Sabar ketika senang.. Itu yang lebih susah..

sabar.. kita selalu mengingatkan sahabat-sahabat supaya sabar.. malah lagaknya seperti pakar motivasi.. gayanya seperti pernah menghadapi.. diharapnya bersabar.. alhamdulillah.. itulah tugas sahabat.. menasihat kepada kesabaran.. sabar bila diuji.. sabar bila ditimpa bala.. sabar bila datang dugaan.. sabar bila kehilangan yang berharga.. sabar.. sabar.. sabar.. konsep sabar kita.. bagai telah disinonimkan dengan keadaan susah.. keadaan menderita.. keadaan sengsara.. sepertinya.. ketika senang.. tidak perlu lagi kita bersabar.. ya.. betul.. kalau difikirkan logik akal.. itulah dia.. apa lagi yang hendak disabarkan.. hidup senang.. mewah.. masa masih panjang.. duit sudah banyak.. kuasa kita ada.. apa sahaja lagi yang tidak cukup?.. khabarkan?.. bukankah itu sudah cukup baik.. ya.. sememangnya.. itulah waktu senang kita.. tapi adakah diwaktu senang itu kita tidak perlu lagi bersabar?..

sabar itu ada tiga kalau hendak dipecahkan secara terperinci.. satunya.. sabar yang difahami secara umum.. sabar yang meluas konsepnya.. siapa sahaja pasti tahu.. malahan perkataan sabar itu sendiri menggambarkan keadaan pada waktu tersebut.. iaitu sabar ketika susah.. ketika ditimpa bala bencana.. ketika datang ujian dan dugaan.. kita harus bersabar.. itu satu.. dan yang kedua.. ketika tetap perlu bersabar.. bersabar dalam melakukan sesuatu yang disukai oleh Allah subhanahu wa ta’ala.. bersabar dalam mencari redhaNya.. bersabar melakukan amar makruf.. bersabar mengerjakan solat malam.. bersabar melakukan segala amal baik.. segala amal kebajikan.. dan yang akhir.. yang ketiga.. sabar ketika senang.. dalam erti kata lain.. sabar daripada melakukan yang mungkar.. menahan diri dari menerima murka Allah subhanahu wa ta’ala.. menanahan diri dari melakukan maksiat.. menahan diri dari mencari sesuatau yang bukan hak kita.. menahan diri dari pujuk rayu nafsu.. menahan diri dari terkena panahan-panahan beracun iblis dan syaitan..

dan yang lebih susah antara semua itu pastinya yang kedua dan ketiga.. baiklah.. memudahkan perbincangan.. kita hanya bahagikan konsep sabar itu kepada hanya dua aspek.. satunya ialah.. terus tabah dan cekal ketika tragedi datang.. dan yang kedua.. menahan diri dari melakukan apa yang dimurkai oleh Allah subhanahu wa ta’ala dan terus menerus melakukan apa yang diredhai dan disukai olehNya.. kita telah menggabungkan pembahagian kedua dan ketiga seperti yang disebutkan sebelum ini menjadi satu.. agar lebih mudah dibincangkan.. sabar dalam amar makruf nahi mungkar..

ini disebabkan.. kalau kita lihat.. konsep pertama.. iaitu sabar apabila datang dugaan.. bila datang ujian.. bila ditimpa bencana.. bila hilang sesuatu yang berharga..  ini adalah mudah.. bukan mudah dalam erti kata mudah yang sebenar.. maksud mudah di sini.. mudah apabila direlatifkan dengan pembahagian kedua.. jikakalau kita melihat orang kafir.. mereka juga bersabar.. bukan hanya muslim sabar ketika ditimpa ujian.. cuma mungkinnya pemikiran dan konsep bersabar mereka lain.. mereka bersabar ketika datang ujian kepada mereka mungkin kerena fikiran logik mereka.. apabila diuji.. mereka mungkin pada mulanya bersedih.. kita juga bersedih.. tiada bezanya.. cuma kita.. kita sedar ini ujian Allah subhanahu wa ta’ala.. lalu kita kembali tabah dan bersemangat.. tapi mereka.. golongan kuffar.. mereka mungkin juga bersabar.. tapi bukan hasil dari imannya mereka terhadap qada’ dan qadar Allah.. mereka menggunakan fikiran logik mereka.. barangkali.. mungkin antaranya ada berkata.. apa guna aku terusan bersedih.. apa yang aku dapat.. ia tidak mengubah walau satu pun.. apa guna aku menangis siang dan malam.. tetap tidak akan hidup apa yang telah mati.. apa guna aku meraung sekuat hati.. yang pergi tidak akan kembali.. ini semua antara logik akal yang mampu memberikan ketenangan kepada manusia.. tidak menafikan ia benar.. tapi sebagai muslim kita ada lebih dari itu untuk kita percaya dan yakini.. iaitu semua ujian itu datang dari Allah.. untuk menguji kita.. untuk melihat sama ada kita benar-benar beriman atau tidak.. malahan ini tanda Allah sayang kepada kita.. kita terus diberi peluang untuk mengingati Allah.. terus dikuatkan iman dengan ujian-ujian yang datang.. setiap ujian itu meningkatkan iman kita.. setiap ketabahan kita itu akan dibalas.. akan ada ganjaran untuknya.. insyaAllah.. alangkah gembiranya hati seseorang itu apabila menerima ujian sekiranya seseorang itu benar-benar menyakini dan mengimani akan erti ujian terhadap manusia itu..

tetapi.. konsep kedua.. kafir tidak dapat melakukannya.. tidak seperti mana yang dilakukan oleh orang yang beriman.. kafir.. ketika senang.. tiada apa lagi yang menekan diri mereka.. tatkala itu.. segalanya milik mereka.. katakan apa sahaja wahai nafsu.. pasti dituruti.. bisikkan apa sahaja wahai syaitan.. akan diikuti.. inilah golongan kuffar.. apabila senang.. apabila sudah mewah.. hidup sihat.. duit banyak.. masa lapang.. tidak sakit.. tidak di bawah.. malah di atas sebagai pemerintah.. tidak terpinggir.. semuanya ada.. lengkap.. cukup.. tidak ada yang menekan.. maka lihatlah.. kita akan lihat.. segala yang mungkar akan terjadi.. maksiat akan berleluasa dalam diri mereka.. inilah kuffar.. ambil sahaja contoh mudah.. hilangkan polis dalam dunia ini.. dan lihatlah akibatnya.. lihat betapa lajunya kes-kes jenayah dan maksiat akan meningkat.. lihat betapa lajunya kedai-kedai dirompak.. betapa cepatnya rumah-rumah dipecah masuk.. betapa banyaknya peluru yang melayang ke sana sini.. betapa takutnya perempuan untuk keluar dari rumah.. kita akan lihat.. betapa binatangnya manusia.. betapa hodohnya rupa mereka yang sebenar.. binatang bertopengkan manusia.. malahan lebih teruk dari binatang.. kerana apa?.. kerana tiada lagi yang mengongkong mereka.. dan ini juga mungkin golongan munafiq.. yang mana.. pada awalnya.. mereka merayu meminta pertolongan.. mereka berjanji sumpah setia dengan Allah dan rasulNya.. ketika susah.. mereka melutut menangis teresak-esak meminta dibantu.. menagih pertolongan.. harap diberikan kasih sayang.. tapi.. setelah semua diterima.. setelah dibantu dan ditolong.. lihatlah.. mereka apabila senang.. tidak ada lainnya dari golongan kuffar.. mereka melakukan maksiat.. mereka melanggar perintah Allah.. mereka ke kelab-kelab malam.. mereka menonggang botol-botol arak.. berpelukan dengan wanita-wanita.. na’uzubillahi min zalik..

tetapi.. yang beriman.. mereka ada sesuatu.. mereka ada permata yang tidak dimiliki golongan kuffar.. mereka ada sinaran nur yang malap dan gelap pada hati golongan munafiq.. permata mereka itu.. yang memancarkan nur dalam hati mereka itu.. itulah iman.. pelindung mereka.. penahan mereka.. penasihat mereka.. yang mana.. tugasnya menjaga hati.. agar terus amar makruf nahi mungkar.. dengan iman.. anak panah beracun iblis dan syaitan laknatullah tadi patah dan jatuh ke tanah.. dengan iman.. pujuk rayu syaitan tadi hanya ke udara lalu terhenti dan lenyap sendiri.. bagai ada satu ruang vakum untuk masuk ke dalam hati.. dengan iman.. bisikan syaitan dan iblis itu jatuh berderai dengan sergahan kalimah Allah.. dengan iman.. semua dunia yang dipalsukan hilang tarikannya pada mata hati yang melihat lebih dari dunia ini.. dengan iman.. segala yang diimpikan hanyalah berteraskan jalanNya.. lantas.. apa sahaja yang diluar landasan.. terus dibiarkan tertinggal.. dibiarkan berdampar.. apa sahaja bukan di atas landasan.. tidak ada satu pun yang akan dikutip.. kerana hati sudah dipenuhi iman.. dengan iman.. apa sahaja keadaan diri ketika itu.. harapan dan tujuannya tetap sama.. datanglah ujian.. datanglah kesenangan.. datanglah kemewahan.. datanglah apa sahaja bentuk kesusahan mahupun kesenagan.. apabila hati telah disinari cahaya iman.. apa yang dilakukan semuanya hanyalah.. yang tidak dimurkai Allah.. dan yang mencapai redha Allah..

makanya.. persiapkan diri dengan iman.. kerana hanya dengan iman.. kita mampu terus bersabar.. bersabar apabila susah..bersabar apabila senang.. dan jangan ingat sabar itu hanya ketika susah.. sudah berapa ramai manusia yang terjatuh dalam perangkap ini.. berapa banyak manusia yang tertipu dengan dakyah syaitan ini.. berapa ramai yang telah mati akibat racun panahan iblis.. berapa ramai yang dibutakan dengan pandangan mata dunia.. ditipunya kita dengan kesenangan.. di tipunya kita dengan kelapangan.. kita mula leka dengan Allah.. sewaktu peperiksaan datang.. kita terusan bangun malam.. terusan berdoa.. tapi.. setelah habisnya peperiksaan.. itu semua hanyalah silam.. mengapa?.. adakah yakin kita telah berjaya?.. adakah yakin kita telah lepas segalanya?.. meskipun yakin benar kita akan berjaya adakah kita begitu berkuasa?.. sehingga sombong untuk meminta.. kita siapa?.. Dia siapa?.. kepada siapa kita meminta dahulu?.. mengapa hanya apabila susah menimpa.. jika kita sekalipun.. kita datang seorang kepada kita meminta-minta.. merayu-rayu untuk diberikan pertolongan.. walhal dahulunya.. dialah mush utama.. dialah yang nombor satu memburukkan kita.. asal ada peluang sahaja dijatuhkannya kita.. hari ini datang meminta.. merayu.. apa reaksi kita?.. tapi Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

tapi mengapa perlu begitu?.. tidak malukan kita?.. tidak segankah kita?.. tidak tebalkah muka ini?.. apakah rasa sudah terlalu berjasa?.. adakah ni’mat sebiji mata telah kita sediakan bayarannya?.. mengapa tidak bersyukur?.. mengapa tidak terus meminta?.. adakah pasti nereka bukan tempat kita?.. atau kita tidak takutkan neraka?.. atau adakah kita fikir dunia ini selamanya?.. mengapa rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam sehingga bengkak kakinya bersolat.. mengapa rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam sehingga mengikat batu pada perut baginda.. mengapa rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam sehingga berkocak darah di dalam kasut baginda.. mengapa?.. mengapa?.. mengapa tidak bersenang sahaja setelah terima kejayaan.. setelah terima bantuan.. malahan bagindalah manusia yang sepatutnya paling bersenang dan tidak takut akan apa-apa kerana baginda itu dipelihara.. dijaga.. dibantu oleh Allah.. tapi mengapa?.. mengapa masih perlu bersusah.. mengapa masih perlu melakukan itu semua?.. mengapa tidak kita?.. mengapa kita.. apabila senang meninggalkan Allah.. bagai ada Rabb kecil.. malahan kadang kala Rabb kecil kita itu lagaknya sudah lebih besar dari Allahu Rabbi.. na’uzubillahi min zalik..

mengapa para sahabat.. ketika senang mereka takut.. mengapa para sahabat.. ketika kaya mereka menangis.. mengapa para sahabat ada yang lebih suka menjadi miskin.. mengapa para sahabat ketika dihidangkan roti gandum yang penuh sebagai satu jemputan menangis tidak lalu makan.. itu hanya roti gandum.. bukan lagi kambing atau daging.. mengapa mereka perlu begitu sekali?.. mengapa?.. mengapa kita sangat berbeza?.. mengapa kita tidak cukup satu pinggan.. mengapa kita belum puas satu bahagian?.. mengapa kita mengejar pangkat dan kemewahan tanpa hiraukan arahan Tuhan.. mengapa kita cintakan dunia.. sedangkan cintakan dunia itu salah satu sifat mazmumah.. mengapa?.. mengapa?.. mengapa?..

kerana iman kita nipis.. senipis kulit bawang.. malahan mungkin sahaja sudah tiada iman lagi.. na’uzubillahi min zalik.. kita hari ini.. masih jauh dari golongan salafussoleh.. iman mereka jauh lebih hebat.. jauh lebih tebal.. jauh.. jauh sekali.. dengan itu.. kita harus mencontohi mereka.. maka teruslah berpesan sesama kita.. agar yang iman kita akan terus meningkat dari sehari ke sehari.. iman manusia ini.. sifatnya.. naik dan turun.. yazid wa yankus.. bertambah dan berkurang.. maka.. jangan jadikan iman itu.. turun sepuluh naik hanya satu.. kerana sekiranya itu berlaku.. nescaya lama kelamaan.. kita akan binasa.. dan tempatnya pasti di neraka.. yang diterima tidak lain dan tidak bukan kecuali azab seksa.. biarlah meter iman itu.. naik dan turunnya menunjukkan corak yang meningkat.. biarlah ia turun hanya satu tetapi naiknya berpuluh-puluh.. pertambahannya bertaus-ratus.. malahan beribu-ribu.. dan untuk yang berkurangnya satu itu.. tangisilah ia.. mintalah ampunan untuknya.. nescaya.. sekiranya terus beristiqamah atas jalanNya.. Dia akan membantu.. sabar ketika susah.. sabar juga ketika senang.. dan kekuatannya pada iman..

 moga bermanfaat.. insyaAllah..

13 comments
  1. purnama said:

    semoga tuan teruskan dengan blog yang mendekatkan diri kepada Allah, (saya doakan)
    Bongkarkanlah lagi rahsia diri manusia ini semoga kembali kita semua kepada Allah.

  2. FaisaL said:

    insyaAllah.. jazakumullahu khairan kathira.. fitrah roh manusia itu hendakkan Penciptanya.. kerana fitrah manusia itu ingin kembali pada asalnya.. maka, roh itu dari Allah, maka kehendaknya juga kepada Allah.. itu fitrahnya..

    wAllahu a’lam..

  3. Rizal said:

    …Alhamdullilah…pengertian sabar ketika senang…amat mendalam sekali…

  4. FaisaL said:

    alhamdulillah.. moga terus diperdalamkan ‘ilmu olehNya..

    amin..

  5. Ummi said:

    jzzk…kupasan yg kena pada hati. Sungguh sabar itu amat berat ketika senang, kerana bila susah kita mampu mendidik hati dan memujuk jiwa dgn mengingatkan bahawa itu ujian dari Allah dan pasti ada hikmahnya, insyaAllah sesudah kesusahan pasti ada kesenangan. Namun bila senang jika kita tidak sentiasa diulit mimpi semalam tika susah…kita mudah lupa. Kata Imam Syafie:

    Tatkala hatiku keras dan jalan-jalanku sempit
    maka aku jadikan harapanku terhadap maafMu menjadi tangga.
    Dosaku begitu besar tapi jika menetapMu, pengampunanMu jauh lebih besar.

    Abdullah bin Marwan pernah mengikuti Imam Syafie dan menghafal doanya yang antara lain seperti berikut:

    Wahai Allah, anugerahilah kami kebersihan ma’rifah dan muliakanlah kami dengan baiknya hubungan antara kami dan Kamu (Allah) di atas sunnah. Berikanlah kami rizki dengan kebenaran tawakkal kepadaMu dan baik sangka padaMu. Anugerahilah kami sesuatu yang bisa mendekatkanku kepadaMu. Dan maafkanlah kami dengan kasih sayangMu, wahai Yang Maha Penyayang.

    Tatkala sudah selesai membaca doanya, beliau keluar dari masjid dan Abdullah bin Marwan terus mengikutinya. Di pertengahan jalan beliau berhenti dan melihat ke langit seraya membaca:

    Tanpa kemuliaanMu Yang Agung
    aku hanya bisa berdiri dengan hina
    Terhadap samudra rahasiaMu, aku tak punya ilmu.
    Aku membentangkan tangan mengharap hujan dermaMu dan kasihMu.
    Di telaga nama-namaMu yang indah, segala prosa dan puisi tenggelam.
    Sejak hari “Alastu”, orang-orang dungu terhadap namaMu,
    lalu kau ajari mereka nama-nama itu.
    Kami telah minum serbat cinta dan belas kasihMu, hingga kami tidak lapar dan tidak haus.

    MengingatiMu hati karatku belum mampu menjadi tenang
    Namun …
    MengingatiMu mampu mengingatkan dosaku yang begitu besar
    Maka…
    MengingatiMu, kutahu masih ada ruang pengampunanMu
    MengingatiMu mampu memagari nafsu
    MengingatiMu mampu mendidik jiwa
    Justeru…
    sedikit demi sedikit hati mula melihat cahaya di bawah cahaya
    Cahaya di bawah lapisan karat
    Karat di bawah lapisan karat itu
    Ya Allah…
    Izinkan aku dengan waktu yang sedikit ini mengikis karat itu…
    Tanpa ihsanMu masa amat mencemburuiku…
    Permudahkanlah aku menggilap hati ini…
    Agar cahaya di bawah lapisan itu…
    Dapat menyinari baitul muslim ini…
    Moga kasihMu ya Allah,
    Sentiasa melindungi kami dalam naungan rahmatMu.
    Amin ya rabbal alamin.

    Salam Bangi

  6. FaisaL said:

    subhanAllah.. jazakillahu khairan kathira ummi.. perkongsian yang menyentuh hati.. moga bait2 doa itu terserap dalam amalan kita.. betapa kerdilnya manusia di hadapan Allah.. Imam Syafie yang sebegitu hebat juga berdoa sedemikian rupa, inikan pula kita yang tidak punya apa2, malah sangat jauh dari martabat Imam Syafie.. mengapa pula kita harus berlagak lebih hebat dari beliau..

    Ya Allah, ampunkan dosa ku yang lalu dan yang akan datang.. ampunkan dosaku yang tersembunyi atau yang terang.. ampunkanlah segala dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripadaku.. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Mengampuni..

    amin..

    amin..

    amin ya Rabbal alamin..

  7. Ummi said:

    waiyyakum. ummi cuba2 menghayati puisi2 indah ini, alhamdulillah, hati amat senang menghayatinya. Umi dah edit sikit komen tu…lupa lak nak masukkan blockquote tu …he..he..kosmetik je tu, ada la sikit2 kat bawah tu ummi ubah. Moga sama2 menjadi peringatan buat kita semua. Amin ya rabbal alamin.

    Usulan eKomuniti due sebelum jam 5pm hari ni..doakan Allah permudahkan, dapat siap dan diterima apa yg diusulkan. Amin.

    Salam Jumaat,
    Ummi

  8. FaisaL said:

    insyaAllah along akan cuba hayati juga.. jazakillahu khairan kathira ummi.. 🙂

    amin.. along doakan segalanya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki..

    amin ya Rabbal alamin..

    wa’alaikumussalam.. 😀

    -Along-

  9. fiera said:

    btulla ape yg dikatekan..sbr ketika snang..tu yg lebih susah..krane mase snang..kte mudah lupe..mudah alpa..

    “berushe utk jd terbaik..bersyukur dgn seadenye”

  10. Ummi said:

    insyaallah, jika kita bersyukur dengan apa adenye dan terus berusaha untuk jadi yang terbaik di sisiNya maka apa yg kita niatkan dengan tulus ikhlas hanya utk mendapatkan redaNya, pasti Allah bantu mencapai matlamat kita itu, insyaAllah. PertolonganNya akan datang dari pelbagai jalan dgn cara yg tidak disangka2 dengan syarat kita juga berusaha memperbaiki diri kita dengan membersihkan karat2 hati dengan selalu membaca dan mentadabbur alQuran. Kata Ustadz Zahazan ada 5 uslub/kaedah untuk bersihkan hati (Ummi tulis ni pertama2nya untuk mengingati diri Ummi sendiri yang selalu leka dan lalai moga Allah beri kekuatan dan keduanya untuk sama2 mengingati semula apa yg mungkin pernah bbrp kali kita dengar,.. buat,.. lupa kejap,.. kini moga kita dapat terus istiqomah dengannya):

    i. baca AlQuran dengan tadabbur
    baca untuk khatam dan juga baca dengan menghayati maknanya melalui tafsir/terjemahan/belajar bahasa Arab samada dengan bimbingan atau usaha yang intensif.

    ii. qiamulail
    Kata Sheikh Yusuf Al-Qardawi, bila Islam memerintah dan kita hidup dalam kegemilangan Islam; maka kita hidup dalam Islam Madani manakala jika Islam tertindas, kekufuran bermaharajalela (cam sekarang ni, ada perempuan pergi buang sampah kat luar rumah boleh kena tangkap masuk Kancil dan ada 2 pelajar perempuan naik motor boleh kena himpit dengan truck lalu bila motor tu jatuh dicekupnya pelajar yg membonceng tu dan dikerjakan bukan seorang tetapi beramai2) maka kita hidup dalam Islam Makki (mohon betulkan jika salah eja) maka qiam itu jatuh wajib.

    iii. banyakkan istighfar
    istighfar utk mohon keampunan dengan telus dan penuh penghayatan, tenang dan tidak tergesa2; cuba kita bayangkan seseorang yang buat salah kat kita salam dengan kita minta maaf tanpa pandang muka kita dan kata “sorryla ttg benda tu tapi ana nak cepat ni ada kuliah..”

    iv. kurangkan makan

    v. berdamping dengan orang2 soleh/solehah.
    orang yang jaga hubungannya dengan Allah dan RasulNya.

    Semoga kita layak mendapatkan rahmat Allah dan selalu berada dalam naungan rahmat ini.

    Ya Allah, hanya rahmatMu yang kami harapkan. Jangan tinggalkan kami walau kadar sekelip mata. Perbetulkanlah kesilapan kami dah permudahkanlah urusan kami. Laa ilaha illa anta.

    Amin ya rabbal alamin. Segala yang benar itu datang dari Allah, mana yang tersilap itu mohon diperbetulkan kerana ia adalah dari kekurangan diri Ummi sendiri yang masih dan sentiasa dalam pencarian.

    Salam dari Bumi Bangi Tercinta

  11. fiera said:

    assalamualaikum
    ummi
    skela ummi ske bg kate2 smgt camni~~

    smoge ummi truskan berkongsi sgale ilmu yg ummi ade..utk mnfaat bersame

    🙂

  12. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam..

    sekali lagi.. jazakilllahu khairan kathira ummi.. terima kasih yang tidak terhingga ummi tercinta.. terlampau banyak membantu.. dari lahir hingga ke saat ini.. tidak terbilang.. moga Allah sentiasa merahmatimu.. amin.. amin ya Rabbal ‘alamin..

    apa yang ummi tulis itu sangat-sangat bermanfaat.. peringatan yang berguna.. uslub yang diajarkan oleh ustaz zahazan itu sendiri ada yang masih kita tidak sempurnakan.. insyaAllah kita usaha terus untuk menjadi lebih baik..

    mungkin sedikit penambahan dalam perbincangan erti syukur.. kita memang seharusnya sangat-sangat bersyukur.. tersangat-sangat bersyukur.. terutamanya dengan nikmat islam dan iman.. kita lihat di luar sana berapa ramai lagi yang belum memeluk islam dan ada juga yang memeluk islam, tapi sampai manakah tahap pengamalan islamnya.. walaupun kita ini masih jauh dari martabat mukmin sejati.. namun kira perlu terus memperbaiki diri dan sentiasa bersyukur dengan dua nikmat terbesar ini..

    selain itu, kita harus ingat.. syukur itu seperti amalan lain.. ia datang dengan tiga elemen utama.. iaitu hati, lidah dan anggota.. hati merasakan syukur padaNya.. lidah melafazkan kalimah kesyukuran dan anggota menzahirkan erti syukur.. hati dan lidah mungkin kita telah sedia maklum.. tetapi bagaimana dengan perlaksanaan anggota kita.. adakah kita telah menyempurnakan erti kesyukuran melalui anggota kita.. sekirannya kita bersyukur dengan apa yang ada.. kita akan menggunakan nikmat yang dikurniakan pada jalan yang betul.. malah cuba memperbaiki diri..

    ramai pada hari ini mengatakan kita harus bersyukur dengan keadaan malaysia hari ini.. tidak berperang, tidak ada gunung berapi, tidak ada bencana-bencana alam, hidup harmoni.. tapi kita terlupa.. adakah syukur hanya dengan begitu sahaja.. mengucapkan syukur lalu bersenang lenang.. tidak.. kita harus ke arah yang lebih baik, itu baru syukur yang sebenar.. kalau kita kata kita sudah bersyukur, dan malaysia ini tidak perlu dibuat apa-apa.. duduk diam dan mengucapkan alhamdulillah sudah memadai kerana malaysia aman harmoni.. rasanya itu sangat salah.. lihat saja bagaimana kes jenayah sudah meningkat.. bagaimana wanita hari ini takut keluar dari rumah.. inikah harmoni kita?.. maka dalam memperkatakan syukur kita harus menggunakan keharmonian itu dengan jalan yang betul dan berusaha membetulkan malaysia dengan kaedah islam yang sebenar..

    dalam bersyukur juga kita harus kenal kepada siapa kita bersyukur.. sangatlah pelik kalau kita ucapkan terima kasih apabila kita menerima hadiah, tetapi kita tidak tahu siapa yang memberi hadiah.. pasti siang dan malam kita dipenuhi dengan persoalan “siapa yang beri aku hadiah ni?”.. kita pati hendak mengenalinya.. tapi dalam hal bersyukur.. kepada kita tidak cuba mengenali Allah yang memberi segala macam nikmat kepada kita htta hadiah yang kita dapat tadi pun pemberian dari makhluk yang diciptakan oleh Allah.. kita hanay dengan mudah melafazkan alhamdulillah.. tanpa kita benar-benar menghayati erti kalimah itu sebenarnya.. segala puji-pujian hanya bagi Allah.. segala.. bukan puji-pujian bagi Allah.. tetapi segala puji-pujian.. tiada yang layak dipuji kecuali Allah.. segala puji adalah milikNya..

    peringatan ini terutamanya untuk diri sendiri yang masih jauh dari menghayati keindahan sebenar islam..

    ya Allah, kurniakan aku ilmu makrifat tentangMu.. agar aku lebih mengenaliMu..

    Ya Allah, lontarkan aku rasa takut yang sebenar-benarnya terhadapMu.. agar aku tidak lagi bermaksiat denganMu..

    Ya Allah, aku mengharapa hanya kepadaMu, kerana aku tiada daya upaya kecuali apa yang telah Engkau kurniakan kepadaku, maka bantulah Ya Allah dalam segenap hal dalam hidupku..

    amin ya Allah..

  13. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam..

    insyaAllah kita semua akan terus berkongi ilmu, pendapat, dan pengalaman bersama..

    sekali lagi.. terima sangat yang tak terhingga kepada ummi yang banyak sangat membantu.. berkongsi segala yang boleh dikongsikan.. terima kasih ummi..

    jazakillahu khairan kathira..

    semoga kita semua sentiasa dalam rahmatNya..

    amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: