Al-Imran : 110)

kita hendaklah menyedari martabat kita.. kita bukan manusia hina seperti mana digambarkan oleh kuasa dunia sekarang.. kita adalah guru kepada sekalian ummat.. walaupun pada waktu ini.. dalam gerhana islam ini.. kita diatasi dalam sudut-sudut tertentu tetapi ingatlah kemenangan akan berpihak kepada golongan yang bertaqwa juga.. itu janji Allah.. kita adalah “tuan” bumi ini.. kemenangan pasti berpihak kepada mereka yang beriman.. maka marilah bersama dengan golongan ini menegakkan islam yg suci lg murni..

ingatlah kita kepada saranan as-syahid imam hasan al banna..

wahai angkatan pemuda!

Hendaklah kamu menentukan matlamat dan haluan kamu. Ketahuilah bahawa titik kekuatan ialah iman. Hasil dari iman ini lahirlah perpaduan. Dengan ini tercapailah kemenangan yang cemerlang. Maka segeralah kamu beriman, berukhuwwah dan bertindak, kemudian tunggulah kemenangan dan sampaikanlah berita baik ini kepada seluruh para mukminin.

Seluruh dunia berada di dalam keadaan cengang -bengang lagi bergejolak. Segala sistem yang ada kini telah gagal mengubatinya. Tidak ada sebarang ubat untuk menyelamatkan dunia ini melainkan dengan Islam jua. Oleh itu, tampillah ke hadapan dengan nama Allah untuk menyelamatkan dunia itu kerana seluruh umat manusia sedang bertunggu-tunggu ketibaan seorang penyelamat dan juru penyelamat ini tidak akan berlaku melainkan dengan mengamalkan risalah (perutusan) Islam, iaitu risalah yang dibawa obor-obornya oleh kamu. Bangkitlah dan siarkanlah nya ke seluruh alam.

titik kekuatan kita adalah iman.. ukhwah bersama kita memantapkan lagi kekuatan.. tiada kemenangan tanpa jama’ah.. kita harus bersama.. lihat sahaja perjuangan rasulullah menyebarkan da’wah.. baginda memupuk dan membina insan yang akan mendukung fikrah suci ini dengan terperinci.. melahirkan individu yg benar-benar cintakan fikrah ini.. kita juga tidak harus lupa pada zahiriah kita.. masih ingatkah kita peristiwa monggol.. bagaimana baghdad dimusnahkan pada zaman ‘abasiyyah.. mereka leka dengan ilmu.. hilang semangat jihad.. lemah fizikal.. dan akhirnya tewas mudah di tangan monggol.. kita harus bersiap dari semua segi.. dari semua sudut.. dari semua aspek..

kita harus mula dari diri sendiri.. kemudian mengorak langkah ke arah yg lebih besar.. insyaAllah..

dalam melaksanakan sesuatu kita harus terperinci.. kita harus bermula dengan tertib.. kita ada tahap-tahap kita.. kita tidak terus-menerus melompat kepada akhir.. tetapi kita melalui setiap satu peringkat dengan berkesan dan efektif.. kita kuatkan dasar.. agar binaan di atasnya kukuh sekukuhnya.. marhalah kita dalam program kita ialah:

1. individu muslim
2. rumahtangga muslim
3. ummat islam
4. kerajaan islam
5. watan (tanah air) islam
6. menawan semula negeri-negeri islam
7. menjadi pemerintah dunia

Matlamat Kita..

7 comments
  1. Mr. ASY said:

    sukron bgt atas tausyiahnya,,,, very good.
    ane dr SMKN 26,, klo bs kita sama2 bkrja sama dlm membangkitkan pemuda muslim.

  2. FaisaL said:

    sama2.. jazakAllahu khairan kathira.. insyaAllah.. sama2 membina pemuda muslim.. mula dengan diri sendiri.. di bawa kepada rumahtangga.. terus kepada masyarakat.. dan terus mengikut peringkatnya.. insyaAllah.. kita mungkin tidak dapat tengok dan lihat hasilnya.. kita mungkin tak dapat lihat islam tertegak kukuh seperti zaman ‘abasiyah.. tapi.. sertailah perjuangan ini.. suapya nanti.. kelak.. ketika kita dihidupkan.. kita ada modal untuk bertemu dengan Allah.. kita ada sesuatu yang nak diperlihatkan.. kita ada sebab untuk mendapat syafa’at nabi.. walaupun kita tidak lihat islam itu tertegak.. tapi nama kita ada dalam perjuangan menegakkan islam.. insyaAllah..

    barakAllahu fikum..

  3. Yusep said:

    Asslkm. syukron ya….ane mnta izin posting ke blog ane neh…..Subhanallah bagus tausiyahnya.

  4. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam.. ‘afwan.. ya.. silakan.. moga bermanfaat.. alhamdulillah.. moga yang ditulis itu diterjemahkan dalam amalan.. moga yang dikatakan itu selari dengan perbuatan.. kerana itu baru disebut hikmah.. orang yang berhikmah ialah apabila amalannya selari dengan ‘ilmunya.. subhanAllah.. terasa diri masih jauh.. moga tsabat dan istiqamah di atas agamaNya, di atas ketaatan kepadaNya, dan di atas jihad pada jalanNya.. amin.. amin.. amin ya Allah..

  5. wah..mantap2..abg,mohon copy n paste…hehe..

    • silakan. silakan. (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: